Showing posts with label UiTM Puncak Alam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Puncak Alam. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Asasi Sains UiTM Puncak Alam



Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Aku tengah excited tahap gaban ni! HAHA. *ape kene la dengan aku ni* Okay, aku kan dapat tawaran asasi sains UiTM. Mula-mula aku dapat tawaran ni aku rasa frust tahap gaban ! *gaban je manjang* Kenapa aku frust? Sebab aku dapat UiTM lah! Then,after I do some research tentang UiTM Puncak Alam ni, tibe-tibe aku dah tersuke dah dengan tawaran ni. :D

Yang best nya, UiTM ni untuk bumiputeras sahaja. :)

UiTM Puncak Alam@ PALAM ni merupakan kampus terbesar UiTM dan fasa 1 dia sama besar dengan UiTM Shah Alam. Belum siap fasa2 dan 3 lagi. Lagi la besaaar punyee! ^^,


Ada satu benda yang boleh dibanggakan dengan UiTM PALAM ni. Tangga dia. 200++ anak tangga menuju kolej. Bayangkan kena ulang-alik naik tangga ni dari kolej ke fakulti. Kalau tak nak naik tangga ni, ade option lain sebenarnya. Boleh naik bas, kena bayar RM1 je. *ceh,cara cakap macam dah lama je kat sini.haha* Lagi satu, aku tak dapat bayangkan kalau time bulan puasa nanti kena ulang-alik naik tangga ni hari-hari. Wahh. 1 Syawal nanti confirm jadi keding gila. Hahaha.



Kolej kediaman. Kolej Angsana dan Kolej Rafflesia. Memuatkan lebih 600 orang pelajar.

Gedabak besar kan kafe ni?


Yang ni lah bilik pelajar. Just nice! Nampak comfortable and adorable. hee. :D



Suasana UiTM PALAM waktu malam. *macam pantun 1 kerat pulak*



Cantik kan? Baru fasa 1 niii..



ZZZzzz. Tido-tido..

Aku daftar 21 May 2011. Sangat cuak sebab kena jadi JUNIOR. I hate being a junior!!!And sebenarnya aku tak confirm lagi masuk UiTM PALAM ni sebab masih tunggu tawaran MARA. Aduih,lambatnya. Result JPA pun tak kua-kua lagi. Ape cite ni buat kitorang ni tertunggu-tunggu. Penantian 1 penyeksaaan! Betul-betul terseksa ni.

Kalau tak dapat MARA, baru lah aku pegi UiTM Puncak Alam ni. Siyesly macam menarik je kampus ni. First time tengok gambar dah jatuh cinta. Belum lagi tu kalau pegi tengok betul-betul depan mata. Huhh. :)

Yang aku tau, Zahid and Afieqa miera yang dapat UiTM Puncak Alam ni. Aku harap ramai lagi la generasi SHAMS ade kat situ, takde lah aku culture shock sangat. Untung sape dapat UIA or USIM, sebab takkan ade culture shock. I mean, kurang lah kalau nak di compare kan dengan uni yang lain. Ye lah, kat SHAMS tu mana biasa jumpa orang yang tak bertudung. Paling teruk pun tudung pendek depan belakang. *still lagi bertudung kan?* Lagi satu,aku rasa ramai kot generasi SHAMS kat UIA and USIM tu. Best nye! Ape-ape pun,tetap bersyukur dengan ketetapan yang telah ditakdirkan ini. Semoga ALLAH perteguhkan jati diri dan imanku walau di mana jua aku berada. Amiin.

p/s: Aku nak sedeqahkan semua shawl aku kat adik aku lepas masuk IPTA ni. Huaar. Tapi tak semua. Ade 1,2 helai yang aku sayang. ^_^

Wassalam.

"MENUJU PUNCAK,MENUJU TRANSFORMASI"

*ape aku merepek ni*

Bakal Junior,
miss lurvians