Saturday, June 7, 2014

Kisah sedih bakal pakar kanser.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, lagi 5 minggu lagi aku insyaAllah aku akan balik Malaysia untuk menyambut Ramadhan and Aidilfitri dengan family tersayang. Sepanjang second year, ini kali pertama aku akan balik Malaysia. Homesick sangat dah ni! Masa tolonglah cepat berjalan T.T

Sejak awal tahun second year MBBS, yeah its not that easy to be a medical student. It will never become easier. Tipulah kalau aku kata, tak pernah terlintas utk quit MBBS. Its a very tough course and sometimes, ada perasaan perasaan menyesal, lemah semangat duk menyelinap dalam hati n fikiran. Tapi, aku yakin, yang beri kekuatan utk aku teruskan hidup macam biasa hanyalah Allah. Takde orang lain lagi. Betapa Allah menguji tahap kebergantungan aku kepada Allah sepanjang kehidupan aku kat India ni. Tak kira lah apa pun, dari sekecil-kecil benda sampai la benda besar, sememangnya kita kene bergantung harap pada Allah sahaja seiring dengan usaha kita kan.

Hujung tahun first year, aku mendapat berita baik mengenai sesuatu. Aku rasa happy and bahagia tapi sekejap sangat. Berita gembira tu bertukar menjadi berita yg sangat sedih masa awal second year dulu. Bertukar 360 degree. Takde tolerate langsung. It was one of the most devastating news i've ever heard masa tu. Kecewa.

'Alasan' tu. 'Alasan' yg diberikan oleh mereka. Masa tu memang aku susah nak terima. Tapi lama-lama, aku cuba redha and lupakan. Alhamdulillah sepanjang second year ni, walaupun banyak sangat masalah-masalah yg tak best didengar, tapi achievement dlm exam makin meningkat. Alhamdulillah. Tapi aku tak risau sangat dengan result. Sebab ada benda besar lagi yang aku selalu fikir-fikirkan.

Baru-baru ni, aku dapat lagi berita sedih. Aku rasa lost. Aku rasa nak give up. Tambahan lagi orang sekeliling pressure aku dengan masalah lain. And sekarang pulak, aku sedang cuba untuk mempertimbangkan, untuk sambung clinical year di MSU Shah Alam,n bukan kat IMS Bangalore lagi. Tapi belum confirm lagi. Aku tengah fikir segala baik buruk and at the same time, istikharah mintak petunjuk. Aku tak pasti betul atau tak keputusan ni. Semoga Allah sentiasa guide hati ini utk buat keputusan yg terbaik.

Aku terfikir, 'alasan' yg aku cakap tadi. Antaranya sebab cita-cita aku nak jadi doktor. Tak sangka cita-cita aku ni yang membunuh jiwa aku sendiri. Cita-cita aku ni menyebabkan hancurnya harapan aku nak hidup bahagia mcm orang lain. Cita-cita aku ni yg menyebabkan bertukarnya berita gembira jadi berita tragik. Impian aku terhalang sebab cita-cita aku sendiri. Ye, memang aku nak jadi doktor, tapi tak bermakna dengan cita2 aku tu aku ketepikan impian aku yg lain.

Bukan senang nak survive kat sini.
Bukan senang nak menjaga hati dan iman.
Kalau dengan balik Malaysia tu yg terbaik..
aku akan balik.

Biarlah masa yang menentukan.
Aku cuma harap aku kuat.
Aku bersyukur masih ada yang memberi semangat utk aku teruskan saki baki mbbs di sini.
Tapi terkadang aku tewas dlm melawan perasaan sendiri.

Mungkin nampak macam aku nak lari dari masalah.
Tapi hakikatnya, aku nak melindungi diri drpd terjebaknya aku dalam masalah masalah yg lagi besar.

Mereka mungkin tak kan faham situasi aku kat sini.
Mereka mungkin takkan tahu apa yang aku rasa.
Bila banyak mata memerhati, banyak mulut yg mengatakan sesuatu yang pahit utk ditelan..
Orang lain tak rasa. Kalau rasa pun, takkan sama pahitnya.

Mungkin mereka ingat dengan 'alasan' itu aku akan terus hidup n belajar mcm biasa, dapat distinction, graduate dari IMS, housemanship, jadi MO, specialise dlm bidang kanser dan hidup bahagia.
Mungkin mereka ingat cita-cita aku tu menjamin kebahagiaan aku? Mungkin.

Hidup aku seolah-olah ditakdirkan hnya utk menjadi seorang doktor, seorang pakar kanser.
Seolah-olah aku tak layak merasai hidup seperti orang lain.

Takpe lah.
Ini hanyalah luahan hati. Mungkin dipengaruhi dengan sedikit emosi.
Aku cuma harap perasaan macamni akan hilang terbang jauh sejauh jauhnya.
Mungkin aku perlukan sedikit masa utk semua ni.
InsyaAllah,aku redha dengan apa yg akan jadi lepas ni.
Siapalah aku utk mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah.
Aku serahkan hatiku ini kepadaMu ya Allah, jaga hatiku, pelihara imanku.

Biarlah aku tak gembira dan tak bahagia kat dunia ni, tapi aku mohon ya Allah, jadikan lah aku seorang hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat dan ujian yg Engkau berikan. Baik atau buruk, aku yakin Engkau akan bagi pengakhiran yang terbaik untukku.


Be strong pleasee!

Wassalam.
Miss F

10 comments:

  1. Setiap orang dugaannya berbeza sahabat. Bersyukurlah Allah masih uji kita dengan pelbagai masalah. Itu tandanya Dia masih peduli akan kita. Anggap saja ujian itu adalah satu cara untuk kita sentiasa dekat dgn Allah. Kalau takde ujian mungkin kita akan terus leka kan? Sabar eh.. Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar :)

    ReplyDelete
  2. Jazakillah khair yuni!
    Maybe kita perlukan masa utk bertenang and muhasabah diri.

    doakan kita tau :')

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. thank you my dear farrah :) doakan akk k ;)

      Delete
  4. Salam...kita nak tanya sal.ims bangalore leh?...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure! boleh je tanya. if kita lambat reply, awak pm je kat fb. ni email kite annur_5th@yahoo.com :)

      Delete
  5. Assalamualaikum Fifah. Ingat kita lagi tak?? Haha
    Feel free to visit my new blog. Hikhikss
    Hmm please be strong dear!
    Allah know you are tired
    Allah know its difficult
    You must also know that Allah would never put you in a situation you cant handle :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mizah! mestilah ingat my dear <3
      Buat belog baru ke?haha nanti insyaAllah kite jenguk. hehe
      Jazakillah khair mizah..alhamdulillah sekarang ok je. Doakan kite :')

      Delete

Komeng jangan tak komeng. :)