Friday, March 29, 2013

Sakit Penghapus Dosa.

Assalamualaikam salam kasih salam sayang. ;)

Malam tadi malam yang sangat menyakitkan. Seriously. Lately keadaan kesihatan ku tak mengizinkan. Kadang-kadang aku pun tak pasti kenapa. Okay. Aku mula rasa tak sedap badan since last thursday. Malam befor khamis tu, aku mimpi. Mimpi aku tengah muntah. Banyaaaak sangat and of course sakit. Sampai aku terjaga tekak aku dapat rasa lagi sakit dan loya. Sepanjang hari khamis tu..aku loya. Pening. Dah lah kelas habis petang. Memang terpaksa tahan. Before aku tidur malam tu, aku pening kepala sangat sangat sampai tak boleh angkat kepala. Masa tu tengah siapkan logbook. Then aku decide untuk tido sebab tak tahan.

Hari jumaat pulak. Sakit perut. Keluar masuk toilet jugak la. Malam tadi, sakit perut and sakit belakang. And terasa sakit tu lebih ke belah kiri. Orang kata kalau belah kiri tu sebab gastric. Ye, aku memang pernah kena gastric dulu, tapi aku tak rasa yang ni gastric sebab lain sikit sakitnya. Masa aku kena gastric dulu, masa tu tengah belaja module pasal blood. Sepanjang minggu tu aku tak boleh nak study langsung. Rugi. Tapi, takpe. Allah datangkan sakit tu sebab Allah nak aku ingat Dia selalu. Sebab Allah nak hapuskan dosa dosa aku. Alhamdulillah.

Tak habis kat situ, setiap malam, kaki cramp. Badan sakit-sakit. Sakit sangat. Minggu tu aku masa aku banyak dihabiskan dengan tido. Aku dah pergi hospital. Check darah. Doctor suspect aku kena demam denggi. Oh no. Ye, beberapa hari sebelum tu, aku demam. Then timbul rashes kat muka and tangan. Takut sangat masa tu. Hari jumaat tu baru dapat result dari doctor. Alhamdulillah keputusan darah membuktikan aku tak kena denggi. Syukur. Lepas tu, doctor kata aku sebenarnya kena gastritis. Sebab aku mengadu sakit bahagian abdomen, sakit belakang hari hari sebelum tu. Demam pun antara symptom gastritis. Doctor bagi aku list ubat yang kena beli and dengan dose sekali. Kat sini memang macamtu. Jumpa doctor dulu. Then doctor bagi list ubat, suruh beli sendiri kat pharmacy bawah hospital tu.

Alhamdulillah bila dah habis ubat tu aku pulih sepenuhnya. Aku kena avoid makan pedas. Which is benda yang paling tak boleh aku buat. Haha. Okay. Tamat cerita pasal gastritis.

Sambung cerita tadi. Malam tadi, aku tidur awal. Sakit belakang. Perut tak selesa. Aku sapu minyak angin banyak banyak sebab sakit. Aku sekejap sekejap baring terlentang, mengiring ke kiri, mengiring kanan, letak bantal kat belakang. Sakit woo. Allah je yang tahu.. Aku terjaga kul 12 lebih. Lepas tu sambil tahan sakit, aku kuatkan hati menuju ke meja study and siapkan case studies biochemistry. Mata tak ngantuk. Tapi nak kena tahan sakit tu. Ya Allah.

Aku sempat jugak study anatomy. Buat soalan pastyear PRO EXAM. Sakit tak sakit. Kerja kena siap on time. Study tak boleh abaikan macamtu je. Ye dok. Heee. Sampai 1 tahap, aku tak tahan dah. Dada rasa macam. Ntah. Rasa nak muntah. Tapi aku tahan. Sebab bahagian abdomen da memang sakit. So aku fikir bila muntah nanti intra abdominal pressure akan menyebabkan bahagian abdomen aku bertambah sakit. Aku pun paksa diri tido..sebelum tido aku nangis jap. Haha. Aku nangis, first sebab sakit. 2nd, sebab teringat family kat Malaysia. Time berjauhan dengan family ni la aku asyik sakit je kat India ni. Aku nangis dalam 2 - 3 minit kot. Kejap je. Pastu aku tertido..

Sampai sini je kot ceritanya. Semoga Allah sembuhkan segala penyakit dan ringankan sakit yang aku alami ni. Kalau itu yang terbaik untukku. And and aku tak lupa juga doakan wan yang juga sedang menderita kesakitan sebab cancer. Stage 4. Cancer tu dah merebak kat lung. Now dia bernafas guna tabung oxygen. Aku tahu sakit yang dia alami lagi teruk daripada apa yang aku kena sekarang ni. Mungkin berkali kali ganda sakitnya. Semoga Allah ringankan kesakitan yang wan rasa sekarang ni. Wan dah lemah sangat dah tu. :(

Ok sampai sini je. Assalamualaikum.

Miss Ribbon.

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)