Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

TAKUT JADI BAIK?

🌸🌸🌸

Adik : Kak,labuhnya tudung ni. Nanti org cakap macam ustazah *sambil belek belek tudung yg dia tgh pakai*

Me : So? Ustazah tu jahat ke? Nape takut orang panggil ustazah. Ustazah kot, bukan kene panggil pencuri.

🌸🌸🌸

HERE IS THE REALITY. And situasi ni aku jumpa kat mana mana. Even dgn kawan kawan sendiri, ada je yang malu nak labuhkan sikit tudung sebab takut orang panggil budak baik or budak useroh or ustazah.

🌷🌷🌷
"Alamak,labuh lah pulak tudung ni. Segan lah. Pendekkan lah sikit"
"Nanti orang cakap macam ustazah pulak"
🌷🌷🌷

Like seriously, is that wrong kena panggil panggilan baik mcmtu?even jadi bahan joking pun, its a good thing kan, bukan kena panggil pencuri or penzina whatsoever. Nape nak takut sangat. 😓

Orang kat luar sana mmg xkan pernah berhenti judging. So do whatever u think is right for u. Mungkin lah kita tak sebaik mana pun utk pakai pakaian 'solehah' macam tu, tapi it can be one of ur effort lah utk try jadi baik.

🌼🌼🌼

N people out there, stop judging orang lain. Memang orang bertudung tak semua baik, tapi kita tak tahu mungkin dia sedang mencuba bergulingguling struggle sehabisnya utk jadi baik n ubah benda yg buruk yg ada dalam diri dia. Doakan dia kan lagi bagus gittew.👍👍👍

Macam aku sendiri,aku pun ada je lagi kekurangan yg aku cuba nak perbaiki n benda buruk yg nak ditinggalkan. Nobody is perfect in this world but u can try to be perfect in any way.😎

🌸🌸🌸

Hopefully lepasni dah takde lah scene "malu kena panggil ustazah" ataupun "takut kena panggil budak baik,budak surau or budak useroh"😅

Buatlah something just to please Allah 😎

#PeringatanUntukDiriSendiriJuga
#KitaHambaAllahBukanHambaManusia

Wednesday, May 30, 2012

Aku Nak Berubah (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang keep wondering kenapa orang lain berubah, sedangkan sepatutnya perubahan tersebut dicontohi dan diikuti sekiranya baik untuk diri kita dan agama kita.

"You look so different"

"You have completely changed!"

"Dulu kau tak macamni."

Bila kita berubah, orang sekeliling kita mesti pandang pelik. Tak kurang juga yang tumpang gembira atas perubahan tersebut. We can never please everyone around us. Kalau kita buat segala-galanya kerana manusia, semua itu takkan kekal! Ustaz aku pernah cakap, "Kalau kita nak sesuatu tu kekal sampai ke akhirat, sandarkan ia pada Allah S.W.T. Insha-Allah akan kekal sampai bila-bila." Same goes to our relationship with our parents, siblings, friends and also that special someone. hihi. Sandarkan rasa cinta dan sayang itu pada Allah S.W.T, ia akan kekal, insya-Allah.

Dulu aku jahat. What I meant by jahat is, aku 'jahat' dengan Allah. Aku dah buat satu kesalahan / dosa yang sangat besar, dan aku rasa itu adalah kesalahan ku yang paling besar sepanjang aku hidup di dunia ini. Aku menyesal. Penyesalan yang tak pernah berakhir. Rasa berdosa masih bersisa sehingga sekarang. Bila teringat aku akan menangis kerana sesal. Menangis kerana takut. Bercampur baur. Only Allah knows. Ampunilah aku ya Allah ya Ghaffaar.

Jahatnya aku dulu, aku pakai baju jarang, tudung jarang, pakai shawl pendek. Dulu aku suka bersosial dengan lelaki ajnabi. Dulu aku suka lawan cakap ibu ayah. Dulu aku rasa aku sangat teruk. Dulu aku sekolah agama sejak darjah 1 sampailah Form 5, tapi aku rasa aku tak dapat apa-apa. Aku rasa title 'pelajar sekolah agama' tu tak membawa makna apa-apa. Sekolah agama, sekolah je lah. Kat luar sekolah, it's my choice. Sukahati aku lah nak buat apa, nak pakai apa pun. Tapi itu dulu. Sekarang segalanya dah lain.



Aku mula berubah sejak kali pertama aku menjejak kaki ke Management & Science University pertengahan tahun lepas. Aku mula bertekad untuk berubah sedikit demi sedikit. So, aku mulakan dengan pakai tudung bidang. Tapi pakai stokin on off lagi lah masa tu. Lepas tu kalau kat hostel, kalau nak turun pergi kedai, aku just pakai shawl dan tak pakai stokin. 

