Sunday, October 15, 2017

Final Year MBBS

Assalamualaikum and hai!
Alhamdulillah kita dah berjaya menamatkan 4th year MBBS and bermulalah kehidupan as a final year student di IMS-MSU Shah Alam, I just got transferred from IMS Bangalore sebab nak ikut suami balik Malaysia (dia baru habis final year MBBS kat Bangalore jugak) and sebab plan nak bersalin kat sini. Alhamdulillah now I'm 36weeks pregnant.. So hari ni kita nak story mory pasal 4th year MBBS di IMS Bangalore. Yang special nya 4th year kita ni., kita disahkan pregnant masa tengah posting ketiga, which is Primary Care posting. And alhamdulillah sepanjang 4th year ni semua urusan dipermudahkan :,)

4th year ni ada 9 posting. 3 long posting (7weeks), and the remaining 6 semua short posting. 

LONG POSTING
1. Psychiatry
2. Community Medicine (at Ramaiah College)
3. Primary Care

SHORT POSTING (ada 2 rotation, after each rotation akan ada end of posting exam)
(ROTA 1)
1.Ophthalmology (2wks)
2. Ear Nose Throat (2wks)
3. Forensic Medicine (3wks kat Ramaiah College)

(ROTA 2)
1. Anaesthesiology (2 wks)
2. Radiology (2wks)
3. Orthopaedics (3wks)

Masa 4th year ni kitorang kene rotate hospital setiap posting. Untuk Psychiatry, Primary Care, Ophthal, ENT kita dapat Jain Hospital. Yang lain kat Baptist Hospital. And yang bestnya Psychiatry Jain, kitorang punya clinical ward work kitorang kene pergi kat hospital psychiatry, ada dua Spandana Hospital and Rehab Centre, ada transport disediakan utk angkut kitorang pegi dua hospital ni setiap hari.

Psychiatry posting memang best, setiap penyakit mental tu ada cerita di sebaliknya, benda tu yg kita kene korek and fahamkan, kesian jugak tengok orang muda muda, educated kene masuk psychiatry hospital. Lain orang lain lain ujiannya kan. Alhamdulillah i passed my psychiatry exam with Honours (B)

Next posting, community medicine. Sumpah bosan! Hahaha. I kenot lah kene kurung dalam kelas everyday until 4.30, kalau dia baik sikit dapat la keluar 4.15 tu pun masa dah hari hari last. Grr.Actually ada pengalaman pahit masa community medicine ni tapi malas lah nak cerita. Kita cerita benda best je okay. So, Commed ni sebenarnya subjek yg senang, dia macam takyah fikir sangat lah, baca je buku K Park, and study lecture note, inshaAllah boleh jawab. Lagipun exam 30% je, lagi 70% semua carry marks daripada report. So, senang nak score. Alhamdulillah dapat Distinction (A-) untuk Commed :)

Primary Care posting pulak sangatlah rilex. Baca buku Murtagh tu memang best. Lepastu nak baca lagi detail boleh la baca buku Paeds or Medicine. Doctor kitorang masa tu ada sorang je, lecture hari hari kul 10 pagi so memang datang kul 10 lah hari hari lepastu da habis lecture tengahari boleh balik dah unless kalau nak amik case. I got Honours (B+) for this posting! :D

Untuk result short posting pulak, kita list je lah eh malas nak tulis panjang2 haha
Ophthalmology -  B+
ENT -                  B+
Forensic -            A-
Anaesthesiology - B+
Radiology -          A
Orthopaedics -     B

Result takde lah gempak mana pun, tapi bersyukur sangat takde subjek yang fail. Sebabnya 4th year ni mesti ada yg fail berjemaah. Scary T_____T Kadang kadang rasa macam nasib baik je dapat doctor baik/ mood doctor tengah baik masa exam. Masa pregnant first trimester memang tak study sangat lagi lagi time tengah morning sickness teruk sampai malam muntah-muntah, malam malam memang tak study sangat, study kejap je lepastu tidur awal. Kadang2 study kat hospital tu je sementara tunggu doctor. Lepastu notes utk exam semua buat last minit. Haha. Paling siksa sekali masa rotation ophthal, ent and forensic. Exam 4 hari berturut turut takde gap. Hari khamis tu ent, malam before exam tu blackout kul 9PM, time tu baru je bangun tidur sebab tak larat baru habis exam ophthal siang tu. Malam tu mmg stress sangat, menangis nangis lah baca buku ENT, nak kene study osce lagi ya Allah bersyukur sangat kita terkejut entah macamana boleh dapat B+ padahal kita rasa ENT lah kita study paling sikit. Terima kasih ya Allah banyak sgt turunkan pertolongan yg tak disangka sangka.

