Sunday, May 8, 2011

I wish my dreams will come true.

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

AKU TAK DAPAT TAWARAN MAINS DALAM BIDANG MEDIC. :'(

kecewa.

frustrated.

buntu.

and tiba-tiba aku rasa macam nak terima je tawaran asasi sains UiTM and then struggle dapatkan pointer tinggi-tinggi and then sambung ijazah kat luar negara.

Peluang ada di mana-mana je kan kan kan?

MARA?
  • Entah lah. MAINS pun tak dapat,ni pulak MARA.
  • Tawakkaltu 'alallah.
  • ALLAH beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.HE knows best.
  • Wish me luck! Daa~


wassalam.

"HOPE FOR THE BEST AND PREPARE FOR THE WORST."

Setia menanti,
miss lurvians

Friday, May 6, 2011

Virus UPU mula tersebar.

Assalamualaikum.

OK . Sekarang ni memang musim UPU. Kat fb pun, UPU ni menjadi isu hangat.

And it's not really hangat for me, sebab aku tak dapat UIA, my first choice. Kecewa sikit la. Tapi UiTM tu still top 4. Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. So, aku bersyukur sebab masih berjaya dapat course yang aku minat. (:


PERANCANGAN STUDY.

Aku pun tak pasti lagi sebab result MAINS and MARA tak keluar lagi. Tapi, aku tak mengharap sangat sebab time interview I was like entahpape. Aku tetap berdoa jugak agar dapat biasiswa/pinjaman tu so that tak payah nak bebankan parents lagi. InsyaALLAH.

Kalau tak dapat MARA, aku akan pilih MAINS. Tak dapat MAINS,aku akan pilih antara 2:

1.Asasi Sains UiTM. Yang aku pernah bace-bace la kan, prog asasi uitm ni kalau nak masuk kene minimum 8A. Means that kena bersaing la. Wuhuu. Kat mana-mana pun still kena bersaing jugak. Budak genius skang melambak-lambak. Adeihh. =.="

2. Matrikulasi Kuala Pilah,NSDK. Sama dengan 2 BFFs aku, Azra and Yanie! Yuhuuu~ Dorang dah decide nak gi matrix ni sesame. Pegi daftar sesame. Kelas sesame. Hahaha. It will be wonderful if I can join them. *yea,if only i can..* If matriculation is the only choice I had, I would choose this one untuk nak further study, tapi..I have my own dream college and uni. Matrix is not the one. hUHUuu. And dengar cerita kena dapat 4 flat baru boleh amek medic cuz ramai lepasan matrix dapat 4 flat and ramai apply medic. What a BIG competition. hahah.

Ok. Itu sahaja lah yang dapat dikongsikan bersama. Wish me luck untuk MARA and MAINS! *tak nak mengharap sangat, tapi still doa sangat-sangat. *

And bawah ni list member batch aku punye keputusan UPU (tengok kat fb jer).

Syerockz: Course Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (dengar cite course ni confirm dapat keje.wallahua'alam)

Syifa': Tamhidi Sains dan Teknologi USIM

Izzah Atika : Diploma Sains UiTM (tapi Izzah confirm pegi Mesir september ni.congrats dear..)

Umar : Kejuruteraan dan Sains Komputer UIA

Ikhwan : Farmasi UIA

Yanie: Diploma Statistik UiTM

Nazrin: Farmasi UiTM

Afifah Shabri: Asasi sains fizikal UM

Ayuni Sobri: Asasi sains fizikal UM

Ammar: Kejuruteraan dan Sains Komputer UIA

Farhana Azri: Tamhidi Sains & Teknologi USIM

Faiz Jaafar: Tamhidi Medic USIM

Farah Sakinah : Sains Kemanusiaan UIA

Farid Mufarwa : Asasi Undang-undang UIA

Khairunnisa' Zaki : Asasi Undang-undang UiTM.( Saba yer Nisa' xpat UIA, ade hikmah nyee.)

Fatimah : Tamhidi Medic USIM.

Tu je la kot yang aku tau. Kalau ade tersalah maklumat please do inform me okay. Sampai di sini sahaja. Good luck, bittaufiq wannajah kawan-kawan! Do pray for my success jugak keyh! Daa!

wassalam.

