Showing posts with label doctor's life. Show all posts
Showing posts with label doctor's life. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

MSU-IMS Bangalore Part 2

Hai assalamualaikum hello everyone!

Sekarang nak sambung pasal MSU-IMS Bangalore Part 2!

Okay mengenai allowance, yg under MARA tiap bulan akan dapat melalui Vijaya Bank, bank local kat sini. Allowance memang lebih dari cukup, around 50k rupees. Lebih duit tu boleh saving utk bayar balik kat MARA, and boleh jgk nak saving bagi family yg memerlukan, ataupun utk travel dlm India and luar negara yg lain. Kalau tempat melancong dlm India ofkos ada banyak, Delhi, Mumbai, Agra (tempat taj mahal), Kashmir (tengok snow mmg cantikkkk sangat!), Ooty (mcm cameron highland), Kerala, Hyderabad, Manipal, Mangalore, Shimla, Manali, and banyak lagilah. Kalau luar negara yg lain kita pernah pergi Korea jer. Haha. InshaAllah taun depan target nak jalan jalan Europe ataupun Turki je pun dah cukup. InshaAllah.

Ok berbalik kepada hal IMS Bangalore tadi, masa first year and second year korang akan belajar Anatomy, Physiology, Biochemistry, Pathology, Pharmacology, Microbiology, Forensic Medicine, and yg lain lain tak ingat, ni mcm main subject utk first and second year. Then 3rd year korang akan start clinical kat hospital. Kat sini ada 2 hospital, satu Jain Hospital, lagi satu Baptist Hospital. Nanti korang akan dibahagikan kepada dua hospital ni, and sepanjang 3rd year akan ada 4 rotation iaitu Medicine, Surgery, Obstetric Gynaecology and Paediatrics. Memang best, clinical exposure kat hospital sini memang satu pengalaman yg menarik and of course lain suasana compare dgn malaysia. Apa pun semuanya berbalik kpd initiative student sendiri utk memanfaatkan segala peluang yg ada utk dapatkan pengalaman clinical sebanyak mungkin di sini.

Mengenai penginapan pulak, kat sini memang ada penempatan utk student malaysia. Ada beberapa apartment kat sini iaitu Shriram Apartment, Dwellington Apartment and Divya Apartment. Kita sekarang duk kat Dwellington Apartment. Alhamdulillah semua selesa, serba cukup, ada tv, meja makan, mesin basuh, kipas, lampu, katil, meja study. Rumah kita ada dua bilik. Kalau sewa utk rumah dua bilik : 15000 rupees. Bil letrik kita biasanya 2000 rupees sebulan, and bil internet depends kat package mana, kita biasanya bayar 1600 rupees sebulan. So semua bayaran ni bahagi dua dengan housemate. Kalau ada 4 housemate, bahagi 4. Tapi kebanyakan kat sini duduk satu bilik sorang. Nak privacy gittew.

Pasal keselamatan kat sini, alhamdulillah kita tak pernah kena apa apa kat sini, yg penting jangan keluar lewat malam, kul 10 dah kena balik rumah dah. Kat area perumahan sini ada ramai pakcik guard jaga, and memang kat sini ramai student malaysia, so kalau nak minta tolong apape senang je la.

Okay kpd yg baru sampai Bangalore, and yg baru dapat tawaran ke Bangalore, all the best!!!

Saturday, October 11, 2014

Orientation Week 3rd Year IMS Bangalore

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam bersamaan hari Sabtu 11 October 2014, tamatlah sudah minggu orientasi untuk clinical year students (3rd year). Agak stressful lah this week. Balik rumah je rasa nak tidur sebab penat sangat. Masa orientation week ni, kitorang dah dibahagi kepada 4 small batches (batch A,B,C,D and aku batch A which consists of 9 students) sebab ada 4 posting department ; medicine, surgery, obstetric and gynaecology, paediatric. Sepanjang minggu ni, kitorang diperkenalkan dengan sejarah hospital kitorang, and briefing berkenaan department masing-masing. 

