Thursday, May 23, 2013

MSU MSU MSU

Assalamualaikum. 

Di malam yang hening ni. Aku nak bercerita pasal MSU. Eh tetiba lak kan. Hehe. Takde la, memandangkan sekarang ni musim UPU and musim dapat tawaran scholarship, jadi eloklah kalau aku meriahkan lagi musim ni. Haha.

Okay. First thing first. Kita mulakan dgn kos hidup kat MSU. Hal ini amat penting ye adik-adik, sebab elaun yang MARA bagi masa foundation memang tak cukup pun haha. Ye la, kos hidup kat shah alam, tinggi la jugak kan. MARA akan bagi elaun sebanyak RM430 sebulan. Mula-mula nanti dia akan bagi untuk 6 bulan terus, so memang dapat beribu-ribu la. Masa tu sape nak tukar handphone samsung kepada iPhone boleh la tapi tak makan la untuk beberapa bulan. ;p

Kat MSU ada cafe, makanan kat situ sedap2. Kalau nak di compare dgn yg kat India ni, cafe MSU berkali kali ganda bestnya insyaAllah. Dulu selalu breakfast spaghetti kat sana. Kalau lunch, makan nasi and lauk. Kalau amik lauk sayur n ayam/daging kalau tak silap bawah RM5 je, tak mahal. Dah tak ingat dah harga berapa. maaf kalau tersilap. So sehari tu boleh la hidup kalau bawak RM5 je pegi kelas. Ada mini market jugak kat sana, ala-ala 7eleven gitu. Kalau nak beli gula-gula,cekelat dan lain-lain lagi, boleh lah beli kat situ.

Pasal accomodation. Masa kitorang dulu, kena duduk kat seksyen 15. Macam rumah kedai gitu. Rumah kat tingkat atas, kat bawah2 ada kedai and restaurant. So kalau lapar kitorang terus turun bawah and pilih je restoran mana yg kita suka. Banyak sangat restoran best-best kat seksyen 15. Rumah kat situ macam apartment, ada 3 bilik. 1 bilik besar untuk 4 orang, 2 bilik kecik sikit. Yang tu untuk 2 orang sebilik. Selesa la rumah tu. Cuma security kurengg sikit cuz tak de pakcik guard tolong jaga kat pagar. The only security adalah sekeping kad. Kad ni kita scan kat tepi pintu pagar kat tangga, so hanya orang yg ada kad tu je lepas nak masuk. Tapi ada je kes pecah masuk, tak tau camane dorang boleh redah pintu pagar tu. Haih. Sabo jela.

Next, jadual kelas. Selalunya tak pack sangat pun. Sehari tu paling banyak ada 3 kelas. Ada masa lain tu, kalau budak bijak dia akan pergi tesco shopping kat sana. Kalau yg lagi bijak, dia akan balik rumah tido. Kalau yang lagi lah sangat bijak dia akan pergi library study. Selalunya apa yg aku akan buat ialah dgn pergi berfoya-foya kat tesco. Oh ye, kat tesco ada hot n roll. Selalu jugak beli kat situ. Tak mahal pun, RM3.90 je savoury paratha. Promote jap. hehe.

Then, pasal subject. Untuk foundation in medical science ni ada 3 semester. Setiap sem subjek lain-lain tau. 1 sem belajar dalam 3-4 bulan kot. Subjek first sem, English 1, Biology, Malaysian Studies, Health Science and Maths 1. Masa first sem aku dapat pointer 3.79. Sikit kan? haha. Alhamdulillah la dapat la jugak dean list, ye dok. Untuk sem 2 agak tough, sebab mostly subjek science. Tapi disebabkan lecturer sangatlah baik dan suka membantu, so aku berjaya dapat 4.0 flat masa untuk sem 2 ni. Subjek-subjeknya adalah Chemistry, Physics, Anatomy and Physiology , Maths 2. Then untuk sem 3, subjek Islamic Studies, Intro to Computer Science, English 2, Chemistry 2, Basic Genetics. Rasa macam tak cukup je subjek ni. Haha. Maaflah, yang ni je yg aku ingat sebab banyak sangat subjek. Untuk sem 3 ni aku dapat 3.75 kalau tak silap lah. Kantoi kat Basic Genetics. Susah gila exam dia. Tapi ramai je yg dapat A. Aku je yg bermasalah sikit dalam genetic genetic ni. Hehe. Overall, untuk 3 sem ni, alhamdulillah dapat CGPA 3.85, lepaslah untuk dapat anugerah dean list n lepas untuk fly! :D