Kepada yg bakal masuk 4th year, all the best! Usaha and doa banyak3, 4th year ni mmg tough sebab banyak short posting, tendency utk fail sangat tinggi. Apa pun jgn give up sebelum mencuba!

Okaaaaaaaaaay sampai sini sahaja, sekian.

Mommy-to-be,
'Afifah


Wednesday, August 2, 2017

My First Pregnancy Journey -First Trimester-

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah now I'm 25weeks pregnant! Syukur sangat dipermudahkan. And sekarang baru je habis 4th year MBBS, inshaAllah bulan October ni akan masuk final year MBBS. Harap harap dipermudahkan la nanti. Cuak jugak sebenarnya.

Okay, actually reason buat entry ni sebab nanti dah anak seploh nanti boleh lah baca balik entry ni dengan suami. Biasalah first pregnancy mestilah excited lebih sikit kan ecewahhh. 

Okay lets start!

Macamana boleh tau pregnant? Masa tu hujung bulan February, period lewat dua hari. And yes memang we're expecting for a good news pun start bulan 2 tu, so bila period lewat sehari my husband dah excited nak beli UPT, tapi kita cakap kat dia tunggu dulu, tunggu lewat dua hari sebabnya kadang kadang kita punya period pernah je lah lambat 2-3 hari tapi biasanya tak lebih la dari tu thats why rasa macam confident sikit nak check bila dah lewat 2 hari. Abang pun beli UPT kat pharmacy esoknya. Habis semua postingmate dia tau yg dia nak beli UPT -____- 

Dalam gambar ni, yang atas tu time lewat dua hari, yg bawah tu buat the next day tu yang nampak lagi clear double line tu. Tapi masa first time check tu abang dah confident dia kata "positive ni" walaupun nampak kabur je line tu, haha. Tapi sebabd dia dah rasa confident positive tu dia pun pegi la bagitau kawan kawan baik dia. *tepuk dahi kejap* Kita senyap dulu sebab line tu nampak kabur je so kita tak sure positive ke tak. Kite pun recheck UPT esoknya guna brand lain and yes it's positive! Abang pun mulalah projek dia menyebarkan berita baik ni kepada semua rakyat jelata. Tak sempat nak bagitau abang nak suruh diam diam dulu sebab awal lagi kan. Habis semua dah tahu dah padahal baru 2 hari lewat period. LULZ 



 


Bila dah tau UPT positive tu, mula lah start fikir bila nak jumpa doctor, nak pergi hospital mana, nak dengan doctor mana. Kita decide untuk pegi jumpa doctor OBG after 1 week. Kita pilih Baptist Hospital dengan Dr Sukanya. Kita pernah jadi student dia masa 3rd year dulu, so kita memang yakin lah dengan kepakaran beliau. Lepastu ada tanya tanya jugak senior yg dah bersalin dgn dia, dia kata Dr ni okay, baik sangat. Gittew. 

Tiba hari yang dinantikan, kita jumpa doctor buat kali pertama and buat transvaginal scan sebab awal lagi baru 5weeks masa tu, telan air liur je lah time scan tu, lulz. Bawah ni gambar first scan kita, ada gestational sac je, tak tau lagi viable ke tak selagi takde hearbeat so after 2 weeks kita datang balik untuk scan heartbeat. Kalau tak silap hearbeat start ada masa 6 weeks. Scan yang kali kedua masa 6 weeks (GA based on scan), alhamdulillah dapat dengar hearbeat baby for the first time. Rasa macam amazing sangat! :')




'

