Showing posts with label future. Show all posts
Showing posts with label future. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Everything will be okay, inshaAllah :)

Assalamualaikum w.b.t. It has been quite a long time saya tidak meng-update belog. Tetibe terasa nak update pulak kan hari ni. Well, today I suppose to get my 2nd semester punya result, but unfortunately, maklumlah MSU nama je management and science university tapi management dorang agak horror, sorry I've to say that. haha. So, maybe postpone sampai bila entah malas nak fikir. Kalau nak keluar tu keluar la jugak nanti, tak payah la duk risau. Dengar-dengar cite ada 11 orang dapat 4.0 flat and semestinya bukan saya lah sebab saya ni tak pandai mana pun. I've already aimed muka-muka 4.0 flat dalam batch saya tu. Apa pun, redha dan bersyukur je lah dapat apa pun result. As for me, dapat lepas above 3.75 pun dah kira okay lah, bersyukur sangat. Hopefully dapat maintain pointer above 3.75 every sem since my 1st semester I've already got 3.79, I wish I'll be awarded with President List with Dean List lepas graduate foundation ni. Hahah. how greedy I am!

Okay, sekarang ni saya dah masuk semester 3 which is my final semester. I can't wait to fly! Seriously. Really hope that everything will be fine so that I can fly without wings. haha. Okay enough merepek. What I mean is, harapnya segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak halangan. Actually sekarang ni banyak lagi nak kena tempuh before fly. Last week, dapat berita semua budak medic Poland and India wajib ambik test International English Language Testing System (IELTS) lepas MARA dah bincang-bincang dengan pihak MSU. Saya pun dah try la buat listening practice and a lil bit writing practice. Few weeks after that, dapat bad news from our mentor. Dorang cakap test IELTS and MUET kena bayar sendiri! IELTS RM580 and MUET RM101. That was nonsense. Totally nonsense. How come kitorang kena bayar sendiri sedangkan sepatutnya di sponsor oleh MARA. Then, mentor saya cakap, budak medic India tak wajib ambil IELTS. Alhamdulillah. Lega sangat.:)

Last week, classmate saya call pihak MARA, tanya direct kat orang yang uruskan student MSU-MARA, pasal peruntukan untuk test IELTS and MUET ni. Dorang (pihak MARA) sangat terkejut lah kenapa kitorang kena bayar sedangkan MARA memang sponsor bayaran untuk test tu. Pihak MARA cakap they've discussed with MSU, yang MSU akan bayar dulu and then nanti claim kat MARA. Kitorang terkejut+marah lah bila dapat tahu sebab kenapa MSU tak terus terang je, kenapa cakap kita kena bayar sendiri. Boleh ganggu emosi tau. Maybe there was some misunderstanding kat situ. So, just wait and see je lah. ^.^

Minggu ni dah minggu ke-3 untuk 3rd semester, and ada lagi tiga minggu lagi untuk buat preparation for midsem examination middle of may nanti. Dah lah before mid sem ni ada BTN ! Ohhhh tidak! Horrornya BTN. I can imagine that. -,- Harap-harap tak seteruk apa yang I've expected/imagined. Nanti nak kena shopping barang-barang yang sepatutnya untuk BTN. Even though just for one week, but I know from the first day I'm going to feel like "OH I WANNA GO HOME RIGHT NOW". I know it. 

MUET inshaAllah lah dalam bulan 6 or 7, I'm not so sure about that. MET pun around bulan 6 or 7. MET ni tanya soalan-soalan SPM untuk subjek Biology, Chemistry, Physics and Add Maths. Sounds easy kan?  Tapi dengar cerita soalan dia ada lebih kurang 100 and we just have 1 hour to answer all those questions and kena lulus. Kalau tak lulus tak boleh fly. *itu yang tak bestnya* Tapi MET ni just sampingan je. MARA boleh consider lagi kot even kalau tak lepas. Yang penting overall result time foundation memang tak leh nak tolerate langsung, kena lepas 3.50. Kalau 3.49 memang takkan dapat fly. This is so scary. Harap-harap kita semua lepas 3.50. Aaaamiiin. :)


Enough membebel I think. Haha. Okay, wish me luck for everything. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. 

