Friday, March 29, 2013

Sakit Penghapus Dosa.

Assalamualaikam salam kasih salam sayang. ;)

Malam tadi malam yang sangat menyakitkan. Seriously. Lately keadaan kesihatan ku tak mengizinkan. Kadang-kadang aku pun tak pasti kenapa. Okay. Aku mula rasa tak sedap badan since last thursday. Malam befor khamis tu, aku mimpi. Mimpi aku tengah muntah. Banyaaaak sangat and of course sakit. Sampai aku terjaga tekak aku dapat rasa lagi sakit dan loya. Sepanjang hari khamis tu..aku loya. Pening. Dah lah kelas habis petang. Memang terpaksa tahan. Before aku tidur malam tu, aku pening kepala sangat sangat sampai tak boleh angkat kepala. Masa tu tengah siapkan logbook. Then aku decide untuk tido sebab tak tahan.

Hari jumaat pulak. Sakit perut. Keluar masuk toilet jugak la. Malam tadi, sakit perut and sakit belakang. And terasa sakit tu lebih ke belah kiri. Orang kata kalau belah kiri tu sebab gastric. Ye, aku memang pernah kena gastric dulu, tapi aku tak rasa yang ni gastric sebab lain sikit sakitnya. Masa aku kena gastric dulu, masa tu tengah belaja module pasal blood. Sepanjang minggu tu aku tak boleh nak study langsung. Rugi. Tapi, takpe. Allah datangkan sakit tu sebab Allah nak aku ingat Dia selalu. Sebab Allah nak hapuskan dosa dosa aku. Alhamdulillah.

Tak habis kat situ, setiap malam, kaki cramp. Badan sakit-sakit. Sakit sangat. Minggu tu aku masa aku banyak dihabiskan dengan tido. Aku dah pergi hospital. Check darah. Doctor suspect aku kena demam denggi. Oh no. Ye, beberapa hari sebelum tu, aku demam. Then timbul rashes kat muka and tangan. Takut sangat masa tu. Hari jumaat tu baru dapat result dari doctor. Alhamdulillah keputusan darah membuktikan aku tak kena denggi. Syukur. Lepas tu, doctor kata aku sebenarnya kena gastritis. Sebab aku mengadu sakit bahagian abdomen, sakit belakang hari hari sebelum tu. Demam pun antara symptom gastritis. Doctor bagi aku list ubat yang kena beli and dengan dose sekali. Kat sini memang macamtu. Jumpa doctor dulu. Then doctor bagi list ubat, suruh beli sendiri kat pharmacy bawah hospital tu.

Alhamdulillah bila dah habis ubat tu aku pulih sepenuhnya. Aku kena avoid makan pedas. Which is benda yang paling tak boleh aku buat. Haha. Okay. Tamat cerita pasal gastritis.

Sambung cerita tadi. Malam tadi, aku tidur awal. Sakit belakang. Perut tak selesa. Aku sapu minyak angin banyak banyak sebab sakit. Aku sekejap sekejap baring terlentang, mengiring ke kiri, mengiring kanan, letak bantal kat belakang. Sakit woo. Allah je yang tahu.. Aku terjaga kul 12 lebih. Lepas tu sambil tahan sakit, aku kuatkan hati menuju ke meja study and siapkan case studies biochemistry. Mata tak ngantuk. Tapi nak kena tahan sakit tu. Ya Allah.

Aku sempat jugak study anatomy. Buat soalan pastyear PRO EXAM. Sakit tak sakit. Kerja kena siap on time. Study tak boleh abaikan macamtu je. Ye dok. Heee. Sampai 1 tahap, aku tak tahan dah. Dada rasa macam. Ntah. Rasa nak muntah. Tapi aku tahan. Sebab bahagian abdomen da memang sakit. So aku fikir bila muntah nanti intra abdominal pressure akan menyebabkan bahagian abdomen aku bertambah sakit. Aku pun paksa diri tido..sebelum tido aku nangis jap. Haha. Aku nangis, first sebab sakit. 2nd, sebab teringat family kat Malaysia. Time berjauhan dengan family ni la aku asyik sakit je kat India ni. Aku nangis dalam 2 - 3 minit kot. Kejap je. Pastu aku tertido..

Sampai sini je kot ceritanya. Semoga Allah sembuhkan segala penyakit dan ringankan sakit yang aku alami ni. Kalau itu yang terbaik untukku. And and aku tak lupa juga doakan wan yang juga sedang menderita kesakitan sebab cancer. Stage 4. Cancer tu dah merebak kat lung. Now dia bernafas guna tabung oxygen. Aku tahu sakit yang dia alami lagi teruk daripada apa yang aku kena sekarang ni. Mungkin berkali kali ganda sakitnya. Semoga Allah ringankan kesakitan yang wan rasa sekarang ni. Wan dah lemah sangat dah tu. :(

Ok sampai sini je. Assalamualaikum.

Miss Ribbon.

Thursday, March 28, 2013

My Dear Diary

Assalamualaikum.

20/3/2013

Hari ni department physiology macam baik pulak. Tak tahulah kenapa. Dorang tak kedekut dengan senyuman hari ni. Suka sangat! Hehe. Oh tadi prof sudha, associate dean IMS lau tak silap, tak sure sebab tak baru lagi kan kat sini, dia turun tadi, masa lecture physiology. Beliau merupakan insan yang ditakuti dan disegani di sini. Beliau ni, sangat strict dan penuh disiplin.

