Assalamuaikum w.b.t. Okay semalam ayah dah call orang MARA, tanya aku dapat negara mana. Then, aku dapat tau yang aku dapat INDIA. First impression:
"WHATTT??INDIAAAA???????!!!"
Hancur berkecai impian aku nak sambung belajar ke UK/Ireland. =.=" Tapi sebelum ni aku dah research pasal ni kat MSU. Dorang ada wat ISEP(International Student Exchange Prog) ke Poland, India and beberapa negara lain (aku tak ingat). MSU ni ada offshore campus kat Bangalore India iaitu International Medical School(IMS). So,mostly pelajar tajaan MARA akan pegi sambung MBBS(Bach of medicine & bach of surgery) kat situ after wat foundation di MSU Shah Alam. Foundation 1 year, 3 sem. My dad told me kalau pass, dapat fly ke India bulan september next year. MSU hanya ambil pelajar medic 150 orang sahaja setiap tahun. Ambilan MARA pegi foundation MSU ke India ni dengar-dengar 20 orang sahaja.
MSU ni merupakan top5 excellent universities. Dijangka akan ada hospital dan hotel sendiri. Hospital and hotel ni supaya mudah pelajar-pelajar MSU nak wat praktikal bagai. Hotel ni juga akan dibuka kepada ibu bapa yang datang dari jauh nak datang ke majlis konvo anak-anak mereka di MSU.
Aku terkejut bila dapat tau dapat gi India cuz mestilah macam-macam yang aku fikir. Tau je lah kan suasana kat sana macamana. Orang kat sana macamana. And then, semalam aku terus google pasal medic di India. I wanna know macamana senior2 study kat sana. And tahap keselamatan kat sana. N after that, aku asyik senyum je memanjang sebab aku rasa happy and bertuah because I've been chosen to be one of the students yang akan dihantar sambung MBBS di India. Kenapakah? Haha. And sejak tu aku sedar, aku tak ditakdirkan untuk sambung belajar ke UK sebab aku ditakdirkan melancong ke UK sahaja. Wah3. Yakin je. Haha.
Actually sekarang ni aku nak cirita pasal belajar kat India ni. *eh excited pulakss* Foundation ni antara cara paling pantas dan mudah *fast track* untuk fly. *heppyyy!* Menurut pengalaman seniors, zaman batch dorang dulu kalau yang straight A1 akan dihantar wat IB/a-level, and untuk sesape yang slack ada 1 subjek dapat A2, akan dihantar buat foundation di MSU. Tapi skang taktau lah, ade je yang tak straight A1 dapat a-level n IB. Nampaknya aku la antara orang yang slack tu. Haha. *who cares?lalala..:P*
MAYAT lelaki dicangkuk keluar dari kolah berisi formalin untuk digunakan oleh pelajar perubatan Malaysia yang belajar di MS Ramaiah Hospital di Bangalore, India.
Further explanation boleh tengok kat SINI!
"lg satu ... medic dekat india ni aku rasa terbaik la. sbb second year kita dah boleh jumpa patient suda. kalau mcm dekat tmpt lain ... ada yg x boley sentuh patient langsung aku dgr. so its advantage la. lagi satu .... during 1st year lg ... kita mmg boleh bedah mayat sudah. yg bestnya banding negara lain .... mayat tu kita dissect sendiri. so ada experience la. kalau russia for example aku dgr mayat tu suda kena potong sedia so student just observe jak. so x thrill la kan x pegang mayat ni ... lecturer sini pgng mayat pakai tangan kosong jak. hard core! hahaha lg satu kalau indon aku dgr pakai mayat plastic. so x realistic la."
Yang atas ni aku copypaste daripada facebook discussion.
Okay talk about elaun. Hah. elaun ni yang paling best kat sini. hihi. *okay okay i'm trying not to be mata duitan sangat* Elaun sara diri kat sini dengar2 cite 700USD per month so kalau convert dalam RM, around 2000 lah. Yang tu tak termasuk elaun buku and elaun alat. Kalau kat Manipal, lau tak silap, elaun 500USD je sebab kawasan dia macam kampung-kampung sikit so kos hidup rendah.