Sekian, wassalam.

Tak sabar nak graduate,
Dr. 'Afifah Sidek

Saturday, December 3, 2011

Midsem exam.

Assalamualaikum w.b.t. Minggu ni minggu kedua aku tak balik rumah. Sebab nak study punya pasal. Yela,kalau balik,memang tido je la keje aku. Takdok keje lain dah. Nak bukak buku pun rasa berat je. Adoiyai. Lagi-lagi ada astro and wifi kat rumah. Macam-macam nak download. And macam-macam drama nak kena qadha'. Cuma bezanya, aku dapat jumpa family aku. Beborak,makan sama-sama,solat berjemaah,bergurau senda,shopping sama-sama. Kalau tak balik, memang belajar je la, tak pun tengok movie. Tapi movie just untuk hilangkan bosan je. Sekarang ni tengah nak habiskan korean drama Secret Garden. Jenuh jugak la nak habiskan episode by episode.

Oh ye,awal bulan January will be our midsem examination. Anatomy dah cover chapter awal-awal tu, Physics pulak ontheway untuk memahirkan diri dengan latihan-latihan application, and Chemistry...huh.guess what,chapt 1 pun tak habis-habis lagi sebab aritu cuti hari isnin dah rugi 2 jam.Kalau tak dah start chapter 2 dah kot.Anyway,aku dah study sikit-sikit chapt 2.SUSAH! But I think I can do it. Yakin 'afifah yakin! hehe. And maths II,alhamdulillah okay lagi. So far, semua nya under control lagi. :) Harap lebih bersedia untuk hadapi midsem nanti,insyaAllah.

But seriously, the toughest subject aku rasa ialah Physics.Physics,you're KILLING me!Oh fortunately I'm still alive sekarang ni.hahaha.Memang agak susah aku rasa, maybe sebab melibatkan soalan application kot. I'm trying my best to get A for this midsem. No matter what happens. Wish me luck! 

Sekian wassalam. :)


Four-flatter-to-be,
Dr. 'Afifah

Monday, June 13, 2011

Hari-hari terakhir.

cousin and adikku yang GILA-gila. lol.

Busy la this week. Isnin and selasa aritu my grandma datang, tidur sini. Then, adik-adik perempuan aku yang form 1 and form 3 tu lak tido umah makcik aku seminggu, dah tu semua keje aku kene buat sensorang. Lagi-lagi hari isnin n selasa tu pakcik makcik aku semua serbu umah sebab my grandma ada kat sini. Buat air teh memang dah expert. Tak payah nak rasa banyak kali, sekali buat memang sedap. HAHA. Hari rabu my cousin and my sis yang tido kat umah makcik tu ajak pegi JJ sebab boring duk umah je and asyik kene ngadap homework je. Hari rabu aku pegi JJ main bowling and tengok nur kasih the movie.


ohh nur kasih the movie sangat slow and cerita tu tak sesuai dengan jiwa aku. Time tengok cite tu aku feelingless gile, kecuali time keretapi meletup and time abang adam tu kena belasah. Ha, time tu aku nampak macam ade perasaan sikit. HAHA. Hari khamis my jiran ajak main bowling. Aku keluar dengan dia tak kuar duit sesen pun sebab fully sponsored oleh my jiran. TYSM sebab belanja bowling and steamboat. Sayang gile kat kau Hannan! heheh. 


Hari Jumaat lak aku keluar dengan ibuku dari pagi sampai petang. Mula-mula buat akaun Affin Bank sebab kat MSU nanti ada Affin Bank je (sengal kan? grr) . Tibe-tibe bile orang yang kat kaunter tu tengok tarikh lahir aku dia cakap 'oh tak cukup 18 lagi' lepas tu dia bangun and amek ape bende tah lepastu dia datang balik dia cakap "Syarat2 nak buat ATM card ni kene 18 keatas. kalau tak kene charge RM20. Memandangkan birthday dia tak lama lagi , jadi lepas tarikh tu boleh datang balik buat kad. Sekarang ni saya bagi num akaun je." Lepastu pegi Maybank. Maybank lagi senang. Tak cukup 18 pun dia kasi buat kad atm. Affin Bank je kedekut. Lepastu,pegi shopping barang hostel kat econsave and giant. 