"Life is too precious, do not destroy it.Life is life, fight for it."
miss lurvians

Wednesday, May 4, 2011

Seksi-->Bertudung

Assalamualaikum w.b.t.

Kenal tak Marshanda? Ala yang dalam cerita Soleha tu.

Dia jugak berlakon cerita Aqso Madina and Sejuta Cinta Marshanda.Kebanyakan drama yang dia lakonkan watak semua baik-baik,solehah gitu. Tapi hakikatnya di luar sana, dia sangat seksi , seksa menengoknya. Huh. Dengar cerita dia suda menikah sama seorang aktor yang namanya Ben Kasyafani. Ganteng! Kacak bangatt! *eyy,da mule da speaking indon..*

The good news is, Marshanda dah pakai tudung!! Alhamdulillah. Aku baru je tau ni. Ketinggalan zaman betullah aku ni. Huhu. At least aku tau la kan daripada tak tau. -.-''

sweet!



Kenapa dia tiba-tiba nak pakai tudung? Hidayah ALLAH.. Orang cakap dia pakai tudung sebab mimpi kiamat 5 hari berturut-turut. Tapi Marshanda dah explained everything kat blog dia, Marshed. You should have read it. Touching story. Menyentuh hati dan perasaan. Seriously. Semoga imej muslimah dalam dirinya berkekalan,insyaALLAH.

Wassalam.

"DUNIA IS FOR AKHIRAT"

miss lurvians

Tuesday, May 3, 2011

Ini bukan ceramah tau!


Kenapa aku dah macam addicted je dengan blog ni? Dulu takde lah addict sangat kot. Dulu malas je nak log in. Malas je nak type email and password. Hee. Actually aku ada cerita nak di share kat sini. It's about 'life'. Sepanjang aku bekerja almost 4 bulan ni, macam-macam benda aku dah alami. And sepanjang bekerja ni aku belajar berdikari. Belajar buat keputusan sendiri. Aku belajar untuk adapt dengan kehidupan luar.

Okay. Talk about independence. Aku dah ada keberanian kot nak hidup berdikari lepas ni. Aku rasa aku dah bersedia untuk masuk IPT nanti. I think so. Aku rasa pengalaman kerja ni macam satu Kem Motivasi yang memotivasikan hidup aku. Macam-macam karenah orang aku jumpa, pelbagai ragam. Aku tersedar, tak semua orang kat dunia ni baik-baik. Don't judge orang by their muka. *I like ayat nihh!* Kat luar sana, ramai yang aku jumpa muka baik, lawa, hensem, bertudung, kelakar, baik sangat-sangat lah. Tapi hakikatnya tak semua orang tau yang muka-muka macamtu sangat teruk sikap dan perlakuannya.

Sepanjang bekerja ni, aku dah biasa dah tengok orang yang tak sembahyang, tak sembahyang jumaat tu pun dah biasa la tengok, tapi yang tak solat lima waktu ni memang agak susah la aku nak terima at first. Tapi lama-lama dah biasa dah. Perangai baik, tapi tak solat. Lagi satu, peminum arak. Aku tak sangka aku pernah bergaul dengan peminum arak. Tak tau lah minum banyak ke sikit ke. Tapi HARAM tetap HARAM. Ada je orang cakap, 'Tak semua orang yang minum arak tu jahat-jahat.' Yeah, exactly! Tak jahat. Tapi dorang jahat pada ALLAH, Tuhan dorang. Buat apa hidup ni nampak baik di mata manusia je. Tapi nampak zalim pada pandangan Allah. Sia-sia. *nauzubillahiminzalik*

Aku bersyukur, hidup aku, kawan-kawan aku semuanya okay. Takde spesies as stated above ni. Bila aku dah jumpa orang-orang macamni, membuatkan aku lebih berhati-hati dan waspada dalam kehidupan. Aku tak benci orang-orang macamni, maybe dorang tak dapat didikan agama secukupnya , or they did have,tapi taknak hayati. Beri didikan agama kat orang memang senang, tapi nak buat orang amalkan dan hayati didikan agama is really hard.

