Showing posts with label IMS-MSU. Show all posts
Showing posts with label IMS-MSU. Show all posts

Sunday, October 15, 2017

Final Year MBBS

Assalamualaikum and hai!
Alhamdulillah kita dah berjaya menamatkan 4th year MBBS and bermulalah kehidupan as a final year student di IMS-MSU Shah Alam, I just got transferred from IMS Bangalore sebab nak ikut suami balik Malaysia (dia baru habis final year MBBS kat Bangalore jugak) and sebab plan nak bersalin kat sini. Alhamdulillah now I'm 36weeks pregnant.. So hari ni kita nak story mory pasal 4th year MBBS di IMS Bangalore. Yang special nya 4th year kita ni., kita disahkan pregnant masa tengah posting ketiga, which is Primary Care posting. And alhamdulillah sepanjang 4th year ni semua urusan dipermudahkan :,)

4th year ni ada 9 posting. 3 long posting (7weeks), and the remaining 6 semua short posting. 

LONG POSTING
1. Psychiatry
2. Community Medicine (at Ramaiah College)
3. Primary Care

SHORT POSTING (ada 2 rotation, after each rotation akan ada end of posting exam)
(ROTA 1)
1.Ophthalmology (2wks)
2. Ear Nose Throat (2wks)
3. Forensic Medicine (3wks kat Ramaiah College)

(ROTA 2)
1. Anaesthesiology (2 wks)
2. Radiology (2wks)
3. Orthopaedics (3wks)

Masa 4th year ni kitorang kene rotate hospital setiap posting. Untuk Psychiatry, Primary Care, Ophthal, ENT kita dapat Jain Hospital. Yang lain kat Baptist Hospital. And yang bestnya Psychiatry Jain, kitorang punya clinical ward work kitorang kene pergi kat hospital psychiatry, ada dua Spandana Hospital and Rehab Centre, ada transport disediakan utk angkut kitorang pegi dua hospital ni setiap hari.

Psychiatry posting memang best, setiap penyakit mental tu ada cerita di sebaliknya, benda tu yg kita kene korek and fahamkan, kesian jugak tengok orang muda muda, educated kene masuk psychiatry hospital. Lain orang lain lain ujiannya kan. Alhamdulillah i passed my psychiatry exam with Honours (B)

Next posting, community medicine. Sumpah bosan! Hahaha. I kenot lah kene kurung dalam kelas everyday until 4.30, kalau dia baik sikit dapat la keluar 4.15 tu pun masa dah hari hari last. Grr.Actually ada pengalaman pahit masa community medicine ni tapi malas lah nak cerita. Kita cerita benda best je okay. So, Commed ni sebenarnya subjek yg senang, dia macam takyah fikir sangat lah, baca je buku K Park, and study lecture note, inshaAllah boleh jawab. Lagipun exam 30% je, lagi 70% semua carry marks daripada report. So, senang nak score. Alhamdulillah dapat Distinction (A-) untuk Commed :)

Primary Care posting pulak sangatlah rilex. Baca buku Murtagh tu memang best. Lepastu nak baca lagi detail boleh la baca buku Paeds or Medicine. Doctor kitorang masa tu ada sorang je, lecture hari hari kul 10 pagi so memang datang kul 10 lah hari hari lepastu da habis lecture tengahari boleh balik dah unless kalau nak amik case. I got Honours (B+) for this posting! :D

Untuk result short posting pulak, kita list je lah eh malas nak tulis panjang2 haha
Ophthalmology -  B+
ENT -                  B+
Forensic -            A-
Anaesthesiology - B+
Radiology -          A
Orthopaedics -     B

Result takde lah gempak mana pun, tapi bersyukur sangat takde subjek yang fail. Sebabnya 4th year ni mesti ada yg fail berjemaah. Scary T_____T Kadang kadang rasa macam nasib baik je dapat doctor baik/ mood doctor tengah baik masa exam. Masa pregnant first trimester memang tak study sangat lagi lagi time tengah morning sickness teruk sampai malam muntah-muntah, malam malam memang tak study sangat, study kejap je lepastu tidur awal. Kadang2 study kat hospital tu je sementara tunggu doctor. Lepastu notes utk exam semua buat last minit. Haha. Paling siksa sekali masa rotation ophthal, ent and forensic. Exam 4 hari berturut turut takde gap. Hari khamis tu ent, malam before exam tu blackout kul 9PM, time tu baru je bangun tidur sebab tak larat baru habis exam ophthal siang tu. Malam tu mmg stress sangat, menangis nangis lah baca buku ENT, nak kene study osce lagi ya Allah bersyukur sangat kita terkejut entah macamana boleh dapat B+ padahal kita rasa ENT lah kita study paling sikit. Terima kasih ya Allah banyak sgt turunkan pertolongan yg tak disangka sangka.

