Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

MARA OH MSU


18th September 2012 (Tuesday)

Hari ni hari yang sangat busy. Aku berkejar pegi jumpa makcik aku selaku penjamin 2 untuk agreement MARA. Sebab nak betulkan something dalam form tu, ada salah sikit. Nak kena initial 3 orang pulak tu. Melampau! Then berkejar ke pesuruhjaya sumpah kat town, dua-dua penjamin kena ada katanya. So memang agak menyusahkan la sebenarnya. Dah setel tu, pegi Lembaga Hasil Dalam Negeri nak matikan setem. 

Dalam pukul 1PM, gerak pergi MSU, nak ambik result sem 3 dan bayar  duit visa RM303. Pergi level 16, tengok-tengok pintu tak boleh bukak. Rupanya salah bangunan. Aku call kawan aku, dia cakap level 16 management tower. Ya Allah. Punya lah nak kejar masa time tu, banyak pulak masalahnya. Aku pun pegi management tower, nak tunggu lift satu hal. Dah nak pukul 3 dah masa tu, memang cuak sangat, sebab lepas tu nak pegi HQ MARA kat KL. Dah sampai level 16, international office takde orang! Aku pun macam, eh tak de orang. Takkan sorang pun takde. Aku siap boleh round 1 office tu, memang takde orang! Aku tunggu few mins, ada sorang staff sampai, dia baru nak solat rasanya, dia cakap “tunggu kejap boleh?” Apa? Dia suruh tunggu?? Takde makna nya nak tunggu. Aku dah lambat sangat dah ni. Aku pun cakap “Saya nak cepat ni, lepas ni nak pergi MARA. Kalau petang nanti takut tak sempat. Office tutup pukul berapa?” Dia cakap tutup pukul 6, tapi dia balik lambat sikit. Aku pun blah la dari situ.

4.40 petang baru sampai HQ MARA kat Jalan Raja Laut. Ayah main redah je jalan kat KL tu, tup tup jumpa pulak. Dekat je dengan Sogo. Dah sampai tu aku terus hantar borang agreement, ada sorang staff ni tolong check kan and bagitau apa yang tak lengkap lagi. Banyak jugak yang tak lengkap tapi boleh je setelkan masa tu. Memang agak kelam kabut, nasib baik ‘F’ ada, tolong fotostatkan medical checkup and result sem 3. Dalam kul 5 lebih baru siap, solat asar jap, lepas tu makan kat restoran kat bangunan MARA tu. Bertolak balik dalam pukul 7 PM, aku call miss A, nak inform dia aku tak sempat nak hantar borang visa and passport hari ni. Dia suruh hantar esok. So aku tak payah la nak patah balik MSU. Masa on my way balik to Seremban, aku teringat something. Ohhoooyy!<--tiru Jepa.

Aku : Ayah!*pandang kerusi belakang*
Ayah: kenapa? X-RAY?
Aku : *eh macamane ayah boleh tau ni* ha’ah, envelope medical checkup tadi tertinggal!
Ayah : Laa, takpe la, nanti kalau ‘F’ pegi hq mara nanti, suruh dia tolong ambikkan.
Aku : Oo. A’ah kan. Ok ok.

Dah setel 1 masalah. Thank you ‘F’. Jasamu dikenang! Boleh balik dengan hati yang tenang ;)

*To be continued..............*

Tuesday, July 3, 2012

Penawar Kesedihan. Allah!

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang-kadang aku rasa hidup ini sangat memenatkan. Kadang-kadang aku rasa aku dah tak larat nak hidup lagi. Kadang-kadang aku rasa hidup ini asyik buat aku menangis. Kadang-kadang aku rasa hidup ini sangat susah. 

Belakangan ini aku sering diuji. Bertubi-tubi. Dengan sesuatu yang tidak pernah aku sangka. Dan semua itu sungguh menyakitkan. Tapi aku sedar, nak jadi orang yang sabar tu bukan senang. Taraf orang sabar itu ada pada para nabi dan rasul terdahulu. So you think it's that easy untuk sampai tahap sabar? Dan aku juga sedar, reward untuk orang yang sabar ialah syurga. Moga Allah redha, insyaAllah.

Hari Isnin haritu, aku dapat berita yang sangat menyedihkan. Sangat sangat yang teramat sangat. Aku rasa kaki aku lemah untuk berdiri lagi. Aku rasa aku dah jatuh menjunam ke bawah, dan aku rasa sangat susah untuk bangun semula. Masa tu jugak, aku terjumpa ayat ni.
 
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)

Ayat-ayat ini sungguh menyentuh hati aku. Aku juga teringat ayat yang pernah kami tadabbur bersama semasa Bulatan Gembira dulu.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (At-Taghabun : 11)

Masa Kak Muna (kak naqibah) ajak tadabbur ayat ni, aku rasa sangat sebak. Betapa aku ini hamba yang sangat lemah. Tak berdaya untuk berbuat apa-apa melainkan dengan kuasa dan kehendak Allah. 

Baru-baru ini, aku surf internet dan aku terjumpa lagi satu ayat yang sangat beri kesan dalam hati aku.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Al Hadid: 22-23)


"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."

Betapa aku rasa sangat terasa dengan ayat ini. Allah benar-benar ingin menegur aku. Aku betul-betul terasa. Sentap. Aku lalai. Aku tak sedar yang selama ini aku benar-benar hidup dalam kelalaian. Aku sangat sedih dan menyesal. Aku sangat menyesali masa-masa aku yang terbuang dengan benda yang sia-sia dulu. Aku dilalaikan dengan hal-hal duniawi. Aku kecewa dengan diri aku. Sangat kecewa.

Ayat-ayat ini juga menyedarkan aku, segala bencana dan musibah dalam hidup ini dah sedia tertulis di Luh Mahfudz. Ia dah ditetapkan. Nak tak nak kita kena hadapi. Dan macamana kita hadapi, itu lah caranya Allah nak uji kita. 

'JANGAN KATA KAMU BERIMAN SELAGI KAMU TIDAK DIUJI!'

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2) 

Dan ujian itu ada pelbagai bentuk.

Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155) 

Jadi sabarlah dalam bersabar! Sebab............

”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al Baqarah : 286)

Sebab Allah tahu yang kita mampu lah Allah turunkan ujian/musibah tu. Kalau tak mampu, Allah takkan biarkan ia berlaku. Allah tak pernah zalim kepada hamba-hamba Nya.

Didiklah hati agar sentiasa redha dan sabar. Kerana Allah sangat mencintai orang yang sabar.

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."(Ali Imran : 146) 

Ingatlah, bukan senang nak jadi orang yang sabar. Allah pernah puji orang-orang yang sabar dalam al-Quran.

"…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah :177)

Dan yang bestnya, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.”  

InsyaAllah, semoga dengan redha dan sabarnya hati ini menerima segala ujian dan musibah yang melanda, Allah akan hapuskan segala dosa-dosa kita.

Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya ya Allah. Alhamdulillah. Aku cuba untuk jadi kuat. Cuba untuk jadi tabah. Aku taknak jadi orang yang lemah. Aku mohon ya Allah, seandainya aku jatuh lagi selepas ini, berilah aku kekuatan untuk bangkit kembali. Aaamiin :')

 "IT'S OKAY TO CRY. MENGADULAH KEPADA ALLAH KERANA DIA PASTI DENGAR."
La Tahzan,
Dr 'Afifah

Sunday, September 11, 2011

horror story.

Salam. Semalam aku pergi raya-raya dengan kawan baikku since form 1 iaitu Azra and Yanie. Beraya rumah kak Moriza, Husna(ex schoolmate), Iwan(ex-tuitionmate) and rumah member azra yanie, nama dia Rashid. He's a good guy,anyway.haha. Dia ada lagi dua orang member, JD (Zaidi) and Azam. Macam-macam ragam la dorang ni. Okay, tetiba tadi ade banyak incident berlaku. One of them is tayar kereta pancit. Nasib baik pancit kat depan umah Rashid. Kalau time ontheway balik,xtau la camane. Dah la maghrib time tu. Tak memasal je kena solat maghrib rumah Rashid. Haihh.Tapi bilik tetamu die ada aircon and piano lama. Rumah dia macam klasik sikit,macam scary tapi lawa seriously.

