Showing posts with label alahaisuamiku. Show all posts
Showing posts with label alahaisuamiku. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Alah sayang..

Salam and hello readers!

Semenjak dah beberapa bulan kahwin ni, macam macam la yang kita cuba belajar. Belajar faham lelaki. Belajar tolak ansur. Belajar jadi isteri mithali. Gitu.. tapi sebab kita ni berjiwa muda sangat, kadang kadang perangai gila gila jugak lah. Suami pun pening melayan (maafkan sayang abang :p )

Pernah sekali kita nak masuk toilet, kita terkejut ada charger terpasang dalam toilet. OMG. Abang bawak masuk henfon and charger dlm toilet sebab battery low!! Kalau suami tengok fon tu..antara tengok media social atau game. But most of the time tengok game, lagi2 kalau ada tournament. Abang and handphone berpisah tiada. --,--

Pantang kita kat rumah, ada dua pintu yang kita make sure akan sentiasa tertutup. First pintu toilet. Second pintu almari. Memang pantang kalau dibiar terbukak. Tadi pun abang terlupa nak tutup pintu almari, kita pun panggil lah suami kita banyak banyak kali. Dia menyahut tapi takmau datang. Kita panggil lagi sampai dia datang drpd ruang tamu. Then i told him yg dia lupaa tutup pintu almari. Dia pun, "what??" Sambil tutup pintu lemari. Haha. Suami kata, "Tolonglah tutupkan.." i just kata "ayang taknak abang biasakan jerr". Lepastu dia bengang. Terkekek kekek kita gelak. Hihihi

Ok lah. Jangan lah berperangai mcm kita ni. Sebab bukan semua lelaki penyabar mcm suami kita..hahah

Sekian sahaja. Salam sayang daripada puan 'afifah.

Assalamualaikum ❤

Friday, November 13, 2015

Kahwin Masa Belajar? Yes or No?

Kawin kawin kawin.

Ohhoi. Ingat senang ke nak kawin. Haha. Macam macam benda kena settle kan. First of all, you have to ask your parents' permission. Maybe orang akan kata tak perlu pun restu mak ayah, selagi rukun dah cukup, boleh lah kawin. But as for me, restu ibu ayah tu la paling penting dalam hidup ni. Memang akan ada possibility untuk dorang tolak hasrat kita nak mendirikan rumahtangga lagi lagi masih belajar ni, tapi kita cuba la slow talk baik baik dengan parent. Jangan lah buat keputusan terburu buru. Sebab dorang lagi banyak pengalaman daripada kita. Diorang tahu lebih pasal hal perkahwinan. Kalau dorang tak kasi lagi, maknanya dorang belum nampak lagi kemampuan kita untuk berkahwin. So, jangan nak rebel tak tentu pasal. Macam aku dulu..aku pun memberontak jugak la bila ibu ayah tak kasi. Haha. Tapi lama lama..bila dah cool down sikit, cuba lagi pujuk parent. Explain betul betul kenapa kita betul betul nak kahwin. And at the same time, doa..doa supaya Allah izinkan bila sampai masa yang terbaik. Supaya kita jadi lebih tenang..

Kalau mak ayah tak izinkan jugak, kita tunggu..at the same time cuba pujuk lagi. InshaAllah kalau niat kita baik Allah permudahkan. Dorang bukan tak kasi, dorang cuma tak nak kita menyesal di kemudian hari sebab jiwa muda ni kan selalu buat keputusan terburu buru, kadang kadang dipengaruhi emosi, dipengaruhi rakan rakan sekeliling.

Bukan semudah yang disangka. Memanng dah berapa perigi air mata entah agaknya dah terkumpul dalam proses nak kawin ni. Banyak pahit manisnya. Tapi bila dah merasa nikmat kahwin muda ni, alhamdulillah. Its something that ive never exepected pun sebelum ni. Perasaan bersyukur yang teramat sangat sebab Allah bagi peluang untuk aku tambah pahala dengan berbakti kepada suami setiap hari(memandangkan suami sama tempat belajar kat sini hehe). Perkahwinan ni buat aku jadi lagi tenang. Tenang sangat. Susah senang ada suami di sisi. Suami pun banyak support and bagi semangat di kala tengah down. Hari hari study sebelah sebelah, tangan takleh duk diam nak pegang jugak tangan suami yang tengah study. Haha. Overly attached wife sangat.

Okay, next step is..improve diri. Yes, memang ada orang yang jenis "oh lepas kawin la nak jadi baik". No no no. Percaya lah, kalau nak kawin, cuba improve diri dulu. Bukan nak mintak jadi baik macam malaikat. Just cuba perbaiki diri se maximum yang mungkin. Supaya rumah tangga tak porak peranda disebabkan akhlak yang tak elok, atau disebabkan illmu yang kurang. Cubalah isi masa lapang dengan mencari ilmu agama especially. So that apa pun jadi, kita tak mudah terpesong. Cuba la join ceramah ceramah kat surau ke, usrah ke..atau rajin rajin tengok youtube nouman ali khan tu, at least.. nampak lah usaha nak perbaiki diri dengan menambah ilmui, and beramal dengan ilmu tersebut.

Macam aku sendiri, aku join usrah. Dah lama dah, beberapa tahun dulu. Usrah biasa biasa je. Tak extreme sangaat. Tak politic sangat. Sesuai la dengan jiwa ini. Seronok bila ada orang sekeliling bersama sama kita nak jadi baik. So, kita akan tend to push each other or support each other untuk berbuat apa yang patut kita buat sebagai hamba and khalifah. Bukan senang nak jumpa orang macamni. So sekali kita dah jumpa, jangan lah tinggalkan macamtu je. Mungkin tu je satu peluang Allah nak bagi untuk permudahkan kita memperbaiki diri.

Ok lah. Tu je lah. Penat menaip ni. Semoga hati hati yang membaca post ni, sentiasa mendapat petunjuk Allah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. AMIIN. :)

Love,
Puan 'Afifah

Thursday, October 8, 2015

Happily married! -Faris&Afifah-



Bismillah. Assalamualaikum.

Rasa dah lama sangat tak update. Maklumlah dulu busy nak kawin, lepas kawin pun busy, nak pindah rumah, nak uruskan hal study di bumi india yang bertuah ini. Alhamdulillah banyak urusan dah selesai. Majlis nikah, reception and bertandang pun selamat semuanya. Walaupun tak banyak masa nak prepare utk wedding sendiri disebabkan tak banyak cuti tahun ni. Serba salah sangat sebab dah banyak menyusahkan parents. Allah sahaja yg mampu membalas. Sekarang ni pun dah selamat berada di India..di rumah baru bersama suami tersayang. Semoga makin bertambah usia perkahwinan, semakin bertambah barakah.

InshaAllah akan update pasal majlis kawin kite bila masa yang sesuai. Walaupun takde siapa yang nak baca pun takpe lah kite simpan buat kenang kenangan. Har har. Majlis dulu berlangsung dekat Dewan Taman Perwira Sikamat and belah lelaki Roof Garden Hotel Bukit Jelutong. Syukur semuanya berjalan lancar walaupun pengantin sampai lambat sikit. Haha. Masih terngiang ngiang lagi paluan kompang and lagu kompang dipalu perantin baru tu. Alahai. Nostalgia sangat ni. Okay lah. Sebagai teaser..kita serta kan sekali gambar kad kahwin febret kite. Hihi. Sekian wassalam.