Ada 1 prinsip yang aku pegang sepanjang bekerja ni, "tak sentuh lelaki bukan muhrim dengan sengaja." Sepanjang kerja ni, aku tak pernah salam lelaki, sep tangan laki. Oh, tidak sama sekali. Benda ni yang paling aku jaga. Kalau tak pandai jaga dari sekarang, so bila lagi? Dah tua kerepot baru nak jaga? Sepanjang aku keje ni, sentuh-sentuh tangan, tepuk tampar laki perempuan ni memang biasa dah aku tengok. Tepuk tampar depan mata aku. Tak kira bertudung ke tak bertudung. Sama je. Maybe dorang fikir 'Alah, sentuh sikit-sikit je, apa lah sangat.' Sikit-sikit??? Sikit-sikit pon dosa jugak. Dah tau dosa, pegi kumpul dosa tu banyak-banyak buat apa. Dorang fikir Islam ni sekadar solat,puasa,haji,pakai tudung je ke?

Aku tak boleh comment n ulas panjang-panjang, sebab mereka-mereka semua tu mostly budak degree. And aku? Budak lepasan SPM je pon. Ilmu agama pun sipi-sipi je. Tapi they should have think about this sebab dorang tu beragama ISLAM dan boleh fikir sendiri mana baik mana buruk. Mana dosa mana pahala. Hidup di dunia bukan saje-saje suke-suke, tapi untuk akhirat. Macamana kalau esok kau mati eksiden? Kau nak mintak kat Allah kau dihidupkan semula and baru nak taubat?

Culture shock. Itu lah yang aku alami sepanjang keje ni. Macam-macam jenis orang aku jumpa. Macam-macam budaya pelik. Budaya aku 'tak sentuh tangan lelaki' pun dorang anggap pelik. Why huh?

Kat tempat keje ni jugak aku belajar macam-macam ilmu baru. Hah, how to turn around negative, 5 steps, impulse factors. Best! And aku akan aplikasikan ilmu ni kat mana-mana jua aku berada nanti.Aku nak share sikit untuk sesiapa yang otak bisnes ,eloklah guna impulse factor ni.

IMPULSE FACTOR:
1.Greed. Buatkan orang rasa tamak. Pay less,get more.
2.Indifference. Bagi chance customer buat pilihan.
3.Fear of loss. Buatkan orang rasa rugi kalau tak beli.
4.Jone's theory. Guna perkataan 'ramai orang/semua orang'.Cth: Ramai orang yg dah pakai.
5.Sense of urgency. Ramai customer lain yang nak dilayan. Konon busy la. Hahaha.

Itu lah sebahagian yang aku pelajari. Aku happy je keje ni. Enjoy. Hari-hari rasa happy nak pegi keje. Kawan-kawan semua sporting. Haa, aku teringat dengan seorang rakan sekerja ni. Dia dah berhenti da. Dia ni baik, sporting and kelakar. Tapi miang sangat. Dah kahwin da pun. Tapi miang menjadi-jadi. Pernah melamar seorang gadis lepasan SPM lagi tu. (not me okaiiii!!). Ini membuatkan aku takut nak kahwin and rasa susah nak percaya insan bergelar lelaki. Memanglah orang cakap lelaki tak semua sama, tak semua jahat, masalahnya yang 'tak sama' and 'tak jahat' tu berapa percent ? *Aku ni pun bukannya baik pun. kakaka*

Hah. Lupe plak. Kat tempat keje ni jugak aku berkawan dengan seorang lelaki ni. Dia lepasan degree. Sekarang ni dah berhenti da, jadi Pegawai Penyelidik Kesihatan. Tak sangka boleh berbaik-baik ngan dia, first-first nampak dia macam nerd, poyo siket. Tapi dah rapat sikit, baru tau dia ni baik, and berpandangan jauh, charismatic. Yang penting rambut dia memang..fuhh..stylo betul. Wah, puji melambung ni apehal. Haha.