Dah pancit tayar tu, Rashid,Azam and JD try tuka tayar spare. Aku sebagai seorang perempuan sejati memang taktau apa-apa pasal hal ehwal kereta.Aku tau start enjin,drive and tutup enjin,that's all.haha. Last-last terpaksa bawak gi kedai tayar. Time tu kedai tayar lagi sikiiiiiiit lagi nak tutup.Kalau dah tutup memang terpaksa balik pasang hazard light laa.=.=" Kedai tayar tu dah tutup hampir semua pintu kecuali ade 2 pintu macamtu laa tak tutup lagi. Semua pekerja die dah kuar da,ade yang dah balik. Aku fikir,'kalau lambat few mins je tadi,confirm tak sempat." Tapi alhamdulillah, ALLAH maha kuasa menentukan segalanya. Orang tu cakap kene tukar rim tayar spare masuk kan kat tayar lama, and masukkan angin. Kena bayar RM6. Ok la kan,drpd kena tukar tayar. hehe.

Lepas tu ada 2 cerita scary. First, kawan aku,azra nampak kucing berdiri tegak pandang arah dia. Azra  naik kancil time tu, sebab nak bawa kancil tu gi kedai tayar. Aku and Yanie naik ngan Rashid,kete Waja. Kitorang kat belakang kete Kancil tu. Azra nampak time lampu kereta tu suluh ke depan,so terang la kan, tp kitorang bertiga tak nampak pun. Kelibat kucing pun xnampak. Kucing tu memang seram,besar and berdiri sangat tegak,based on apa yang Azra cite. Then time ontheway ke kedai tayar jugak, nampak 1 teksi buruk,lama berhenti kat depan sekolah, lampu belakang terbukak, but dalam kete sangat gelap,xnampak apape.Lepas tu Azra ada  nampak sorang pakcik guard  berdiri tegak kat sekolah tu, pakai baju putih. Seram je. Maybe sebab tengah takut,so fikir macam-macam.

Tapi kan, area situ memang berhantu. Cuz ada cite benar, dulu ada sorang perempuan pakai susuk, and dah mati tak sempat keluarkan susuk tu. Tanah tak terima dia. So ada hantu pocong menghantui area situ, and ada orang cakap dah sampai ke Paroi,Seremban semua tu la. Pastu aku cakap,"oo,jauh pocong tu jalan." Hahah. actually,lompat. Pocong mana boleh jalan kaki. heee. Lepas solat maghrib kat rumah Rashid,kami pulang ke rumah, kul 8.30. Ada sekali tu,jalan takde lampu langsung. Lampu kete tak cukup tinggi nak suluh jalan depan. Memang xnampak jalan. Means kalau ada selekoh memang tak nampak. Nampak setengah je,sebab lampu kancil kan rendah je. Then, bawak slow2. Yang seramnye takde kete depan belakang. Uihh. Seram. Baca-baca je la. Alhamdulillah,selamat sampai rumah Azra, mak dia buat open-house-tak-dirancang.hehe. Makanan tak cukup kat rumah  Azra, mula-mula laksa habis, mee goreng habis, last-last nasi goreng cina kitorang tolong masak. And makan sekali. Sampai umah azra je terus kena masak en. Menarik2. haha. 

Pastu tengok cite OHH HARAMM. Best and kelakar.Rugi tak tengok. It's about a guy yang sangat alim, tak boleh tengok perempuan, cakap ngan perempuan tak pandang muka pun, dengan adik die pun taknak bersentuh. Haihh over pulak mamat ni. Cara die cegah kemungkaran pun macam tak sopan, tak beradab. Kita kan kena cegah kemungkaran dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Bukan dengan cara kasar. Itu akan mencemarkan lagi imej Islam. Kul 10.15 aku hantar Yanie balik, time tu hujan! Azra Yanie takutkan aku "Nanti ada teksi tadi potong kete ko,tengok2 ade balik kat belakang." pastu "nanti nampak kucing  berdiri~" haha. takut gile. Aku ni penakut la, maybe sebab BANYAK sangat tengok cite hantu.Tapi kalau berani,memang berani teramat sangat. Adeihh.=.=

Ok dah lah. Itu cerita semalam.Itu sahaja.Wassalam.

Writer of the horror story,
Dr. 'Afifah

Friday, September 9, 2011

Syawal di MSU

Bismillah. Assalamualaikum to all muslimin and muslimat. Ceh macam nak  bagi speech pulak. hehe. It has been a week after cuti raya. Cuti raya seminggu tapi aku rasa best la raya tahun ni.Minggu ni aku puasa 6. dah 3 hari dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan untuk sempurnakan puasa bulan syawal ni. Dugaan jugak sebab selalu nampak my classmate pegang kuih raya la,roti coklat la,susu goodday la. haihh. Sabar jela. Tapi I did enjoy puasa bulan syawal ni.It's different,for sure.Mane tak nya,orang lain sibuk 'membalas dendam' sebab xdapat makan di siang hari.Aku pulak duk berlapar di siang hari.Tapi bila berbuka tu memang nikmat la,orang yang xpuasa memang tak rasa la nikmat tu. Ahh,semua orang tau tu.haha.

Oh yea,semalam aku baru tau pasal berita rompakan kat restoran india muslim di seksyen 15 dekat dengan SpeedMart.Seksyen 15 tu la tempat tinggal kitorang kat sana, and selalu jugak la lepak kat SpeedMart. Seram je,dorang rompak lappy,handphone pelanggan and bawak balik mesin cashier.Senjata dorang guna parang. Ada cctv restoran tu. google lah. kat youtube pun ada. Tapi kelakar lak time perompak tu bawak lari mesin cashier.Macam comel je. haha. Pape ntah.

Sekarang ni aku tengah menjalani second half sem untuk first sem.Bio ada 7 chapter lagi.Msian Studies ade belas2 chapt, xingat ada berapa maybe around 13 macamtu la.Huhh terkejut bila lect cakap macamtu. Banyak kot! Health science tak banyak sangat chapter,plus senang je hafal hafal.InsyaALLAH. Tinggal sebulan je lagi nak final exam.Cuak lah! Maths ade lagi 2 chapter. Maths chapter 4 pening sikit, polynomial lagi senang kot. Ishh. Tak sabar nak habes final exam. Cuti 3 minggu!  Untunglaa.~ Apsal la tak sebulan je. Kan cantik sikit bunyiknya. grr.

So far aku boleh survive lagi.Mana taknya,sebulan lebih je belajar,tibe2 exam.Banyak lagi subjek nak kena belajar untuk next sem.I need four flat~ Aku nak fly dengan result 4-flat. Harap cita2 aku ni tercapai,amiiin. Kalau x pun,ada hikmahnya tu. Usaha pun kena four flat jugak lah kan. Malam tadi kitorang satu rumah tengok cerita santau kat tv3,tutup lampu. Siyes seram pulak. Jerit2,gelak2 pun ada.Haha. Asal boleh je nak gelak. Housemate aku memang kuat gelak.Tak tau la nape. :P

Ok lah. Ni je la nak bebel. Saje je update belog yang hampir berhabuk(tak berhabuk lagi ok) ni.Doakan aku and kawan-kawan aku dapat fly next year! amiiin. :D

Salam Aidilfitri,
Dr. 'Afifah Sidek




Tuesday, July 26, 2011

confess.

ok dah lama aku tak bebel kat dalam ni kan. so  now i'd lovvvvvve to bebel. grr. firstly, tension. quiz maths was like ntahapeape aku jawab. malam tadi aku tido awal. awaaaaaaal gile. around 12 mcmtu lah. siyesly rasa macam nak hentak hentak kepala kat dinding. i hate dis feeling. rasa bersalah cuz tido awal sangat padahal esok ada quiz yang markahnya akan include skali dalam final exam. sengal kan? chapter 2 tu baru je habis, and at the same time kena setelkan assignment 2 maths. quiz 1 hour n no calculator allowed. Tapi last-last minit tu aku tekan gak kalkulator. geram gile. ape ntah math takleh pakai kalkulator. nonsense gile. memang aku nak nangis la lepas quiz tu. memang la orang lain akan cakap 'alah quiz je, berapa je markah. blablabla..' tapi still carry marks jugak kan. even 1 mark pun amat berharga bagi aku. poyo nye. haha. yes i am poyo lebih kalau bab2 exam. lalala. ;p

okay. next. aku tension cuz aku dapat tau satu BAD NEWS ni from someone. baru je tau. and aku rasa tak tenteram. siyesly. tak tenang jiwa aku dengar bad news ni. y'know, bila orang keep talking bout u n someone else..and timbul cerita yang tak sepatutnya. tak keruan la aku jadinya. dulu kat sekolah shams pun penah jadi macamni. sekali je kot. tu pun aku rasa nak nangis. then terus bagi warning kat bff aku jangan gosip2kan aku. since then dorang lebih berhatihati la. cuz they know aku jenis yang macamana. they knew it very well. roommate aku faham aku, but my housemates tak faham. geram jugak sometimes tapi entah la. dorang baik gile dengan aku ,cuma sometimes , aku rasa macam dorang ada hide something from me. and dorang tak berani ni nak cakap. and aku just bia je la. malas nak bangkitkan any issue.
aku tak sangka bad news ni amat affect diri aku. sangat-sangat. well, sejak kat lecture hall tadi aku dah mula tak tenang when one of my groupmates (assignment punye group) aku text aku pasal something related dengan BAD NEWS tu. n aku pun. entah. macam tak boleh fokus dah. since then aku dah macam rasa ada beban dalam kepalaotak aku ni.. looks like small matter. tapi aku rasa this thing dah ganggu emosi aku. aku ni dah la mudah distracted kalau kena benda2 macamni. tak suka tak suka. hish. dah lah. malas nak cite panjang. banyak benda aku nak fikir lagi. MSU lebih kurang macam shams. banyaaaaaaaaaak keje!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! saba je la. 

oh yea. esok birthday my housemate, UMMI ZULAIKHA. Happy birthday ummi! semoga comel selalu! hehe.sekian. wassalam.