Semester ke-2, aku buat satu keputusan yang sangat tak disangka-sangka. Aku mula berjinak-jinak untuk pakai tudung labuh bulat. Ibu sangat sokong tindakan aku. Alhamdulillah. Masa zaman sekolah dulu, memang pernah terlintas dalam hati..."Suatu hari nanti aku nak pakai tudung labuhlah." Cuma, tak sangka secepat ini! Umur baru 19 tahun. Perangai macam  hape je. Amal ibadah pun suam-suam suku. Kalau nak ikutkan aku memang tak layak berimejkan tudung labuh. Apa-apa pun, aku kuatkan hati. Bagi aku, selagi tak mulakan langkah pertama, selama-lamanya lah kita takkan pernah berubah.Dan aku juga bertekad, setiap kali keluar je dari rumah, kena pakai stokin tak kiralah nak keluar lama ke sekejap ke jauh ke dekat ke. Alhamdulillah masih istiqamah sampai sekarang. 

Awal-awal pakai tudung labuh dulu, yang banyak beri reaksi pelik nye pelajar muslimin kelas aku. Hahaha. Ada juga yang salah panggil nama. Sebab dalam kelas aku pun ada seorang pelajar muslimat yang memang pakai tudung labuh since awal-awal masuk MSU dulu. Nama dia Farahiyah. Even sampai sekarang ada lagi yang panggil aku dengan nama Farahiyah. Haha. Seriously aku tak kisah pun, tapi aku rasa serba salah lah macam aku ni duplicated Farahiyah pulak. ;p Oh ye, aku  ingat lagi orang first yang salah panggil nama aku ialah classmate aku, Hizri. Yunie (my housemate) pulak terdengar masa tu. Ahh sudah. Memang kena gelaklah. haha. Sorryyy Hiz. Macam main game 'GOTCHA' pun ada. =p


Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan yang asing, dan kembali menjadi asing pada akhir zaman. Beruntunglah orang-orang yang nampak asing itu.


Ada jugak yang tanya, "Kenapa nak pakai tudung labuh?" Selalunya aku akan jawab, "Saje je." Actually the reason why I choose to wear that kind of tudung is because of Allah. I believed that Allah is the one yang gerakkan hati aku untuk pakai tudung labuh. Masa tu kat rumah. Aku tengah 'selongkar' bakul baju untuk pack baju-baju yang nak kena bawak balik hostel. Tiba-tiba aku ternampak ada tudung labuh warna pink dalam bakul  tu. Memandangkan aku dah lama tak pakai, aku pun rasa teringin sangat dan rindu sangat nak pakai. Aku pun try-try la pakai tudung pink tu. Aku tekad balik hostel nanti nak pakailah tudung pink tu. Masa awal-awal dulu, mostly my housemate sangat eager nak try-try pakai tudung labuh tu memandangkan mereka tak pernah pakai tudung selabuh itu! Glad to see that! ;D



Tujuan lainnya, aku ingin menjaga kelakuanku dan jaga batas pergaulan memandangkan dulu aku tak jaga sangat benda-benda ni especially ikhtilat (pergaulan lelaki perempuan). Memanglah selalu orang cakap, "Ala, kawan je. Bukan ada perasaan lain pun." Yeah, dulu aku pun fikir macamtu. Cuma bila fikir balik, hubungan lelaki perempuan boleh menimbulkan fitnah, walaupun hanya berkawan baik. Walaupun masing-masing hanya menganggap "Oh we're just friends, nothing more." In fact, kita tak sedar yang orang lain boleh fikir macam-macam bila tengok kita rapat 'semacam' dengan seseorang yang bukan muhrim. Itu dah timbulkan fitnah namanya! 

Bila bercakap dengan lelaki pun, macam-macam kena jaga. Kena jaga pandangan, kena jaga suara. Make sure tak lunak / menggoda even though lelaki tu tak tergoda langsung pun kan.. But still benda-benda ni kena jaga. Jadi aku rasa, kalau boleh elak berinteraksi dengan lelaki including my own classmate, aku akan cuba elak. It's not like aku nak mengasingkan diri dan jadi pasif. Cuma aku nak menjaga diri dan maruah aku sebagai seorang muslimah. Muslimah yang dicemburui bidadari-bidadari syurga. Insya-Allah. ;)

Lastly, aku terus bertahan untuk pakai tudung labuh ni, ( even though masih lagi on off ) antaranya adalah disebabkan kakak naqibah pernah cakap, "kalau ada yang lebih baik, kenapa nak yang biasa-biasa je?" Ye lah, kalau kita diberi pilihan untuk masuk mana-mana syurga, surely we'll choose jannatul firdaus! If we're given an option to choose antara RM1, RM100, RM1000, RM100000000. Mesti kita nak yang paling tinggi nilainya tu kan? Sama jugak lah kenapa pilih pakai tudung pendek sedangkan ada yang lebih baik? Now I can see that pakai tudung labuh ni, masha-Allah..banyak sangat advantage nya. Subhanallah! It's an amazing feeling. It's totally different when you wear tudung labuh sebab peraturan sekolah, and wearing tudung labuh because you're willing to do so. Sangat-sangat berbeza, masya-Allah.
 

