Saturday, January 1, 2011

Regret?

Ini kali pertama aku buat keputusan macam ni.
Rasa macam nightmare pun ada.
Tapi, things were just happened. Ta bleh nak undo.
Aku takkan regret dengan keputusan aku ni.
And i hope, dia takkan kecewa dengan keputusan ni.

I am sorry.

Lurvians

Tuesday, December 28, 2010

who's fallin' in love

Quote untuk hari ini.

''Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita.''

Menutup Aurat itu Seksi?

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, December 23, 2010

Cuti sekejap boring, cuti lama pun boring jugak ke..

Assalamualaikum w.b.t
Belakangan ni saya rasa amat bosan tinggal di rumah tanpa kerja, tanpa tujuan dan hala tuju hidup.
Lain lah, taun lepas. Ada jugak lah buku akademik yang nak di 'study'..
Tapi aku ann dah abeh SPM , ta taw la nak hidup macamne skang.
Aku na cari keje . Ok, cuba tengok senarai kerja yang dicadangkan oleh orang sekeliling saya.

  • Pembantu sekolah tadika yang sederet dengan umah aku.
  • Pembekal kuih-muih kepada makcik yang jual nasi lemak.
  • Distributor. Tak tau nak distribute ape..
  • Promoter. (segan la jadi promoter. hauhua..)
  • Cashier.( gaji oke, tapi kena balik malam. adeihhh.)
  • Guru tusyen sementara
  • Salesgirl. (dah reject awal-awal.)
Rasanya ada banyak lagi. Tapi tak ter'list' plak.
Betul ke aku ni nak keje ni? Adoiiyai.
Ta taw laaa.

Hah. aKU baru je dapat tau pasal kisah silamku . Yg aku sangkakan 1 penipuan ,tapi senanya it really happened.
Susah nak percaya, tapi dah orang terdekat dia cakap camtu, so aku yakin betol punyee.
Cuma aku kecewa. Sebab dia telah menghancur remukkan hati seorang perempuan.
Grr. Hate him.
So very much.
K, I'm done.
Lepas ni nak gi jog.
Huhh? Jogging kul 3 pm. Sounds weird, tapi baru ar adventure kan.
Ahaha. Okie, dAa. wassalaam.

"BIARKAN AKU JATUH CINTA"

Lurvians.

Tuesday, December 21, 2010

Oh Tidak!

Assalamualaikum.
Hari ini saya pergi 1 tempat. Hehe. Di situ saya jumpa BFF saya.
Kami berborak-borak mengenai isu semasa.
I mean, isu semasa adik sedare die.
Semalam saya jadi chaperone.
First time, and saya rasa berdosa sangat kerana tak mampu nak mencegahnya.
TAK MAMPU sangat-sangat.
Yang saya terkilan, lelaki tersebut telah memegang tangan perempuan itu!
YA ALLAH, berikan mereka petunjuk dan hidayahMu.

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

(Surah al-Qasas ayat 56)

Aku kecewa jugak. Lelaki tu pelajar. And seorang naqib. Muka baik. Walaupun kita shouldn't judge a book by its cover, tapi aku memang tak boleh la bila jumpa budak muka baik, mesti aku dah copp dia baik. So ,once dia buat things yang luar jangkaan, i was just couldn't accept it.

Nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan mina zunub wa ma'asi. :)

Lurvians.


Monday, December 20, 2010

Darul Quran

Tempat aku ditemuduga.
Darul Quran, tempat yang sangat menenangkan..

Assalamualaikum. Darul Quran. Sebut je nama tempat tu pun aku dah gerun. Nak hafal 30juzu' al-Quran dalam masa yang singkat bukanlah sesuatu yang mudah. Aku pernah mendapat tawaran temuduga untuk ke DQ. Pada mulanya, aku memang terkejut dan risau bila dah dapat tu. Then, kat sekolah dapat tau yang ramai kawan-kawanku yang apply DQ tak dapat offer temuduga tu. Aku pun rasa serba salah. I should be sooo grateful atas tawaran tersebut. Tarikh temuduga ialah 15 November 2010, just 1 week b4 SPM. Memang cuak. My deskmate, Ain pun dapat juga tawaran, tapi tempat temuduga dia kat SMKA KL, aku pula kat DQ,selangor.

