Showing posts with label farisafifah. Show all posts
Showing posts with label farisafifah. Show all posts

Sunday, March 13, 2016

Kahwin affect study ke?

Kahwin affect study ke???

Ni antara persoalan yang timbul bila mula mula fikir nak kahwin dulu. Sebenarnya dulu risau jugak sebab kita ni takde la rajin sangat study. Kang lepas kawin asyik duk bercinta je lagi malas nak study.

Hey. Ingat kahwin ni pikir nak bercinta 24 jam ke hahh.

K sebenarnya memang susah sikit la part study tu. Kita jadi lagi cepat penat and masa study pun kurang. Tapi....yang bestnya bila kita terleka or malas ke apa,suami akan paksa kita study. Kata lainnya suami bagi support lah. Memang kena ada orang push baru nak study. Haha.

Lagi 1 point penting. Kita yakin dgn keberkatan masa tu. Bila kita penat buat kerja rumah, masak, kemas rumah, layan suami, hidang makanan, kemas dapur..then sebab penat tu masa untuk study jadi kurang..kita yakin yang bila berkat, yang sikit itu pun dah cukup. Maksudnya dlm masa yg singkat dapat study banyak benda, ataupun benda yg kita baca tu masuk exam. Yang penting niat kita ikhlas untuk menyenangkan hati suami. InshaAllah berkat segala urusan.

Kita rasa result exam pun makin baik sejak lepas kawin. Study pun hati tenang. Masa study sama sama boleh pegang tangan suami sebelah sebelah. Mengada kan. Haha. #muntahhijau

Okay lah. Apa apa pun..kahwin masa belajar memang ada pros and cons. Walau apa jua cons nya, kita akan hadapi bersama sama dengan suami kita so, no worries! Be happy ! 😘

Puan 'Afifah ❤💋

Thursday, October 8, 2015

Happily married! -Faris&Afifah-



Bismillah. Assalamualaikum.

Rasa dah lama sangat tak update. Maklumlah dulu busy nak kawin, lepas kawin pun busy, nak pindah rumah, nak uruskan hal study di bumi india yang bertuah ini. Alhamdulillah banyak urusan dah selesai. Majlis nikah, reception and bertandang pun selamat semuanya. Walaupun tak banyak masa nak prepare utk wedding sendiri disebabkan tak banyak cuti tahun ni. Serba salah sangat sebab dah banyak menyusahkan parents. Allah sahaja yg mampu membalas. Sekarang ni pun dah selamat berada di India..di rumah baru bersama suami tersayang. Semoga makin bertambah usia perkahwinan, semakin bertambah barakah.

InshaAllah akan update pasal majlis kawin kite bila masa yang sesuai. Walaupun takde siapa yang nak baca pun takpe lah kite simpan buat kenang kenangan. Har har. Majlis dulu berlangsung dekat Dewan Taman Perwira Sikamat and belah lelaki Roof Garden Hotel Bukit Jelutong. Syukur semuanya berjalan lancar walaupun pengantin sampai lambat sikit. Haha. Masih terngiang ngiang lagi paluan kompang and lagu kompang dipalu perantin baru tu. Alahai. Nostalgia sangat ni. Okay lah. Sebagai teaser..kita serta kan sekali gambar kad kahwin febret kite. Hihi. Sekian wassalam.