Inilah sedikit sebanyak coretan mengenai kisah hidupku. I know it's quite boring and macam dah biasa sangat dengar. Tapi aku harap, para muslimah di luar sana yang pernah terlintas dalam hati nak tutup aurat dengan sempurna, nak berubah jadi seindah-indah perhiasan dunia..do it RIGHT AWAY. Mujahadah is not easy, because we have to endure all the hardships, all the obstacles along the path, but at the end, we'll gain something that really worth it! It is mardhatillah (keredaan Allah), insha-Allah.

Wow, mardhatillah
tuuu!


"I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER."




Sekian, barakallahufiik.




Changing for good ain't a crime,
Dr 'Afifah

Wednesday, March 14, 2012

It's never too late. :)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, I'm still alive that I still can update my blog yang berhabuk ni. hihi. So, what is it I'm going to write here. It's about what really happened around me lately. Now I could hardly believe that I'm still survived in that kind of environment. What kind of environment is that? Is there any air pollution? No. It was ikhtilat and aurat pollution. Honestly, I’m tired. I’m sick. Because I have to watch maksiat / zina almost EVERYDAY but I just can do NOTHING. 

(Ikhtilat : pergaulan antara lelaki dan perempuan.)

Really miss those moments. Sejuk mata memandang.

Okay,before I proceed, I would like to remind all of you. I wrote this entry not because of I’m already a perfect girl so I can dakwah everyone here. No no, you’re wrong. Most Muslims are reluctant to perform dakwah because they feel that they are imperfect. This is a wrong attitude that should be corrected. Imam Said bin Jubair said, “If someone does not want to enjoin what is good and forbid what is wrong until he is perfect, then finally, no one will enjoin what is  good and forbid what is wrong.” Have you watched you tube video entitled “Jaga tepi kain orang”?( If I'm not mistaken lah. ) Like seriously, you have to watch that. It was just awesome. Again, I wanna remind you, I’m not perfect. If I’ve done any mistakes, or something's wrong with me, never hesitate to correct me. (:


Let’s proceed. When I was in form 5, the worst ihktilat issue I ever heard is that only bertepuk tampar lelaki perempuan but still berlapik. But now, in my study area, which is MSU (to be more specific), it's not only private students that were having a problem with their aurat and ikhtilat, MARA students also having the same problem. I thought all genius students do not have that kind of problem. Plus, it's not only about aurat and ikhtilat, it's about solat and attitude too. I'm really SICK. Really sick to hear that some of them do not solat, even there's a friend of mine never solat. Can you imagine that, NEVER SOLAT? It was a terrible feeling, y’know. When someone I know does not solat. Even I didn't know 'beliau' very well, but still, I feel very bad. Kalaulah Rasulullah S.A.W sees this,what would he says? How would he reacts?

LOL
Okay, now. Masalah aurat. Memang undeniable, sangatlah susah nak suruh orang tutup aurat. Even SMKA/ma’ahad students who know about aurat, do not cover their aurat properly. How can we hope other students who know NOTHING about aurat to cover their aurat properly? Did you want me to explain, apa aurat seorang perempuan? Allah dah nyatakan dalam al-Quran, itu perintah Allah that we should obey. It's an obligation for all muslims. But the problem is, are you really a muslim?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah Annur ayat 31)

Tak faham bahasa Melayu ke? Maklumlah budak-budak pandai kan, kekadang tak faham bahasa Melayu. Don't worry. In case kalau susah nak faham BM, ada translation bahasa Inggeris. :)

 And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss. (Surah Annur : 31)

 Okay, first thing first, aurat perempuan yang semua orang tahu ( I think so ) ialah rambut. Rambut itu aurat ye para muslimah tersayang. Jadi, kalau aurat, perlu ditutup. Kalau tak, bukan awak je yang masuk neraka, your dad, your brother, your husband and your son, semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti kenapa awak tak tutup aurat. Don't just simply assume that aurat is just a small matter, if it really is, kenapa sampai EMPAT orang sekali yang dipertangunggjawabkan terhadap perempuan yang tidak menutup aurat? 

Ada hikmahnya kenapa wanita diperintahkan menutup aurat.

Tutup aurat, bukan balut aurat.




