Friday, January 13, 2012
Friday, January 6, 2012
Tamatnya midsem exam!
Assalamualaikum w.b.t. Midsem exam telah berakhir! Aku tak rasa stress sangat this whole week sebab..ermm maybe sebab aku dah study awal-awal kot. Perhaps. Ahah. Chemistry je..aku study last-last minit, aku ingatkan chemistry paling senang. sekali dalam exam tak dapat jawab. padan muka. haha. Chemistry best and senang sebenarnya, cuma soalan exam dia tak berapa nak senang. And tak berapa nak best. haha. Tak cukup masa untuk paper chems ni, nak balance equation pun makan masa berapa minit ntah. Then, aku terpaksa cipta strategi last-last minit bagi mengelakkan aku fail chemistry. Iaitu dengan ignore soalan-soalan yang markah sikit, and habiskan buat yang markah banyak-banyak tu. I really did it. Tak tau ape hasilnya. Well memang time tu memang dah nazak dah. Aku tengok markah je time nak habis masa tu. Kalau aku fokus kat yang markah sikit tapi susah, nanti rugi kat soalan yang markah banyak n senang macam lewis structure tu.Just lukis2 explain2 pastu dah, dapat full marks .haha yela tu. harap-harap lah kan. :D
Physics paling senang! I like it. Cuma aku takut aku terpedaya dengan kesenangan soalan-soalan tersebut. Cuz lecturer cakap soalan dia a bit tricky, so kena careful sikit n aku rasa aku dah jadi se'careful' yang mungkin time tu. Hope for the best la kan. And for Basic Anatomy and Physiology. Seriously banyak nak kena hafal, tapi aku dah start hafal awal-awal dulu so tak rasa berat sangat. Cuma aku rasa depress la for certain benda yang aku hafal aku tak ingat langsung time nak jawab exam. Sangat terkilan. Maybe sebab faktor aku selsema dan batuk time minggu exam or maybe sebab banyak dosa sampai ilmu tu tak melekat dalam memori otak. Astaghfirullah. -.-'
Semoga keputusan midsem exam ni tak membuatkan aku kecewa dan menangis lagi sepertimana apa yang aku rasa time dapat result midsem untuk sem lepas. Sooooooooo painful bila kita target tinggi-tinggi tapi kita dapat yang rendah. Yeah, I realized, tak semua yang kita inginkan baik untuk kita. Allah knows best. Aku hanya mengharapkan kejayaan yang terbaik buat diriku untuk midsem exam ni. Berserah segala-galanya pada Allah. InsyaAllah Dia ada perancangan yang terbaikkkk punya untuk kita. Semoga kita tabah dan redha dengan setiap ketentuan dan ketetapan Allah. :)
Sekian sahaja bebelan sempena hari ini iaitu hari Sabtu. hahaha wassalaaam. ^^,
MerapuMeraban,
Dr 'Afifah Sidek
Saturday, December 10, 2011
Baiknya dia!
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Diharapkan peluang yang Allah beri untuk kita terus hidup ini dapat dimanfaatkan dengan baik, kerana peluang ni mungkin peluang yang terakhir. Kita tak tahu mungkin esok pagi kita takkan dapat lagi peluang ni. Who knows kan. Well,tajuk untuk entry kali ni, VERSUS. Versus ialah sebuah novel cinta berunsur motivasi ke arah kebaikan. Penulis novel ni HLOVATE. I like her books very much. One of the books is novel Versus ni lah. Seriously, ni bukan sebarang novel. I had never found such an amazing novel sama macam Versus ni. This novel affects my life so much, not in all aspects , but I can feel all the effects selepas baca novel ni. And guess what, aku dah baca buku ni twice. Kinda a continuous motivation. Rasa macam nak baca hari-hari je so that aku tak lupa diri.
Okay, novel ni is about a guy who loved a girl yang dulunya budak street dan berubah menjadi seorang yang agak baik. Guy ni pun kira macam budak street jugak, and dia minat this girl sejak dulu because this girl hebat dalam skate time join budak-budak street dulu. So this guy, nekad nak berubah, nak berubah jadi baik. Lastly nanti this guy jadi sangat-sangat baik, lagi baik daripada that girl.
