Friday, May 1, 2015
Wedding countdown :)
Friday, April 10, 2015
Fuh. Fuh. Belog berhabuk.
Ini lah pencapaian yg paling teruk as a blogger bertauliah di alam maya ini. Bertauliah ke masalahnya? *senyum senget sebelah* Tengoklah buktinya pada tahun 2015, berapa je entry blog yg ada kat sini. Betapa berhabuknya belog ini rasa mcm dah kena letak automatic wiper kat penjuru belog. K enuff merepek.
Sedar tak sedar dah almost 3 tahun duduk kat bumi india bertuah ini. Dah selamat habis posting medicine n surgery alhamdulillah. Paling best setakat ni posting surgery. Paediatrics baru masuk beberapa minggu rasa mcm disaster jugak la but still, rasa heaven sbb selalu nya boleh balik awal. Masa posting surgery dulu jangan haraplah nak balik sebelum kul 4.
Sedar tak sedar, dah lama jugak aku tinggalkan zaman foundation. Serious rindu. Bila ada yg tanya tanya pasal msu shah alam, rasa cam nak balik balik zaman foundation ! Untuk pengetahuan anda semua, sy amik foundation in medical science selama setahun di msu shah alam sebelum sambung ijazah mbbs di bangalore india. Jadi, sy tak berapa arif sgt pasal course lain. Maaf lah utk soalan2 yg tak mampu nak jawab T.T
Nanti nak update pasal trip korea masa cuti bulan march haritu. Tak menyempat nak hapdet. Busy lah paediatric ni bnyk nak kena study. Nak buat persiapan kawin lagi. Eh? Haha. K lah goodbye n assalamualaikum.
Mdm to be,
Dr. 'Afifah
Monday, February 9, 2015
Online shopping, nyah kamu dari sini!
Friday, December 26, 2014
The End of Medicine Posting
Thursday, October 16, 2014
Medicine Posting.
Bismillah.
Alhamdulillah hari ni hari ke empat dah start posting. Everything's getting better day after day alhamdulillah. Pagi ada lecture regarding neurology. Esok topic abdomen pulak.
Macam macam ragam patient dah jumpa. This week banyak kes dengue fever. And ada jugak rare cases mcm ascariasis, glioblastoma multiforme n lain lain. Menariknya pesakit ascariasis ni, mental mcm tak stabil sikit so rasa mcm kat psychiatry department pulak. Masa tu doctor Indira ajar cara nak present case depan patient ni sebab lepas ni semua kena buat sorang sorang. Patient tu macam kacau kacau orang yg duk dekat ngn dia. Dia dah tua. Then dia letak tangan kat atas kepala kitorang. Doctor tu kata dia nak bagi blessing. Alolo.. Tapi kesian la tengok dia masa tu. Kitorang senyum senyum je lau dia usik usik. Tapi kesian la tgk dia masa tu T_T
Lagi satu penyakit common kat Baptist Hospital ni, diabetes. Bila ramai kena diabetes, senang jugak la nak jumpa patient with urinary tract infection sebab diabetes lagi senang dapat infection.
Kat OPD , aku pernah jumpa patient yg datang sebab weakness je. Nak tergelak pun ada tapi takpe lah. Hihi. Dia kata dia ada history of fever beberapa hari lepas n then dah subside dah pun. Tak lama lepas dia kata dia demam balik, sakit kepala n feeling weak. Doctor tu tanya "what make u come here?" Patient jawab "Cuz i feel weak. i wanna be active!" Doctor just kata dia kurang minum air. Best la cara doctor tu explain kat patient tu. Dia kata "You need to drink a lots of water. When you get fever, the heat inside makes you feel more dehydrated" Dia suruh minum 2 glasses of water in the morning, afternoon, evening, night. Minum juice will be okay jugak. So cukup la 8 glasses tapi kalau lebih lagi bagus.
Okay lah. Nak sambung study. Esok ada lecture pagi. Bersedia lah untuk berdiri lama lagi esok. Macamana la kalau pregnant masa clinical year nanti kan. Eh. Haha. Kbai. Wassalam.