Hari Sabtu lak hang out dengan my 2 BFFs iaitu azra and yani. Aku nak beli beg study and Azra nak beli beg idaman dia. Beg Gucci. Gune duit elaun yang berlebih-lebih tu. cewaah. Hari ahad sambung shopping barang hostel. Petang tu my grandma datang umah. Beliau nak duk sini seminggu sebab takde sape jage beliau  nanti. My maklong kene operate hari isnin,esoknya. Sebelum ni maklong yang jaga grandma aku. So,sepanjang minggu ni aku la kene uruskan n jaga my grandma. My grandma sihat je, cume die tak boleh banyak jalan and takleh wat keje berat. Nak masak pun da tak boleh. Sebab efek drpd operate usus dia dulu..


Alhamdulillah, pembedahan maklong selamat sudah. Maklong kene operate sebab kanser serviks. Dulu arwah atuk kene operate sebab kanser hati, wan(my grandma) aku kena operate sebab kanser usus, sekarang ni maklong pulak. Keinginan untuk jadi pakar onkologi semakin membuak-buak. Cukuplah, kehilangan arwah atuk utk selama-lamanya dah cukup merobek-robek hati aku. I don't want to lose orang2 yg aku sayang.At the future kalau ade my family yang sakit, aku yang akan berusaha rawat dorang, NO MATTER WHAT HAPPENS.


Hari isnin (yesterday) pun aku shopping lagi. haha. Tapi kali ni aku pegi sendiri la. Malam-malam. Tak banyak pun. Hari selasa (today) aku puasa .Walaupun tak sahur, tapi aku kuatkan hati jugak untuk puasa. Lagipun duk uma je, tak gune banyak tenaga. Tenaga untuk ampai kain and masak je. HOHO. Petang ni maybe singgah pasar malam kejap.  Wuu, da lame tak singgah pasar malam ampangan tu. Ok lah, enough bout my daily routine sepanjang minggu lepas. HAHA. Sekian, wassalam.


BUDAK EXCITED NAK MASUK MSU,
Dr. Lurvians

Tuesday, May 24, 2011

sorry, i'm just falling in love with..

Assalamualaikum w.b.t.

I got 1 story nak tulis kat sini. haha. Kalau rasa boring jangan baca! :P

Pada suatu hari, aku dapat panggilan. I thought it's from MARA yang nak tanya hello ni nurul afifah ke dah dapat surat tawaran rasmi MARA ke belum. Sebab dah lama aku tunggu abang posmen kat depan pintu bila lah dia nak bagi surat rasmi daripada MARA neh! *yang part tunggu depan pintu tu rekaan semata-mata je k* Rupa-rupanya, panggilan tu daripada MAINS.


Orang dalam talipon: Hello,saya daripada MAINS. Ini Nurul 'Afifah binti Sidek ke?

Me: Ye saye. Kenapa ea?*padahal dah tau dah reason orang ni call.hahah*

Orang dalam talipon: Saya nak tanya, ada dapat mana-mana tawaran tak setakat ni?

Me: *nak je aku jawab 'takde'.* Ada, dapat MARA.

Orang dalam talipon: Oh, pegi mana? Jordan?

Me: Tak tak. Pegi India.

Orang dalam talipon: Oh, Bangalore ye?

Me: A'ah..*grin*

Orang dalam talipon: Oh, takpe lah kalau macamtu. Terima kasih ye.

Me: Oh,ok.