Masa second day orientation tu kan, batch A kena masuk department medicine. And kitorang dibahagikan kepada 3 lagi group kecik. Ada yg pergi female ward, OPD, and ICU. I prefer pergi ward sebab ramai patient. Kalau OPD, kalau takde patient sangat, dapat sikit je la nanti. Masa orientation week ni, kitorang diberi pendedahan sedikit suasana masa start posting nanti. Seronok sebab dah dapat gambaran sikit. Cuma, hospital ni doctor selalu busy. Kita kena pandai pandai cari doctor. And kalau doctor takde, kita kena study sendiri. 

Oh lupa nak bagitau, aku dapat Baptist Hospital. Ada lagi dua hospital ; Jain Hospital, Sindhi Hospital. Ramai yg dapat Baptist Hospital sebab final year student yg dah balik for good tu ramai dari Baptist Hospital. And sedih la jugak sebab my 2 housemates semua lain lain hospital. Sorang dapat Jain Hospital, sorang lagi Sindhi Hospital. And fyi, Baptist paling dekat dengan rumah which is around 15 minutes je kalau naik scooter g sana. Sindhi paling jauh 45 minutes if naik bus. Semoga kawan kawan tabah la ye dapat hospital jauh. T.T

Isnin ni baru start posting. And nanti akan ada night duty (on call) so ada sorang or dua orang yang kena stay hospital sampai malam. Omg, aku rasa tak sabar nak kuruskan badan masa clinical year ni. Haha.

Okay lah, sampai sini je lah. Minggu ni dapat berehat hari Ahad je, Sabtu tu nasib baik half day tau. Okay, see you again. Bye!

Wassalam.
Miss F

Tuesday, September 11, 2012

Alkisah medical check up.

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari rabu! haha. Semalam bersamaan hari selasa , 11 Sept 2012 , aku telah diajak oleh ibu untuk buat medical check-up sebab lagi few weeks je lagi nak fly tapi apa pun tak buat. haha. Bukan apa, aku tak suka langsung la buat medical check up, lagi-lagi kena ambik darah. Eee. Suka-suka je ambik darah orang. Okay enuff membebel. -.- Semalam aku plan nak pegi Klinik Kesihatan Seremban 2 sebab my aunt yang suggest suruh pegi situ, 'cuz kat situ  memang tak ramai orang, lagi-lagi weekdays. Yeah, aku pun pegi situ petang semalam, memang tak ramai orang. Datang terus kat kaunter, tunjuk borang. Lepas tu kakak yang kat kaunter tu memang mesra alam betullah (tu yang sejuk hati tengok) , akak tu tanya "Nak buat blood test sekali ke" then, I said "ha'ah, memang kena buat." Lepas tu kena tunggu kejap, sebab akak tu nak call orang lab nak tanya pasal blood test.

Beberapa minit lepastu (minit k bukan jam), akak tu panggil, dia bagitau yang semua sekali termasuk blood test RM100++. Aku pun okay je la. Tapi tapi. Lepas tu dia bagitau yang result keluar sebulan lepas tu. Then I asked her, "Tak boleh ke buat asing-asing, buat medical check-up je, blood test tak payah." Dia cakap tak boleh. Sedihnya. Aku dgn ibuku berlalu pergi dengan perasaan kecewa. Jauh kot Seremban 2! Kesian kat ibu ku yg tukang drive. :(