Next,  labuhkan tudung ke dada. Dalam al-Quran dah disebut, dengan specific cara pemakaian seorang perempuan yang betul. Labuhkan tudung sehingga menutup dada, setiap sisi tertutup rapi, even kalau angkat tangan, takkan nampak benda-benda yang tak sepatutnya. Ini kerana lelaki punya 1 nafsu, dan nafsu itu hanyalah perempuan. Benda-benda macamni lah yang sering menyiksa jiwa para lelaki yang beriman. So, janganlah dok selak-selak tudung sampai nampak dada. Nak pakai shawl tak salah, nak pakai pashmina, tudung hana tajima, tudung fareeda, tudung ape-ape je lah..boleh..tapi labuhkan sampai tutup dada, make sure tutup completely, selamat kalau angin ribut taufan melanda macamana pun takkan terzahir apa yang tak sepatutnya. And kalau boleh labuhkan sikit melepasi bahu. Itu lebih selamat. Tapi terpulanglah, pilihan di tangan kita sendiri. ^_^

Next, seluruh tubuh merupakan aurat kecuali muka dan tapak tangan. So, kaki tu aurat. Kalau aurat kena tutup. Jadi, pakailah stokin. Bukan mahal pun, stokin cartoon tu pun ada yang harga seringgit. Stokin paling mahal pun RM7-RM8 kot. Apalah sangat RM7-8 tu kalau nak dibandingkan dengan AZAB kat neraka nanti kan?  ;)

Aurat yang seterusnya, suara. Seorang perempuan tidak boleh melunakkan suara di hadapan lelaki. Suara perempuan itu aurat, dan kalau seorang perempuan menyanyi depan khalayak ramai, mestilah kita kena lunakkan suara bagi sedap kan? Jadi sama lah konsepnya dengan melunakkan suara di hadapan lelaki tadi. Means that, kalau nak buat konsert nyanyian bagi perempuan, tempat tu mestilah tertutup dan seorang lelaki pun tak boleh ada kat situ. Lalu lalang pun tak boleh. Same like what happened few years ago in my exschool, ada persembahan nasyid and fashion show kat dewan tertutup, dan tempat tu tempat larangan bagi lelaki, even lalu lalang pun tak boleh. Sungguh terjaga para muslimah di sekolah saya dulu.

Actually, aurat suara ni bukan pasal menyanyi je. Seorang perempuan kena jugak jaga suara bila bercakap dengan lelaki ataupun, time bercakap dengan kawan-kawan perempuan but at the same time, ada kaum lelaki jugak kat situ. Kepada kaum lelaki, kalau tak sanggup dengar suara perempuan, pakai earphone, dengar lagu Menanti Alam Barzakh. Kepada kaum perempuan, kalau rasa suara tu sexy time bercakap dengan kawan, cakap bisik-bisik je. (gurau je.hehe) Okay kaum hawa, Sama-sama lah kita jaga ye. (: 



Next, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa orang pakai handsocks or arm guard even pakai baju kurung, longsleeves, jubah. Mesti ada yang pelikkan? Well, actually pentingnya pakai handsocks ni because dengan terzahirnya  bahagian lengan wanita, kaum lelaki boleh bayangkan macam-macam. What does it mean? Wallahua’alam. Saya bukan lelaki. Heeee. Pakai baju kurung pun kadang-kadang terselak jugak bila angkat tangan, bila bergerak ke sana sini. Betul tak? 


And yang membuatkan saya terkilan, ada yang dengan bangganya dan dengan penuh rela, menyingsing lengan baju dengan harapan supaya OHH BARULAH NAMPAK MACAM COOL GILA singsing lengan baju sampai siku. But for those women that cover their aurat properly, seorang lelaki perlu berjabat tangan dengan wali perempuan tersebut dan membayar mahar, kemudian barulah boleh lihat aurat perempuan tu. Apa nilainya aurat kita if kita sendiri yang expose lengan kita menjadi tatapan mata para lelaki secara PERCUMA.Prof Dr Muhaya pun pernah cakap, “Perempuan yang tak tutup aurat, umpama menempah neraka untuk suami.” Kasihanilah suami @ bakal suami anda. Dan mesti kita taknak digelar ‘penempah neraka’ untuk orang lain, kan?