So, tak susah pun nak dapat 3.50 ke atas, selagi balik rumah kau study betul-betul, insyaAllah boleh score. And kalau tak lepas, boleh buat rayuan. Cuma bezanya, memang orang yg tak lepas 3.50 takkan boleh fly. MARA takkan kasi. But still, MARA boleh lagi tanggung kos belajar dia kat Malaysia shj. InsyaAllah, ada hikmahnya kalau tak lepas nak fly. Tak semestinya apa yg kita suka tu yg terbaik untuk kita kan? :)

Okay, lagi apa eh nak cite pasal MSU. Hmm, facilities. Aku memang kagum la dgn kemajuan facilities kat MSU. Best. Mewah. Ada escalator tu yg wat aku teruja sikit. Sikit je la. Tempat pun cantik. Kelas-kelas dia pun selesa, selalunya aircond sejuk sangat sampai boleh cramp 1 badan. Haha. Lepas tu..lecturer selalunya muda-muda and sporting sangat. Rindu la lecturer MSU! :D

Bulan ramadan nanti selalunya akan ada majlis bbuka puasa. Free je tak yah bayar. Makan best lak tu. President MSU belanja. Kaya sangat. Dah lah hensem. Hehe. Pastu, haa. Ada aktiviti mentoring setiap hari isnin. Tapi tengok lecturer jugak la, ada yg tak aktif sangat, ada yg memang every week buat. Best la mentoring. Aku suka kalau part yg mentor belanja makan. Aku kalau bab makan aku memang gembira sangat. haha. Selalunya mentoring ni bincang pasal aktiviti yg fun, so tak stress sangat la kalau asyik belajar je kan. Mentor aku dulu selalu belanja pizza. Sayang mdm! 

Okay lah, sampai sini je kot. Dah pukul 2.22 a.m. Kena sambung study Anatomy. Sekarang ni module CNS dah nak habis dah, tinggal seminggu lebih. Lepas tu lagi 1 module, then final exam n PRO exam. Tak sabarnya nak habis first year medic! Oh btw, aku balik Malaysia awal bulan 7 nanti. Nak celebrate ramadan dgn family. Balik 3 weeks je, then balik India balik, ada  revision week lg few weeks, pastu baru PRO exam. Kalau tak fail, insyaAllah boleh balik Malaysia lagi sebulan. Elaun habis beli tiket je. hihi.

Okay, till here then.

All the best kepada adik-adik yg bakal menempuh alam kampus ;)

Sekian wassalam.

Miss Lurvians

35 comments:

  1. Hehe. Elaun habis beli ticket jer. Itu betul!

    Tak sabar nak balek msia~~~~~~

    ReplyDelete
  2. Kita dah ada kat malaysia dah kak ! hihi :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak. Saya de terima tawaran dpd msu. Katenye msu akan berusaha dapatkan tajaan mara utk saya blajar medic kat bangalore . Saya nak tanye,persekitaran kat msu bangalore tu camne? Ada bace blog ckp kotor,'buang' merata n terlalu ramai peminta sedekah yang ikut kite bile tau kite ni foreigner. Dulu akak budak palam eh? Akak dpt 4 flat ke x? Saya x dpt 4 flat. Saya takut if saya terima twrn blajar medic kat bangalore ni saya tak boleh nak catch up study sbb sy bukan budak bijak. Huhutengok akak punye result hebat2 je. Huhu

    ReplyDelete
  4. miss azieni : waalaikumsalam. congrats!! ouh awak dulu matriks ke? ims bangalore sini okay jela, tapi tak semewah msu shah alam..india ni, masa mula2 sampai dulu akk tak boleh terima langsung persekitaran kat situ. hari2 nangis tak sanggup nak duk situ. haha. tp sekarang ni alhamdulillah, da boleh adapt. mmg orang kat india teruk sikit, buang air merata2 tu biasa dah, then peminta sedekah mmg ramai, n slalu aim foreigner mcm kita ni. tp tak rugi pun kalau bagi sikit kat dorang. sbb elaun banyak sgt, apa salahnya bagi kan. lepas tu orang kat sana suke tau cari pasal, buat kita marah n rasa annoying. so kena banyak bersabar..:)