15 hb tu, my parents amek cuti nak hanta gi temuduga kat DQ. Kat sana, aku kena jumpa 3 orang panel, sorang panel DQ, 2orang lagi panel UIA. At first,pegi kat bilik yang telah ditetapkan. Kat situ aku jumpa panel DQ. First impression, muka beliau garang dan menyeramkan. Huhu. Siyes. Memang cuak. Tapi wat derkk je lah.. Aku datang nak kena interbiu ,bukan nak tengok orang garang ke tak. Aku kenal hafal 1 page AQ dalam masa 1 jam. Dan aku terlajak beberapa minit. Tu pun sebab aku nak tunggu my turn. Alhamdulillah, proses menghafal berjalan lancar, cuma ada la tersekat-sekat siket.

Dah tu, aku gi kat bilik lain, tunggu turn nak jumpa panel UIA.Sementara menunggu tu, ada sorang pelajar tegur. "Dari skola mana?" aku pun jawab "SHAMS." Dia tanya lagi "kenal insyirah?" Aku angguk, " kenal, tapi die dah pindah KISAS. Awak sekolah mana?" Dia ketawa lepas tu dia kata," KISAS lahh." Huhu. Ye kea. Pastu aku pun ketawa la sekali. =.="

Panel UIA due2 perempuan. Tapi seriously sporting gile. I've to speak eng. Memang grammar tunggang langgang but i dun care asalkan self-confidence tu ada. Salah sorang panel tanya ,"Introduce urself pls." Aku pun bebel la pasal nama, skola mana. Dia tanya course apa nak amek. Aku pun gitau la,first choice medic, 2nd : pharmacy, and 3rd: bioscience. Then dia refer kat result trial aku. Ade la aku dengar dorang bincang, "yang ni boleh naik A+ ni." wahh, happy betul mendengarnya. Tapi tak sure subject ape dorang cakap tu. :D Last sekali 1 of them tanya, "kalau rating la pasal program ni, u nak bagi berapa? per 10." and i confidently said, "10." One of them said, " good. I like!" Die senyum and aku pun sengih2. Pastu dah habes tu aku salam dua2 panel UIA tu and keluar dari situ dengan perasaan yg sangat lega.

15 Dis dapat result DQ. Aku gagal. Tapi aku puas hati sebab dah ada experience ditemuduga, kena speaking lagi. Nanti nak kena interview jpa or mara takde lah cuak sangat. Hee.

Alright. Time's up. G2G. Daa~ Wassalam.

Lurvians.

Couple berlandaskan Islam??

Sunday, December 19, 2010

Carta IKIM.fm :)

CARTA NASYID IKIM.FM 19/12/10 (Minggu 92)
1. Nurul Iman – Rabbani (-) (8)
2. Kejora Sinar Zaman – Rabbani (-) (22)
3. Yang Ku Cari – In Heart (+6) (7)
4. Cuba – Aidil (-1) (6)
5. Andai Ku Pergi – Mirwana (+5) (6)
6. Aman – Far East (-) (6)
7. Tika Masanya – Mirwana (feat Hujan) (+1) (24)
8. Kerana Doa – Nowseeheart (-4) (2)
9. Cinta Terakhir – Aiman (lagu baru) (1)
10. Bersua Denganmu – Nur One (lagu baru) (1)

Pencalonan Baru
Embun Hidayah – Hijjaz
Astaghfirullah – Nusrah
Huruf – Blues Gang
Dunia Cintaku – Arnieza
Safa Marwah – Far East



BAS TERMEWAH kot.


Saya nak naik bas ini! *like* :)

Rumah or istana?

Rumah ini kepunyaan SHEIKH ZAYED BIN SULTAN AL NAHYAN. Siyesly macam shoping complex siket, macam hotel pun ade gak. hUH, terkadang, confuse jugak. hahah. k have fun!