"kalau mcm d india ... bnyk jak tmpt ko boleh pg ... ada jak kawan2 aku yg suda pg uk, mesir, satu dunia boleh. sbb india ni tmpt transit bnyk tempat kan. lgpun kos hidup rendah. so kalau maw pg bercuti luar negara tu org ckp senang. so ok la. lagi satu air asia suda buka flyte pg tmpt kami d sini ... tiket murah gila ... kalau pakai elaun mara bagi ... bleh balik msia 3 kali sebulan ya. so plng bgs suda tu. jgn complaint tempat. tempat mmg paling la teruk. tp pikir pasal quality education yg dia offer. org2 sini mmg penipu berabis la. kena pandai2 hidup jak.bha mcm aku kisah kan. hahahahah apa2 pun ... all the best utk semua. kalau maw buat medic ni .. hati kena kuat. semangat kena ada. sbb bukan senang. sbb kita deal dgn nyawa org.bukan anak patung. so apa2 pun ... semoga berjaya! chewahhhhh ..."
*Copypaste again*
That's why aku cakap kat atas sekali tadi, yang aku memang ditakdirkan melancong ke UK je, nak sambung belajar tak layak. hehehe. *nak sedapkan hati je.wuuuu* T.T
Sistem yang digunakan di India tak pakai ikut year, tapi ikut phase. Ada 3 phase.
1st phase: 1year,
2nd phase: 1 and1/2 year,
3rd phase: 1 and 1/2 year.
First phase ni belajar pasal anatomy(core subject), physiology, biochem. Kat India, semua buku,kertas murah-murah. Buku text semua buatan sendiri sebab tak percaya buku luar. That's y India is one of the strongest country to pursue medic. Second phase, belajar pathology,pharmacology,microbiology *segala macam logy ada*, forensic medicine, community medicine. During second phase ni, student2 dah kena introduce dengan clinical posting, means that student dah boleh apply apa yang dia dah belajar dengan patient yang datang kat hospital tu. The best part is, time clinical posting ni, pelajar kena assign different department every month. Macam time housemanship lah, kene posting kat lain-lain department dulu before jadi MO.
Novel ni ada cerita pasal seorang doktor HO yang sedang buat housemanship di beberapa department hosp before jadi Medical Officer(MO).
Antara department yang ada ialah medicine,surgery,obstetric&gynaecology, dermatology, paediatric, ear nose throat, orthopedic,etc. Obgynae untuk ibu2 mengandung bersalin, dermatology ni involving skin, paediatric ni khas untuk kanak-kanak.Dorang akan rotate department setiap bulan so takde lah jumpa patient yang sama and banyaklah pengalaman dengan pesakit-pesakit yang berlainan.
Third phase aku rasa paling best kot. Sebab ape, third phase ni merupakan clinical year and dah tak masuk kolej, no more lecture. haha. Dah boleh prescribe ubat untuk patient and hari-hari pegi hospital je. weeee. :D Yang paling tough, final exam. Segala apa yang dipelajari dari 1st phase sampai 3rd phase akan masuk exam. Dah habis final exam, tak boleh balik Mesia lagi la der. India punye govt dah tetapkan setiap pelajar medic wajib buat housemanship 1 year di India. *huaaa.. nak baleekkkk! huhuu* Means that pelajar medic india akan buat housemanship selama 3 years sebab 1 taun di India, 2 taun lagi di Mesia. So bile buat housemanship kat Mesia nanti takdelah tercengang lagi kan. Lebih well prepared. *insyaALLAH..*
Bab melancong memang kesukaan para pelajar kat sana. Nak main salji boleh pergi North. Kena save duit lah. Dorang cakap pegi main salji hanya spend 23 000 rupees around RM1500 termasuk flight,penginapan,transport for 7 days. SEVEN DAYS okay! Enuff la pasal melancong. Tu sume selingan je. *cewahh* Kat India ni jugak ada 1 trend untuk malaysian, budak2 laki beli motor, ada yang beli kete sebab murah-murah. *second hand je* Kalau dak2 pompuan slalu beli scooter. Wah!! *mata bersinar-sinar* Kenderaan ni memudahkan pelajar nak pegi posting kat hospital.
Pasal bil telefon. Pun murah jugak. Ade sorang student tu topup 1000 rupee( around RM60 ) guna 3 bulan tak habis-habis. Kalau aku cepat kot habis sebab nak gayut ngan orang Mesia. Wahwahwah. haha. Maximum savings yang boleh disimpan kalau jimat-jimat kat sana ialah around RM 1500. *paling max okay* So RM1500 simpan dalam 5-6 bulan, dah berapa dah savings? Around 7500-9000! Belum habis belajar lagi dah boleh post duit kat parents. hehe. Tu kalau jimat-jimat lah. Kalau macam aku ni susah la nak jimat. Kakaka.