Okay, penyakit seterusnya is ikhtilat. I mean, pergaulan antara lelaki dan perempuan. Actually ada antara kawan-kawan seperjuangan yang dah bertunang, and ada yang akan bertunang. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan, sekiranya itu yang terbaik. Dan ada jugak yang belum bernikah tapi berkelakuan seperti dah bernikah. Allah dah jelaskan dalam AQ dalam surah al-Israa ayat 32 yang bermaksud , "Dan janganlah kamu menghampiri zina." Jadi, kalau dah tak sabar sangat, nikah je lah terus, daripada buat maksiat berterusan. Kan kan? Lagipun ramai yang kahwin awal sekarang. :)
  • Wahai rakan-rakan sekalian yang amat saya sayang kerana Allah, jangan lah jadi seperti barangan ‘bundle’, orang boleh pegang-pegang, belek-belek, lepastu kalau taknak, orang letak balik. Lepas tu orang lain pulak datang pegang, belek dan kemudian letak balik. 
  • Jadilah seperti handphone iPhone 4S, yang tersimpan dalam kaca, di mana tak semua orang mampu miliki. Orang tidak boleh pegang sesuka hati kerana tersimpan rapi dalam kaca. Orang yang betul-betul bersedia dan mampu je yang boleh menyentuh dan memilikinya. (: 
Kalau Allah masih tak turunkan bala bencana kepada kita, itu bermakna Allah masih bagi peluang untuk kita bertaubat. Selagi Allah masih bagi peluang, taubatlah. Sebelum Allah tarik balik peluang tu. Kita dah besar. Dah above 18. Kalau orang lain dok sibuk suruh kita berubah tapi kita taknak terima teguran langsung memang tak jadi apa lah kan.  Kalau you rasa ‘ala pegang-pegang sikit je apa salahnya, nanti kahwin jugak dengan dia’, you are totally wrong, dear. Let's say, if one day, you ditakdirkan break up dengan your partner, and your partner kahwin dengan orang lain, sanggup ke kita dengar si lelaki cakap kat orang lain pasal ex dia tu, “alah minah tu, aku dah try dah.Boring~” Apa perasaan husband perempuan tu agaknya ek bila ex-boyfie dia cakap macamtu pasal wife dia. PATHETIC

Kita kena yakin jodoh Allah dah tetapkan. Sedalam mana cinta kita terhadap si dia, selama mana kita sanggup tunggu orang yang kita sayang, if she/he is not your jodoh, then what? So, couple does not guarantee you ANYTHING. Even bertunang pun boleh putus, yang dah nikah pun boleh bercerai, apatah lagi couple? It’s not dengan couple you can prove to her that you love her. In fact, if you propose someone untuk couple, itu bermakna you dah cemari maruah dia.

Isu couple ni memang dari zaman sekolah lagi dah timbul. Kalau dah keluar sekolah, lagi lah bertambah teruk kalau iman tak jaga. Lebih rela jadi pelajar sekolah biasa yang bila keluar sekolah, makin kuat imannya, makin mendapat hidayah,  makin Allah jaga. It’s better off daripada jadi pelajar SKK SMKA/ ma’ahad, then bila keluar sekolah , makin teruk pergaulan lelaki perempuan, makin lemah iman, makin jauh dari Allah. Whatever it is, semuanya bergantung pada iman masing-masing. Dan bukan sekolah yang menentukan tahap iman kita. Semoga Allah sentiasa pelihara iman kita, amiiin.

No couple before nikah.
Wahai rakan-rakanku yang amat saya sayang, orang yang selalu buat maksiat ni, hati dia kotor, gelap, hitam legam, and ilmu itu cahaya, dan cahaya itu takkan boleh tembus hati orang yang selalu buat maksiat. Memang ada orang yang buat maksiat, tapi still result gempak.  4.0 FLAT every sem. Dapat Dean List. President List, semua list lah dia dapat. Tapi berkat ke result tu? Berkat ke kejayaan tu? Kejayaan yang kita dapat seiring dengan perbuatan maksiat. Berkat ke? Sampai bila kita boleh bertahan dengan kebijaksanaan dan ke’genius’an kita yang seiring dengan perbuatan maksiat tu?

Jadi, solutionnya, ada dalam fikiran kita. Cuma nak buat sekarang atau nanti. If only we know that we’re going to die tomorrow, we'll never hesitate untuk berubah sekarang jugak. But the problem is, we don’t know when. Nobody knows, except Him. Malaikat maut takkan ketuk pintu mintak izin dulu before nak tarik nyawa kita sepertimana masa Nabi (SAW) nak wafat dulu. So, we have to choose. Now or later. And ‘later’ can be ‘never’. Sebab kematian boleh berlaku selepas saat ini. Mungkin selepas saat kita baca entry ini?

Oh yeah, there’s one more thing I haven’t discuss yet, which is solat. Yeah, people do think that by performing solat doesn’t mean you’re good enough. Of course, we’re human. We’re never perfect. Solat is one of the best way to improve ourself. I’ve read a book. Kalau tak silap, penulisnya pakcik Pahrol kot. hihi. Dalam buku tu ada tulis pasal macamana nak jadi baik. And jawapannya ialah dengan solat, dan perbaiki solat. So don’t simply judge people yang solat, at least they TRIED to improve themselves. Don't be too judgemental. Orang solat memang tak semestinya baik, tapi orang yang baik semestinya akan solat.