Masa first appointment dengan doctor dulu, doctor kasi folic acid 5mg, makan setiap hari to prevent neural tube defects k. And kita start morning sickness masa minggu ke 6, time tu tengah cuti 1 week memang lembiklah bedridden and dehydrated. Teruk sangat muntah muntah. Memang takde selera makan pun. Kalau makan biasanya akan muntah balik. Lepastu tengah tengah malam selalu terbangun untuk muntah. Kesian kat abang, masa kita rasa nak muntah je kita kejut abang sebab biasanya abang akan teman tiap kali muntah sebab kita jenis takut nak muntah haha, lepastu lama lama dah terbiasa dah. Kesian abang tidur tak lena, tapi nasib baik lah masa first trimester je yang teruk macamtu. And berat badan sepanjang mengandung tak naik naik sampai lah pregnant 5 bulan, baru start naik sikit sikit. Tu pun tak banyak lah. Sebab masa second trimester pun kita muntah muntah lagi, biasanya teruk masa dah petang petang / malam. Penat sangat T__T And memang depends on ubat muntah utk survive, lagi lagi kalau tengah short posting. *pengsan* Doctor kasi ubat Ondansetron masa 6 weeks, kita makan ubat tu sampai lah second trimester, tapi sekarang dah takde dah morning sickness alhamdulillah.

Masa tau pregnant tu tengah posting Primary Care tapi dah nak hujung hujung dah masa tu, antara orang yang terawal tahu of course geng mami poko (HAHA), Kak Az la yang first mamipoko tau pasal ni entah macamana dia tau kita pun tak ingat haha lepastu dia lah yang excited nak announce kat whatsapp group mami poko. Kita segan nak bagitau sendiri masa tu so kita biar je lah Kak Az announce dengan cara yang penuh dramatic. Yang paling tak menahannya, Yaya dapat tau je terus call kita and wish tahniah, sambil nangis. Tak pasal pasal kite pun ternangis sekali. Mami poko memang penuh dengan drama. Hihi. Sayang korang. Terharu sangat korang banyak bagi support, daripada awal kita masuk 3rd year dengan korang, sampai lah sepanjang kita pregnant and dah nak balik malaysia dah, korang sentiasa ada susah and senang. Korang lah sahabat dunia akhirat T___T

Image result for 280 days apps

Oh ye, masa awal awal dapat tau pregnant dulu, kita terus download apps ni kat fon. Apps 280 Days. Best sangat sebab dia akan update baby dah berapa weeks based on LMP/EDD, and then ada jugak tips and advice untuk mom and-dad-to-be, gambar gambar dia pun comel. Nanti korang boleh lah download apps ni :p Suami kita pun ada apps ni kat fon dia tapi tak tau lah dia rajin tengok ke tak hahaha


Okay lah sampai ni sahaja, nanti iolss sambung lagi. Hv a good day!

Assalamualaikum

Saturday, February 18, 2017

Put your trust in Allah 🌸

Assalamualaikum wbt

Rasanya semua pernah merasai saat kita merasa impossible nya benda tu tapi dengan izin Allah benda tu berlaku. I wanna share something that happened few days back, when i received my eop results and i was surprised. And amazed. Totally amazed. It was all from Allah.

From the beginning itself, even how much i tried to study and jaga hati lecturers, i knew that i would never perform in this subject. Not because it was difficult but its just becoz the lecturers hate us sooo much 😂 so i thought he will gives us less marks, or maybe just bagi borderline pass? 💁🏼So during the first day of exam, which is theory exam, it was horrible! Tak pernah rasa teruk mcmtu lepas habis theory exam. Its the worst feeling ever, lagi teruk drpd feeling salah diagnosis 😭paper meq memang hancur tapi seq i think i did very well (cewahh confident), so that nite memang menangis lah sambil study utk next day, then hari ketiga exam kene present clinicosocial case, i got diabetes mellitus case, the problem is, dalam banyak2 topic that i read the night before exam tu,topic diabetes the only tajuk yg tak sempat habis baca 😭fortunately my postingmate sempat terangkan sikit pasal DM so mmg apa yg dia bagitau tu yg tu lah doctor tanya alhamdulillah, tp still rasa tak confident sebab mmg x sempat habis baca that topic.

Then untuk exam ospe pulak actually im not sure jawapan kira2 tu letak unit ke tak haha serious tak confident langsung. Few days before we got the results we've already been told that only 2 students got distinction and 3 students failed their theory exam. I feel so upset, but deep down i said to myself its okay Allah knows what is best for you so what u hv to do is to trust Him and whatever happens semoga Allah beri kekuatan utk terima dengan redha. N alhamdulillah, finally the day when the results came out, i got to know that i'm one of the 2 students yang dapat distinction tapi A- je lah haha, alhamdulillah syukur..i kept thinking part mana yang kite perform masa exam, but then i realized something,i forgot that its not bcuz of my effort pun, but its simply bcuz of His blessing!