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Disebabkan ayat Quran di atas ni, perempuan tu merasakan dirinya tak sesuai dan tak setanding dengan that guy. Tengoklah kelainan yang dibuat oleh HLOVATE, selalunya kisah novel cinta berkisarkan tentang cinta terhalang disebabkan taraf hidup yang berbeza, taraf hidup yang dirasakan penting di mata manusia bagi menentukan jodoh masing-masing. Ayat Quran ni sepatutnya dijadikan motivasi untuk kita berusaha menjadi seorang yang baik, supaya suatu hari nanti kita mendapat pasangan yang baik-baik. Ye lah, nak ke kita dapat suami yang suka berfoya-foya, playboy, panas baran, kaki pukul? Mestilah taknak kan. So, ‘baik’kan lah diri anda dan ‘solehah’kan diri anda supaya anda mendapat pasangan yang setanding dengan diri anda.
Oh ye, cerita pasal baik ni, novel ni jugak ada cerita pasal ‘baik’. Apa tu baik? Pakai tudung, solat 5 waktu, hormat orang tua. Dah cukup baik ke tu? We’ll never reach perfection because there’s always a room for improvement. Maksudnya, kita kena sentiasa berusaha untuk jadi baik secara berterusan, on and on. Persepsi most of people kat Malaysia ni, kalau perangai baik, dah kira baik la tu. Kalau pakai tudung, dah kira baik dah tu. Apa definisi baik sebenarnya ni? Based on this novel, baik tu bila seseorang tu ikut perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya. I think that’s the BEST DEFINITION. Ever.
.
.
.
.
“Pakai tudung, tapi perangai macam harammm!”
“Harap je pakai tudung, long-sleeves, baju saiz XXXXXL, tapi selalu tinggal solat.”
“Tak pakai tudung tak semestinya jahat.”
“Orang tak pakai tudung lagi baik la daripada yang pakai tudung tapi perangai macam ape entah”
.
.
.
.
Selalu kan dengar dialog ala-ala macamni? It’s not about baik tu, tapi tudung tu yang jadi issue. Orang yang narrow-minded la yang selalu fikir macamni. Cuba tengok firman Allah dalam surah al-Baqarah:
Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."
Orang yang masuk ke dalam Islam secara menyeluruh, itulah baik yang sebenar-benarnya. Baik yang diiktiraf oleh Allah S.W.T. Definisi baik yang dicipta oleh manusia ni hanya diiktiraf oleh manusia je. Aplikasikan Islam secara menyeluruh, not PARTIALLY. Not even 99.99%. It supposed to be 100%. Bukan dalam aspek aurat sahaja, tapi juga ikhtilat (pergaulan), ibadah, dan segala apa yang berkaitan dalam kehidupan seharian kita. Janganlah time nak kahwin baru nak rujuk Islam, baru nak bukak kitab and whatsoever.That’s why ada orang time kahwin je pakai tudung, pakai purdah and all that, bila habis majlis, semua bukak. Tak ke mempersendakan agama kalau macamtu? Nauzubillahiminzalik.
Dalam novel ini juga menyedarkan aku bahawa susah jadi baik, tapi the reward that we will get after jadi baik sangat berbaloi dengan usaha yang kita lakukan. Bukan setakat kita solat 5 waktu, puasa penuh, bertudung, tak buat benda-benda jahat dah kira cukup baik. Kita kena sedar, ada yang lagi baik daripada tu which is orang yang solat 5 waktu pada awal waktu, perbanyakkan solat sunat dan amalan sunat, tidak tinggalkan solat sunat rawatib, baca al-mathurat setiap hari, jaga ikhtilat, jaga akhlak, jaga aurat, etc etc. Islam itu syumul (menyeluruh), dan orang yang mengamalkan keseluruhnnya sekali, itulah sebaik-baik manusia, insyaAllah.
Tiba-tiba teringat pengisian usrah baru-baru ni, kak naqibah aku tunjukkan 1 video lakonan abang-abang yang study overseas. Pasal dua orang yang bersahabat baik, seorang tu baik sikit and the other one tu macam teruk sikit. Apa yang aku boleh conclude kan from the video, ialah kita berdakwah bukan melalui lisan je, tapi kita boleh menunjukkan contoh yang TERBAIK kepada orang sekeliling, especially melalui sikap..ibadah. And ada 1 ayat yang menarik perhatian aku, “Sikap kita memang takkan sempurna, tapi kita boleh mencontohi yang sempurna.”