    Akk dulu foundation msu. cgpa tak dapat 4 flat pun. pernah dapat 4flat masa semester 2 je haha. tp syarat nak fly 3.50 ke atas. Cuma utk dak matriks or foundation lain, kene bersaing, so kene make sure result okay la. insyaAllah boleh je survive, selagi awk belajar rerajin. akk takde lah pandai sangat, biasa2 je. siapa usaha insyaAllah dia dapat :)

    btw, good luck k! jumpa kat bangalore nnt :D

    ReplyDelete
  5. assalamualikum...sy dpt tawaran tesl kat msu.nk tnya,ok x klu bt tesl kat msu?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...sy dpt tawaran tesl kat msu.nk tnya,ok x klu bt tesl kat msu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hyefa Mahadzir : waalaikumsalam..sy minx maaf, sbb sy xtahu sgt pasal course lain.sy foundation in medical science dulu...maaf yeee T.T

      Delete
  7. salam akak, saya dapat tawaran foundation msu under MARA. alhamdulillah. nk tye pasal accomodation smue2 tu under MARA la kan ? so housemates tu dh ditetapkan atau kne cari sendiri ? too excited nk pergi tp nervous jgak skit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. alhamdulillah congratulations najwa! :)

      Yup, semua benda MARA uruskan. Accomodation dia akan letak kat satu tempat tu,semua dak2 MARA batch awak. mcm akak dlu kat seksyen 15. housemates dia tetapkan. maybe ikut listname kot, xsure mcmne.

      awk dapat foundation in medical science ea?

      Delete
  8. W'salam. alhamdulillah congratulations najwa! :)

    Yup, semua benda MARA uruskan. Accomodation dia akan letak kat satu tempat tu,semua dak2 MARA batch awak. mcm akak dlu kat seksyen 15. housemates dia tetapkan. maybe ikut listname kot, xsure mcmne.

    awk dapat foundation in medical science ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm. yela kot. sbb kos yg dtawarkan tu optometri. jd foundation in medical science la kan kak ? ke mcamane ? heee. saya nervous jgk nk pergi sbenarnye. dhla jauh jgak tuhh. hee. harap smuenye okayy. tp bila baca blog akak pasal msu ni, jd eksaited plak nk pergi sane. :)

      Delete
    2. haah betul la tu. course optometry kene amik foundation in medical science. roommate akak dulu ramai dak optometry. dorang dah kat uk dah sekarang :)

      if ade pape nak tny, tny je ok. all the best tw

      Delete
    3. ohh. maknanya nti bdk2 mara smua satu kelas lah kan akak ? hehe. thankyouu. nanti ape2 saya tanye through blog ni. dh byak sgt membantu. heee. all the best to u too in bangalore :)

      Delete
    4. yee najwa. insyaAllah satu kelas tu semua budak2 mara je, tak campur :)

      im very sorry sebab lambat sgt reply. jarang check blog tahun ni T.T

      Delete
  9. Salam kak....
    Saya nak tanya.
    Yg masuk foundtion medic msu ni semua dari batch yg sama ke? Maksud saya kalau yg '94 tu semua '94 ke? Ada tak yg lagi tua contohnya yg repeat asasi lagi...
    Saya lepasan pasum tapi result saya agak teruk... saya bercdg nk repeat asasi kat msu ni & sambung mbbs inshaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Akk pernah jumpa someone yg tua setahun dr akk masa asasi sama2 dlu. dia dlu dari matrix lau xsilap n sbb ada masalah sikit keba tangguh belajar. so i assume mmg akan ada je budak repeat kt msu lagi2 swasta xkisah sgt kan.

      xkisah umur berapa pun dik. as long as you ada kemahuan n semangat nak sambung belajar, teruskan niat baik tu. jgn fikir byk2 kali lg dah. all the best! anything tanya je akk k. will help u as much as possible :)

      Delete
  10. Hai nak tnye sikit la...sy msu but kerjasama dgn tldm...boleh sesiapa tolong sy tak tentang beberapa soalan utk assignment sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. assignment pasal apa tu?insyaAllah kalau mampu, boleh je tolong

      Delete
  11. Assalamalaikum akak...saya nak tanya...saya graduate from diploma science UiTM..baru2 ni saya dapat offer continue study kt KMSU russia lam bidang medik..tapi kene pegi ngn duit sendiri dulu..second year baru JPA or MARA akn taja..so i confused until sy jumpa blog akak ni...boleh ke nk masuk lam bachelor in medical science kt MSU ni with use diploma in science ni..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.hmm akk tak pasti lah pasal tu. yg akk tahu, lepas amik bachelor in medical science ni boleh sambung medic. berapa tahun awk pny bachelor in medical science ni? 3 tahun?