TV? Menurut pengalaman dorang, tv pakai airtel tv bulanan RM20 and channel nya 2kali ganda lagi banyak berbanding astro. *saba ye astro*
"umah aku siap beli oven ... microwave .... even ade kawan aku beli desktop ... ade yg beli digital piano .... ade yg g amik kelas violin la ... gitar la .... mcm2 boleh beli kalau KAU BOLEH simpan duit .... ade kawan aku siap beli plasma tv ... ps3 .... sofa .... haish ... if only u cn see how luxury it is student india yg tggl dekat sini. i bet u wont even regret not going to europe."
*Copypaste again*
Okay itu semua hanya nak gumbirakan hati yang lara ini sebab tak dapat pegi UK. Sebelum aku apply upu,matrix and scholarship ni abang aku pernah cakap,
"Nanti kau pegi ar amek medic kat India. Kat sana praktikal dia bagus gila. *gila tu aku saje tambah* And kat sana guna mayat betul. Praktikal lagi banyak kat sana."
Adik aku punya komen bila dapat tau aku dapat pegi India:
"Wuu. BANYAK MAYAT!!"
Hahah. Memang pun. So aku tak kisah lah, yang penting aku lebih suka praktikal daripada theory. Tapi still, theory kena belajar jugak before practical. :P
LASTLY, bila aku baca kata-kata kat bawah ni, azam dan semangat aku mula membara. *wahwah*
- "nyway ... jgn sedeh sgt dpt india. ok ape. look on the bright side. and take the negative side as a challenge for u. and make it as a reason for u to live each and everyday. i think i said enuf stuff. hopefully to see u coming to india. cheers ~"
- "Jadi buat ibubapa yang anak mereka yang di tempatkan kat India, janganlah rasa sedih yer. Buat pelajar-pelajar pulak, jangan pula rasa macam down bila di tempatkan kat India tu...bersyukur sebab terpilih, ramai lagi yang merasa kecewa."
DQ-UIA aku tak dapat. UIA first choice UPU pun tak dapat. MAINS (mesir) tak dapat. UK pun tak dapat. So, this one gonna be the last one and the best for me insyaALLAH. Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.
Enuff membebel. Segala maklumat di atas berdasarkan research kat google. (So, maaflah kalau tersalah bagi info) Segala maklumat ni hanya sebagai panduan shj sebab ini melibatkan my future. 6 TAHUN tau! itu sahaja. sekian. wassalam.
Kembali Ceria,
miss lurvians
oo.. memang boleh tipon ek tanya kita blaja kat mana nanti?
ReplyDeletecisss, byknye kau dah kaji, best pulak india,
tapi aku takut nak pergi sana.
agaknya sebab tengok slumdog millionaire tu kot. haha..
congrats kak pah! aja..aja!!
(dapatlah jumpa dato SMS wannabe kat sana kan?)
salam..
ReplyDeletestudent MSU gak ke? huhu...
dpt ke twrn ke india? bgos la. bgos sgt. study kat sane jgn risau. situ sgt best! akak pernah pegi trip ke sane. dan teringin sgt nak study kat sane tp, mgkin takde rezeki akak. huhu...
cume mknn kat sane je la kena hati2 sket. coz tak bersih. takot sakit perut... :)
apa2 pun, akak wish very gud luck & all the best! happy for u~ ;)
Fatimah : tenkiu2! yupp! ayah aku kol, then die tanya ic aku, then die cakap lah nanti pegi negara mana. ada 20 orang je terpilih. aku memang suke mengkaji ni ,dulu kampus puncak alam pun habes aku wat research,google gambar2 bagai. (dato SMS wannabe? siapakah? *wonderingwondering* haha..)
ReplyDeleteKak zue: w'salam. bakal student MSU lah. hee. akak pernah pegi trip ke india? best kee? *wondering ape yang best kat sana selain tajmahal.hehe* ok,terimakasih atas nasihat dan wish. (^^,)
tahniah dik.. Siyes.. india ke jakarta ke.. ireland ke.. kalau anda berusaha pasti berjaya
ReplyDeletebelajar oversea ni byk dugaannya..
jgn cepat mengeluh..dapat negara mundur macam india.. d stulah kita belja erti hidop!
tahniah..dapat sambung doc :)
suka nyaaaaaa nak medik.. tp skng da masuk jurusan islamik pon :) gudluck ye
Kak Sha-na : Terima kasih kak! :D
ReplyDeleteawakk. tahniah awak dapat India. seriously the second choice sy adalah india. first mesir la. Alhamdulillah india actually mmg ANTARA yg terbaik la dalam bidang perubatan.. yang paling kita suka. boleh pegang the real one seh mayat. i likeee.. teringin nak pegang guna bare hand.haaha.. gila kentang tol laaaaa.. best taw indiaa.a. awak. NANTI AWAK DATANG K MESIR. melancong sini .. izzah SANGGUP JEMPUT AWAK KAT AIRPORT INSYAAllah..:) dan dan teringin nak jln2 gi india.sbb kt mesir pon sara hidup die rendah Alhamdulilah.lagi2 tmpt izzah ni. TANTA. hehehe..kat mana kita ter'campak' semua tu rezeki dan ada hikmahnya..:) insyaAllah.. same2 doctor to be insyaAllah AMIN. FROM DR IZZAH ATIKA :)
ReplyDeletebakal orang india.. ops, silap ckp, bakal DR. Afifah. Apapun, all the best~!