Semoga kita tergolong dalam golongan yang baik di sisi Allah, dan baik di sisi manusia. Golongan yang sentiasa improve diri dan sikap, sentiasa menjaga iman dan akhlak, dan sentiasa memperbaiki & mempertingkat amal ibadah. Amiiiin. Sama-samalah kita berubah ke arah redha Allah, kerana hidup ni tak lain tak bukan adalah untuk beribadah kepada-Nya dan sekaligus menggapai redha Allah seperti firman Allah dalam surah Adz Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku“.
Sekian, barakallahufiikum.
p/s : this entry also can be a reminder for me. And to motivate me as I’m always lost dalam mencari identiti diri.
Jom jadi baik,
Dr 'Afifah ;)
Wednesday, December 7, 2011
terima kasih or thank you?
Assalamualaikum w.b.t
Ungkapan 'terima kasih' dan 'thank you'. Sama je kan? Semestinya maksud sama, tapi bagi aku, ada sedikit perbezaan between dua ungkapan ni. Okay, cuba kita tengok la orang sekeliling kita, kalau perasan lah, jarang orang cakap 'terima kasih' dan mereka lebih suka gunakan 'thank you'. Tak pun 'thanks'. Malah, ada jugak yang guna 'trimas'. Tak dinafikan aku pun selalu jugak guna 'thank you' but usually aku akan cakap thank you to those yang non-muslim or yang memang speaking-all-the-time punya orang.
I think it will be more proper to say 'terima kasih' instead of saying 'thank you' or 'thanks'. Entah kenapa, bila orang say 'thank you' and yang most common, 'thanks',aku tak dapat rasa sangat keihklasan orang yang berterima kasih tu. hehe. It's not like aku cuba nak argue pasal keikhlasan orang berterima kasih, sebab everything based on niat kan, tapi tak rasa ke ucapan 'terima kasih' tu memang jelas-jelas lebih proper and merendah diri. Betul tak? Ke aku sorang je rasa macam tu?
I think it will be more proper to say 'terima kasih' instead of saying 'thank you' or 'thanks'. Entah kenapa, bila orang say 'thank you' and yang most common, 'thanks',aku tak dapat rasa sangat keihklasan orang yang berterima kasih tu. hehe. It's not like aku cuba nak argue pasal keikhlasan orang berterima kasih, sebab everything based on niat kan, tapi tak rasa ke ucapan 'terima kasih' tu memang jelas-jelas lebih proper and merendah diri. Betul tak? Ke aku sorang je rasa macam tu?
Tak salah cakap thank you ataupun thanks. It's better than tak cakap langsung kan. Cikgu Sejarah aku pernah tegur kitorang dulu, aku tak ingatlah ayat dia macamana, tapi point dia kat situ ialah ucap terima kasih is better than ucap thank you. Selalu nya orang kalau cakap 'thanks', perasan tak muka dia macamana. Macam muka feelingless and mendatar. Cuba tengok kalau orang cakap terima kasih, mesti nada dia lain, which is perkataan 'kasih' tu kadang-kadang lebih bersemangat sikit nadanya. Muka pun ceria. hehe. Just my opinion la. Takde nak tuju kat sape-sape. Okay, sampai di sini sahaja. :D
Sekian,wassalam.
Dr 'Afifah
Saturday, December 3, 2011
Midsem exam.
Assalamualaikum w.b.t. Minggu ni minggu kedua aku tak balik rumah. Sebab nak study punya pasal. Yela,kalau balik,memang tido je la keje aku. Takdok keje lain dah. Nak bukak buku pun rasa berat je. Adoiyai. Lagi-lagi ada astro and wifi kat rumah. Macam-macam nak download. And macam-macam drama nak kena qadha'. Cuma bezanya, aku dapat jumpa family aku. Beborak,makan sama-sama,solat berjemaah,bergurau senda,shopping sama-sama. Kalau tak balik, memang belajar je la, tak pun tengok movie. Tapi movie just untuk hilangkan bosan je. Sekarang ni tengah nak habiskan korean drama Secret Garden. Jenuh jugak la nak habiskan episode by episode.