Beliau jugak ada berpesan, suruh study betul-betul. Previous batch yang baru habis pro exam hari tu, daripada 39 orang, ada dalam 10 orang distinction. Dorang sikit je, sebab dorang dak a-level JPA. Kitorang yang student MARA ni ada 72 orang. Meamng ramai la, and aku tak suka sangat ramai-ramai ni sebenarnya. As for me, quality is better than quantity. Prof Sudha pulak expect kitoang untuk pecahkan record dak JPA tu. InsyaAllah lah, we are going to try our best. Sakit macamana pun course medic ni, aku percaya Allah sentiasa ada, Allah sentiasa tolong aku sepanjang aku berada dalam jalan ini.

27/3/2013
Tadi masa on my way balik dari college, aku tiba tiba rindukan suasana and budaya kat SHAMS dulu. Budaya beri salam walaupun tak kenal. I just miss those moment. Rasa tenang sangat suasana tu. How I wish i could bring back budaya tu kat sini. Bila terserempak je bagi salam, tak kira usia. Baru lah rasa ukhuwwah tu kan? :)

Oh. Tadi lect physiology ada bagitau something yang aku rasa aku patut pegang sampai bila-bila. Beliau cakap, doctors should have these 3Cs.

Compassion.
Concern.
Commitment.

Bukan setakat dah rawat then simply run away. :)

25/3/2013

Kitorang buat surprise party untuk classmate. Sangat best and meriah. Kitorang buat dengan dak-dak perempuan first batch je, sebab rumah kitorang dekat dekat and masing masing memang rapat. So, kat bawah ni ada some pictures of..hmm bukan cake. Tapi stacks of donut, then letak candles banyak banyak. Hehe. Aku and veira main keyboard lagu happy birthday. Yang lain nyanyi sama sama. Happy birthday wan irdhina nadhira!

K till here then. Enjoyyyyyy ;)
Wassalam.

Miss Ribbon ^.^





Saturday, March 16, 2013

Randomness.

Bismillah.

Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak hapdet belog. Seriously masa terasa macam tak cukup lak nak hapdet belog. Haha. Bajet busy je kan.


Sedar tak sedar dah almost 6 months dah aku berada kat India ni. Tengok gambar kat atas ni, aku nampak sihat dan gembira kan? Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Ada lagi another half sem untuk habis first year medic. Tak sabar rasanya. 1st year ni sangat-sangat horror. 

Aku teringat yang aku pernah masuk rumah hantu. hehe. Takde keje betul. Saja nak tengok hantu kat India ni rupa dia camane. So, aku dengan roommate dengan beraninya masuk rumah hantu, kat Mantri Mall kalau tak silap. Mula-mula masuk rumah hantu tu, ya Allah gelap sangat. Kitorang takut sangat and tak nak masuk dalam-dalam tu. Tapi unfortunately kitorang dah masuk dalam tu and orang yang jaga pintu tu dah kunci kitorang dari luar. So memang tak boleh keluar balik!! Aku siap ketuk-ketuk pintu tu sebab nak keluar. Siyes takut! Haha. Pastu dalam tu takde orang lain, ada kitorang je, sebab rumah hantu tak besar sangat, so dia kena masuk sorang-sorang. Tak boleh sekali ramai. Gelap sangat, tak nampak jalan. Roommate aku yg lead. Lepas tu aku jerit "I WANNA GO OUT,NOW!!" Tak lama lepas tu ada sorang mamat ni muncul. Tolong bawak kitorang keluar, tapi jalan keluar dia tu ada je hantu-hantu. Seram tau tak. Dah nampak je pintu keluar, kitorang lari sekuat hati sambil jerit. -.- Lega bila dah keluar. HUHH.

And aku rasa masuk je 1st year medic ni macam aku masuk dalam rumah hantu tu la, lepastu aku rasa macam ditolak tolak ke depan, orang sekeliling sangat menakutkan, pengalaman yang boleh buatkan aku mengalirkan air mata..dan yang sadisnya,aku tak boleh nak patah balik.. I don't have any other choices melainkan untuk teruskan perjalanan hidup as a medical student. 

Haritu aku baru je lepas midsem exam, masa hujung bulan february. Midsem exam okay la. Not bad. Subject untuk first year ada 3 je, so tak berat sangat. Yang beratnya cuma..module banyak la kena belajar. Setakat ni module yang dah belajar:

i) Musculoskeletal
ii)Hematopoietic
iii)Cardiovascular
iv)Respiratory
v)Gastrointestinal tract

Makin lama makin banyak benda yang kena belajar. Bukan setakat basic-basic lagi dah. Kali ni kena tahu why and how it happened, where the process occurs, what is the organ involved, anatomical position, nerve and blood supply, chemically and physiologically why and how. Berbeza masa foundation dulu. Hanya tau sikit-sikit je dah cukup untuk dapat A dalam exam, or maybe A- dah cukup ok la kot. Aku bukan genius sangat pun. Midsem punya result belum keluar lagi. Maybe tak lama lagi. Harap-harap aku dikuatkan hati untuk terima apa pun result aku nanti.

Okay lah.

Nak sambung buat logbook. Next week dah kena hantar.

Wassalam.

With love,
Miss Ribbon ;)