Sunday, February 19, 2012

Allah will never let you down. Be strong.




Assalamualaikum w.b.t

Exam exam exam.. You know what apa yang bagusnya exam ni? Well, selalunya exam ni mendekatkan diri kita kpd Allah. Betul tak betul tak? Yelah, kalau takde exam, mesti susah kita nak buat solat hajat, nak baca doa panjang-panjang mintak dipermudahkan jawab exam and whatsoever. And exam juga membuatkan kita busy. Busy menuntut ilmu, busy ingat Allah. Kalau tak dapat jawab exam, mesti nak kena muhasabah diri balik kenapa kita tak dapat jawab perfectly. And of course it's related to hubungan kita dengan Allah. 

Aku teringat time midsem exam first sem dulu. Result teruk, macam hape je. Nangis macam nak gila.But since then aku tersedar something. Hubungan aku dengan Allah tak berapa okay rupa-rupanya sebelum ni. Maklumlah, almost 7 bulan tinggalkan SMKA tercinta tu. Takde sape nak ingatkan aku, nak tegur aku. So, aku rasa makin lalai and makin jauh...jauh sangat dari Allah. Since peristiwa ngeri dapat result midsem exam tu, aku improve diri aku, polish habis-habisan. Perbanyakkan solat dhuha, baca al mathurat, al-quran, refresh hafalan surah2, solat rawatib and solat sunat lain. Aku amalkan dan aku biasakan diri. Rasa lebih tenang. Rasa hidup ni terisi. Takde lah asyik resah gelisah fikir pasal exam dan result yang teruk. Alhamdulillah, result final last sem okay la, lepas jugak 3.70 and takde subjek yang dapat B. Syukur. Allah itu maha Adil. :)
Allah will never let you down :)

Oh yea, untuk midsem exam sem 2 ni, alhamdulillah okay. Cuma Test 1 Maths sangat teruk,dapat B- ! Soalan susah sangat. Sabo jela. Tadi baru dapat result Test 2.Sorang-sorang kena pegi ke depan untuk berjumpa lecturer nak tau result masing-masing.

Lect : Hmm 'Afifah...(sambil tengok listname) TEST 2 awak dapat A. Overall........pun dapat A.
Aku : Hah?? A? Bukan Test 1 saya dulu dapat B- ke? *unbelieveable*
Lect : Awak...Nurul 'Afifah Sidek kan? (check markah balik) Hmm betullah, dapat A overall. Awak .punya test 2 okay jgk lah
Aku : *grin* ooo......
Lect : Tapi final nanti kena buat betul-betul jugak k, nak maintain gred A..
Aku : Ooo. okay okay.. hehe :D

ALHAMDULILLAH syukur syukur. Aku tak expect langsung markah gabungan test 1 and 2 dapat A. Aku expect paling tiptop pun A-, sebab dah kantoi kat test 1 dapat B-, so rasa macam takde harapan nak dapat A. Rasa nak give up pun ada. Haihh. Tapi lepas test 1 dulu, aku buat banyak latihan. Memang tak tenang lah hidup bila maths yang patutnya senang nak score tetibe dapat B- kan. Dah lah 3 cred hour. Alhamdulillah. Apa pun result aku, ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Tak perlu kesal, tak perlu nak kecewa sangat. Allah gagalkan kita pun ada sebabnya. Kita hanya perlu usaha usaha dan usaha. Tingkatkan usaha. Jangan jadi seorang muslim yang lembik, yang cepat mengalah, yang cepat menyerah, yang cepat give up. Allah sentiasa bagi kita peluang. Yakin2. :)



RESULT MIDSEM for 2nd SEM:
Basic Anatomy & Physiology - A
Maths - A (gabungan test 1 and test 2)
Physics - A
Chemistry - B+

Chemistry, insyaAllah boleh cover balik untuk final exam nanti. Carry marks Chemistry overall dapat A-. Cukup-cukup makan je kot. Right now, focus untuk final, 50%. Kalau boleh dapat full marks pun okay. Yakin2 ! :)

Lastly, never give up okay. Hidup ni biasa lah ada jatuh bangun. Bangun sendiri kalau jatuh, jangan asyik nak harapkan orang lain nak tolong kita. Even dapat fail pun, masih ada peluang nak berjaya, kalau ada usaha. Your effort tu yang penting, not your result. Kalau dah usaha,tapi still tak dapat jugak, muhasabah diri balik. Tengok apa yang slack kat diri kita. Jangan lah nak dok salahkan takdir je. Kalau orang lain boleh, kita pun boleh laa.


Perbaiki hubungan dengan Allah. Jangan jadi seorang pelajar tajaan yang kufur nikmat. Niatkan belajar kerana Allah, insyaALLAH takkan bosan. Takkan jemu. Belajar sebab nak tambah ilmu, belajar sebab nak dekatkan diri pada Allah, belajar sebab nak naikkan imej Islam. Jangan jadi pelajar yang hanya tujukan niat dan matlamat semata-mata untuk kepentingan duniawi. Sama-sama lah jadi pelajar yang hidup ikut syariat Islam dan pelajar yang beridentitikan Islam, luaran dan dalaman. InsyaAllah. 

Itu je lah kot. hehe. Sekian, wassalam.




Aim for 4.00 flat,
Dr. 'Afifah