"IT'S A PERFECT NIGHMARE. :') "

Dr.Lurvians.




Tuesday, June 7, 2011

Sweet dream or nightmare huh?

:')

Malam semalam aku mimpi dia.

Aku tak rindu dia, tak ingat kat dia pun,tapi tiba-tiba je mimpi dia.

And aku dah lupakan dia kot. Dah tak ingat dia lagi. Dah lupa habis ar. Zero okay, ZERO!

Aku mimpi dia, dia duduk kat depan aku dalam majlis ape ntah. Dia pakai baju melayu.

Then, ade orang kat sebelah dia pass kan something kat dia untuk bagi aku. I can't really remember ape benda yang di pass nya tu, tapi macam fail la kalau tak silap.

Bila dia dah pass fail tu, aku tengok muka dia, dia pun did the same thing. Dia tenung macam nak telan aku. Sengal sungguh! Aku pun tunduk. Tengok and belek-belek fail tu. Lepas tu aku pandang depan, dia masih tenung aku. WTH! Jaga pandangan la wey. Haha.

Dah lama tenung aku, dia bersuara. Dia ajak aku sambung belajar kat tempat dia belajar sekarang.

Aku pun ,"Hah? Kat ******?Apsal pulak?" (stars tu stand for negara tempat dia belajar)

Dia pun angguk.Lepas tu tiba-tiba dia baca surah al-ikhlas depan aku. Apekene la dia ni. Adeii. =,="

Time tu aku terfikir, aku dah dapat tawaran MARA pegi India, so it's impossible utk aq sambung blaja gi ****** plak.

Mimpi aku memang merepek-repek. haha. Yang aku paling tak faham, dia tak bagitau pun reason kenapa dia ajak gi belajar kat sana, tapi cuma baca surah al-ikhlas je. Memang tak faham. Oke lah, enufff pasal mimpi-yang-aku-tak-faham ni. sekian.

notakaki1: Muka dia lain sikit dalam mimpi ni, but i know it's him
notakaki2: aku dah dapat surat tawaran rasmi mara! yuhuu. :D

Wassalam.

Dr. Lurvians.

Monday, June 6, 2011

Kisah Doktor.

Doktor oh doktor. Macam2 cerita pasal doktor yang aku dengar belakangan ni.

Cirita #1
Semalam akak angkat aku datang umah dari selangor. Naik ktm and sampai umah naik teksi. Nama akak aku tu kak Salsabila(not a real name hahah)

Kak Salsabila: Nurul(nama panggilan aku), driver taxy tadi tu doktor.

Aku : Hah??Driver? Doktor? *berkerutkerut muka*

Kak Salsabila: Ye. Doktor! Tak tau la doktor pakar ke ape..*yakinkan aku la tu*

Aku : Ish, apsal pulak? Ade ke doktor jadi driver teksi. Bukan doktor busy ke?

Kak Salsabila: Betul. Doktor...Dia buat part-time ke ape ntah. Dia doktor kat hospital besar tuu.

Aku : *aku gelak* part-time??

Kak Salsabila: Dia cite dalam teksi tadi, dia tanya akak nak pasang air-cond ke taknak dik,akak cakap tak kisah,lepas tu dia cakap eloklah tu sebab air-cond ni penyebab paru-paru berair.Lepas tu dia tak cakap dia ni doktor, dia cakap "mungkin sy ni doktor, nurse, pembantu, bla bla bla *tak ingat dah* " lepas tu dia cite pasal patient2 dia, confirm la doktor.

Aku: Oo..muda lagi ke?

Kak Salsabila: A'ah, nampak macam muda.

Aku : hah? mude??heee *grin*

Kak Salsabiela: Tu la, die cite macam-macam, akak pun 'ha, yela2'..angguk je. *gelak*

Whoa, doctor jadi driver teksi? wth? maybe die keje swasta kot, specialist. Doktor pakar kan x busy sangat. So, dia rasa boring nak isi masa lapang die dgn jadi pemandu teksi. huh? munasabah ke? haha. die suka drive kot. macam aku. drive dah jadi hobby aku skang. wah3. tak pun, dia bukan doktor, maybe pembantu doktor, or nurse ke kan. Tapi akak aku nampak dia macam doktor, i mean gaya dia. akak aku tanya nama dia pun dia taknak bagitau. perahsia sungguh. dapat tau klentong siap laH! haha

Cirita #2

Pak Lang n Mak Lang aku datang umah tadi. Dia ade cite pasal something.

Mak Lang: Ade anak cik Nazri tu doktor, busy betol. Ada sekali tu 3 hari tak balik, dia bawak beg troli pegi hospital.letak kat bilik rehat.

Ayah : Memang, time housemanship memang teruk betul la. Jiran depan umah ni, anak die housemanship kat Melaka, memang teruk keje.

Aku : *eleh, da tau da.haha.*

Pak Lang : Ade lagi sorang kawan tu doktor, jalan laju betul. Penat den nak kejar..

Ibu: Memang dia dah di train jalan cepat-cepat tu..busy..

Mak Lang: Slim la kau nurul dah jadi doktor nanti..

Aku : *sengih*

Pak Lang: Nanti Nurul buat kepakaran la. Pakar kat hospital swasta keje sikit, gaji banyak.

Mak Lang : Ha, betul..Kalau tak silap sejam dapat RM300..(pastu,berdebat dgn paklang pasal gaji pakar.haha)

Ayah : Macam cikgu jugak, cikgu cemerlang bayaran lain, cikgu biasa lain..

Aku memang dah sedia maklum time housemanship ni memang menderita ,tapi sekejap je.Aku ingat nak sambung pakar nanti. Demi masa depan anak-anak aku. haha. Aku taknak anak-anak aku terbiar sebab keje busy doktor ni. (ceh, ayat tak bleh tahan. hoho)

Cirita #3

Makcik aku, cik zah pun datang petang tadi. Time dah salam-salam nak balik tu...

Cik Zah: Nanti kalau hantar wan pegi la jumpa Dr Shah kat KPJ tu..Dia pakar onkologi.

Aku : *tertarik dengan perkataan onkologi tu* hah. Oo..

Cik Zah: Dulu time dia jumpa Dibah(my cousin) dulu dia suka tanya-tanya,dia cakap kat Dibah "ni boleh amek medic nii.." Nanti nurul jumpa lah dia. Pakar onkologi tu..

Aku: Oh yeke.. hehe. *grin*


Dr Shah tu yang operate wan aku kat KPJ dulu. Sabtu depan wan aku kena jumpa dia wat medical checkup kot. Kalau ade rezki, dapat la jumpa pakar onkologi tu. hehe. Memang menjadi cita-citaku untuk menjadi pakar onkologi berjaya dunia akhirat. cewah. insyaALLAH. :)

Tu je la cirita nya. Tak de la banyak mana pun, 3cerita je. Ok lah. Sekian saja, wassalam.

Oncologist-to-be,
Dr. Lurvians

Friday, June 3, 2011

Lebuhraya Karak.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku hang out dengan adik n cousin ku dengan sorang kawan adikku,suhana. Fun jugak la. Aku jadi driver bertauliah tak bergaji. Mule-mule pegi Masjid Negeri, my adik nak siapkan kerja kursus. Sementara menunggu tu baca novel Twilight dalam kete, my cousin,Weda baca novel aku novel Tunas by hlovate. Then, kitorang pegi tengokss wayangss kat terminal 2, MBO cinema. Sunyi je term2 tu. Wayang dia pun tak ramai tapi tempat dia best la. Sebab baru2 sikit kan. Tengok cite Karak. Karak seram. Seram time mule-mule je, last-last tu aku dah tak larat nak jerit. Siyes. N ada sekali tu sampai nak tersedak popcorn disebabkan takut sangat. Mane tak nya, time tengah takut tu sumbat popcorn banyak-banyak dalam mulut. =.=" My cousin,Weda pun tercekik popcorn,nasib baik ada air lipton ice tea. haha. 