Oh ye,awal bulan January will be our midsem examination. Anatomy dah cover chapter awal-awal tu, Physics pulak ontheway untuk memahirkan diri dengan latihan-latihan application, and Chemistry...huh.guess what,chapt 1 pun tak habis-habis lagi sebab aritu cuti hari isnin dah rugi 2 jam.Kalau tak dah start chapter 2 dah kot.Anyway,aku dah study sikit-sikit chapt 2.SUSAH! But I think I can do it. Yakin 'afifah yakin! hehe. And maths II,alhamdulillah okay lagi. So far, semua nya under control lagi. :) Harap lebih bersedia untuk hadapi midsem nanti,insyaAllah.
But seriously, the toughest subject aku rasa ialah Physics.Physics,you're KILLING me!Oh fortunately I'm still alive sekarang ni.hahaha.Memang agak susah aku rasa, maybe sebab melibatkan soalan application kot. I'm trying my best to get A for this midsem. No matter what happens. Wish me luck!
Sekian wassalam. :)
Four-flatter-to-be,
Dr. 'Afifah
Saturday, November 19, 2011
SUKAN SEA XXVI
Assalamualaikum.Sekarang ni heboh dah pasal sukan sea.Actually aku baru tahu kewujudan sukan sea ni minggu ni bila my housemate bukak tv and tengok sukan sea acara renang kalau tak silap.Kalau tak memang sampai bila-bila pun tak tahu pasal sukan sea yang sedang berlangsung ni.Well,aku taknak la jadi medical student yang tak tau apape regarding isu semasa kan.hehe *senyum bangga cececeh* :p
Okay.Sukan Sea ni berlangsung di Gelwiora Srijaya Stadium Palembang,Jakarta,Indonesia pada 11 hingga 22 November 2011.Dah nak habis dah pun.Maskotnya cicak komodo(aku pun tak tau la cicak spesies ape ni,tapi nanti la aku tanya mr google ea).Negara yang terlibat ada 11 dan atlet yang bertanding melibatkan lebih 6000 orang.Sukan Sea ada 44 sukan dan 545 acara.
Malaysia telah menghantar 608 orang atlet dan mensasarkan 45 pingat emas.Setakat ni Malaysia berjaya mendapatkan 47 pingat emas,43 pingat perak,64 pingat gangsa. Cayalah Malaysia! And and Malaysia kini berada pada kedudukan ke 4 which is top 4 la kan. Yang mendahului Malaysia ada 3 negara iaitu Indonesia dengan 140 pingat emas, Thailand 85 pingat emas dan Vietnam dengan 80 pingat emas. Memang susah la nak kejar especially Indonesia, tuan rumah Sukan Sea. =___=' Apape pun,good luck Malaysia! Whatever the result is, ku kan tetap menyokong mu. (Yelah, takkan nak sokong Myanmar pulak kan.)
Sources: belog and seagames 26th :)
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Dr. 'Afifah
Thursday, November 17, 2011
Aku dapat 4flat!!
Assalamualaikum w.b.t
Aku dapat 4.0 flat!!!!!! HAHA mane ada lah.
4.0 flat tunggu semester 2 dan 3 ni okay. ;D
Alhamdulillah,tadi baru dapat result sem 1.Overall okay okay la,lepas 3.50 and lepas 3.75.Alhamdulillah.Syukur.Tapi,time first-first aku tengok result aku,aku rasa agak kecewa sikit la sebab tak dapat 4flat.Tapi takde la kecewa frust menonggeng sampai nangis-nangis.Chill la.Aku dah ready fizikal dan mental sebelum dapat result ni.Aku sentiasa berdoa so that Allah beri aku kekuatan secukupnya time dapat result nanti.Alhamdulillah,aku rasa aku dah cukup kuat untuk menerima yang aku tak berjaya dapat 4flat and at the same time aku rasa lega sebab result aku above 3.75. Terima kasih ya Allah,syukur alhamdulillah. :')
My result is:
4.00-0.21=??????
Kira la sendiri ea. :P
Aku dapat A dua subjek je.
Yang lain semua A-.