Ibrohnya,just do your best,then 'tawakkaltu 'alallah' , believe that He can remove all harms, change situations, guide us out of difficulty and remove all hardships in our life, bila kita betul2 percaya dan yakin dengan ketentuan Allah. Yakin segala apa yang terjadi itu lah yang terbaik pada pandangan Allah, jgn sesekali bersangka buruk dengan Allah sebab Allah takkan pernah menganiaya hamba2 Nya. Trust Him 200%!

Monday, December 5, 2016

Kenapa kita diutuskan ke India?



Masa lecture statistic cerita pasal random sampling method, tiba tiba teringat balik masa mula mula datang India dulu, reaksi seorang senior yg sekarang beliau dah selamat jadi HO kat Malaysia dah berkawin anak sorang, terhadap perasaan adik adik junior yg tak berapa nak matang (aku la tuh antaranya), yg rasa sedih bila dihantar ke India. Sememangnya dulu target nak sambung belajar kat UK, tp mmg Allah dah tetapkan kita jejak kaki kat India ni. Heheh. Bila sampai India awal awal dulu selalu lah memberontak, kenapa kene gi India, tak best, medic susah, doctor punya slang india tak paham, orang local sini jahat, suka menipu, suka membuang merata rata, India busuk(punya lah tak matang dulu kan).

Kakak senior tu kata,kita semua ni dah dipilih oleh Allah, secara specific, untuk berada di India. Allah pilih kita bukan secara random, bukan macam "oh rasa nak pilih dia lah hantar pi India, rasakan!" oh tak tak, sebenarnya Allah memang dah plan nak pilih kita. 'The chosen one' akak tu kata. Patut rasa special lah sebab Allah pilih kita sebab Allah kenal kita dalam dalam, Dia tahu apa yg kita perlukan, and Dia tahu sini la tempat terbaik utk kita sambung belajar, bukan atas sebab saja saja, dan tentunya bukan sia sia.

Dah lebih 4 tahun kat sini, makin lama ujian makin berat, tanggungjawab makin bertambah. Sedikit demi sedikit ujian ini mematangkan diri kita, secara tak sedar. Bila kita compare masa first year dgn sekarang, subhanallah, ujian kita yg dahulu terasa sangatlah kecil dan remeh temeh nak dibandingkan dgn ujian kita yg sekarang. Hebatkan mcmne Allah uji kita ikut tahap yg kita mampu?

Bila dah duk menepek kat India ni barulah faham tujuan hidup, dulu duk fikir study study study, straight As straight As straight As, 4flat 4flat 4flat, lau boleh nak 10flat lah semangat nya dulu. Senang cite, tujuan hidup kita dulu hanyalah utk mengejar result exam yg cemerlang gemilang dan terbilang. Bila dah sampai India, ramai insan2 yg mengingatkan hakikat kenapa kita diciptakan dan atas tujuan apa kita dihidupkan di atas muka bumi ni. Baru faham pentingnya jaga iman kita sama pentingnya dengan jaga result exam kita nak make sure kita tak gagal (lagi lagi medic ni kan punya lah takut fail, hewhew).

Betullah akak tu kata, kita ni the chosen one. Allah pilih kita, not randomly, tapi dia sendiri yg pilih atas sebab yg hanya Dia sahaja yg tahu. Bersyukurlah sebab Allah masih pandang kita, masih sudi pilih kita utk diletakkan di satu tempat yg kita tak pernah sangka akan diberi cukup banyak kebaikan dan kecukupan..:')

Thursday, November 24, 2016

MSU-IMS Bangalore Part 2

Hai assalamualaikum hello everyone!

Sekarang nak sambung pasal MSU-IMS Bangalore Part 2!

Okay mengenai allowance, yg under MARA tiap bulan akan dapat melalui Vijaya Bank, bank local kat sini. Allowance memang lebih dari cukup, around 50k rupees. Lebih duit tu boleh saving utk bayar balik kat MARA, and boleh jgk nak saving bagi family yg memerlukan, ataupun utk travel dlm India and luar negara yg lain. Kalau tempat melancong dlm India ofkos ada banyak, Delhi, Mumbai, Agra (tempat taj mahal), Kashmir (tengok snow mmg cantikkkk sangat!), Ooty (mcm cameron highland), Kerala, Hyderabad, Manipal, Mangalore, Shimla, Manali, and banyak lagilah. Kalau luar negara yg lain kita pernah pergi Korea jer. Haha. InshaAllah taun depan target nak jalan jalan Europe ataupun Turki je pun dah cukup. InshaAllah.

