Saturday, June 21, 2014

BBQ Nation - it's BBQ time!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam 21 Jun 2014 aku dan beberapa orang usrahmate and collegemate pegi berseronok di BBQ Nation. Tempat ni agak jauh dari rumah kitorang, dekat area MG, tapi berbaloi lah segala service and layanan kat sana. Kitorang dilayan seperti princess. Semua kehendak dipenuhi dengan senyuman mesra. Best sangat! Lepas tu ada orang buat persembahan,staff dia jugak yg buat performance tu tapi sekejap je. Mesti penat ni kene selalu practice. Haha.

Makanan kat sini unlimited. You makan la banyak mana you nak, bayaran dia dah fix dah. And ada makanan buffet jugak kat tepi tu,ada nasi,lauk lauk,salad,dessert,include ice cream. Kata atas meja pulak ada tempat utk grill. Ada veg n non veg. Aku suka seafood dia, shrimp especially. Memang sedap. And utk makanan grill ni dia akan sentiasa topup kat atas meja. So makan lah puas puas sebab dia xkan stop topup sampai la kita nak balik nanti. Oh yea ada rabbit jugak kat sini. Sape yg suke boleh la give it a try.

Total bayaran utk seorang semalam 1152 rupees tapi tu dah include lemon iced tea and tax. Tax memang mahal tapi berbaloi sangat. Sesiapa yg datang India nanti boleh lah singgah sini. Kitorang naik taxy bayar rs200 lebih je lau tak silap. Balik rumah kul 10 lebih tak sedar diri dah lewat ni dah lah rumah jauh haha. Balik masa tu naik taxy innova. Rasa nak muntah masa tu sebab perut penuh lepas tu pening pulak naik innova tu.

Itu je lah cerita kami. Kalau ada cite best lagi nnt aku update. Babai!

Wassalam.
Miss F.

Saturday, June 7, 2014

Kisah sedih bakal pakar kanser.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, lagi 5 minggu lagi aku insyaAllah aku akan balik Malaysia untuk menyambut Ramadhan and Aidilfitri dengan family tersayang. Sepanjang second year, ini kali pertama aku akan balik Malaysia. Homesick sangat dah ni! Masa tolonglah cepat berjalan T.T

Sejak awal tahun second year MBBS, yeah its not that easy to be a medical student. It will never become easier. Tipulah kalau aku kata, tak pernah terlintas utk quit MBBS. Its a very tough course and sometimes, ada perasaan perasaan menyesal, lemah semangat duk menyelinap dalam hati n fikiran. Tapi, aku yakin, yang beri kekuatan utk aku teruskan hidup macam biasa hanyalah Allah. Takde orang lain lagi. Betapa Allah menguji tahap kebergantungan aku kepada Allah sepanjang kehidupan aku kat India ni. Tak kira lah apa pun, dari sekecil-kecil benda sampai la benda besar, sememangnya kita kene bergantung harap pada Allah sahaja seiring dengan usaha kita kan.

Hujung tahun first year, aku mendapat berita baik mengenai sesuatu. Aku rasa happy and bahagia tapi sekejap sangat. Berita gembira tu bertukar menjadi berita yg sangat sedih masa awal second year dulu. Bertukar 360 degree. Takde tolerate langsung. It was one of the most devastating news i've ever heard masa tu. Kecewa.

'Alasan' tu. 'Alasan' yg diberikan oleh mereka. Masa tu memang aku susah nak terima. Tapi lama-lama, aku cuba redha and lupakan. Alhamdulillah sepanjang second year ni, walaupun banyak sangat masalah-masalah yg tak best didengar, tapi achievement dlm exam makin meningkat. Alhamdulillah. Tapi aku tak risau sangat dengan result. Sebab ada benda besar lagi yang aku selalu fikir-fikirkan.

Baru-baru ni, aku dapat lagi berita sedih. Aku rasa lost. Aku rasa nak give up. Tambahan lagi orang sekeliling pressure aku dengan masalah lain. And sekarang pulak, aku sedang cuba untuk mempertimbangkan, untuk sambung clinical year di MSU Shah Alam,n bukan kat IMS Bangalore lagi. Tapi belum confirm lagi. Aku tengah fikir segala baik buruk and at the same time, istikharah mintak petunjuk. Aku tak pasti betul atau tak keputusan ni. Semoga Allah sentiasa guide hati ini utk buat keputusan yg terbaik.

Aku terfikir, 'alasan' yg aku cakap tadi. Antaranya sebab cita-cita aku nak jadi doktor. Tak sangka cita-cita aku ni yang membunuh jiwa aku sendiri. Cita-cita aku ni menyebabkan hancurnya harapan aku nak hidup bahagia mcm orang lain. Cita-cita aku ni yg menyebabkan bertukarnya berita gembira jadi berita tragik. Impian aku terhalang sebab cita-cita aku sendiri. Ye, memang aku nak jadi doktor, tapi tak bermakna dengan cita2 aku tu aku ketepikan impian aku yg lain.

Bukan senang nak survive kat sini.
Bukan senang nak menjaga hati dan iman.
Kalau dengan balik Malaysia tu yg terbaik..
aku akan balik.

Biarlah masa yang menentukan.
Aku cuma harap aku kuat.
Aku bersyukur masih ada yang memberi semangat utk aku teruskan saki baki mbbs di sini.
Tapi terkadang aku tewas dlm melawan perasaan sendiri.

Mungkin nampak macam aku nak lari dari masalah.
Tapi hakikatnya, aku nak melindungi diri drpd terjebaknya aku dalam masalah masalah yg lagi besar.

Mereka mungkin tak kan faham situasi aku kat sini.
Mereka mungkin takkan tahu apa yang aku rasa.
Bila banyak mata memerhati, banyak mulut yg mengatakan sesuatu yang pahit utk ditelan..
Orang lain tak rasa. Kalau rasa pun, takkan sama pahitnya.

Mungkin mereka ingat dengan 'alasan' itu aku akan terus hidup n belajar mcm biasa, dapat distinction, graduate dari IMS, housemanship, jadi MO, specialise dlm bidang kanser dan hidup bahagia.
Mungkin mereka ingat cita-cita aku tu menjamin kebahagiaan aku? Mungkin.

Hidup aku seolah-olah ditakdirkan hnya utk menjadi seorang doktor, seorang pakar kanser.
Seolah-olah aku tak layak merasai hidup seperti orang lain.

Takpe lah.
Ini hanyalah luahan hati. Mungkin dipengaruhi dengan sedikit emosi.
Aku cuma harap perasaan macamni akan hilang terbang jauh sejauh jauhnya.
Mungkin aku perlukan sedikit masa utk semua ni.
InsyaAllah,aku redha dengan apa yg akan jadi lepas ni.
Siapalah aku utk mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah.
Aku serahkan hatiku ini kepadaMu ya Allah, jaga hatiku, pelihara imanku.

Biarlah aku tak gembira dan tak bahagia kat dunia ni, tapi aku mohon ya Allah, jadikan lah aku seorang hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat dan ujian yg Engkau berikan. Baik atau buruk, aku yakin Engkau akan bagi pengakhiran yang terbaik untukku.


Be strong pleasee!

Wassalam.
Miss F