Sedih and terkilan sebab subjek-subjek yang aku target A and senang dapat A(rasanya la) tapi aku tak dapat A. :(
Bermula dengan Biology.Sejujurnya ku akui subject ni memang tough bagi aku cuz ada 13 chapter kesemuanya dan kena cover all chapt for less than 4 months.Lecturer sibuk mengejar syllibus and sape yang slow tu memang ketinggalan la.Aku pun slow gak kekadang tapi wat discussion dengan housemate,ok sikit.Time midsem,result Biology aku memang sangatsangat HORRIBLE sebab aku dapat B.Bukan B+ k,tapi B!Aku rasa sangat sedih dan frust tahap infinity sebaik sahaja mendapat tau Bio dapat B.Madam Intan,our lecturer dah tolong-tolong bagi tips exam,tapi still dapat B.Alhamdulillah,final exam balas dendam,and untuk sem 1,Biology aku dapat A-.Terimakasih sangat-sangat Mdm Intan.Thank you so much Miss Mary! :D
Next subject,English for general proficiency.Aku tak tau la apa silap aku,aku dapat A- untuk result keseluruhan sem 1. Time mid sem aku dapat A,and untuk quiz and assignment aku rasa dah cube untuk score tinggi-tinggi.Tapi last-last dapat A-..Memang terkilan sikit la,housemate aku yang dulu time midsem dapat A pun dapat A-.So,we can conclude that cara marking english untuk final exam sangat strict.MAYBE.Apape pun,aku bersyukur.Better A- than B+. :) Thank you Miss Nadhrah yang cun! heee
Untuk Co-curriculum I,aku dapat A-.Maybe markah projek tak okay sangat kot.I've no idea bout this and I don't know what I've done sampai subject co-curriculum aku GAGAL dapat A.=______=' Untuk final exam aku rasa aku dapat jawab dengan baik cuz soalan dia sebijik soalan past year.Aku redha je lah,ada hikmahnya.And semester 2 ni ada subjek co-curriculum II,harap dapat perform dengan cemerlang untuk this sem,taknak kantoi lagi dah.BTW,thank you Mdm Mimie! :)
Subjek Malaysian Studies,which is my favourite subject.haha.Midsem aku tak dapat A,malah dapat B+!Hanya Allah yang tahu perasaan aku bila aku dapat result Malaysian Studies time tu.Sangat-sangat sakit rasa hati ni sebab terpaksa menerima hakikat yang aku gagal dapat A for this subject.Subject ni macam SEJARAH sikit,tapi cerita pasal Malaysia jela.Banyak nak kena hafal and aku suka study last-last minit,tu yang aku dapat A- je untuk keseluruhan semester 1.hehe.Apape pun,terima kasih Miss Rosnah!
Next subject is Mathematics I.Aku rasa susah gila maths ni time belajar.Maths ni macam add maths cuma kita belajar lagi detail la.Time belajar rasa susah,tapi time exam rasa senang pulak.Untungla kan.HAHA sebenarnya senang nak score maths ni,don't worry.Time first quiz aku dulu,aku dapat markah yang super teruk gila,which is 20.5 over 30.Haihh.Sejak tu aku non-stop buat latihan maths.Sejak tu markah quiz improved and selalunya lack 2-3 markah je daripada full marks.Alhamdulillah.Test I aku dapat A and untuk keseluruhannya,mathematics I aku dapat A.Terimakasih Miss Akma! Miss Akma dah tak ajar MSU dah,beliau sambung master. Good luck miss!Oh yea,today's her birthday anniversary.Happy Birthday Miss Akma, moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. :D
Lastly,subject Health Science! Sangat suka subjek ni,cuma final exam dia sangat-sangat lah susah.Soalan tahap budak phD.haha.Seriously susah,aku tak dapat jawab dengan baik.Madam Simran taknak bagi clue langsung apa yang masuk exam.Tapi ok jugak kan,rasa puas sebab kita dapat jawab atas usaha sendiri.Health Science banyak menghafal je,cuma final exam skop nya bukan setakat dalam notes,tapi kena rajin-rajin tengok internet.fyi,Health Science tak guna apa-apa buku langsung,100% depends on notes given by our lecturer.Alhamdulillah,aku dapat A. Terimakasih Mr Deen yang banyak sangat tolong budak-budak MARA, and also Mdm Simran yang sangat pandai mengajar dan mengexplain kepada kami-kami yang macam-macam ragam ni. ;D
Congrats to all my housemates yang dapat pointer yang sangat excellent and bombastic! Semua housemates ku lepas 3.75 and the highest 3.96. Hebat-hebat! ^_^
Untuk batch aku,tak ramai dapat 4 flat untuk first sem.Ada 3 orang je,dua lelaki dan seorang perempuan.Dua lelaki tu memang budak straight A+ SPM and yang perempuan tu,bekas pelajar SESERI. Tahniah korang! :)
Aku telah bertekad,apa pun keputusan yang aku dapat,aku akan redha.Alhamdulillah,aku dapat menerima result sem 1 ni dengan hati terbuka.Walaupun kita semua nakkan 4flat,tapi kalau tetap tak dapat walaupun dah usaha sungguh-sungguh,ada hikmahnya.Allah taknak kita dapat 4flat,mungkin ada sebab kenapa Allah tak izinkan kita dapat 4flat tu.