--Ee geram betullah sape yang kol tepon umah aku ni! Banyak kali plak tu.Bile aku angkat die terus letak phone. Bengang betul. Nak kacau orang agak-agak ar. Tepon uma tuu. Hee yaii. Geram betullah! Kalau aku tau sape, aku rasa macam nak campak je orang tu kat dalam laut.--

*Iklan jap.*

Okay, sambung cirita. Aku pun ada berkawan dengan seorang non-muslim ni. Dia ni hensem la jugak. Kikiki. *gedik betul* And then, dia ni dah faham sangat dengan budaya Melayu, islam. Dia ni macam cikgu Fatin Azirah Chong la, suka amek tau. Terkejut aku bila dia bercakap seolah-olah macam dia ni islam. Terkejut jugak bila dapat tau dia ni ada simpan sejadah kat rumah, and dia pernah simpan al-Quran dan tafsir member dia hadiahkan.

Tengok situasi ni, aku terfikir. Kalau ada orang islam ni kat rumah dia ada sejadah, al-Quran, tafsir, tapi tak solat, tak baca, so keadaannya sama je lah dengan non-muslim ni kan kan kan? Apa yang membezakan muslim and non muslim is amal ibadah. Semua orang boleh simpan sejadah, AQ, tapi solat? Baca AQ? Tak semua.

Yang penting,aku tahu apa agama aku, siapa Tuhan aku dan apa pegangan aku. Selagi kita berpegang dengan syariat ISLAM, kita takkan sesat. Takkan kecewa. Hidup jadi lebih bermakna. Hidup di akhirat lagi lama daripada hidup kat dunia. Jadi, hidup kat dunia ni takde apape melainkan cari bekalan untuk kehidupan akhirat. Bekalan apa? Bekalan amalan kita lah. Semua orang sedia tau, tapi buat-buat tak tauu.

Itu sahaja perkongsian pada petang ni. Harap maaf atas kesilapan fakta atau tersalah bagi pendapat atau terkasar bahasa. Moga diperbetulkan. Segala kata-kata berunsur nasihat dan peringatan adalah untuk diri tuan blog jugak. TQ.

Wassalam.

"DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT."

miss lurvians

When skootergirl meets skootergirl.


Assalamualaikum.

Heyya! Semalam aku pergi merayau-rayau dengan my bff. Pegi JPN amek IC. Wah,IC? Yup! IC baruku! Gambarnya is better than gambar muke toye time darjah 6 tu. Adeiii. So, kawan-kawan yang dah berumur 18, bolehlah pegi renew IC untuk menggantikan IC lama yang bergambarkan(apo ayat ko ni macam sampah!) muka anda yang tak matang atau berkerut atau berkedut atau tembam tahap belon atau cengkung dan sebagainya. Sory lah kalau terasa, tapi tu memang hakikatnya kan kan kan? Hua3. Kidding. Actually, mine pun lebeh kurang jea. I hate kot that horrible picture dalam IC lama tu. Huhh.

Ok, the best part is, aku jumpe mamat-mamat hensem kat JPN. Kikiki.. Gatay. Miang. Sudah-sudah, aku belum bersedia nak carik calon husband bertuah. OK, next aku n bff pegi rumah IZZAH. Lepak kat bilik dia yang serba purple,sejuk,nyaman dan dingin disebabkan oleh pendingin hawa. Err, salah-salah. Penghawa dingin kot. *Isy, dari sekolah rendah lagi confuse pasal 2 benda alah ni.Lantaklah.*

Sambung cerita; Dalam bilik Izzah tu kitorang promote shawl chiffon kat dia. Semua lawa-lawa. Izzah amek 4 helai. At the same time, aku pun borrow novel die. Haha..Takde la banyak sangat. Amek novel Tunas by hlovate,Rooftop Rant by hlovate, Twilight( I know musim twilight dah habes..huhu), Denyut Kasih Medik(sape nak jadi doc memang best la bace novel ni), Karipap-karipap Cinta and last sekali,tak ingatlah tajuk tapi penulisnya Mimie Afinie. Time nak balik tu,hujan lebat. Nak tak nak, kitorang redah je. Sebab nak lepak rumah Yanie pulak, discuss pasal PD trip this saturday. Dah sampai rumah Yanie, duk borak-borak laa. Yanie takut nak mintak izin her parents nak pegi PD ni. Kitorang paksa la dia pegi time tu jugak. Last-last, dia pegi la jugak mintak izin. Mak dia suh tanya ayah dia. (Pulak dah..) Yanie takut+segan nak tanya ayah dia. Nak tau tak dia cakap apa kat Azra(my bff) ???