Aku dapat call daripada MAINS, maybe dorang nak offer aku untuk 2nd intake kot. Kan ada beberapa student yang tolak tawaran MAINS ni. Aku dah merajuk la dengan mains, taknak kawan lagi dah..*huh. tak matang sungguh kan?haha* Betul la,time aku excited dulu taknak kasi. Skang aku dah tersuka kat India dah,baru nak call..=.="

Ayah tanya aku;
"Apsal tak kelentong je cakap takde tawaran mana-mana. Tanyalah dia 'kenapa saya tak dapat dulu?' "

Aku pun: "hehe"

Siyes,aku kalau boleh akan ngelak sehabis-habisnya daripada menipu. Nak je aku cakap 'takde dapat tawaran mane-mane' sebab nak tau apa yang die akan cakap next. Tapi it's a lie and aku selalu menyesal and rasa bersalah tiap kali aku terpaksa tipu cuz it's better to tell the hurtful truth than an uncomfortable lie.

Ayah aku cakap lagi,"Patutnya bagi ayah telefon tu tadi. Sembur dia sikit apsal dulu saya tak dapat.Baru sekarang nak kasi."

Lepas tu dia gelak. Haha. Maybe dia puas hati kot aku dah dapat MARA. Dulu dia punyalah mengharap aku dapat pegi Mesir, bukan ayah aku je, semua makcik-makcik aku aim aku suh pegi Mesir. Memang inilah tanggapan dan mentaliti makcik-makcik aku, budak smka je kena sambung blaja gi Mesir,Jordan,Midd east..Seolah-olah that's the ONLY choice I have. Banyak je country lain yang boleh sambung medic. Cuma Pak Lang aku sorang je cakap suh aku sambung study kat Russia. Tapi tau-tau je la kan, bahasa Russia tu macamana. Kalau boleh taknak pegi negara yang kena belajar bahasa asing. Take time. Dahlah medic course ni lama kan. Nak kena belajar bahasa asing lagi.

Last skali ayah aku gitau aku: "Ada kawan ayah punye isteri da jadi doktor sekarang. Dulu study kat India. Dia cakap,India ni bagus nak sambung medic. Yang tak bagusnya kat Europe, sebab housemanship kat sana tak kasi pegang patient langsung. Boleh tengok je macamana doc handle pesakit. Tapi kat India boleh je pegang patient. Praktikal bagus."

Hah. See! Ayah aku pun dah suka kat India. Bukan aku je! Haha. It's for my own sake.Tak kisah lah how terrible suasana kat sana, but the most important thing is quality pembelajaran kat sana. It will affect my prestasi as a doctor at the future. So Nurul 'Afifah! Go, achieve your dream! Never give up. .Kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. Fikirkan you really can do it! ;)

Sekian,wassalam.

"ENGKAULAH APA YANG KAU FIKIRKAN"

Budakmerajuk :P ,
miss lurvians

Tuesday, May 17, 2011

Ibu ayah teramat sangat gembira.


Alhamdulillah. At last I got it. After segala penatlelah I've go through, akhirnya impian aku untuk dapat MARA sch tercapai. Selepas kes spaghetti bridge fell down tu aku dah mula tak yakin yang aku dapat MARA ni, tapi alhamdulillah, semua nye ketentuan Ilahi.

Dah lah aku tuka keputusan last-last minute. First-first apply JPA, then tuka MARA plak atas sebab-sebab tertentu. Sebelum interview, aku study habes-habes (macam nak exam je) , aku study soalan-soalan interview senior2 dulu, study isu semasa, hafal jawapan-jawapan utk soalan target, research tentang uni untuk specialise dlm bidang oncology. So many things yang aku buat. Aku sanggup stay malam2 untuk wat preparation ni. Awal2 pagi few hours before pegi interview pun aku masih lagi terus wat preparation.

Setengah jam sebelum nak bertolak pegi interview, aku baru perasan yang ada 1 borang aku tak print out. Ciss. Kat surat tawaran dulu takde plak tulis link tu. Bile check je time tu, ade plak link tambahan. Aku tekan link tu and ada borang. Dah lambat dah nak isi, terus je bawak pegi pejabat MARA. Kat sana, ayah tolong isi kan. Wat cuak jea.

