Sunday, May 19, 2013

Someone is fighting to survive.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah masih izinkan aku untuk terus hidup. Dan digerakkan hati untuk hapdet belog. :) Banyak benda yang jadi lately. Yang buatkan aku lebih dekat dengan Allah. Buatkan aku sentiasa muhasabah diri balik. Well, apa-apa pun musibah yang menimpa..pasti ada hikmahnya. Pasti ada something yang Allah nak tunjuk kat kita kan kan.

Btw, semalam aku dapat berita tentang wan aku. Dia dah sakit tenat. Wan aku kene cancer sejak beberapa tahun lepas. Aku tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan utk mendoakan yg terbaik untuk dia. She's just too strong. Cancer stage 4, tapi masih tabah dan kuat menghadapi sakit dan derita sakit kanser. Dia dah tua, above 60. So, dia tak boleh nak undergo chemotherapy. Quite risky. Side effects of chemotherapy will make her condition even worst. Aku rasa, chemotherapy ni bukanlah the best treatment. Chemo ni just macam nak panjangkan jangka hayat. And setahu aku, utk buat chemotherapy agak high cost. Dah lah ada side effect. Ape pun, orang kata, kita kene ikhtiar je apa yang termampu. Sebab ajal semua di tangan Allah. Bukan under kuasa kita, bukan under kuasa doctor itu sendiri.

And malam tadi, aku call ibu, masa tu ibu kat kampung. Yang lain-lain tengah baca yasin. Wan dah tunjuk tanda-tanda..susah nak bernafas. Aku yang kat India ni, baca Yasin untuk wan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kat sana. Malam tadi jugak blackout sebab hujan lebat. Malam tadi perasaan memang bercampur baur. Tak tahu nak rasa macamana. Semalam air kejap ada kejap takde. Malam pulak blackout tiba-tiba. Kalau sekejap tak pe la jugak. Subuh pagi tadi pun takde air. Terpaksa gi hangkut baldi tadah kat sinki dapur.

Blackout? -.-"


Aku sedar..kehidupan di dunia ni tak mudah. Bukan setakat kat India je..Bagi aku, aku rasa kat mana-mana pun, ada ujian masing-masing. Ada je benda yang akan menduga iman dan kesabaran kita. Tapi Allah uji kita tak semestinya dia tak sayang kita. Tengoklah Rasulullah S.A.W dulu, baginda dari kecik sampai da dewasa, dia diuji non stop! Padahal baginda kekasih Allah. Allah sayang baginda,Allah nak tinggikan darjat Rasulullah S.A.W. So apapun musibah yg terjadi kat kita, bersangka baiklah dengan Allah. Kita tak tahu apa sebenarnya yg Allah nak tunjuk. Mungkin bukan on that particular time, tapi in time kita akan tahu jugak. Kenapa dulu macamn macamni macamni.

Bagi aku sabar dan redha itu lah kunci utama. Kunci utama bahagia. Usrahmate pernah kata, bahagia is redha. Which is terima dgn penuh ikhlas, good or bad. Allah tak zalim. Allah takkan menganiaya hamba-hambaNya. That is why kita kena yakin dengan Allah. Bersangka baik dgn Dia. Allah kan suka orang yang sabar? :)

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. 

[al Baqarah :155-157]

Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Sabarlah dalam bersabar.
Bertabahlah wahai hati.
Dunia ini tak kekal lama.
Orang yang bijak takkan terpedaya dgn keindahan dunia.
Sebab semua orang tahu, akhirat itu DESTINASI akhir kita.
Kalau dibandingkan dunia dan akhirat, hidup di dunia hanya sekejap sahaja.
Tak lama.
Teruskan tabah dan sabar.
Walau apa pun yang melanda.
Baliklah pada Allah.
Allah yang pegang hati-hati kita.
Mohon kekuatan dari Dia.
Supaya sekali kita jatuh..
Walaupun kita jatuh dalam jurang yang paling dalam..
Kita mampu untuk bangkit semula.
Jangan sesekali berputus asa
Jangan sesekali putus harapan
Allah tak pernah zalim
Pertolongan Allah sangatlah dekat
Sangat dekat. :')


"Aku tak tahu sama ada ini ujian atau rahmat. Aku hanya bersangka baik dengan Allah" :)


Sekian,wassalam.

Miss F.

2 comments:

  1. Banyakkan bersabar.. Ingatlah, dalam setiap ujian, pasti ada hikmah nya :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, terima kasih kak :)

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)