Ustaz aku pernah cakap,kalau kita nak doa,jangan doa terus cakap nak 4flat atau pun straight As.Tapi mohonlah kejayaan yang terbaik untuk diri kita,sebab hanya ALLAH je yang tahu apa yang terbaik untuk kita.Kalau dapat result 3.79,itulah yang terbaik untuk aku,insyaAllah.Kalau Allah gagalkan kita even dah berusaha,maka ada hikmahnya kenapa Allah gagalkan kita.Jangan terus menyalahkan takdir,tapi lihatlah sebuah kegagalan tu sebagai satu pendorong untuk kita jadi lebih baik lagi pada masa akan datang.Kita tak sentiasa berada di atas.Kadangkala kita kena berada di bawah supaya kita sedar diri sikit.And it's not how many times we fall,it's how many times kita bangun balik setelah jatuh. ;)
SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIREDHAI ALLAH. :)
Redha dan bersyukur,
Dr. 'Afifah Sidek
Friday, November 11, 2011
Dah nak masuk 2nd sem MSU!
![]() |
| Dr 'Afifah<---oncologist-to-be ;) |
Subjek-subjek untuk sem 2 :
- Chemistry 1
- Physics
- Basic Anatomy and Physiology
- Maths II
- Co-curriculum II
![]() |
| Never give up please. ^_^ |
Physics,basic anatomy and physiology and chemistry I ni 4 credit hour (so,grade for these subjects kena maintain la,or else,pointer jatuh nanti,nauzubillahiminzalik). Ada lab session.So in a week kena buat 3 lab report la kan?Ohh, sem 1 dulu just kena wat report BIO je tapi tu pun rasa tension sebab kekadang ta paham experiment tu pasal ape and untuk ape.Kene pepandai cari kat internet la cuz buku rujukan khas untuk experiment takde laa.Ni 3 lab report kena buat ni tak tau la camane nanti. Dapat tido sebulan 8kali je kot(tido sabtu ahad jer).haha.biasa la tu.Untuk seorang student yang sedar akan tanggungjawabnya,tak tido ni fenomena biasa.cewah.Oh yea,aku dah beli nescafe 1 pack yang ade 30 sachets tu. hambek ko. Bersedia untuk jadi insomnia. ;D
Aku dah tengok jadual.Agak pack compare to timetable untuk sem 1,tapi yang paling best hari jumaat boleh balik kul 12! Tapi yang tak bestnya,my mentor tak ajar chems untuk my class. Dia ajar kelas dak MARA-JPA je.Kalau tak,senang sikit nak tetanye pape and kalau ade pape hal boleh terus jumpa kat kelas.Tapi takpe la,terima je la seadanya.
