Bismillah.
Ehem ehem. Rasa dah berhabuk sangat dashboard belog kita ni. Just now baru je check dashboard tetengok ada comment berderet yang masih belum di approve (tapi sekarang dah approved semua k hihi). Mintak maap la ye kalau lambat sgt reply. Maklumlah belog ni tak macam FB n Instagram, takde notification alert. Amboi.
Okay, sebenarnya entry kali ni nak bercerita (emm cerita la sangat kan) pasal plan vacation aku bersama kawan baikku iaitu Azra, ke Langkawi. Pengalaman yang sangat best and manis. Balik je rumah memang terbayang bayang Langkawi lagi. Nak bercuti lagi! :(
Actually plan ni last last minit la jugak. Punya lah payah nak cari geng utk trip pergi Langkawi ni. Yela, kalau dua orang aje yang pegi for sure lah parents risau kan. Haha. Tapi at last, kitorang memang pergi berdua je pun! Excited sangat nak pegi kan. Kitorang tak bertolak dari tempat yang sama. Azra dari Kuala Perlis naik ferry ke jetty Kuah.Aku pulak amik flight dari KLIA ke Langkawi International Airport. Sorang sorang je naik flight n itu first time sebenarnya naik flight domestic, n first time jugak naik flight sensorang. Berdebar la jugak tapi disebabkan dah biasa ulang alik India-Malaysia, so takde la cuak sangat. Macam naik bus je. Hewhew. Sekejap je sampai, tak sampai satu jam pun. Disebabkan perjalanan tak sampai satu jam, pihak Malaysia Airlines tidak menyediakan makanan ye. Lapaaaa tau tak masa tu. *mengade nye*
Aku sampai kat Langkawi International Airport kul 2 lebih kot. Then, aku pergi singgah Marrybrown. Makan bubur (my febret!) n kentang goreng sementara tunggu Azra jemput daripada jetty Kuah. Nasib baik tak jauh sangat. Azra dah siap book kereta viva putih baru cantik cun melecun dgn harga RM100 utk 24 jam. Total RM200 lah untuk 48 jam. Azra jemput dlm 2.30 pm mcmtu, then terus la menuju ke chalet kami, iaitu Pondok Muara Chalet. Uih murah tak yah cita la, RM100 per night and service memang tiptop. Bilik selesa, n of course air conditioned room, ada 3 katil, toilet bersih, ada meja makan, meja solek, TV bertepek kat dinding with remote, ada space yg luas untuk solat dan lompat lompat, ada peti ais kecik jugak. Aku book kat website Booking.com. Nanti dia akan mintak deposit kan RM100 sebagai confirmation. Bawah ni gambar-gambar yg aku sempat snap before balik aritu.
Oh ye, ada heater sekali! Hihi.
Dah sampai chalet, kitorang rehat rehat guling guling atas katil and siap siap solat. Lepas tu plan nak pi pantai chenang. Memang dah dekat sangat dgn chalet tapi still kena naik kereta.
Okay lah,satgi ceq sambung naaa. Penatlah menaip. Stamina menaip dah semakin menurun :'(
Sekian.
Miss F
U ada no hp pondok muara chalet tue tak? I google no semua lain lain. Takut kena tipu. Huu
ReplyDeleteada.. +60172506996 , email : pondokmuaralgk@gmail.com
Deletebtw sy book melalui booking.com, then number ni akan mesej kite n mintak bank in duit deposit