Model sambilan.


Karak ni actually nama highway. Kat highway ni banyak kemalangan berlaku. Ada sekumpulan pelajar kolej (if tak silap la) lalu highway ni bila jalan utama jammed. Waktu tengah malam. Time perjalanan tu ade kawan die nak buang air kat tandas yang sangat buruk,lama and seram! Fuhh. Time ni suspens. and banyak jeritan2 yang aku dengarr. WTH. (Aku termasuk sekali,haha) Aku suka part yang last-last. Bukan sebab dah tak seram. Tapi sebab dia ade sedarkan aku pasal iman. Wah. Bajet je. Tapi siyes ni. Kat highway tu nanti dorang accident sebab kena kacau hantu (biasalah hantu memang suke kacau orang) lepas tu kereta jatuh kat tebing and semua tu kawasan hutan. Lepas tu salah sorang daripada dorang terpisah. Dia ni perempuan, pernah jadi qariah tapi tak pakai tudung pun. Nama dia ape ntah tak ingat. Aku rasa dia ni yang paling baik berbanding kawan2 lain. Tapi dia ni dah lama tak sembahyang. Dulu dia solat, tapi disebabkan pengaruh kawan dia dah tak solat. Nanti dia ni kena kejar hantu nenek tua. Part ni aku jerit. haha. (bukan aku sorang je ok)



dua saudara sepupu..

Part yang paling aku suka ialah time perempuan yang kat atas ni kena keliling dengan hantu2. hiii. cuak betul saat itu. Dia cuba baca ayat Kursi tapi nak tau tak, hantu tu ikut sama-sama dengan dia baca ayat kursi. Ya ALLAH, geram gile aku tengok hantu tuu! Ade satu hantu tu cakap, "takde lah kuat sangat iman kau." aduii. Menangis perempuan tu. Then, Tok Malam ( orang yang tolong tumpangkan rumah dia kat tengah hutan untuk dorang2 ni berteduh ) pesan kat perempuan ni, baca ayat Kursi, kuatkan semangat, kuatkan iman, jangan tau baca ayat kursi je, tapi hayati n yakini makna nya skali (lebih kurang macamtu lah ayatnya). Dalam keadaan ketakutan, perempuan ni baca maksud ayat kursi tu (maybe sebab dia qariah dulu-dulu, tu yang dia hafal maksud ayat kursi). Mule2 dia takut2, lepas tu nanti dia akan berdiri and baca maksud ayat kursi tu penuh semangat and yakin. Meremang bulu roma aku bila aku tengok dia baca maksud ayat kursi tu. Aku tersedar betapa besarnya kuasa Allah. dan betapa kerdilnya aku kat dunia ni. huh. Lepas tu semua hantu2 tu hilang. yeay! ^^



Gadis rooftop.

Ending die sedih. Tapi aku tak nangis okay. hehe. Nanti semua mati kecuali perempuan tu. Tapi aku tak faham sangat ending dia. Aku tak sure sama ada perempuan tu mati ke tak. Sebab pemberita tu cakap, "ada 4 orang yang terlibat dalam kemalangan, tapi hanya 3 mayat dijumpai."  Aku tengok yang tiga tu bukan mayat perempuan tu. So? Whatever k. Lepas habis cite tu, aku masih rasai lagi ketakutan n keseraman cite tu. Menggeletar time drive kete avanza yang gemok tu. Kitorang decide nak makan kat Terminal 1, parking kat bawah library. Time nak masuk parking tu, cermin kanan terlanggar tiang. And nasib baik takde apape yang pecah. Aku sangat kelamkabut time parking tu. Adeihh. 




yeah, I'm not a good driver. sorry guys.

Dah habis makan nak pegi Masjid Negeri solat zuhur. Shejuuukkk! aircond dia pasang kuat2. i like! hehe. Tapi sebelum sampai masjid tu, ade something happened. Kete avanza yang gemok tu hampir2 dihimpit due kereta. Dari jauh aku da nampak ade kete wira yang benti belah kiri tu nak masuk ke kanan. Aku nampak dia benti. Aku pun jalan je lah. Tapi bila dah betul2 kat sebelah kete wira tu, dia pegi jalan main masuk je lorong aku! sengal! monyet! drive macam takde brain. hahah. amek ko. geram aku. Dia hampir nak langgar kete aku, aku pun elak la ke kanan sikit, tibe2 ade kete dari belakang laju je jalan kat sebelah kanan aku and jarak dia sangat dekat. Aku terpaksa tekan minyak habis-habis untuk elak berlanggar sebab kiri and kanan kereta macam nak himpit aku .And secara sedar tak sedar aku tutup mata (kejap jela) time tekan pedal minyak habis-habisan tu sebab rasa ngeri! Sengal punye kete wira! budu nyer. geram geram geram. Adik aku, weda and suhana dah jerit2 kat belakang tu. Takut accident. haha. 

Then ktorang pegi JJ. Tapi Suhana tu tak ikut,dia kena balik rumah dia jauh. So, tinggal 3 orang je la, aku,adikku and cousin ku weda.  Nak cari parking satu hal. Ramai orang. Ni yang leceh ni drive kete. Naik skuter senang je nak parking. Nak menyelit mane2 pun senang. hehe. Aku parking kat atas skali. Rooftop. Time ontheway gi JJ adik aku nampak sesuatu.

Zati (adikku) : Fulamak. Smart ahh!
Weda(cousinku) : Ha'ah la!
Aku : Ape tu?
Zati : Kete tuu.

(Tiba-tiba ade kereta sporty warna merah lalu sebelah kete aku)

Aku : fuh.ha'ah! smart lah!

(Kete merah tu dah ade kat depan aku)

Aku : Jom kita buat2 langgar nak kete tu. (sebab nak tengok driver sape)
Weda : *ketawa* woii. nanti free2 je kene tengking. reject terus!
Zati : *ketawa* tengok-tengok tak hensem.
Aku : Selalu nye yang naik kete macamtu orang cina.
Weda : Cina ok lagi. kalau *&*%^&%*^$#$?? taknak lah. hahahaa

(Kitorang gelak samasama.haha) 

Kat JJ time carik parking kitorang jumpa kete tu lagi! haha. Kitorang follow kete tu naik atas carik parking. At last dapat gak ktorang tengok driver die. haha. Sebelum ni cubaan ktorang untuk tengok driver tak berjaya sebab cermin tingkap dia tinted habis! tak nampak bayang langsung. Kat JJ tu dia bukak tingkap. And betullah sangkaan aku, orang cina. Ktorang dah gedik2 kat dalam kete tu sebab driver die mude,smart and hensem. hik3. *mood menggatal* sengal betul. Dah dapat parking kat rooftop, ktorang pegi jalan-jalan. Aku nak survey handbag untuk ibu aku. Hadiah sebelum masuk MSU. Weehee. Tak sure nak beli apa sebenarnya. Untuk ayah aku beli tie je kot. Kat The Store tingkat atas tu murah2 and cantik2. Berkenan lak aku tengok.


    

cewahh!


Oh ye, terlupa pulak. Ada lagi satu kejadian yang berlaku kat JJ ni time cari parking. Macamni, aku tengah drive la macam bese carik parking, drive pun selow selow la kan. Tibe-tibe lak ada 1 kete belah kanan aku undur kete (nak keluar dari parking). Oi tak nampak ke aku tengah dok lalu belakang kete kau ni. Kete gemok macam ni pun tak nampak ke. Eee yaii. Die undur sikit, aku pun brek sikit. Lepas tu die undur lagi sampai la lagi sikit nak langgar. Aku brek habis2. N then aku hon dia. Padan muka. Haha. Aku ni bukan jenis suka hon-hon orang. Kalau dah 'hot' sangat memang aku hon. ishhh. Tak pe lah, dia tak perasan kot. (cuba bersangka baik. huk3 )

Time kat masjid negeri, Weda cakap,"ada kene-mengene ke kejadian yang berlaku kat kita ni dengan Karak."

Aku pun, "tah-tah, ade benda ikut kita tak.Tak pe takpe, kita dah ade kat masjid da ni."