Ok berbalik kepada hal IMS Bangalore tadi, masa first year and second year korang akan belajar Anatomy, Physiology, Biochemistry, Pathology, Pharmacology, Microbiology, Forensic Medicine, and yg lain lain tak ingat, ni mcm main subject utk first and second year. Then 3rd year korang akan start clinical kat hospital. Kat sini ada 2 hospital, satu Jain Hospital, lagi satu Baptist Hospital. Nanti korang akan dibahagikan kepada dua hospital ni, and sepanjang 3rd year akan ada 4 rotation iaitu Medicine, Surgery, Obstetric Gynaecology and Paediatrics. Memang best, clinical exposure kat hospital sini memang satu pengalaman yg menarik and of course lain suasana compare dgn malaysia. Apa pun semuanya berbalik kpd initiative student sendiri utk memanfaatkan segala peluang yg ada utk dapatkan pengalaman clinical sebanyak mungkin di sini.

Mengenai penginapan pulak, kat sini memang ada penempatan utk student malaysia. Ada beberapa apartment kat sini iaitu Shriram Apartment, Dwellington Apartment and Divya Apartment. Kita sekarang duk kat Dwellington Apartment. Alhamdulillah semua selesa, serba cukup, ada tv, meja makan, mesin basuh, kipas, lampu, katil, meja study. Rumah kita ada dua bilik. Kalau sewa utk rumah dua bilik : 15000 rupees. Bil letrik kita biasanya 2000 rupees sebulan, and bil internet depends kat package mana, kita biasanya bayar 1600 rupees sebulan. So semua bayaran ni bahagi dua dengan housemate. Kalau ada 4 housemate, bahagi 4. Tapi kebanyakan kat sini duduk satu bilik sorang. Nak privacy gittew.

Pasal keselamatan kat sini, alhamdulillah kita tak pernah kena apa apa kat sini, yg penting jangan keluar lewat malam, kul 10 dah kena balik rumah dah. Kat area perumahan sini ada ramai pakcik guard jaga, and memang kat sini ramai student malaysia, so kalau nak minta tolong apape senang je la.

Okay kpd yg baru sampai Bangalore, and yg baru dapat tawaran ke Bangalore, all the best!!!

Tuesday, November 8, 2016

Distinction!

 
Tajuk takde kene mengena k. Haha. Alhamdulillah abang kita dah selamat bergraduasi, dalam course architecture. Kita ni mereput la lagi dua tahun nak habiskan course MBBS. Huhu. Doakan lah kita berjaya pass MBBS dgn distinction, cewah berangan dulu lah kan. Sekarang kita dah nak habis posting Psychiatry, which is my first posting for 4th year MBBS. Wish me luck, bye! Assalamualaikum :)

Sunday, November 6, 2016

[REVIEW] : The Body Shop Vitamin E Mosturizer

Assalamualaikum and hello everyone! 
 

Setelah sekian lama tak update belog..hari ni kita nak update mengenai one of my febret skincare product which is a mosturizer from Body Shop. Sekarang kat India dah nak masuk winter, so my skin dah mula kering and pedih, tapii sejak pakai mosturizer ni, alhamdulillah sekali pakai jer terus okay and kalau pakai lebih lebih muka jadik oily pulak 😂 

Dia ada dua jenis, yg biasa punya, and lagi satu intense moisturizer. Kita beli yang intense punya. And kita tak pakai everyday pun, bila kulit kering sangat baru pakai, kalau tak dia akan buat muka jadi oily after few hours. So for everyday wear kita pakai safi mosturizer yg kaler hijau tu or shiseido white lucent yg suami hadiahkan kat kite masa bday haritu. 

It has vitamin E and mild scent, consistency sama macam krim pelembab safi, cuma body shop punya mosturizer gives immediate effect to your skin, memang kulit jadi lembab and glowing sekali pakai. So,itu saja. Kalau yg kulit kering sangat tu, this is highly recommended k. Price pulak around 1300 rupees kalau convert dalam RM80, tapi tahan lama k. Sangat berbaloi! 

