Saturday, March 16, 2013

Randomness.

Bismillah.

Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak hapdet belog. Seriously masa terasa macam tak cukup lak nak hapdet belog. Haha. Bajet busy je kan.


Sedar tak sedar dah almost 6 months dah aku berada kat India ni. Tengok gambar kat atas ni, aku nampak sihat dan gembira kan? Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Ada lagi another half sem untuk habis first year medic. Tak sabar rasanya. 1st year ni sangat-sangat horror. 

Aku teringat yang aku pernah masuk rumah hantu. hehe. Takde keje betul. Saja nak tengok hantu kat India ni rupa dia camane. So, aku dengan roommate dengan beraninya masuk rumah hantu, kat Mantri Mall kalau tak silap. Mula-mula masuk rumah hantu tu, ya Allah gelap sangat. Kitorang takut sangat and tak nak masuk dalam-dalam tu. Tapi unfortunately kitorang dah masuk dalam tu and orang yang jaga pintu tu dah kunci kitorang dari luar. So memang tak boleh keluar balik!! Aku siap ketuk-ketuk pintu tu sebab nak keluar. Siyes takut! Haha. Pastu dalam tu takde orang lain, ada kitorang je, sebab rumah hantu tak besar sangat, so dia kena masuk sorang-sorang. Tak boleh sekali ramai. Gelap sangat, tak nampak jalan. Roommate aku yg lead. Lepas tu aku jerit "I WANNA GO OUT,NOW!!" Tak lama lepas tu ada sorang mamat ni muncul. Tolong bawak kitorang keluar, tapi jalan keluar dia tu ada je hantu-hantu. Seram tau tak. Dah nampak je pintu keluar, kitorang lari sekuat hati sambil jerit. -.- Lega bila dah keluar. HUHH.

And aku rasa masuk je 1st year medic ni macam aku masuk dalam rumah hantu tu la, lepastu aku rasa macam ditolak tolak ke depan, orang sekeliling sangat menakutkan, pengalaman yang boleh buatkan aku mengalirkan air mata..dan yang sadisnya,aku tak boleh nak patah balik.. I don't have any other choices melainkan untuk teruskan perjalanan hidup as a medical student. 

Haritu aku baru je lepas midsem exam, masa hujung bulan february. Midsem exam okay la. Not bad. Subject untuk first year ada 3 je, so tak berat sangat. Yang beratnya cuma..module banyak la kena belajar. Setakat ni module yang dah belajar:

i) Musculoskeletal
ii)Hematopoietic
iii)Cardiovascular
iv)Respiratory
v)Gastrointestinal tract

Makin lama makin banyak benda yang kena belajar. Bukan setakat basic-basic lagi dah. Kali ni kena tahu why and how it happened, where the process occurs, what is the organ involved, anatomical position, nerve and blood supply, chemically and physiologically why and how. Berbeza masa foundation dulu. Hanya tau sikit-sikit je dah cukup untuk dapat A dalam exam, or maybe A- dah cukup ok la kot. Aku bukan genius sangat pun. Midsem punya result belum keluar lagi. Maybe tak lama lagi. Harap-harap aku dikuatkan hati untuk terima apa pun result aku nanti.

Okay lah.

Nak sambung buat logbook. Next week dah kena hantar.

Wassalam.

With love,
Miss Ribbon ;)




4 comments:

  1. aja aja fighting!! miss ribbon?? yeww..:P haha

    ReplyDelete
  2. Afifah!! lama x dengar cerita. apa cerita kat sana. bdsrkn apa aku baca, mcm tertekan lebih kau ni. apsal? aku doa terbaik r.
    khamis ni, aku n da geng nk fly da ke jepun. doakn kami eh. syukran

    ReplyDelete
  3. yunie : doakan kite tau yuni!! hehe. jeles lettuw orang jadi miss ribbon :p

    ReplyDelete
  4. umar : wahh korang dah nak fly? congrats tauu. aku kat india ni macamni je lah. makin lama rasa macam berat je beban ni. tapi insyaAllah boleh je survive. terima kasih doakan! Aku pun doakan korang kat sana. bittaufiq wannajah. :D

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)