Fikirlah, why you tak solat, is it because you’re good enough, mulia enough, and lagi baik daripada orang yang solat? Or you feel like you’re great enough that you don’t need Allah in your life? Astaghfirullah. Ataupun you rasa you tak solat tapi still dapat result gempak, takde pape masalah then you rasa you tak perlu solat. Is that what a SERVANT should think? We’re just a SERVANT, please bear in mind. Kalau hamba, buat cara hidup macam hamba.




Read this carefully, Allah S.W.T merangkumkan azab tinggalkan solat secara marathon, first, semasa hidup, semasa sakaratul maut, alam kubur, dan alam akhirat. Jangan mimpi nak tinggalkan solat, kalau api dunia pun kita tak sanggup, tak tahan. Panas api neraka 70 kali lagi panas daripada api dunia. 70 okay, bukan 50, bukan 40, bukan 30, bukan 10. Tapi 70. TUJUH PULUH.  Dan bukannya sehari kalau disiksa dalam neraka. Beribu-ribu tahun lamanya. Betapa pedihnya azab api neraka. If we really know how akhirat’s life will be, we’ll never stop crying. :'(

My father said, “MARA should reconsider about solat when choosing their scholarship holder. For those who never solat shouldn’t be given any scholarship (a.K.a duit rakyat).” Di atas kesedaran yang kita diberikan 'duit rakyat' untuk sambung belajar, kita sepatutnya bersyukur. Bukan kufur.


It’s never too late untuk berubah. Solatlah. Solat tak susah. Even non muslim yang baru masuk Islam pun mampu belajar solat, apatah lagi kita yang dari sekolah rendah ambil subjek agama. Wear a hijab. Cover your aurat properly and completely. Bukan setakat cover rambut je, kena tutup dada, jaga suara, pakai pakaian longgar and most importantly, tutup aurat bukan balut aurat. Itu semua Allah dah tetapkan. Berani ingkar, kena berani jugak tanggung azab api neraka. Or maybe azab kat dunia jugak? Who knows? Tutup aurat sekejap je kat dunia ni , kehidupan kat akhirat nanti lebih lama dan kekaaaaal abadi.

Perempuan memang senang masuk syurga kalau taat suami, tapi kena jaga-jaga juga, perempuan juga golongan yang paling ramai masuk neraka. This means that, perempuan ni, sebelah kaki ke arah syurga, sebelah kaki ke arah neraka. Tariklah kaki yang sebelah tu supaya dua-dua belah menuju ke arah syurga. Susah nak berubah if we keep thinking what others would think about us. But please lah, nothing’s going to work if we keep thinking what others would say, how others would react, what others would think about our changes. Berubah je terus, if you think that’s the best for you, if you think it’s right in Allah’s sight. 

Sayang korang!:D
For all my beloved friends, because I LOVE ALL OF YOU that I post this entry. Allah gerakkan hati ini dan beri ilham untuk saya menulis blog pagi-pagi buta ni. I feel grateful because ada antara kawan-kawanku yang ada keinginan untuk berubah, untuk ubah dari cara pemakaian barat kepada cara pemakaian yang dituntut dalam Islam, ada yang ada keinginan untuk berhenti buat maksiat and lain-lain lagi. Alhamdulillah. Teruskan! Semoga Allah permudahkan niat korang. Barakallah. 

Saya kadang-kadang rasa terharu, I’m touched, sebab rakan-rakan saya yang dulu sekolah agama yang belajar bahasa syurga (Arabic), yang belajar Pendidikan Quran dan Sunnah, yang belajar Pendidikan Syariah Islamiah, yang pergi usrah every Monday, yang selalu dengar tazkirah dan ceramah kat sekolah dulu, tak pernah saya nampak kesungguhan untuk berubah sepertimana kawan-kawan saya di sini yang bukan berlatarbelakangkan sekolah agama, yang agak kurang pengetahuan ilmu agama. Benda yang mereka baru tahu pasal Islam, mereka terus buat, terus fikir nak berubah. 