"Kau lah pegi cakap ngan ayah aku. Kau kan lagi rapat dengan dia."

Huhh? Wth. Hahah. Merepek je Yanie ni. Berguling-guling azra ketawa mendengarkan ayat tersebut(hiperbola hiperbola..). At last,dia suh adik die pegi cakapkan. Ape la Yanie ni, ngan mak ayah pun boleh lak macamtu. Adeiiiii.

Ok, that's all. Nanti sambung lagi. Tataa!

Wassalam.

"HAPPILY EVER AFTER"

miss lurvians

Monday, May 2, 2011

Kaki Novel ke aku ni?


Salam. Haritu aku pegi PWTC bookfair. Takde la banyak mana pun novel yang aku beli pun, cume aku tak boleh la miss benda-benda seperti bookfair ni. Hak ala, nak belagak ulat buku la tu. kakaka. Kidding jer. Takde lah,bookfair banyak choices. So, nampak macam meriah siket la nak pilih-pilih buku ni kan. kikiki. :)

Komik ni, adik aku yang beli. And aku nak pinjam la nanti semestinye. Sebab komik ni banyak bagi nasihat positive tentang fb. Good good~

Bawah ni novel JAJA DAN DIN. Tentang seorang perempuan ni minat seorang ustaz lulusan al-azhar(kalau xsilap arr) , and dia pegi suruh mak ayah dia meminang ustaz tu. wakawaka.. aku tak baca lagi pun. Hihi.


DALAM MIHRAB CINTA ni best, sedih kot cite nye. Tapi mampu merawat hati yang lara sebab kata-kata and ayat dalam novel ni menguatkan hati dan jiwa orang yang membacanya. Juga dapat menyedarkan kita tentang hakikat hidup dan mati. Just nice. :)

Yang ni film nye, tapi novel yang aku beli ni depan die gambar ni lah, tapi bile search internet tak jumpe lak..

Yang aku jumpe , yang ni jee.........

Ok,hlovate memang kesayangan aku lah. Semua novel beliau tiptop lah katakan. Walaupun cover depan novel ni tak menarik sangat,tapi ini lah novel pertama yang aku capai dulu bila nampak je nama penulis hlovate ni.Ada dua cerita, yang first tu I_FEND(cover depan) and second yang II-K(square) tu cover belakang dia.
PASSION by Louise Bagshawe.This one bukan dibeli kat pwtc, tapi dibeli kat popular JJ Seremban2. Kakaka. Aku beli ada 3 reasons:
1. Cantik cover buku ni. Pink+hitam. Just nice! ^_^
2.Aku nampak bestselling author kat cover depan tu.
3.Murah sangat. RM19.90! Original price RM49.90. Just kat popular sahaja taukk!So rugilah kalau tak beli barang mahal bila kita dapat harga yang sangat murah. Girls girls..

Ada lagi sebenarnya, tapi malaslah nak letak semua. Nanti-nanti la ok. So, sampai sini sahaja. Happy reading! Tataa~

Wassalam.

"HAPPILY EVER AFTER"

miss lurvians

Wednesday, April 27, 2011

Pengalaman interview.

Interview untuk MAINS.
Bidang medic.
Di Mesir.
Tarikh interview: 21 April 2011.
Tempat: Pejabat MAINS.

MAINS ni aku apply main-main je kot. Hehee. Tibe-tibe je dapat. Alhamdulillah. Tapi interview je, result belum tau lagi. Nak share sikit laa cara pihak MAINS interview. Boleh jadi rujukan juniors.Ok, interview start kul2, but of course kene ade kat sana before 2. Memang selalu nya dalam surat tulis kul 2, tapi start pukul 3 sebenarnya(saba je lah.) Jumlah pelajar yang ditemuduga untuk sesi petang tu ialah 4 orang(sorang laki 3 orang perempuan). Aku rasa semua pelajar-pelajar ni straight A's je.