Time interview, memang terkejut sangat sebab taktau plak interview taon ni secara berkumpulan. Sangat lain daripada apa yang I've imagined. Kena bina spaghetti bridge ikut kreativiti. At the end of the task, kena test letak tin sardine kat atas bridge. But before nak letak tin tu dah already roboh. Perggh. Memang geram. Balik umah memang terus nangis, rasa down yang teramat sangat.

Syukurlah aku dapat menggembirakan hati parents aku sekali lagi. Dorang tak perlu risau pasal nak tanggung perbelanjaan study anak dorang yang nakal ni. wuhuu. Tawaran UiTM puncak alam aku dah terima dah, tapi terpaksa tolak lepas dapat tajaan MARA ni. Sape yang taknak kan kena taja? Rugilah. Tak kisah belajar kat mana, yang penting semua orang tau MARA selalu hantar pelajar2 ke tempat2 yang bagus2 kan. Lagipun, ada je yang tak berjaya dapat tawaran MARA. Tawaran temuduga pun ade yang tak dapat. So, once dah dapat tawaran sch ni, taknak lah aku sia-sia kan macamtu je. Bukan senang nak dapat tajaan sambung belajar ni. :)

Lastly, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak doakan aku untuk MARA ni. Tiap kali cakap pasal MARA je, dorang cakap "insyaALLAH ,boleh tu.doa banyak-banyak", "MARA boleh tu."..Aku pun amin kan je lah. Bila dah ramai cakap macamtu, alhamdulillah, aku betul2 dapat. I'm very happy,seriously. UiTM puncak alam sepatutnya daftar sabtu ni tapi siyesly aku tak bersedia nak pegi. Hati aku seolah-olah tunggu MARA. Dak2 bakal UiTM lain dah siap2 dah. Aku je, yang berat hati sangat nak prepare pegi UiTM. Medical check-up tak buat lagi, borang-borang penting tak print lagi, baju kurung tak beli lagi, bagasi besar tak beli lagi, sijil-sijil tak sahkan lagi, IC ibu ayah tak fotostat lagi,akaun Bank Islam tak bukak lagi, yuran pengajian pun tak bayar lagi. Ish3. *no comment*

Tapi ada 1 benda je yang aku dah buat. Beli stamp duty yang RM10 tu. hihii.

Tu je lah. malas nak typing lagi. tataa.

"KITA TAKKAN PERNAH PUASKAN HATI ORANG LAIN"

*takde kene mengene pon lah. haha*

wassalam.
miss lurvians

Sunday, May 15, 2011

Talk About Success.

success Pictures, Images and Photos

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Aku nak ucapkan tahniah to all my friends yang berjaya dapat tawaran ke universiti idaman atau kolej idaman atau dapat course idaman dan semua macam idaman lah. Aku jugak ucap takziah kepada sesiapa yang tak berjaya dapat UPU atau pun tak berjaya dapat course idaman atau tak dapat uni idaman. Segala ketetapan ini ada hikmah yang tersirat insyaALLAH. Ada juga beberapa kawan-kawan aku nak amik medic tapi tak jadi sebab result SPM yang kurang memberangsangkan. Don't worry, peluang ada di mana-mana, cuma kita je yang kena cari and grab the opportunity.

Aku ada seorang kawan baik ni, rapat dengan dia sejak form 4. Dia nak jadi doktor yang specialise dalam bidang sakit puan. Dia ni memang bersungguh-sungguh dan rajin. Cuma result subjek sains dia agak teruk. Samalah macam aku. Subjek Sains aku semua teruk-teruk belaka, tu pun aku masih berangan nak jadi doktor. Tengoklah,time final exam, BIOLOGY aku C, markah 50 lebih. Terukkan? Haha. Pertengahan tahun nye exam, chemistry je A-. Bio and Physics dapat B. *chemistry pun sipi-sipi je nak B*


dont give up Pictures, Images and Photos

Bila masuk je form 5, scie subjects aku improve sikit demi sikit. Sebab aku dah bertambah bersemangat nak masuk alam form 5 yang penuh cabaran dan dugaan. Aku amek tuisyen subjek sains and sejarah. Sejarah ni aku amek sebab aku suke gile dengan cikgu tu, sangat kelakar and tak pernah boring. Kelas dia sentiasa fun and exciting. Tak rugi,siyesly. Time first exam time form 5, aku dapat 8A. Kantoi kat Arabic, Physics, Bio. Midyear exam memang teruk,dapat 6A je. Physics dapat C and tcer Azlin dah mula risau sebab markah Physics aku makin menurun. *wuu. sebak sebak* Sejak tu aku mula push untuk study physics gile-gile. Ingat senang ke nak naikkan daripada C kepada A? huhh.