Kitorang pun bersepakat untuk pegi hospital swasta je lah, tak banyak songeh. Kitorang pegi Senawang Specialist Hospital. Jarak antara Seremban 2 dengan Senawang agak jauh ye. Tu yang geram tu. Tak pe lah, ujian. Dah sampai hospital tu, terus pegi kaunter dan daftar nama. Lepastu kena tunggu lama jugak la, dalam half an hour kot. Ibu pun dah sampai terlelap tunggu. Tak ramai sgt orang and selesa la. Lepas tu ada sorang kakak ni mintak borang medical check up, dia tanya "Takde gambar passport ke?Sebab nak elak penipuan kan, kena ada gambar, kalau tak tak boleh buat." Aku pun dah cuak. Mana la aku ada bawak gambar passport masa tu. Pastu tetibe aku terpandang file yang aku guna utk bawak borang-borang mara tu, aku teringat yang aku ada letak gambar passport yg lebih-lebih kat dalam file tu. Aku pun godek-godek file tu and finally! Alhamdulillah aku bawak! Kalau tak, memang 1 hal la kena balik rumah balik, just untuk ambik gambar balik. Bukannya dekat Senawang ni.


Dah habis buat drama gambar passport, aku pun dipanggil untuk buat X-RAY oleh seorang abang yg comel. Haha. Dia senyum je. Alahaii. Aku masuk bilik X-RAY, ada seorang abang yang comel lagi (juru X-RAY). I was like "WHAT?? LELAKI KE YANG AKAN XRAY AKU NANTI! OHHH TIDAAAAAAAAK" Aku pun fikir professionally la, nak buat x-ray kejap je, takde ape lah. Tapi sumpah segan sangat. Medical checkup before ni, semua pekerja perempuan yg handle aku, tapi kat sini, semua lelaki! -.- Dah habis tu, abang comel yg first-first aku jumpa tu bawak gi bilik lain, nak buat urine test and physical check up. Tinggi aku naik 1cm. Bestnya. heheh. Maksudnya aku boleh meninggi lagi lah kan. yeay! Mimpi nak tinggi macam model. Sudah-sudah la berangan pipah oi. haha.

Dah selesai semua tu, tibalah kemuncak yang sangat dinanti-nantikan. Blood test. T____T

Before that kena buat ujian penglihatan. Kalau bukak spec memang tak nampak langsung la. Segemok-gemok tulisan tu aku tak nampak. Memang kabur sangat. Oh I hate this! Dah lah tak suka pakai spec, contact lens lagi la tak suka, tapi tak sedar diri mata tu rabun teruk. Takpe lah ada hikmahnya. Bagi aku bagus jugak kalau aku rabun, aku boleh jaga pandangan. Kalau jaga pandangan, at the same time dapat jaga hati. Yelah, kalau pakai spec, semua orang aku nak pandang. Macam jakun je. hekhek. Tapi bila tak pakai spec, orang senyum kat aku pun aku tak nampak. Aku dengan dunia aku je. Kalau present kat depan, memang tak segan sangat, sebab tak nampak audience dengan jelas. Itu 1 advantage lah kot. Plus, aku dapat jaga ingatan and hafalan aku, kalau asyik ternampak lelaki, akan buatkan aku hilang ingatan dengan mudah. grr.


I hate wearing spec!

Okay pasal blood test. Before that doc check nadi. Lepas tu baru get ready untuk ambik darah. Seriously nervous nya bila doc tu dah start pegang jarum. Nervous nervous nervous! Aku mula tenangkan diri. Doc tu duk belah kanan, and mintak tangan kanan aku letak atas meja. Aku pandang kiri je. Tak pandang jarum langsung. Scary. Dah beberapa minit, tak rasa sakit sangat. Biasa-biasa je. Tapi tapi, masa doc nak tarik keluar jarum, doc tu tetibe tekan tangan aku. ERKKKK! Sakit yang teramat sangat. Kuat gila dia tekan! Lepas tu dia suruh lipat tangan tu, doc tu letak plaster. Abang yang bawak aku jumpa doc tu tersengih-sengih je tengok aku yang hampir-hampir nak jerit masa doc tu tarik jarum. Apa la..sakit tau tak. T_T Tak patut betul. *geleng kepala*