Ok sekian sahaja untuk hari ni. See u again, bye! Wsalaam. :)

Tuesday, June 14, 2016

International Medical School Bangalore, India

Assalamualaikum w.b.t

Macam kita mula mula dulu, kita mesti akan search gila gila pasal college tempat kita akan sambung belajar, paling penting sekali hostel dia sebab ye la nak duk 5 tahun mestilah nak make sure tempat yang okay kan. So today, kita akan cerita serba sedikit mengenai medical school kita.

Firstly, IMS ni campus MSU yg dibina kat Bangalore India, main campus kat Shah Alam. Basically jadual IMS Bangalore memang sama dengan IMS Shah Alam. Cuti n exam semua sama. Yang bezanya soalan exam lain lain lah, and doctor yang mengajar memang doctor sini. Campus ni terletak di Bangalore, kawasan mcm kawasan bandar lah jugak, shopping mall melambak, tempat makan pun banyak n best n paling penting, makanan halal senang nak dapat. Kat sini ada pasar terletak di Yeshwantpur,kalau naik auto 50 rupees je (around RM3). And kat pasar tu ada mcm mcm la ikan, udang sotong ketam. Daging halal pun ada, memang orang Islam punya kedai.

Mengenai tranaport kat sini, transport biasanya naik auto, ala yang macam motor beca tu. Best naik ni sebab berangin and senang nak cilok masa jalan jem. Then, harga pun murah, kalau guna meter memang tersangatlah okay. Lagi satu pengangkutan yg biasa kitorang amek adalah taxy. Memang ada apps khas untuk taxy ni. Satu apps Ola, lagi satu apps Uber. Kalau guna apps ni kita boleh send location, and boleh pilih nak taxy mini ke, sedan ke, MPV ke. Ikut keperluan. Biasanya kalau guna mini tu murah je, kadang kadang rasa lagi berbaloi daripada naik auto.

Kalau pagi pagi nak gi kelas, biasanya akan ada 2 bus. 1 bus untuk student first n second year. Lagi satu untuk student clinical. Boleh jimat banyak la kat situ kalau hari hari naik bus. Hehe..

InshaAllah sampai sini dulu. Nanti akan ada sambungan sebab sekarang dah ngantuukk. Kbye assalamualaikum.

Thursday, April 28, 2016

Busy husband and wife

Hmm. Bila masing masing tengah posting department yg busy, rasa macam kurang berborak luah perasaan and nak cerita macam macam benda kat suami tapi penat sangat, busy dengan presentation n tutorial nak kene study.

Hari ni bangun lewat sebab semalam oncall balik lewat n penat jadi extend la tidur lepas subuh which is not good obviously haha. So pagi tadi tak sempat nak tanya suami puasa ke hari ni sebab hari sebelumnya dia kata macam taknak puasa.

Bila dah petang baru lah dapat tahu rupanya suami kita puasa nazar. Dia tak pernah bagitahu pun pasal nazar dia sebelum ni tapi terharu bila dapat tahu reason dia bernazar. Apa apa pun, untuk suamiku yang tercinta, semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu, mempermudahkan segala urusanmu, dan sentiasa melindungimu daripada apa jua bala bencana dunia akhirat. Amiin. I love you sayang :)

Sunday, March 13, 2016

Are you pregnant?

Alhamdulillah dah 6 bulan jadi isteri orang. Soalan paling banyaaak orang tanya ; "pregnant ke?" "Bila nak dapat baby twin niii". Haha. Buat pengetahuan korang, kita nak sangat ada baby, tapi kita tak tau siapa yang boleh jaga kalau ada baby masa belajar. Kat india tak boleh hantar nursery kalau baby kecik sangat. Lagipun suami kita ni tak percaya sangat kalau orang luar jaga, lagi2 kalau orang tempatan sini.

Ape ape pun. InshaAllah doa doakan lah kami ni. Kalau itu yang terbaik..moga Allah permudahkan. 

Btw. Postingmate selalu sakat sakat. Sejak nausea muntah muntah haritu, ramai ingat kita ada morning sickness. Padahal perut masuk angin je. Bukan sebab perut ada baby. Sejak tu kalau ada xray procedure dalam ward, dorang akan protect kita sebab dorang kata kita pregnant takleh kene radiation. K....

Thats all for today. Actually tengah bosan baru habis exam. I keep updating my blog sementara masih ada masa sebelum masuk OBG. Tak sabar rasanya nak jumpa HOD ObG yang digembar gemburkan itu. Hihi. Sekian. Wassalam. 

Mrs Faris