      Delete
  12. Salam kak,
    1) akak tahu tak pasal student mbbs di msu boleh buat transfer credit dgn newcastle university di aus (2 thn di msu, 3 thn di aus)? sbb msu ada articulation agreement dgn newcastle university.
    2) akak dulu duduk apartment mana? perdana? brunsfield? adakah satu apartment tu semua student msu?
    thanks in advance - nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..hi nina :)
      1)sorry sy tak tahu pasal newcastle university tu. setahu sy, utk mbbs msu hntar kt poland or india. newcastle maybe course lain tapi xsure lah skg if dah ada
      2) dulu MARA bagi ktorg apartment seksyen 15. kwsn rumah kedai tp tingkat2 atas. block tu mmg mostly student mara. ada security card sekali

      Delete
  13. salam kak, insyaAllah bln may ni saya akan masuk msu. Skrg saya tgh survey tempat tinggal. Akak dulu duduk mana? brunsfield apartment? menara u condominium? persanda apartment? ada senior msu ckp brunsfield apartment ni dh lama dan keras sikit (berhantu), betul ke kak? Saya harap akak reply soalan saya, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.sy dulu duk kt apartment seksyen 15. mcm rumah kedai tingkat2 atas. kt bawah tu banyak la restaurant erasa, temerloh..kt situ mmg dak2 Mara msu je slalunya,n bus msu slalu la lalu situ tiap pagi. Ada kwn sy duk kt persanda jgk. akk xtau pasal brunsfield tu haha. akk xpernah dgr plak masa cite mcmtu masa kt msu dulu. maaf..hehe

      Delete
  14. Assalam kak, kalau akak ada masa akak boleh baca blog ni? >>> http://pagalavan.com/education/for-future-doctors-general-misconception-of-being-a-doctor-part-1/ , blog ni kepunyaan seorang specialist, dia cerita pasal future doctors, dan kat situ juga ada sambungan article tersebut iaitu part 2, 3..... kalau akak baca, Alhamdulillah hihi.
    Saya nak minta apa pendapat terhadap apa yg dikatakan oleh specialist. Saya harap akak reply, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Nanti bila free akak baca k. Thank you bagi link ni :)

      Delete
    2. Wsalam..
      Nanti bila free akak baca k. Thank you bagi link ni :)

      Delete
  15. salam. akak, saya nak tanya. saya ex student kat palam tp result tak ok. tapi saya nk sambung medic jugak. kalau saya sambung kat msu ni akak rasa layak tak kalau pointet cuma 2.00++ and bagaimana dgn pinjaman mara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      awak mmg minat medic eh? Bg akak, result bukan lah penentu awak layak ke x. Ada banyak lagi cabaran nak amik medic ni. Just nak awak fikir dalam2 n istikharah before buat keputusan ni. Pinjaman mara akk xsure syarat dia apa. Tapi kalau ada peluang, cuba la apply. Mana tahu lau rezeki :)

      Goodluck !

      Delete
    2. Wsalam..
      awak mmg minat medic eh? Bg akak, result bukan lah penentu awak layak ke x. Ada banyak lagi cabaran nak amik medic ni. Just nak awak fikir dalam2 n istikharah before buat keputusan ni. Pinjaman mara akk xsure syarat dia apa. Tapi kalau ada peluang, cuba la apply. Mana tahu lau rezeki :)

      Goodluck !

      Delete
  16. Salam kak.
    Saya nak tanya. Saya nak mohon diploma kat msu tp saya agak takut sebab yelah,msu kan swasta. Jadi saya nk tanya akak pasal pinjaman,kita boleh buat pinjaman ptptn kan? Ke masa mohon tu nanti dia terus mohonkn utk kita? Macam mana pulak dengan pinjaman mara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. maaf,akak tak sure pasal ni. kalau akak dulu, akak apply mara then diorang letak akak kat msu

      Delete
  17. Salam kak.
    Saya nak tanya. Saya nak mohon diploma kat msu tp saya agak takut sebab yelah,msu kan swasta. Jadi saya nk tanya akak pasal pinjaman,kita boleh buat pinjaman ptptn kan? Ke masa mohon tu nanti dia terus mohonkn utk kita? Macam mana pulak dengan pinjaman mara?

    ReplyDelete
  18. Salam kak..cmner akk dpt mara ea? Dy mmg bgi offer or kita kne minx? Bleh x akk email sy kt princesspattani969@yahoo.com.my. bnyk bnde sy nk tnya akk..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak .. Sekadar bertanya .. Kalau bidang optometris msu akan hantar kat negara mane eh? And susah x optometris ni ? Terima kasihh

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)