motivation quotes Pictures, Images and Photos

Kegagalan merupakan permulaan kepada kejayaan. That's true.


Formatif 2 pulak dapat 8A, kaantoi kat Arabic, Bio, BM. Haha, BM dapat B!! 60 LEBIH. Soalan susah gile. Tah mana-mana tah cikgu dapat soalan tu. kui3. Pasal Arab ni, sepanjang form 4 aku tak pernah dapat A. Memanjang C jeeee! Geram betul. Time form 5 dah okay sikit tapi still susah dapat A. Alhamdulillah, time trial aku dapat A- and SPM sebenar dapat A+. Betullah cakap ustazah zaharah, *syukur* "Sape yang dapat A- trial spm, insyaALLAH dapat A+ time spm sebenar sebab pemarkahan paper arab di SMKA SHAMS sangat strict." Yang markah trial tu aku tak sangka sangat, sebab essay target TAK MASUK langsung. Wat esei sendiri. Vocab tak banyak. Grammar tunggang langgang. Aduish. Memang berpeluh wat esei arab tu. *sigh*

Trial exam punye overall result yang paling okay. 9A2B. Kawan-kawan aku ramai la dengan yakinnya cakap,"kau confirm dapat straight A's punye la. Tengok la result trial kau." I was like, " huhh. cakap senanglah. Ni SPM, bukan PMR." Siyesly aku memang tak yakin sangat nak dapat 11A walaupun result trial hampir kepada 11A tu tapi aku taknak mengharap sebab aku yakin sangat SPM tak sama macam UPSR n PMR yang mana kite boleh target-target suke hati. Ini melibatkan usaha+nasibkalaudapatsoalanbocor. haha.

never Pictures, Images and Photos

Okaylah. Sampai sini je lah bebelan aku. Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Time form 4 aku selalu gagal dapat A, tapi aku masih diberi peluang untuk ubah diri aku and result aku. And I really did it!

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: ".... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka ...."
(Ar-Ra'du: 11)


success Pictures, Images and Photos


Semua orang masih ada masa dan peluang untuk berubah. Time asasi/diploma/Form6 ni lah masa nya yang kita ada to prove that we can really do it! To prove that kita pun BERHAK untuk berjaya jugak. Kalau time sekolah menengah kita selalu terbelakang, so time asasi/diploma/form 6 kita kena tunjukkan yang kita akan ke depan, sebaris dan setanding dengan orang-orang yang berjaya. Kita sendiri yang akan menentukan kejayaan kita sendiri. So, never ever give up and all the best! (:

p/s : To anyone yang dapat UPU tapi tak hargai , tolonglah bersyukur. Ramai kat luar sana yang tak dapat UPU mahupun matrikulasi, menangis dan merayu nak sambung belajar kat IPTA. Tapi yang dah diberi tawaran dan peluang, tak hargai. *appreciate tu means that janganlah mengeluh atau kutuk tawaran UPU sebab takdapat uni idaman atau course idaman*

Wassalam.

miss lurvians

Tuesday, May 10, 2011

Asasi Sains UiTM Puncak Alam



Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Aku tengah excited tahap gaban ni! HAHA. *ape kene la dengan aku ni* Okay, aku kan dapat tawaran asasi sains UiTM. Mula-mula aku dapat tawaran ni aku rasa frust tahap gaban ! *gaban je manjang* Kenapa aku frust? Sebab aku dapat UiTM lah! Then,after I do some research tentang UiTM Puncak Alam ni, tibe-tibe aku dah tersuke dah dengan tawaran ni. :D