Kepada yg bakal masuk 4th year, all the best! Usaha and doa banyak3, 4th year ni mmg tough sebab banyak short posting, tendency utk fail sangat tinggi. Apa pun jgn give up sebelum mencuba!

Okaaaaaaaaaay sampai sini sahaja, sekian.

Mommy-to-be,
'Afifah


Monday, December 5, 2016

Kenapa kita diutuskan ke India?



Masa lecture statistic cerita pasal random sampling method, tiba tiba teringat balik masa mula mula datang India dulu, reaksi seorang senior yg sekarang beliau dah selamat jadi HO kat Malaysia dah berkawin anak sorang, terhadap perasaan adik adik junior yg tak berapa nak matang (aku la tuh antaranya), yg rasa sedih bila dihantar ke India. Sememangnya dulu target nak sambung belajar kat UK, tp mmg Allah dah tetapkan kita jejak kaki kat India ni. Heheh. Bila sampai India awal awal dulu selalu lah memberontak, kenapa kene gi India, tak best, medic susah, doctor punya slang india tak paham, orang local sini jahat, suka menipu, suka membuang merata rata, India busuk(punya lah tak matang dulu kan).

Kakak senior tu kata,kita semua ni dah dipilih oleh Allah, secara specific, untuk berada di India. Allah pilih kita bukan secara random, bukan macam "oh rasa nak pilih dia lah hantar pi India, rasakan!" oh tak tak, sebenarnya Allah memang dah plan nak pilih kita. 'The chosen one' akak tu kata. Patut rasa special lah sebab Allah pilih kita sebab Allah kenal kita dalam dalam, Dia tahu apa yg kita perlukan, and Dia tahu sini la tempat terbaik utk kita sambung belajar, bukan atas sebab saja saja, dan tentunya bukan sia sia.

Dah lebih 4 tahun kat sini, makin lama ujian makin berat, tanggungjawab makin bertambah. Sedikit demi sedikit ujian ini mematangkan diri kita, secara tak sedar. Bila kita compare masa first year dgn sekarang, subhanallah, ujian kita yg dahulu terasa sangatlah kecil dan remeh temeh nak dibandingkan dgn ujian kita yg sekarang. Hebatkan mcmne Allah uji kita ikut tahap yg kita mampu?

Bila dah duk menepek kat India ni barulah faham tujuan hidup, dulu duk fikir study study study, straight As straight As straight As, 4flat 4flat 4flat, lau boleh nak 10flat lah semangat nya dulu. Senang cite, tujuan hidup kita dulu hanyalah utk mengejar result exam yg cemerlang gemilang dan terbilang. Bila dah sampai India, ramai insan2 yg mengingatkan hakikat kenapa kita diciptakan dan atas tujuan apa kita dihidupkan di atas muka bumi ni. Baru faham pentingnya jaga iman kita sama pentingnya dengan jaga result exam kita nak make sure kita tak gagal (lagi lagi medic ni kan punya lah takut fail, hewhew).

Betullah akak tu kata, kita ni the chosen one. Allah pilih kita, not randomly, tapi dia sendiri yg pilih atas sebab yg hanya Dia sahaja yg tahu. Bersyukurlah sebab Allah masih pandang kita, masih sudi pilih kita utk diletakkan di satu tempat yg kita tak pernah sangka akan diberi cukup banyak kebaikan dan kecukupan..:')

Thursday, November 24, 2016

MSU-IMS Bangalore Part 2

Hai assalamualaikum hello everyone!

Sekarang nak sambung pasal MSU-IMS Bangalore Part 2!

Okay mengenai allowance, yg under MARA tiap bulan akan dapat melalui Vijaya Bank, bank local kat sini. Allowance memang lebih dari cukup, around 50k rupees. Lebih duit tu boleh saving utk bayar balik kat MARA, and boleh jgk nak saving bagi family yg memerlukan, ataupun utk travel dlm India and luar negara yg lain. Kalau tempat melancong dlm India ofkos ada banyak, Delhi, Mumbai, Agra (tempat taj mahal), Kashmir (tengok snow mmg cantikkkk sangat!), Ooty (mcm cameron highland), Kerala, Hyderabad, Manipal, Mangalore, Shimla, Manali, and banyak lagilah. Kalau luar negara yg lain kita pernah pergi Korea jer. Haha. InshaAllah taun depan target nak jalan jalan Europe ataupun Turki je pun dah cukup. InshaAllah.