Aku dengar-dengar ramai dah dok cari-cari buku rujukan untuk sem 2 ni.Aku baru ada 2 buku; physics matriculation (dapat from dak MARA EXPRESS a.K.a dak SPC) and buku chemistry matriculation beli sendiri kat popular bookstore. Tapi bukan oriental publication, susah kot na jumpa publisher tu.And buku anatomy and physiology aku plan nak beli used book je, murah sikit, around RM80. Terbitan McGraw Hill,my febret publisher.haha. Tapi sangat TEBAL laa macam buku biology mcgraw hill aku dulu.. =___=' Harap-harap makin TEBAL buku,makin RAJIN study yekk.haha
Sempena tarikh yang chantek ni yakni 11/11/11,aku sangat berharap lepas tarikh ni aku akan jadi lebih rajin and bersungguh-sungguh menuntut ilmu and betulkan niat belajar,belajar bukan untuk exam JE tapi belajar juga sebab ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah as well as untuk mencapai keredaan-Nya.InsyaAllah kalau niat belajar tu betul,segalanya akan dipermudahkan dan kita takkan mudah frust kalau kita gagal dapat keputusan yang kita idamkan.:)
Oh yea,result first sem belum dapat lagi.Aku serahkan segala-galanya padaMu ya Allah,kuatkan lah hatiku semasa aku menerima result tersebut dan hadirkanlah rasa kesyukuran di hatiku walau apa pun keputusan yang aku dapat nanti,aaamiiiin.Semoga berjaya mendapat 4.0 flat dan lepas pointer 3.50.Doakan kejayaanku dan kawan-kawan.I wanna fly~ :D
Ok,sampai sini saje.Lepas ni jarang kot update belog.And aku ada plan nak delete account fb,takut melagha je nanti.Tapi nantilah aku pertimbangkan balik cuz sometimes ada announcement penting kat wall MSU MAY (group fb untuk dak foundation MARA/JPA).Till here then.Barakallahufiik.
Sekian wassalam.
"YA ALLAH,KURNIAKAN AKU KEKUATAN FIZIKAN DAN MENTAL UNTUK MENGHADAPI SEM 2 NI DAN DORONGILAH AKU KE ARAH JALAN KEJAYAAN YANG ENGKAU REDHAI.AMIN."
Dr. 'Afifah :)
Wednesday, November 9, 2011
Jom jadi baik !
Sharing is caring.Lets share this. (:
Sekian sahaja. Semoga dapat ambil iktibar.Sama-sama lah kita berubah ke jalan yang diredhai Allah.^_^
Barakallahufiiikum.
Assalamualaikum.
Berubah. Perubahan. Ubah. Pernah tak rasa nak berubah? I believed yang
semua orang mesti pernah terdetik kat dalam hati kata nak berubah. Cuma 2
je, berubah sekarang or nanti. Bagi aku,kalau dah terdetik nak berubah,
do it sesegera mungkin. Dalam kata lain, NOW OR NEVER. Syaitan akan
terus menghasut anak adam supaya dapat join dorang kat neraka nanti. So
once dah ada niat nak berubah tu,teruskan. Sebelum niat tu hilang
diterbangkan oleh syaitan.Kita selalu je kan dengar ayat quran:
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Time
darjah 6 n awal form 1 dulu, faham-faham jela, nakal,tak
matured,childish,jahil. Bak kata teacher aku,tu sume zaman jahiliyyah
kita.Time form 1,banyak benda yang aku baru tahu.Aku baru tahu SUARA tu
AURAT yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam.Aku terkejut sangat.
Yela,selama ni,kita duk didedahkan dengan tv yang menyiarkan konsert
nyanyian, and ada yang bertudung pun nyanyi. So, menimbulkan kekeliruan
untuk orang jahil macam aku time tu.Time form 1 jugak,aku baru tau yang
pakai stokin tu WAJIB sebab kaki tu aurat.Oh, lagi lah terkejut.Rasa
susah je nak terima. Dan aku juga baru tau,kalau pakai tudung,kena
labuhkan sampai menutupi dada.Ada dalam al-Quran,surah an-Nur ayat 31.
Kat
sekolah aku dulu,ada usrah tiap-tiap hari Isnin.Dulu memang dengar je
"usrah ada petang ni",mule lah merungut-rungut and rasa malas sangat nak
pergi.Padahal usrah jugak lah yang banyak mengubah diri aku selama ni
secara tak sedar.Kalau tak banyak pun,at least ada la sikit.Antara
pengisian usrah yang aku ingat,pasal ibadah.Ibadah yang kita lakukan
selama ni,banyak mana pun la,kalau kat akhirat Allah kata taknak terima,
Dia tetap takkan terima.Tak takut ke,kita dah
solat,puasa,zakat..,tiba-tiba kat akhirat, Allah kata Allah taknak
terima.Dahlah kita ni banyak dosa kan.Memang papa kedana la kalau Dia
taknak terima.So,buat lah sesuatu tu ikhlas kerana Allah.