ReplyDeletedari,
Student UM *bangga tu~~ huhu*
Dr Izzah: terimakasih izzah! kita pun rasa excited plak nak gi india. siyesly india tak pernah ter'list' pun dalam negara2 yang kita nak gi sambung belajar. haha. betul tu. ada hikmahnya. Apa yang ALLAH dah tetapkan ni lah merupakan yg terbaik utk kita. insyaALLAH. :)
ReplyDeleteokay. nanti kita melancong kat mesir kte melawat awak eh. nanti bwk la sy jalan2 sana k. haha. goodluck and take care eh kat sane nanti. :D
DATO' DR. NURUL 'AFIFAH SIDEK.
iffah: kuasam tol fah! haha. fah pun goodluck! kat sana jangan nakal-nakal lagi. kat jepun nanti tolong mintak sign semua pelakon n penyanyi yang cute n hensem2 tauu. n lagi 1,kat dlm kapaterbang nanti jangan intai2 pramugari lagi tau! hahaha :p
ReplyDeleteDATO' DR. NURUL 'AFIFAH SIDEK.
cis.. ni semua niat dah salah ni? mana pulak nak mintak sign pelakon penyanyi bagai.. belajar laa wehh!!
ReplyDelete(dengki tu..dengki tu..)
fatimah : itu niat sambilan je lah. niat sepenuh masa,blaja laaa. haha
ReplyDeletego go adik!!
ReplyDeletekuatkan semangat ye
medic utk org2 tough je, (u can see, sbb tu akk dentist.erk :D)
all out n have fun ;)
Allah yusahhil umuurik~
amiiin!
ReplyDeleteinsyaALLAH. i'll do my best. terimakasih kak farah! (:
salam. akak tengah blogwalking buat background reading pasal czech, suddenly singgah sini pulak. hehe.
ReplyDeleteyess, dulu happy jugak sama macam awak bila dah survey banyak benda pasal india. living cost yg rendah kat sana. pasal mayat banyak, boleh dissect sendiri. ada senior cerita sampai boleh upah maid. duit berlambak2 nak melancong mana2 pun no prob. tapi, insya-Allah rezeki akak tempat lain kot. hehe.
all the best!
Kak Amanina :
ReplyDeleteW'salam. terimakasih sudi singgah. (:
sy dah bace dh entry akk pasal medic di India tu. Sy pn jd takut gk sbb sy under MARA jgk. Pape pun berserah je lah.
good luck jgak utk akk! tempat belajar x penting, yg penting kite b'jaye capai impian. Moge akk bjaya capai cite-cite akK!:D
wah.. tahniah2.. kawan2 ada jugak yang dapat kat MSU under mara.. kalau x silap ke Ireland rasanya.. btw.. best ke novel atas tu? ada orang kata, kalau nak jadi doc, silah baca.. tapi saya x baca lagi.. hehe
ReplyDeleteiniblogamir:
ReplyDeleteterimakasih! best novel tu. bukan sekadar menyentuh ttg doctor's life, tp jgk pasal syariat islam and cinta sejati. hehe. bace lah. mostly cite die kat hospital. :D
salam jalan2 ke sini...adik ni student MSU ke skg ni? Let's ramaikan doc muslim di muka bumi Allah ni. Jalan2 ke blog akak gak ok
ReplyDeleteinsyaALLAH. blog akk mmg best~
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteapa syarat & kelaykn untuk ke MSU-IMS ni?
da kne buat apa2 test x atau interview ke?
w'salam. maksudnya nak ambik mbbs kat ims ke? kalau medic, kene lepas cgpa 3.50 masa foundation, muet kena lepas at least band 4. yes ade test and interview. nanti akan ade medical entrance test, soalan boleh tahan susah tapi insyaAllah selalunya lepas je, sebab test ni slalunya nak cukupkan syarat, sy rasa la. hehe. and interview tu mcm interview scholarship je lebih kurang. dia akan tanya why u choose medic, why msu and soalan2 mudah yg lain. ape pun, all the best ya! :D
ReplyDelete