Dah habis tu abang tu suruh bayar kat kaunter dan result akan dapat within 1 week atau lagi awal. Dah pegi kaunter, tetiba abang tu datang balik untuk sign kat bahagian x-ray punya form. Aku pun ikut dia pegi bilik x-ray td untuk sign kat situ. Dah habis ucap terima kasih, (akak-akak kat bilik x-ray tu baik sangat) abang tu jerit "kalau dah jadi doctor, kerja lah kat sini". Aku sengih-sengih je. InsyaALLAH tengoklah kalau ada rezeki dapat keje kat situ. Best la, swasta kan. Super selesa. hehe.

Aku menuju ke kaunter dan akak tu cakap semuanya RM360. Aku pun, hah apehal naik pulak, tadi kata RM300. Ibu pun bagitau la tadi akak yg first-first jumpa ibu aku tu cakap RM300. Beza RM60 kot. Ngengade betul. Akak tu pun call sape ntah, tanya itu tanya ini. Last-last dia cakap RM345.50. Eh boleh plak ada 5 posen kat situ. Sabo jela. Ibu pun malas nak banyak songeh, bayar je lah. Aku rasa nak nangis je bila fikir balik, medical check up je RM300 lebih. Nanti nak bayar VISA lagi, penginapan orientasi, register IMS. Memang la boleh claim, tapi bila entah dapatnya.

On my way balik rumah, aku dah mula rasa sakit-sakit kat bahu kanan. Maybe effect daripada ambik darah tadi. Maybe la. Tak pun sebab tekanan perasaan ke kan. Aku pun tak tau. Dah sampai rumah, ya Allah  menjadi-jadi pulak sakitnya. Sakit bahu kanan menjalar ke leher dan terus ZAPPP! ke kepala. Sakitnya Allah je yang tau. Aku tidur sekejap before solat asar, and mintak adik kejutkan pukul 6. Aku tidur sebab nak reda kan sikit rasa sakit tu. Tapi bangun tido je......ZAPPP! Sakit kepala sangat-sangat-sangat! Ya Allah..Aku pun solat asar dengan keadaan sakit kepala. Sakit, sakit sangat. Masa sujud memang terasa sakit. Memang Allah nak uji aku kot. Ujian Allah tanda Allah sayang hambaNya kan? :)


Sakit kepala!! haha.

Malam tadi okay sikit. Sekarang ni sakit lagi leher belah kanan. Memang kepala tak boleh gerak sangat, sakit!!!! Ya Allah, harap cepat-cepat la sakit ni hilang. Malam tadi tidur tak lena, kejap-kejap terbangun. Nak dekat berapa kali ntah terjaga. Tapi malam tadi hujan kan? Suka hujan malam-malam. best! :D

Itu je kot kisah medical check up aku. Harap terhibur.

Sekian, wassalam.

Tak sabar nak fly,
Dr. 'Afifah

Monday, June 6, 2011

Kisah Doktor.

Doktor oh doktor. Macam2 cerita pasal doktor yang aku dengar belakangan ni.

Cirita #1
Semalam akak angkat aku datang umah dari selangor. Naik ktm and sampai umah naik teksi. Nama akak aku tu kak Salsabila(not a real name hahah)

Kak Salsabila: Nurul(nama panggilan aku), driver taxy tadi tu doktor.

Aku : Hah??Driver? Doktor? *berkerutkerut muka*

Kak Salsabila: Ye. Doktor! Tak tau la doktor pakar ke ape..*yakinkan aku la tu*

Aku : Ish, apsal pulak? Ade ke doktor jadi driver teksi. Bukan doktor busy ke?

Kak Salsabila: Betul. Doktor...Dia buat part-time ke ape ntah. Dia doktor kat hospital besar tuu.

Aku : *aku gelak* part-time??

