Hartz (Sebuah majalah Israel) : Masjidil Aqsa akan dirobohkan pada 16 Mac 2010?
16/3/2010!!
16/3/2010!!
Sebuah kuil Yahudi berkubah putih sedang giat dibina berhampiran masjid al-Aqsa
Ini adalah kenyataan daripada majalah Israel sendiri, kebiasaanya Israel tidak pernah berbohong dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Pencerobohan yang berulang kali, kerosakan yang melampau, penggalian trowong di bawah masjid al-Aqsa amat luas, semua itu mengautkan lagi janji pembinaan kuil Yahudi dan perobohan masjid al-Aqsa. Kalau pun tidak berlaku pada awal tahun ini, ianya akan berlaku juga sekitar tahun ini. Allahumma Sallim!!
Kita hanya ada dua pilihan, samada masjid al-Aqsa atau kuil Yahudi
Jika kita terlepas al-Aqsa, nescaya kita akan dilaknat oleh sejarah!!!!
Majalah Hartz Israel dalam satu kenyataan yang dikeluarkan - Tel Aviv akan melaksanakan projek pembinaan HAIKAL (Kuil Yahudi) Sulaiman 3 dan merobohkan Masjid al-Aqsa pada 16 Mac 2010
P/s : sekarang ni dah 20hb March kan?Apa dah jadi?Betul ke kenyataan majalah Israel tu akan menjadi realiti? Na'uzubillah.Sama2 kita berdoa.
Zionis ceroboh arah kiblat Masjid al-Aqsa!
Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.
Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.
Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.
Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/Sampai bile kite nak biarkan musuh ISLAM ni terus berkuasa?