Macam zaman para sahabat dulu, bila turun je ayat al-Quran, mereka terus beramal dengan ayat tersebut. Cth masa pengharaman arak, bila turun je ayat AQ yang arak itu haram, mereka terus pecahkan tempayan berisi arak, terus buang semua arak yang mereka simpan. Kita ni, termasuklah diri saya sendiri, tafsir al-Quran tu pun tak pernah khatam. Macamana nak mengamalkan AQ kalau kita tak khatam-khatam lagi tafsir? We should have done that at this age. We're already 19! Dah 19 tahun hidup, ikut logic, memang sempat sangatlah nak khatamkan tafsir tu. Novel chenta boleh pulak khatam dalam masa sehari. Teruknya diri ini. DUSH DUSH! -__-"

Oh yea, issue pasal tudung ni dah jadi isu hangat kat sini, dah boleh masuk Melodi Fuhh. hehe. Sebab ada seorang hamba Allah ni directly tegur cara pemakaian classmates dia. Saya memang tak berapa berkenan dengan cara dia tegur, but the point is taken. The point is there. It’s very true. Sometimes we didn’t realise that, thank you so much kepada hamba Allah tersebut. Cuma satu benda je, Imam Muda Hilal Asyraf pernah cakap,  “Dua benda ni jangan buat, first, jangan tegur pakaian orang...secondly...” yang kedua tu tak ingatlah. Hehe. So, kepada lelaki di luar sana, berhati-hati bila bercakap dengan perempuan, how CLOSE you are with that girl, please watch out your words. Perempuan ni sensitive sangat. Apa yang lelaki cakap, apa yang lelaki tegur lagi-lagi yang direct punya orang, kadang-kadang terkesan sangat kat hati. Sometimes sampai teringat-ingat, nak study pun tak tenang. Jadi, tegur elok-elok, penuh hikmah dan bijaksana, jangan sampai ada yang terluka. Cewah. Hehe.

Last but not least, kepada para lelaki, jangan asyik nak mencari kesalahan kaum hawa. Lelaki pun kena jaga pandangan sepertimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 30. Memang kalau perempuan tidak tutup aurat dengan sempurna, akan menyebabkan berlakunya zina. Tapi kena ingat jugak, zina takkan berlaku kalau lelaki sentiasa menjaga pandangan. Beri masa untuk kaum Hawa mencari ruang dan kekuatan untuk berubah. As far as I know, memang ramai yang dah pasang niat untuk berubah, tapi jangan disebabkan teguran dan desakan bertubi-tubi kaum lelaki jadi pelemah semangat kami semua untuk berubah. Give us a break, guys. 
Jaga pandangan!

Sampai di sini sahaja. As a conclusion, kita semua takkan pernah perfect, tapi kita  masih boleh berusaha jadi perfect selagi belum mati, selagi belum kiamat. To those yang dah dapat hidayah nak bertudung labuh, tak kisahlah bidang 50 ke 60 ke, tudung labuh bulat ke, teruskan niat korang. Allah is always with you. Betul, untuk apa rasa malu bertudung labuh, untuk apa rasa terasing bertudung labuh, selagi ianya masih betul pada pandangan Allah. Lagipun Islam itu datang dalam keadaan yang asing dan kembali menjadi asing pada akhir zaman. Beruntunglah orang yang nampak asing pada akhir zaman, iaitu orang yang mengamalkan syariat Islam sepenuhnya. So, jadilah orang asing. Hikhik.

Saya minta maaf sangat sangat sangat kalau terkasar bahasa or tersalah maklumat. Mohon diperbetulkan kalau tersilap.  Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri. Saya bukan sesiapa untuk menyuruh orang lain berubah, sedangkan diri ini juga masih ada kekurangan dan tak lepas dari melakukan dosa dan maksiat. I post this entry because I concern. Because I love all my friends. ALL OF THEM. 

Someone I know pernah berkata, "Kalau nak jadi baik, jangan jadi baik sorang-sorang." Bukannya saya nak sibuk hal orang, dosa korang memang korang tanggung, tapi kalau semua orang kat dunia ni buat hal masing-masing, peduli dosa pahala sendiri je, can you imagine what will happen to all muslims, all over the world? Segala teguran dan nasihat ditujukan kepada diri ini jugak sebagai peringatan. Really hope that all of you will take ibrah (pengajaran) from this entry. Hope that we got something good from this entry, and get the spirit to change for good. Yes, to change for good. InshaAllah. May Allah bless. :)



Wassalam.

Berubah kerana-Mu,
Dr. ‘Afifah Sidek

Wednesday, May 4, 2011

Seksi-->Bertudung

Assalamualaikum w.b.t.

Kenal tak Marshanda? Ala yang dalam cerita Soleha tu.

Dia jugak berlakon cerita Aqso Madina and Sejuta Cinta Marshanda.Kebanyakan drama yang dia lakonkan watak semua baik-baik,solehah gitu. Tapi hakikatnya di luar sana, dia sangat seksi , seksa menengoknya. Huh. Dengar cerita dia suda menikah sama seorang aktor yang namanya Ben Kasyafani. Ganteng! Kacak bangatt! *eyy,da mule da speaking indon..*

The good news is, Marshanda dah pakai tudung!! Alhamdulillah. Aku baru je tau ni. Ketinggalan zaman betullah aku ni. Huhu. At least aku tau la kan daripada tak tau. -.-''

sweet!



