Sunday, July 14, 2013

Supplier silk saree ;)

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum :)

Balik Mesia ni aku jadi supplier silk saree. Tapi bukan aku lah yang jualnya. Ibu tolong jual. Alhamdulillah laris sangat. Kain saree ni 6 meter. So boleh buat 2 baju + 1 kain. Boleh buat baju kurung biasa, baju pahang, baju kedah pun boleh, baju negeri masing-masing lagi lah boleh, and paling best boleh buat jubah! Hehe. Corak macam songket sikit, tapi ni bukan lah kain songket yee. Haritu beli 20 saree kat India, tapi bawak balik 12 saree je. 8 saree terpaksa dikorbankan sebab luggage muat 25 kg je. Plus buku-buku medic lagi nak dibawak, so tak boleh nak bawak semua saree T.T


Macam-macam warna, boleh buat baju raya!



Paling suka saree yang ni! 
Yang ni contoh kain saree yang dah dibuat baju kurung. Macam-macam design baju kurung boleh buat sebenarnya :)


Oh. Harga saree? Untuk 6 meter tu..RM150. Memang import khas dari Bangalore India. Untung la jugak belajar kat India ni haha :p Setakat ni lau tak silap dah 5 terjual, 3 pending (sebab ada sedara mara book), lagi 4 available. Semuanya ibu jual. Terima kasih bu! :D

Oh btw, semalam ada tetamu istimewa datang rumah. *nangis terharu* Hati berbunga-bunga sebab dalam hati dah memang ada taman kan. Haha. Dorang datang berbuka kat sini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga Allah permudahkan! *kesat air mata*


Okay dah. Jom sambung study Biochemistry. Pro exam bulan 8. *nangis balik*


Wassalam.

Miss F.

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)