Kak Salsabila: Dia cite dalam teksi tadi, dia tanya akak nak pasang air-cond ke taknak dik,akak cakap tak kisah,lepas tu dia cakap eloklah tu sebab air-cond ni penyebab paru-paru berair.Lepas tu dia tak cakap dia ni doktor, dia cakap "mungkin sy ni doktor, nurse, pembantu, bla bla bla *tak ingat dah* " lepas tu dia cite pasal patient2 dia, confirm la doktor.

Aku: Oo..muda lagi ke?

Kak Salsabila: A'ah, nampak macam muda.

Aku : hah? mude??heee *grin*

Kak Salsabiela: Tu la, die cite macam-macam, akak pun 'ha, yela2'..angguk je. *gelak*

Whoa, doctor jadi driver teksi? wth? maybe die keje swasta kot, specialist. Doktor pakar kan x busy sangat. So, dia rasa boring nak isi masa lapang die dgn jadi pemandu teksi. huh? munasabah ke? haha. die suka drive kot. macam aku. drive dah jadi hobby aku skang. wah3. tak pun, dia bukan doktor, maybe pembantu doktor, or nurse ke kan. Tapi akak aku nampak dia macam doktor, i mean gaya dia. akak aku tanya nama dia pun dia taknak bagitau. perahsia sungguh. dapat tau klentong siap laH! haha

Cirita #2

Pak Lang n Mak Lang aku datang umah tadi. Dia ade cite pasal something.

Mak Lang: Ade anak cik Nazri tu doktor, busy betol. Ada sekali tu 3 hari tak balik, dia bawak beg troli pegi hospital.letak kat bilik rehat.

Ayah : Memang, time housemanship memang teruk betul la. Jiran depan umah ni, anak die housemanship kat Melaka, memang teruk keje.

Aku : *eleh, da tau da.haha.*

Pak Lang : Ade lagi sorang kawan tu doktor, jalan laju betul. Penat den nak kejar..

Ibu: Memang dia dah di train jalan cepat-cepat tu..busy..

Mak Lang: Slim la kau nurul dah jadi doktor nanti..

Aku : *sengih*

Pak Lang: Nanti Nurul buat kepakaran la. Pakar kat hospital swasta keje sikit, gaji banyak.

Mak Lang : Ha, betul..Kalau tak silap sejam dapat RM300..(pastu,berdebat dgn paklang pasal gaji pakar.haha)

Ayah : Macam cikgu jugak, cikgu cemerlang bayaran lain, cikgu biasa lain..

Aku memang dah sedia maklum time housemanship ni memang menderita ,tapi sekejap je.Aku ingat nak sambung pakar nanti. Demi masa depan anak-anak aku. haha. Aku taknak anak-anak aku terbiar sebab keje busy doktor ni. (ceh, ayat tak bleh tahan. hoho)

Cirita #3

Makcik aku, cik zah pun datang petang tadi. Time dah salam-salam nak balik tu...

Cik Zah: Nanti kalau hantar wan pegi la jumpa Dr Shah kat KPJ tu..Dia pakar onkologi.

Aku : *tertarik dengan perkataan onkologi tu* hah. Oo..

Cik Zah: Dulu time dia jumpa Dibah(my cousin) dulu dia suka tanya-tanya,dia cakap kat Dibah "ni boleh amek medic nii.." Nanti nurul jumpa lah dia. Pakar onkologi tu..

Aku: Oh yeke.. hehe. *grin*


Dr Shah tu yang operate wan aku kat KPJ dulu. Sabtu depan wan aku kena jumpa dia wat medical checkup kot. Kalau ade rezki, dapat la jumpa pakar onkologi tu. hehe. Memang menjadi cita-citaku untuk menjadi pakar onkologi berjaya dunia akhirat. cewah. insyaALLAH. :)

Tu je la cirita nya. Tak de la banyak mana pun, 3cerita je. Ok lah. Sekian saja, wassalam.

Oncologist-to-be,
Dr. Lurvians