Konon da selamat la tu. haha. siodd je. Sampai terbawak-bawak. Karak oh Karak..



Dua budak ni nak PMR taun ni. :)


Ini lah kete avanza yang gemuk tu.


With my cousin,weda.  Dia ni gang aku jugak sebab kuat jerit dalam wayang.


Comel kan baju putih tu! Siap bersambung dengan seluar.



Dah nak balik dah! tataa~

Solat asar kat rumah Weda. Lepas tu lepak-lepak kat umah dia sampai kul 7. Minum neslo and biskut cream-o. Sambil tengok tv. And bluetooth gambar. And tengok gambar2 ni kat laptop Weda. Then aku borak-borak ngan makcik aku tu. Dia cite pasal anak dia kat matrix. And pasal azra n yanie kat matrix. Die pun ade cite pasal pelajar2 shams yang kat oversea skang. Pasal puasa ganti pun ade. Macam-macam lah. (Biasalah,perempuan...)

p/s: dalam cite karak tu, aku suka betul line ni,
 "AWAS HANTU LALU LINTAS, SILA LAJUKAN KENDERAAN ANDA"  :D

Itu je lah. Harap terhibur. Wah3. Sekian saje, wassalam.


miss lurvians.

Friday, May 6, 2011

Virus UPU mula tersebar.

Assalamualaikum.

OK . Sekarang ni memang musim UPU. Kat fb pun, UPU ni menjadi isu hangat.

And it's not really hangat for me, sebab aku tak dapat UIA, my first choice. Kecewa sikit la. Tapi UiTM tu still top 4. Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. So, aku bersyukur sebab masih berjaya dapat course yang aku minat. (:


PERANCANGAN STUDY.

Aku pun tak pasti lagi sebab result MAINS and MARA tak keluar lagi. Tapi, aku tak mengharap sangat sebab time interview I was like entahpape. Aku tetap berdoa jugak agar dapat biasiswa/pinjaman tu so that tak payah nak bebankan parents lagi. InsyaALLAH.

Kalau tak dapat MARA, aku akan pilih MAINS. Tak dapat MAINS,aku akan pilih antara 2:

1.Asasi Sains UiTM. Yang aku pernah bace-bace la kan, prog asasi uitm ni kalau nak masuk kene minimum 8A. Means that kena bersaing la. Wuhuu. Kat mana-mana pun still kena bersaing jugak. Budak genius skang melambak-lambak. Adeihh. =.="

2. Matrikulasi Kuala Pilah,NSDK. Sama dengan 2 BFFs aku, Azra and Yanie! Yuhuuu~ Dorang dah decide nak gi matrix ni sesame. Pegi daftar sesame. Kelas sesame. Hahaha. It will be wonderful if I can join them. *yea,if only i can..* If matriculation is the only choice I had, I would choose this one untuk nak further study, tapi..I have my own dream college and uni. Matrix is not the one. hUHUuu. And dengar cerita kena dapat 4 flat baru boleh amek medic cuz ramai lepasan matrix dapat 4 flat and ramai apply medic. What a BIG competition. hahah.

Ok. Itu sahaja lah yang dapat dikongsikan bersama. Wish me luck untuk MARA and MAINS! *tak nak mengharap sangat, tapi still doa sangat-sangat. *

And bawah ni list member batch aku punye keputusan UPU (tengok kat fb jer).

Syerockz: Course Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (dengar cite course ni confirm dapat keje.wallahua'alam)

Syifa': Tamhidi Sains dan Teknologi USIM

Izzah Atika : Diploma Sains UiTM (tapi Izzah confirm pegi Mesir september ni.congrats dear..)

Umar : Kejuruteraan dan Sains Komputer UIA

Ikhwan : Farmasi UIA

Yanie: Diploma Statistik UiTM

Nazrin: Farmasi UiTM

Afifah Shabri: Asasi sains fizikal UM

Ayuni Sobri: Asasi sains fizikal UM

Ammar: Kejuruteraan dan Sains Komputer UIA

Farhana Azri: Tamhidi Sains & Teknologi USIM

Faiz Jaafar: Tamhidi Medic USIM

Farah Sakinah : Sains Kemanusiaan UIA

Farid Mufarwa : Asasi Undang-undang UIA

Khairunnisa' Zaki : Asasi Undang-undang UiTM.( Saba yer Nisa' xpat UIA, ade hikmah nyee.)

Fatimah : Tamhidi Medic USIM.

Tu je la kot yang aku tau. Kalau ade tersalah maklumat please do inform me okay. Sampai di sini sahaja. Good luck, bittaufiq wannajah kawan-kawan! Do pray for my success jugak keyh! Daa!

wassalam.

"Life is too precious, do not destroy it.Life is life, fight for it."
miss lurvians

Tuesday, May 3, 2011

Ini bukan ceramah tau!


Kenapa aku dah macam addicted je dengan blog ni? Dulu takde lah addict sangat kot. Dulu malas je nak log in. Malas je nak type email and password. Hee. Actually aku ada cerita nak di share kat sini. It's about 'life'. Sepanjang aku bekerja almost 4 bulan ni, macam-macam benda aku dah alami. And sepanjang bekerja ni aku belajar berdikari. Belajar buat keputusan sendiri. Aku belajar untuk adapt dengan kehidupan luar.

Okay. Talk about independence. Aku dah ada keberanian kot nak hidup berdikari lepas ni. Aku rasa aku dah bersedia untuk masuk IPT nanti. I think so. Aku rasa pengalaman kerja ni macam satu Kem Motivasi yang memotivasikan hidup aku. Macam-macam karenah orang aku jumpa, pelbagai ragam. Aku tersedar, tak semua orang kat dunia ni baik-baik. Don't judge orang by their muka. *I like ayat nihh!* Kat luar sana, ramai yang aku jumpa muka baik, lawa, hensem, bertudung, kelakar, baik sangat-sangat lah. Tapi hakikatnya tak semua orang tau yang muka-muka macamtu sangat teruk sikap dan perlakuannya.

Sepanjang bekerja ni, aku dah biasa dah tengok orang yang tak sembahyang, tak sembahyang jumaat tu pun dah biasa la tengok, tapi yang tak solat lima waktu ni memang agak susah la aku nak terima at first. Tapi lama-lama dah biasa dah. Perangai baik, tapi tak solat. Lagi satu, peminum arak. Aku tak sangka aku pernah bergaul dengan peminum arak. Tak tau lah minum banyak ke sikit ke. Tapi HARAM tetap HARAM. Ada je orang cakap, 'Tak semua orang yang minum arak tu jahat-jahat.' Yeah, exactly! Tak jahat. Tapi dorang jahat pada ALLAH, Tuhan dorang. Buat apa hidup ni nampak baik di mata manusia je. Tapi nampak zalim pada pandangan Allah. Sia-sia. *nauzubillahiminzalik*

Aku bersyukur, hidup aku, kawan-kawan aku semuanya okay. Takde spesies as stated above ni. Bila aku dah jumpa orang-orang macamni, membuatkan aku lebih berhati-hati dan waspada dalam kehidupan. Aku tak benci orang-orang macamni, maybe dorang tak dapat didikan agama secukupnya , or they did have,tapi taknak hayati. Beri didikan agama kat orang memang senang, tapi nak buat orang amalkan dan hayati didikan agama is really hard.

Ada 1 prinsip yang aku pegang sepanjang bekerja ni, "tak sentuh lelaki bukan muhrim dengan sengaja." Sepanjang kerja ni, aku tak pernah salam lelaki, sep tangan laki. Oh, tidak sama sekali. Benda ni yang paling aku jaga. Kalau tak pandai jaga dari sekarang, so bila lagi? Dah tua kerepot baru nak jaga? Sepanjang aku keje ni, sentuh-sentuh tangan, tepuk tampar laki perempuan ni memang biasa dah aku tengok. Tepuk tampar depan mata aku. Tak kira bertudung ke tak bertudung. Sama je. Maybe dorang fikir 'Alah, sentuh sikit-sikit je, apa lah sangat.' Sikit-sikit??? Sikit-sikit pon dosa jugak. Dah tau dosa, pegi kumpul dosa tu banyak-banyak buat apa. Dorang fikir Islam ni sekadar solat,puasa,haji,pakai tudung je ke?

Aku tak boleh comment n ulas panjang-panjang, sebab mereka-mereka semua tu mostly budak degree. And aku? Budak lepasan SPM je pon. Ilmu agama pun sipi-sipi je. Tapi they should have think about this sebab dorang tu beragama ISLAM dan boleh fikir sendiri mana baik mana buruk. Mana dosa mana pahala. Hidup di dunia bukan saje-saje suke-suke, tapi untuk akhirat. Macamana kalau esok kau mati eksiden? Kau nak mintak kat Allah kau dihidupkan semula and baru nak taubat?