Contoh,kita
tengah main internet,layan fb.Tetiba teringat ada cite indon start kul
2,kita pun plan nak solat 10 min sebelum kul2,sebab nak tengok cite tu
dari awal,tak nak ter'miss' 1 scene pun.Ape maksudnya tu?Tu maknanya
kita solat bukan sebab Allah suruh, tapi sebab TV.Sebab cerita dalam TV tu la yang mendorong kita untuk solat cepat. Kalau cerita tu takde, ade ke kita nak rush solat awal? Fikirla sendiri.
Kenapa
pakaian tu penting untuk seorang muslim/muslimah?Sebab itu akan
membezakan antara orang Islam dan orang bukan Islam.Yela,cube
tengok,selebriti kat US pakai legging,takkan orang Islam pun nak pakai
legging.Itu identiti dorang, orang Islam ada identiti sendiri kan?
Perubahan
tak perlu la drastic sangat. Mulakan perlahan-lahan. Slow and
steady.Pedulikan apa orang kata,sebab apa yang lagi penting ialah pandangan ALLAH terhadap kita.
Kalau dorang nak kutuk kita bajet baik, or bajet alim ke, itu dorang
punye pasal la kan.Bukan nya dorang boleh tolong kita kat dalam kubur
nanti. Islam itu syumul,menyeluruh,merangkumi seluruh aspek
kehidupan.Alang-alang nak berubah jadi baik,jadi la baik keseluruhannya.
Contoh
paling senang,orang selalu cakap orang tak bertudung tu tak semestinya
jahat.Ramai je yang baik.Sebenarnya,kena tengok balik definisi baik tu
dari sudut ape,sudut duniawi or ukhrawi.Orang baik takkan langgar perintah Allah.
So,that's
why kalau kita nak berubah jadi baik,ubahlah dari atas sampai
bawah,luar dan dalam."Baik" yang macamtu lebih berharga di sisi Allah,
insyaALLAH.Bukan baik setengah-setengah je. Kalau baik setengah tu,sama
lah macam pakai tudung,pakai baju,tapi pakai skirt pendek paras peha.
Sia-sia je kan? Takkan itu nak di kira baik?Jadi kita tak boleh nak
anggap seseorang itu baik kalau kita just tengok sikap dia je or just
tengok pemakaian die je. BAIK sepatutnya merangkumi semua aspek. So
selagi seseorang tu lack beberapa aspect dalam diri dia,itu bukan lah
baik sebenarnya.
Cth macam tadi,tak pakai tudung tapi
sikap baik,solat awal waktu,hormat orang tua. Sebenarnya dia memang
baik,tapi baik setengah je la,sebab dia lack 1 benda which is penutupan
aurat yang sempurna and semua orang tau kan yang menutup aurat tu
perintah Allah? Same jugak kalau pakai tudung tapi perangai annoying
gila and ramai tak suka.Kita tak boleh lagi cakap dia ni baik just sebab
pakai tudung,sebab dia lack 1 benda which is akhlak.So faham dah
skang?Conclusion nya,jadi lah baik,bukan dalam certain2 aspects je, tapi keseluruhannya sekali.
Memang la cakap je senang, tapi usaha la, Allah je yang akan nilai
usaha kita tu and akan beri kita sesuatu yang selayaknya based on usaha
kita.
Jangan berubah disebabkan seseorang,sebab kalau
seseorang itu dah takde,perubahan kita takkan kekal.Berubahlah kerana
Allah, sebab Allah itu kekal abadi. :)
(Isu pasal 'baik' ni ada ditulis dalam sebuah novel karya Hlovate,but I couldn't remember novel yang mana satu.)
| Islam is the way of life :) |
Sekian sahaja. Semoga dapat ambil iktibar.Sama-sama lah kita berubah ke jalan yang diredhai Allah.^_^
Barakallahufiiikum.
Friday, October 28, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)








