Tuesday, July 16, 2013

Pencinta Kek Batik.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Malam tadi lepas solat terawih aku buat kek batik! hehe. Tu pun sebab abang teringin nak makan kek batik. Aku pulak memang suka buat kek ni. Untungla my brother! :) Resepi kek batik aku dapat dari sini cuma aku adjust-adjust sikit ikut suka hati cita rasaku. hehe.

Sangat senang. Ingredient yg diperlukan hanyalah :

  • 1 bijik buttercup (250gm).
  • Biskut marie (patah-patahkan)
  • Setengah tin susu pekat.
  • Air.
  • Milo (peket paling kecik)
  • Esen vanilla (nak bagi wangi!)
Aku tambah koko sebab nak bagi warna dia cekelat pekat sikit, and bia kek batik ada rasa koko sikit, takde la manis milo sangat kan. Bahan-bahan ni aku main campak-campak je dalam kuali. Macam masak mee goreng gitu. Alhamdulillah dah habis mencampak bahan-bahan ni, last sekali baru la masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan. Lepas tu masuk dalam loyang, lenyek lenyek kan dia supaya mampat, lepas tu masuk dalam peti ais. Lepas 1 jam, sedia untuk dimakan! 

Oh yang milo tu, nak ganti dengan vico pun boleh :)

Maaf gambar takde. Sebab malas nak tangkap gambo. Pikir nak makan je. Haha. 

Okay, sekian sahaja. Wassalam.

Bakal membuka bakery one day nanti (insyaAllah),
Miss F



Sunday, July 14, 2013

Supplier silk saree ;)

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum :)

Balik Mesia ni aku jadi supplier silk saree. Tapi bukan aku lah yang jualnya. Ibu tolong jual. Alhamdulillah laris sangat. Kain saree ni 6 meter. So boleh buat 2 baju + 1 kain. Boleh buat baju kurung biasa, baju pahang, baju kedah pun boleh, baju negeri masing-masing lagi lah boleh, and paling best boleh buat jubah! Hehe. Corak macam songket sikit, tapi ni bukan lah kain songket yee. Haritu beli 20 saree kat India, tapi bawak balik 12 saree je. 8 saree terpaksa dikorbankan sebab luggage muat 25 kg je. Plus buku-buku medic lagi nak dibawak, so tak boleh nak bawak semua saree T.T


Macam-macam warna, boleh buat baju raya!



Paling suka saree yang ni! 
Yang ni contoh kain saree yang dah dibuat baju kurung. Macam-macam design baju kurung boleh buat sebenarnya :)


Oh. Harga saree? Untuk 6 meter tu..RM150. Memang import khas dari Bangalore India. Untung la jugak belajar kat India ni haha :p Setakat ni lau tak silap dah 5 terjual, 3 pending (sebab ada sedara mara book), lagi 4 available. Semuanya ibu jual. Terima kasih bu! :D

Oh btw, semalam ada tetamu istimewa datang rumah. *nangis terharu* Hati berbunga-bunga sebab dalam hati dah memang ada taman kan. Haha. Dorang datang berbuka kat sini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga Allah permudahkan! *kesat air mata*


Okay dah. Jom sambung study Biochemistry. Pro exam bulan 8. *nangis balik*


Wassalam.

Miss F.

Wednesday, July 10, 2013

Ber'ramadhan' di Malaysia :)

TA DAA!

Assalamualaikum w.b.t.

Apa ta daa ta daa nih. Ya Allah.. Okay, sebenarnya aku excited sebab aku dah ada kat Malaysia sekarang ni! Alhamdulillah. Segala perancangan berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T. Dan sekarang juga aku tengah tak sihat. Selsema mula menyerang pada malam pertama Ramadhan, betul-betul lepas siap solat terawih. Sakit ini Allah datangkan kepadaku mungkin sebagai kifarah dosa, ataupun Allah ingin membuatkan aku sentiasa ingat kepada Dia. Alhamdulillah. :)

Hari ini genaplah seminggu aku dah ada kat Malaysia. Jap, aku cuba ingat balik apa yang aku dah makan sepanjang minggu ni. 

Bubur Marry Brown (yg ada sambal tu. sedap sangat!)
Cheeze Wedges KFC (makan kat LCCT. beli cheezy wedges je, aku n Yana mengidam sangat)
Chicken rice.
Gado-gado (yang makan dengan kuah kacang tu)
Mee kari (balik je rumah ayah pi beli mee kari! memang tengah mengidam pun <3 p="">
Kuih hmm, tak ingat nama apa tapi ada pulut n ada yg kaler hijau tu hehe.
Sup daging.
Roti Gardenia (siyes nikmat sangat makan roti ni. Kat India mmg takde roti sedap ceni!)
Pizza Hut (kat India takleh makan pizza hut, sebab tak yakin status halal)

Ini jela kot yang aku ingat. Tak elok dok ingat makanan bulan-bulan Ramadhan ni. Ish3. 

Mengikut kiraan, aku ada lagi 16 hari nak balik. So, kalau campur 7hari aku dah duk kat sini, maknanya aku akan bercuti di Malaysia selama 23 hari! HAHA. Hari tu tukar date balik, dari hari ahad, tukar balik hari rabu. So aku adalah antara  yang terawal balik! hihi. Tukar date ni pun sebab jadual lambat keluar. Kali ni exam Isnin, Selasa, Rabu. Selalunya Rabu, Khamis, Jumaat. Aku pun da beli tiket awal-awal balik Ahad. Bila jadual dah kuar, baru lah aku decide nak tukar date. Rugi la dah habis exam duk lama-lama kat India watpe. Tak sanggup lah. Rugi 4 hari. Rugi rugi! hehe. 

Okay, sampai sini sahaja. Sekian.

Wassalam.

Miss F.