Yang best nya, UiTM ni untuk bumiputeras sahaja. :)

UiTM Puncak Alam@ PALAM ni merupakan kampus terbesar UiTM dan fasa 1 dia sama besar dengan UiTM Shah Alam. Belum siap fasa2 dan 3 lagi. Lagi la besaaar punyee! ^^,


Ada satu benda yang boleh dibanggakan dengan UiTM PALAM ni. Tangga dia. 200++ anak tangga menuju kolej. Bayangkan kena ulang-alik naik tangga ni dari kolej ke fakulti. Kalau tak nak naik tangga ni, ade option lain sebenarnya. Boleh naik bas, kena bayar RM1 je. *ceh,cara cakap macam dah lama je kat sini.haha* Lagi satu, aku tak dapat bayangkan kalau time bulan puasa nanti kena ulang-alik naik tangga ni hari-hari. Wahh. 1 Syawal nanti confirm jadi keding gila. Hahaha.



Kolej kediaman. Kolej Angsana dan Kolej Rafflesia. Memuatkan lebih 600 orang pelajar.

Gedabak besar kan kafe ni?


Yang ni lah bilik pelajar. Just nice! Nampak comfortable and adorable. hee. :D



Suasana UiTM PALAM waktu malam. *macam pantun 1 kerat pulak*



Cantik kan? Baru fasa 1 niii..



ZZZzzz. Tido-tido..

Aku daftar 21 May 2011. Sangat cuak sebab kena jadi JUNIOR. I hate being a junior!!!And sebenarnya aku tak confirm lagi masuk UiTM PALAM ni sebab masih tunggu tawaran MARA. Aduih,lambatnya. Result JPA pun tak kua-kua lagi. Ape cite ni buat kitorang ni tertunggu-tunggu. Penantian 1 penyeksaaan! Betul-betul terseksa ni.

Kalau tak dapat MARA, baru lah aku pegi UiTM Puncak Alam ni. Siyesly macam menarik je kampus ni. First time tengok gambar dah jatuh cinta. Belum lagi tu kalau pegi tengok betul-betul depan mata. Huhh. :)

Yang aku tau, Zahid and Afieqa miera yang dapat UiTM Puncak Alam ni. Aku harap ramai lagi la generasi SHAMS ade kat situ, takde lah aku culture shock sangat. Untung sape dapat UIA or USIM, sebab takkan ade culture shock. I mean, kurang lah kalau nak di compare kan dengan uni yang lain. Ye lah, kat SHAMS tu mana biasa jumpa orang yang tak bertudung. Paling teruk pun tudung pendek depan belakang. *still lagi bertudung kan?* Lagi satu,aku rasa ramai kot generasi SHAMS kat UIA and USIM tu. Best nye! Ape-ape pun,tetap bersyukur dengan ketetapan yang telah ditakdirkan ini. Semoga ALLAH perteguhkan jati diri dan imanku walau di mana jua aku berada. Amiin.

p/s: Aku nak sedeqahkan semua shawl aku kat adik aku lepas masuk IPTA ni. Huaar. Tapi tak semua. Ade 1,2 helai yang aku sayang. ^_^

Wassalam.

"MENUJU PUNCAK,MENUJU TRANSFORMASI"

*ape aku merepek ni*

Bakal Junior,
miss lurvians

Sunday, May 8, 2011

I wish my dreams will come true.

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

AKU TAK DAPAT TAWARAN MAINS DALAM BIDANG MEDIC. :'(

kecewa.

frustrated.

buntu.

and tiba-tiba aku rasa macam nak terima je tawaran asasi sains UiTM and then struggle dapatkan pointer tinggi-tinggi and then sambung ijazah kat luar negara.

Peluang ada di mana-mana je kan kan kan?

MARA?
  • Entah lah. MAINS pun tak dapat,ni pulak MARA.
  • Tawakkaltu 'alallah.
  • ALLAH beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.HE knows best.
  • Wish me luck! Daa~


wassalam.

"HOPE FOR THE BEST AND PREPARE FOR THE WORST."

Setia menanti,
miss lurvians