Miss F
Saturday, October 11, 2014
Orientation Week 3rd Year IMS Bangalore
Wednesday, October 1, 2014
Langkawi Aku Datang ! Part II
![]() |
| Selfie kat Harbour Park :) |
![]() |
| Kat atas atas gunung ni sejukk. Matahari je memancar terik tapi sejuk. Best best! |
Langkawi Aku Datang! Part I
Monday, September 22, 2014
Marriage?
Alhamdulillah.
Satu step da selesai.
Mindset kita marriage is something yg sweet romantic all the time. Hakikatnya,hanya orang yg dah berkahwin je tahu. Aku belum lagi..hehehe..tp tengah on the way ke arah tu. InsyaAllah. Bagi aku, jalan ke arah baitul muslim tu pun bukanlah mudah. Ada sesuatu yg kita kena korbankan.
And paling penting..persediaan kita sebelum masuk alam baru. Aku pernah dengar satu kata kata ni, org yg tak buat persediaan sebelum memasuki alam perkahwinan, sama lah mcm kita masuk dewan peperiksaan tanpa sebarang preparation. Itu tandanya bersedia untuk gagal! Nauzubillah min zalik.
Dan masa masa mcmni lah, akan menguji tahap kebergantungan kita pada Allah. Yakinlah Allah akan tetapkan yg terbaik utk kita bila tiba masa yg terbaik. InshaAllah.
Jadi, perbaiki diri kita dulu, jaga hubungan dgn Allah supaya Allah temukan kita dgn seseorang yg jaga hubungan dgn Allah juga. Jangan terlalu risau memikirkan siapa jodoh kita. Selesaikan tanggungjawab kita yg sekarang dahulu, jaga hak kita dgn Allah. Dgn manusia sekeliling. Semoga Allah berikan insan yg mulia dan baik2 sebagai jodoh kita nnt. InsyaAllah.
Semoga dipermudahkan ;)
Mrs-to-be,
Miss F
Tuesday, July 22, 2014
TAKUT JADI BAIK?
🌸🌸🌸
Adik : Kak,labuhnya tudung ni. Nanti org cakap macam ustazah *sambil belek belek tudung yg dia tgh pakai*
Me : So? Ustazah tu jahat ke? Nape takut orang panggil ustazah. Ustazah kot, bukan kene panggil pencuri.
🌸🌸🌸
HERE IS THE REALITY. And situasi ni aku jumpa kat mana mana. Even dgn kawan kawan sendiri, ada je yang malu nak labuhkan sikit tudung sebab takut orang panggil budak baik or budak useroh or ustazah.
🌷🌷🌷
"Alamak,labuh lah pulak tudung ni. Segan lah. Pendekkan lah sikit"
"Nanti orang cakap macam ustazah pulak"
🌷🌷🌷
Like seriously, is that wrong kena panggil panggilan baik mcmtu?even jadi bahan joking pun, its a good thing kan, bukan kena panggil pencuri or penzina whatsoever. Nape nak takut sangat. 😓
Orang kat luar sana mmg xkan pernah berhenti judging. So do whatever u think is right for u. Mungkin lah kita tak sebaik mana pun utk pakai pakaian 'solehah' macam tu, tapi it can be one of ur effort lah utk try jadi baik.
🌼🌼🌼
N people out there, stop judging orang lain. Memang orang bertudung tak semua baik, tapi kita tak tahu mungkin dia sedang mencuba bergulingguling struggle sehabisnya utk jadi baik n ubah benda yg buruk yg ada dalam diri dia. Doakan dia kan lagi bagus gittew.👍👍👍
Macam aku sendiri,aku pun ada je lagi kekurangan yg aku cuba nak perbaiki n benda buruk yg nak ditinggalkan. Nobody is perfect in this world but u can try to be perfect in any way.😎
🌸🌸🌸
Hopefully lepasni dah takde lah scene "malu kena panggil ustazah" ataupun "takut kena panggil budak baik,budak surau or budak useroh"😅
Buatlah something just to please Allah 😎
#PeringatanUntukDiriSendiriJuga
#KitaHambaAllahBukanHambaManusia