Kenapa dia tiba-tiba nak pakai tudung? Hidayah ALLAH.. Orang cakap dia pakai tudung sebab mimpi kiamat 5 hari berturut-turut. Tapi Marshanda dah explained everything kat blog dia, Marshed. You should have read it. Touching story. Menyentuh hati dan perasaan. Seriously. Semoga imej muslimah dalam dirinya berkekalan,insyaALLAH.

Wassalam.

"DUNIA IS FOR AKHIRAT"

miss lurvians

Tuesday, December 28, 2010

Menutup Aurat itu Seksi?

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, December 16, 2010

Belajar agama, tapi hidupnya macam tiada agama.

Salam. Tadi saya on9 facebook. Saya tengok profile someone. Saya terkejut. Perubahan mendadak dalam diri dia drastically. Profile facebook dia terang-terangan menunjukkan identiti dia. Dia tak malu to show to everyone yang dia tu perfect and could get what she wants. Tapi dia kan perempuan. Muslimah atau dalam bahasa melayu nya, perempuan yang beragama ISLAM. I was just soo upset. Dulu she's different tau. But now, tah pengaruh dari siapa dan dari mana, dia berubah ke arah yang tak sepatutnya.

Saya tahu yang dia tahu bahawa seorang muslimah tak sepatutnya sanggup memperlakukan diri sebegitu rupa. Memang dia cantik, cantik sangat lah. Sape dapat dia memang untung lah. Kalau sy lelaki pon sy mungkin akan jatuh cinta akan kecantikan dia.Tapi kita kena ingat, kecantikan tak menjamin kebahgiaan kita kat akhirat nanti. Kecantikan juga bukan syarat untuk masuk ke syurga. Yang penting hanya iman dan ketaqwaan. Saya ni pon bukan lah orang yang kuat iman mahupun muslimah dan mukminah sejati.

Tapi selagi ilmu agama tu masih tertanam dalam jiwa saya, and saya masih berpegang dengannya, saya akan berusaha menjadi mukmin yang terbaik cuz I know, hidup ni kalau nak compare kan dengan akhirat, I'd rather choose akhirat. Tapi kena lah seimbang jugak somehow. Bak kata sesorang itu, hidup di dunia adalah untuk kehidupan di akhirat. Maksud saya untuk memilih akhirat ialah, tidak terpedaya dengan arus duniawi even sometimes saya tewas dengan kecantikan dan keindahan duniawi.

Dah banyak dah, saya tengok kakak-kakak senior sekolah saya, yang semakin jauh terpesong daripada menjadi muslimah yang sebenar. Maksud sy muslimah yang sebenar bukanlah seorang muslimah yang bertudung labuh dan memakai jubah sepanjang masa tapi muslimah yang sebenar ni ialah perempuan yg beragama Islam yang mengikut PERINTAH Allah dalam AQ supaya menutup aurat dan sbg nya. Malang sekali, ramai sangat. Ramai muslimah yang sanggup melanggar PERINTAH Pencipta mereka sendiri. PERINTAH Allah SWT. Yang memberi kita peluang untuk hidup, dan akan menarik semula nyawa kita setelah tiba masanya. Ramai muslimah yang sanggup mengikut 'arahan' syaitan berbanding perintah ALLAH. Tak sedarkah mereka yang itu merupakan PERINTAH Allah? ARAHAN dan SURUHAN Allah kepada hamba-hambanya yang bergelar muslimah.

Saya cuma kecewa. Kerana orang yang belajar AQ dan sunnah sendiri pun sanggup MELANGGAR PERINTAH ALLAH dan menghampiri zina (couple). Orang yang belajar mengenai SYARIAH ISLAMIAH pun berani mendedahkan aurat dan bertepuk tampar dengan bukan muhrim. Orang yang belajar bahasa syurga yakni BAHASA ARAB pun berani mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat yang mana RASULULLAH tak pernah sekalipun mengajar umatnya mengucapkan kata-kata tersebut. Sesungguhnya kata-kata kesat itu berasal daripada hati yang kotor dan hina. Orang yang hatinya bersih takkan mengucapkan kata-kata kesat yang menyakiti orang lain.

Sedangkan orang yang mempelajari AQ dan SUNNAH, SYARIAH ISLAMIAH, dan BAHASA SYURGA juga dah berani melakukan perkara sedemekian rupa, apatah lagi orang yang tidak pernah belajar subjek2 tersebut? Orang 'alim/berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab terlebih dahulu daripada penyembah berhala. Nauzubillahiminzalik. Wallahua'lam.

Wassalam.