Culture shock. Itu lah yang aku alami sepanjang keje ni. Macam-macam jenis orang aku jumpa. Macam-macam budaya pelik. Budaya aku 'tak sentuh tangan lelaki' pun dorang anggap pelik. Why huh?

Kat tempat keje ni jugak aku belajar macam-macam ilmu baru. Hah, how to turn around negative, 5 steps, impulse factors. Best! And aku akan aplikasikan ilmu ni kat mana-mana jua aku berada nanti.Aku nak share sikit untuk sesiapa yang otak bisnes ,eloklah guna impulse factor ni.

IMPULSE FACTOR:
1.Greed. Buatkan orang rasa tamak. Pay less,get more.
2.Indifference. Bagi chance customer buat pilihan.
3.Fear of loss. Buatkan orang rasa rugi kalau tak beli.
4.Jone's theory. Guna perkataan 'ramai orang/semua orang'.Cth: Ramai orang yg dah pakai.
5.Sense of urgency. Ramai customer lain yang nak dilayan. Konon busy la. Hahaha.

Itu lah sebahagian yang aku pelajari. Aku happy je keje ni. Enjoy. Hari-hari rasa happy nak pegi keje. Kawan-kawan semua sporting. Haa, aku teringat dengan seorang rakan sekerja ni. Dia dah berhenti da. Dia ni baik, sporting and kelakar. Tapi miang sangat. Dah kahwin da pun. Tapi miang menjadi-jadi. Pernah melamar seorang gadis lepasan SPM lagi tu. (not me okaiiii!!). Ini membuatkan aku takut nak kahwin and rasa susah nak percaya insan bergelar lelaki. Memanglah orang cakap lelaki tak semua sama, tak semua jahat, masalahnya yang 'tak sama' and 'tak jahat' tu berapa percent ? *Aku ni pun bukannya baik pun. kakaka*

Hah. Lupe plak. Kat tempat keje ni jugak aku berkawan dengan seorang lelaki ni. Dia lepasan degree. Sekarang ni dah berhenti da, jadi Pegawai Penyelidik Kesihatan. Tak sangka boleh berbaik-baik ngan dia, first-first nampak dia macam nerd, poyo siket. Tapi dah rapat sikit, baru tau dia ni baik, and berpandangan jauh, charismatic. Yang penting rambut dia memang..fuhh..stylo betul. Wah, puji melambung ni apehal. Haha.

--Ee geram betullah sape yang kol tepon umah aku ni! Banyak kali plak tu.Bile aku angkat die terus letak phone. Bengang betul. Nak kacau orang agak-agak ar. Tepon uma tuu. Hee yaii. Geram betullah! Kalau aku tau sape, aku rasa macam nak campak je orang tu kat dalam laut.--

*Iklan jap.*

Okay, sambung cirita. Aku pun ada berkawan dengan seorang non-muslim ni. Dia ni hensem la jugak. Kikiki. *gedik betul* And then, dia ni dah faham sangat dengan budaya Melayu, islam. Dia ni macam cikgu Fatin Azirah Chong la, suka amek tau. Terkejut aku bila dia bercakap seolah-olah macam dia ni islam. Terkejut jugak bila dapat tau dia ni ada simpan sejadah kat rumah, and dia pernah simpan al-Quran dan tafsir member dia hadiahkan.

Tengok situasi ni, aku terfikir. Kalau ada orang islam ni kat rumah dia ada sejadah, al-Quran, tafsir, tapi tak solat, tak baca, so keadaannya sama je lah dengan non-muslim ni kan kan kan? Apa yang membezakan muslim and non muslim is amal ibadah. Semua orang boleh simpan sejadah, AQ, tapi solat? Baca AQ? Tak semua.

Yang penting,aku tahu apa agama aku, siapa Tuhan aku dan apa pegangan aku. Selagi kita berpegang dengan syariat ISLAM, kita takkan sesat. Takkan kecewa. Hidup jadi lebih bermakna. Hidup di akhirat lagi lama daripada hidup kat dunia. Jadi, hidup kat dunia ni takde apape melainkan cari bekalan untuk kehidupan akhirat. Bekalan apa? Bekalan amalan kita lah. Semua orang sedia tau, tapi buat-buat tak tauu.

Itu sahaja perkongsian pada petang ni. Harap maaf atas kesilapan fakta atau tersalah bagi pendapat atau terkasar bahasa. Moga diperbetulkan. Segala kata-kata berunsur nasihat dan peringatan adalah untuk diri tuan blog jugak. TQ.

Wassalam.

"DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT."

miss lurvians

Wednesday, April 27, 2011

Pengalaman interview.

Interview untuk MAINS.
Bidang medic.
Di Mesir.
Tarikh interview: 21 April 2011.
Tempat: Pejabat MAINS.

MAINS ni aku apply main-main je kot. Hehee. Tibe-tibe je dapat. Alhamdulillah. Tapi interview je, result belum tau lagi. Nak share sikit laa cara pihak MAINS interview. Boleh jadi rujukan juniors.Ok, interview start kul2, but of course kene ade kat sana before 2. Memang selalu nya dalam surat tulis kul 2, tapi start pukul 3 sebenarnya(saba je lah.) Jumlah pelajar yang ditemuduga untuk sesi petang tu ialah 4 orang(sorang laki 3 orang perempuan). Aku rasa semua pelajar-pelajar ni straight A's je.

Interview MAINS bukan personally tapi die panggil due-due orang. So, aku punye partner budak SBPI and she's really really good. Die ni adik Kak Shahira Ashwani(kebetulan kankankan?). Panel temuduga ada 5 orang. Antara soalan-soalan yang mereka tanya ialah:

1. Mak ayah keje ape?
2. Kenapa nak belajar di Mesir? Nape tak Malaysia? Malaysia lagi selesa. Mesir crowded,kemudahan tak banyak. (they tried to lemahkan semangat ktorang )
3.Cerita tentang isu semasa yang kamu tahu.
4.Kenapa nak amek medic? Dah la lame 6 tahun. Pengajian islam 4 tahun je. (they tried to make me change my decision nak amek medic)
5. Kenapa nak pegi belajar luar negara? Menghabiskan beras je.(i've to speak in arabic. kelakar!)
6. Bacakan ayat al-quran yang berkaitan dengan medic. Terangkan sekali.
7. Apa maksud solat,haji,zakat,puasa?
8. Mazhab ade berapa?And apa dia?
9. Negara kita ikut jabbariah atau qaddariah?(jawapannya sunnah wal jamaah lerr.)
10.Kalau tak dapat MAINS ni, nak buat camane?
11. Ade sikit soalan politic tapi malas nak state kat sini nanti jadi issue.
12. Suka baca suratkhabar apa? Kenapa? Kat Mesir ada newspaper english n arabic je tau.
13. Siapa nama yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan?
14. Nama Menteri Besar N9?
15. Nama penaung MAINS?

Itu lah kot antara quest nya. Sesi berlangsung selama 1 jam. Memang aku sangat enjoy this session cuz panel temuduga sporting and suka bagi jawapan. Hahaha

Interview MARA.
Bidang medic.
Apply negara UK.
Tarikh interview: 27 April 2011.
Tempat: Pejabat MARA.

Memang tragiks betullah interview mara ni. Seriously tak seperti yang aku imagine. Selama ni senior2 ditemuduga personally, tapi kali ni by group. So, aku sangat terkejut cuz aku dah prepare segala jawapan-jawapan tentang course,negara, specialise bidang apa yang aku nak. Tapi semua tu dorang tak tanya langsung. Sesi petang tu ada 8 orang. Interview dalam group. Semua group members aku budak hebat-hebat, straight A's mostly. Pelajar SHAMS ade 3 orang je dalam group tu. Aku, Fitrah and Faiz. We're given a task to build a spaghetti bridge and lastly kena letak tin sardine kat atas bridge tu.

The tragix part is, we've FAILED! Bridge tu fell down before letak tin sardine. Aku rasa sangat takut and nervous bila one of the panel cakap "So,I assumed u all failed." Nak nangis pun ade. Then kitorang bagi la back-up reasons. We've done our best. Our leader has done her job very well. Each group members cooperate well. It's our mistake that we didn't plan very well. (Banyaknya well!haaha). We tried to fix the situation tapi hakikatnya, aku still rasa menyampah dengan performance aku time interview ni. I feel like..argghh. tension. down. down sangat-sangat.