Interview MAINS bukan personally tapi die panggil due-due orang. So, aku punye partner budak SBPI and she's really really good. Die ni adik Kak Shahira Ashwani(kebetulan kankankan?). Panel temuduga ada 5 orang. Antara soalan-soalan yang mereka tanya ialah:

1. Mak ayah keje ape?
2. Kenapa nak belajar di Mesir? Nape tak Malaysia? Malaysia lagi selesa. Mesir crowded,kemudahan tak banyak. (they tried to lemahkan semangat ktorang )
3.Cerita tentang isu semasa yang kamu tahu.
4.Kenapa nak amek medic? Dah la lame 6 tahun. Pengajian islam 4 tahun je. (they tried to make me change my decision nak amek medic)
5. Kenapa nak pegi belajar luar negara? Menghabiskan beras je.(i've to speak in arabic. kelakar!)
6. Bacakan ayat al-quran yang berkaitan dengan medic. Terangkan sekali.
7. Apa maksud solat,haji,zakat,puasa?
8. Mazhab ade berapa?And apa dia?
9. Negara kita ikut jabbariah atau qaddariah?(jawapannya sunnah wal jamaah lerr.)
10.Kalau tak dapat MAINS ni, nak buat camane?
11. Ade sikit soalan politic tapi malas nak state kat sini nanti jadi issue.
12. Suka baca suratkhabar apa? Kenapa? Kat Mesir ada newspaper english n arabic je tau.
13. Siapa nama yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan?
14. Nama Menteri Besar N9?
15. Nama penaung MAINS?

Itu lah kot antara quest nya. Sesi berlangsung selama 1 jam. Memang aku sangat enjoy this session cuz panel temuduga sporting and suka bagi jawapan. Hahaha

Interview MARA.
Bidang medic.
Apply negara UK.
Tarikh interview: 27 April 2011.
Tempat: Pejabat MARA.

Memang tragiks betullah interview mara ni. Seriously tak seperti yang aku imagine. Selama ni senior2 ditemuduga personally, tapi kali ni by group. So, aku sangat terkejut cuz aku dah prepare segala jawapan-jawapan tentang course,negara, specialise bidang apa yang aku nak. Tapi semua tu dorang tak tanya langsung. Sesi petang tu ada 8 orang. Interview dalam group. Semua group members aku budak hebat-hebat, straight A's mostly. Pelajar SHAMS ade 3 orang je dalam group tu. Aku, Fitrah and Faiz. We're given a task to build a spaghetti bridge and lastly kena letak tin sardine kat atas bridge tu.

The tragix part is, we've FAILED! Bridge tu fell down before letak tin sardine. Aku rasa sangat takut and nervous bila one of the panel cakap "So,I assumed u all failed." Nak nangis pun ade. Then kitorang bagi la back-up reasons. We've done our best. Our leader has done her job very well. Each group members cooperate well. It's our mistake that we didn't plan very well. (Banyaknya well!haaha). We tried to fix the situation tapi hakikatnya, aku still rasa menyampah dengan performance aku time interview ni. I feel like..argghh. tension. down. down sangat-sangat.

Balik rumah,aku rasa nak nangis je. Idk. I thought I've done my best sebab aku dah prepare. And now, I've to prepare untuk terima apa saja keputusan pihak MARA. Result kuar middle may. Aku taknak fikir lagi dah pasal ni. Yang aku tau, kalau aku tak dapat scholarship ni, aku akan tetap teruskan jugak cari jalan untuk sambung belajar ke luar negara. I've aimed UK as my tempat sambung belajar since Form 3. Kalau Allah izinkan, aku tetap akan ke sana jugak suatu hari nanti and if not, ada la hikmah nya tu. :)

Actually hari ni ade interview KPLSPM untuk perguruan bidang maths. But i've made this decision untuk tak pegi. Cuz xminat jadi cikgu. Then, aku trauma pegi interview . Just after interview mara semalam,aku rasa takut ,fobia,trauma n everything. Tawakkal je lah. Berserah segala-segalanya. HE knows best. Wish me luck!

All the best kawan-kawan semua.
Fifah,Farah yang amek kejuruteraan jepun,
Tim and fitrah yang amek medic..
Good luck!

Wassalam.
lurvians.