Balik rumah,aku rasa nak nangis je. Idk. I thought I've done my best sebab aku dah prepare. And now, I've to prepare untuk terima apa saja keputusan pihak MARA. Result kuar middle may. Aku taknak fikir lagi dah pasal ni. Yang aku tau, kalau aku tak dapat scholarship ni, aku akan tetap teruskan jugak cari jalan untuk sambung belajar ke luar negara. I've aimed UK as my tempat sambung belajar since Form 3. Kalau Allah izinkan, aku tetap akan ke sana jugak suatu hari nanti and if not, ada la hikmah nya tu. :)

Actually hari ni ade interview KPLSPM untuk perguruan bidang maths. But i've made this decision untuk tak pegi. Cuz xminat jadi cikgu. Then, aku trauma pegi interview . Just after interview mara semalam,aku rasa takut ,fobia,trauma n everything. Tawakkal je lah. Berserah segala-segalanya. HE knows best. Wish me luck!

All the best kawan-kawan semua.
Fifah,Farah yang amek kejuruteraan jepun,
Tim and fitrah yang amek medic..
Good luck!

Wassalam.
lurvians.



Tuesday, March 29, 2011

It's about my future.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Keputusan SPM dah seminggu berlalu. Macam-macam reaksi aku tengok. Pakcik Makcik aku semuanya terkejut. SEMUA okay ,S E M U A. My akak sedara(Kak Chik) said like this tau,"Uih. pecah rekod,pecah rekod." Haha. Tergelak bila dengar MakNgah cerita kat ayah macam tu. Alhamdulillah.. Aku tau ramai anggap SMKA ni nothing special. Takde beza ngan sekolah harian biasa. At least aku dah buktikan kat pakcik makcik, saudara mara ku,yang generasi SHAMS are mostly the best.I believe that i've changed their mind and their persepsi terhadap my beloved school, SHAMS lepas ni. Sekolah aku ni(SMKA SHAMS,S'ban) bukan sekolah SBP mahupun MRSM. Sekolah harian je. And kelebihan dia hanyalah pengiktirafan SKK,sekolah kluster kecemerlangan. (Baru tahun ni aku sedar yang betapa susahnya student form1 nak masuk SHAMS sebab persaingan sengit. Even my adik pun xdapat. Sebelum ni,aku rasa senang je masuk. ish3.)

Aku cuma berharap dengan keputusan SPM aku ni dapat tunjukkan kat dorang, bahawa tak kira sekolah kat mana pun, yang penting pandai adapt dengan whatever environment pun and make sure result exam sentiasa gempak. Aku juga berharap they'd never pandang rendah kat SMKA or sekolah harian lagi lepas ni. Kat mana-mana pun sama je. Usaha lebih, dapat lebih.

Talk about scholarship. Ramai my friends dah sibuk-sibuk tanya, survey pasal scholarship. Memang miserable betullah bila fikir nak pilih JPA or MARA. Kan senang if kita boleh apply BOTH. Yea,sounds impossible. Tapi kan best kan kalau dapat buadd macam tu. Kan kan?

Okie, hari ahad aku dah isi borang dekat laman web esilav2. At first, aku apply JPA perubatan. Setelah pertimbangkan balik, aku baru perasan yang JPA dah tak hantar student pegi UK and Ireland.JPA hantar gi India, Republik Czech, Rusia, Poland, New
Zealand and untuk Middle East ,Jordan sahaja. (Boleh tengok iklan PILN JPA).Mesir dah takde. (MARA pun sama.) Tapi MARA masih banyak lagi negara yang dia hantar. And UK,Ireland included. So, ade kelebihan kat situ.Aku dah fikir habis-habis and aku pilih MARA. Ayah tak kisah JPA or MARA. Maksu(keje kat USIM) aku pun cakap dua-dua ok je.

Okie. REASONS WHY I CHOOSE TO APPLY MARA SCH.
  • Firstly,sebab cara interview scholarship MARA ni secara personal. Before this, aku dah pernah ada experience kene interview secara perseorangan time temuduga Darul Quran(panel UIA.) So,dah ada gambaran la camane cara interview nanti. Time temuduga DQ tu,kena speaking Eng. Seriously tak tau langsung kene speaking eng. Dah lah tak practice ape-ape. Redah jea lah. Lagipun kena introduce name, life background, and course yang dipilih je. That's all. Takde plak tanya isu semasa.(lega~) JPA plak setahu aku interview by group and dorang akan diberi tajuk. Depends la, kadang-kadang dapat isu semasa , kadang-kadang dapat tajuk simple. Nasib lah.
  • Secondly,kalau dapat result cemerlang, tak payah nak bayar balik. Kalau kena bayar pun, maybe dalam 1%(berdasarkan research I've go through.) JPA kena kerja dengan kerajaan,contract beberapa tahun. Dulu 10 tahun wajib keje kerajaan. Sekarang ni, 5 tahun kot. Cuba baca nih. Kerajaan nak kurangkan tempoh wajib khidmat di hospital govt. Baguslah macamtu and 1 advantage kat student JPA.Wallahua'lam.
  • Thirdly, sebab lepas graduate, boleh kerja kat mana-mana. Oversea pun boleh. BUT! I'm not going to keje kat luar negara insyaALLAH. *nada patriotik* Yelah, dah elok-elok 6 tahun kat luar negara, tibe-tibe nak terus menetap sana. Ish, apa gunanya family kita kalau tak tinggal bersama mereka(yang dah kawen lain cite la.) So, lepas grad boleh keje swasta. Keje govt pun boleh. SUKAHATI. SUKARELA. JPA pulak, terikat dengan contract kerajaan. That's y dorang tak payah bayar balik, sebab kena keje kerajaan.
  • Next, kalau tak pass cut off point, still ada harapan bole fly. Cuma,ada kemungkinan bukan ke negara yang kita nak. For instance, kita apply gi UK. Cut off point tak lepas. Then,maybe MARA hantar gi negara lain such as India or Ireland or indon.(berdasarkan experience seniors.) Cth, ada senior ni dapat 10A1. She supposed to further study kat Ireland, mungkin tak capai cut off point,so beliau kena tuka pegi India pulak. (India pun ok what. Ada tajmahal tau.Malaysia mana ada tajmahal. Hee.)
  • Elaun masuk every month. But for JPA, 3 bulan sekali. That's depends on the student la camane nak bahagi-bahagikan duit tu. Kalau dah tergune or terboros, pandai-pandai hiduplah. MARA tiap bulan. Tak payah nak risau tak cukup ke, or terboros ke whatsoever.
  • My friends ade cakap, MARA lebih concern ngan student bawah tajaan dorang. Yea, sukenyee~
  • Kak Hanan Mahmood (senior SHAMS 13A kot) prefer amek MARA. hee. :D
  • Akh Abdul Munir Sanusi (student 6th year medic) pun prefer apply MARA.(nasib baik sempat tukar semalam.huhu.)
  • Lastly,MARA mostly akan hantar student for 6 yrs kat luar negara. Tapi JPA banyak prog twinning. Sape amek medic, ramai yang prefer untuk pilih MARA sebab direct 6 yrs kat luar negara.
Ok, tu je kot setakat ni. Actually JPA MARA dua-dua ok . Tapi masing-masing ade pros and cons la. Depends la nak pilih yang mana. Doa or istikharah jalan terbaik. Aku harap aku takkan menyesal dengan keputusan aku apply MARA instead of JPA. Memang tuka last-last minute, harap-harap adalah hikmahnya. Wish me luck okie!

Talk about medic course. Ramai beranggapan medic hanya untuk si genius. But they're TOTALLY wrong. As I said before, sape usaha lebih,dia dapat lebih. Jangan nak buat andaian suke-suke hati. Andaian tersebut hanya akan melemahkan semangat orang lain.So, don't worry. Peluang dan harapan ada di mana-mana. It's just us yang kena find out and grab peluang tu.

MEDICINE.
Course critical, susah, mencabar dan RAMAI ORANG amek course nih.Seorang Senior Corporate Trainer di company aku bekerja sekarang nih had once told me,"Kita dah tau ramai amek course ni,so kita taknak amek. Patutnya kita amek jea, tak kira apa halangan pun. Kalau betul-betul nak, kita akan amek jugak course tu."

Medic memang mencabar. Kehidupan seorang doktor@ pegawai perubatan bukan seindah yang disangka. Kak Herda Farhana(senior 13A1) cakap, "It requires hard work.Bukan setakat masa belajar,tapi masa keje jugak.It's going to be for your entire life.Because once you've graduated,tak mungkin kerajaan nak bagi awak lari."

Ayat beliau betul-betul menakutkan. Tapi still, aku masih berpegang teguh dengan cita-cita sejak kecil ni. Mak Ngah bagitau ayah," Nurul(nama panggilan aku) je lah satu-satunya harapan nak jadi doktor. Baguslah kalau salah sorang cucu wan dapat jadi doktor."

My grandma sakit. Kanser usus. Hari tu pegi visit beliau, keadaan dia lemah sangat. Sebak lah tengok. Sebelum operation aritu die ok lagi. Lepas operate dia jadi lemah sangat tapi beransur pulih. Pihak KPJ bagi ubat banyak sangat, wan aku tak larat nak consume semuanya. Kadang-kadang tak boleh tidur sebab panas(kesan ubat tu).

Arwah atuk dan wan aku ni lah jugak menjadi pendorong semangat aku untuk teruskan perjuangan dan cita-cita untuk jadi seorang doktor muslimah yang berjaya dunia akhirat. Arwah atuk meninggal dunia sebab kanser hati. Meninggal dunia beberapa bulan b4 aku SPM. Memang tension sangat. Tapi alhamdulillah, kejayaan staight As ni sebagai hadiah kepada arwah atukku. Kalau arwah ada lagi, mesti dia happy sangat. Aku harap aku dapat jadi seorang doktor dan pakar onkologi supaya aku dapat membantu menyelamatkan nyawa ramai orang (biiznillah) dan merawat ahli keluarga dan saudara maraku sendiri. InsyaALLAH. Doakan.

Link yang boleh korang explore for those yang nak jadi doktor:








Harap dimanfaatkan sebaiknya. Maaf kalau ada tersilap fakta atau salah bagi pendapat,harap ditegur dan diperbetulkan. Good luck for SHAMSianzz. Tim, Amy, Fatin yang nak amek course medic, all the best ea bakal doktor keluaran SHAMS! ;)

Sekian,wassalam.
2.56 am
Wednesday
Almost the end of MARCH.

'LIFE IS TOO PRECIOUS, DO NOT DESTROY IT. LIFE IS LIFE, FIGHT FOR IT.'

lurvians.

Monday, February 28, 2011

RM2 bertukar jadi RM2000.

Assalamualaikum. Hello hello. Saya kembali berblogging ni! :D Sebenarnya ada 1 cirita benar yang nak di share kat sini. Tentang sedeqah. Berlaku kepada seseorang iaitu ayah kandung saya sendiri.

Pada suatu hari, ada orang cina perempuan tua minta sedekah kat ayah. Ayah kesian kat dia, maybe dia tak cukup duit nak celebrate hari raya cina(time tu beberapa hari before raya cina.) .Then.,ayah pun dengan niat yang ikhlas sedeqah lah dua ringgit Malaysia.

Lepas beberapa minit tu, ayah tetiba nak gi bank. Saje-saje nak check akaun bank. Tibe-tibe ade something happen yang membuatkan ayah aku terkejut gile. Dia terkejut tengok kat salah satu akaun bank dia ada dalam RM2000 lebeh. Padahal ayah dah keluarkan semua duit dalam akaun tu untuk renovate rumah. Memang surprising betull. Maybe ada kesilapan teknikal kot time transfer money ke ape ke. Tapi yang penting ayah tak tau pun yang dalam akaun tu ada duit or tak. Just saje-saje je nak check semua kad ATM nya.

Ayah cakap camni, "Sedeqah RM2, dapat balik RM2000."

Alhamdulillah. Pastu ayah terus belanja KFC guna duit tu. Kui3. Ayah pesan sedeqah kena ikhlas, jangan harap apape. Memang rezeki akan berganda if kita amalkan sedeqah. Cuma kita tak tau rezeqi dari aspek apa. Maybe wang, or kejayaan or makanan..

"Senyum Pun Sedeqah. :) "

lurvians.

Saturday, February 19, 2011

My Story.



Hari yang best la semalam. (Best la sangat). First, salah masuk password kad ATM. Nombor dia betul, tapi position nya terbalik. (Sakit hati je.) Then, balik naik skuter. Dengan my bff. Dah sampai kat traffic light kat depan The Store Pacific tu baru perasan yang tayar uda pancit. Actually aku dah perasan dah tayar kurang angin sebelum tu, tapi aku biar je , ingatkan sempat laa nak gi pam time cuti nanti. Rupa-rupanya memang tak sempat.

Kitorang plan nak pegi umah my bff lagi satu, Yanie namanya. Rumah dia dekat ngan sekolah kitorang, SMKA SHAMS TERCINTA. (kwang kwang kwang..;p ) Before tu kitorang plan nak gi workshop dulu yang dekat dengan rumah Yanie. Tapi dah tutup. Terpaksa la pegi rumah Yanie dulu. Borak-borak, gossip-gossip, gelak-gelak, gedik-gedik( eh tak kot. huhu. ), dan cite pasal isu semasa.

Adik Yanie iaitu Yatie dah terbahak-bahak gelakkan tayar skuter yang dah pancit habiss. Ceh, sengal betul. Nak gelak, gelak belakang-belakang ar. Ni gelak depan owner skuter. Tak ke sengal tu.

Dah kul 7 lebeh, kitorang berangkat pulang. Pegi bengkel kat Sri Pulai. Dulu penah sekali pam tayar kat situ. Dah sampai situ, aku cakap nak pam tayar. Orang cina muda hensem kat situ cakap "Tayar dah rosak woo. Ta bole pam. Kena tukar tayar baru woo." (Saje je tambah perkataan 'woo' tu. hakhak.) My bff tanye harga brape. Dia bilang ini macam, " Nak tukar tayar besar sikit RM58 woo. " (Saja tambah perkataan 'woo' tu lagi.hekhek.)

Aku and my bff pusing belakang and discuss. Lepas beberapa saat, kitorang bersepakat untuk tinggalkan skuter kat situ untuk tuka tayar and balik rumah my bff, Azra. Memandangkan rumah Azra yang paling dekat dengan workshop tu, mak Azra lah yang jadi mangsa untuk jemput kami berdua.

Kitorang terpaksa berjalan sejauh 0.5 km untuk sampai ke kawasan jogging kat Sri Pulai tu supaya mak Azra senang nak cari kitorang. Maghrib-maghrib jalan kaki memang seram. Tengah jalan-jalan tu, Azra bukak 1 cirita. Ciritanya begini :

" Pada suatu hari, ada sorang budak ni. Umur dia baya kita je. Tapi time kejadian tu umur dia 7 tahun.Dia suka naik basikal time Maghrib nak balik rumah. Tibe-tibe, ada sekali tu dia lepas balik rumah, dia demam. And then......dia meninggal dunia terus."

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Itu lah kisahnya. Memang aku hanya mampu baca-baca je la apa yang aku tau. Beberapa meter je lagi nak sampai kawasan jogging tu, tibe-tibe ade bunyi anjing menyalak. At first dia menyalak dua kali je. (Nasib baik dalam pagar anjing tu.) Lepas nampak aku macam nak lari, dia menyalak banyak kali. And dia ajak kawan dia yang tengah duduk relax-relax menyalak sekali. Aku takut anjing tu terlepas je. Aku mula la angkat kaki and lari. Tapi Azra dah lari dulu. Dia lari tanpa memakai sandal .Senang la dia nak pecut. Nasib baik time tu aku tak pakai wedges ke high heel ke. Aduss.


Tercungap-cungap berlari macam orang gila pun ada. Maghrib-maghrib lari depan umah orang. Yang lagi sorang tu lari tak pakai sandal. Selamat takde pape. Dari jauh dah nampak kereta mak Azra. Then lepak lah umah Azra kejap. Solat. And tinjau-tinjau hamster Azra. Ada banyak. Belas-belas hamster kat umah dia. Comel-comel lak tu.

Tapi malam tadi rasa nak nangis la sebab tengok sekor anak hamster baru lahir kena makan dengan hamster-hamster lain. Sadis sangat. Sebak. Azra pun macam nak nangis tengok. Anak hamster baru lahir ada banyak, tp yang tinggal hanya sekor. Yang lain dah kena makan dengan mak kandung dorang. Sampai hati sungguh. Mak kandung dorang ni muda lagi,belum matured. Aku rasa dia kena rogol dengan hamster yang paling senior kat situ. Menggatal punye hamster. Ishh. Menganggu emosi betul! Ini cirita betul tau, bukan rekaan. Kalau mak dia da matang, dia akan jaga anak dia betul-betul and takkan makan. Geram geram geram.

Sampai sini sahaja. Harini cuti. So boleh lepak kat bilik puas-puas. Yuhhuu~~

Wassalam.

lurvians