Ok berbalik kepada hal IMS Bangalore tadi, masa first year and second year korang akan belajar Anatomy, Physiology, Biochemistry, Pathology, Pharmacology, Microbiology, Forensic Medicine, and yg lain lain tak ingat, ni mcm main subject utk first and second year. Then 3rd year korang akan start clinical kat hospital. Kat sini ada 2 hospital, satu Jain Hospital, lagi satu Baptist Hospital. Nanti korang akan dibahagikan kepada dua hospital ni, and sepanjang 3rd year akan ada 4 rotation iaitu Medicine, Surgery, Obstetric Gynaecology and Paediatrics. Memang best, clinical exposure kat hospital sini memang satu pengalaman yg menarik and of course lain suasana compare dgn malaysia. Apa pun semuanya berbalik kpd initiative student sendiri utk memanfaatkan segala peluang yg ada utk dapatkan pengalaman clinical sebanyak mungkin di sini.

Mengenai penginapan pulak, kat sini memang ada penempatan utk student malaysia. Ada beberapa apartment kat sini iaitu Shriram Apartment, Dwellington Apartment and Divya Apartment. Kita sekarang duk kat Dwellington Apartment. Alhamdulillah semua selesa, serba cukup, ada tv, meja makan, mesin basuh, kipas, lampu, katil, meja study. Rumah kita ada dua bilik. Kalau sewa utk rumah dua bilik : 15000 rupees. Bil letrik kita biasanya 2000 rupees sebulan, and bil internet depends kat package mana, kita biasanya bayar 1600 rupees sebulan. So semua bayaran ni bahagi dua dengan housemate. Kalau ada 4 housemate, bahagi 4. Tapi kebanyakan kat sini duduk satu bilik sorang. Nak privacy gittew.

Pasal keselamatan kat sini, alhamdulillah kita tak pernah kena apa apa kat sini, yg penting jangan keluar lewat malam, kul 10 dah kena balik rumah dah. Kat area perumahan sini ada ramai pakcik guard jaga, and memang kat sini ramai student malaysia, so kalau nak minta tolong apape senang je la.

Okay kpd yg baru sampai Bangalore, and yg baru dapat tawaran ke Bangalore, all the best!!!

Tuesday, June 14, 2016

International Medical School Bangalore, India

Assalamualaikum w.b.t

Macam kita mula mula dulu, kita mesti akan search gila gila pasal college tempat kita akan sambung belajar, paling penting sekali hostel dia sebab ye la nak duk 5 tahun mestilah nak make sure tempat yang okay kan. So today, kita akan cerita serba sedikit mengenai medical school kita.

Firstly, IMS ni campus MSU yg dibina kat Bangalore India, main campus kat Shah Alam. Basically jadual IMS Bangalore memang sama dengan IMS Shah Alam. Cuti n exam semua sama. Yang bezanya soalan exam lain lain lah, and doctor yang mengajar memang doctor sini. Campus ni terletak di Bangalore, kawasan mcm kawasan bandar lah jugak, shopping mall melambak, tempat makan pun banyak n best n paling penting, makanan halal senang nak dapat. Kat sini ada pasar terletak di Yeshwantpur,kalau naik auto 50 rupees je (around RM3). And kat pasar tu ada mcm mcm la ikan, udang sotong ketam. Daging halal pun ada, memang orang Islam punya kedai.

Mengenai tranaport kat sini, transport biasanya naik auto, ala yang macam motor beca tu. Best naik ni sebab berangin and senang nak cilok masa jalan jem. Then, harga pun murah, kalau guna meter memang tersangatlah okay. Lagi satu pengangkutan yg biasa kitorang amek adalah taxy. Memang ada apps khas untuk taxy ni. Satu apps Ola, lagi satu apps Uber. Kalau guna apps ni kita boleh send location, and boleh pilih nak taxy mini ke, sedan ke, MPV ke. Ikut keperluan. Biasanya kalau guna mini tu murah je, kadang kadang rasa lagi berbaloi daripada naik auto.

Kalau pagi pagi nak gi kelas, biasanya akan ada 2 bus. 1 bus untuk student first n second year. Lagi satu untuk student clinical. Boleh jimat banyak la kat situ kalau hari hari naik bus. Hehe..

InshaAllah sampai sini dulu. Nanti akan ada sambungan sebab sekarang dah ngantuukk. Kbye assalamualaikum.

Friday, May 1, 2015

Wedding countdown :)

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu ummah. 

Alhamdulillah syukur. Masuk je bulan 5 ni, maksudnya dah lebih dari 2 tahun setengah aku berada di bumi india ni. Bila blackout kat india ni dah tak rasa apa dah. K tipu. Merungut tu ada la sikit sebab panas cuma tak seteruk dulu la tiap kali blackout rasa nak nangis. Haha. N skg musim hujan kat india ni so selalu sangat blackout. Sekarang ni aku dah nak habis 3rd year MBBS. Almost there afifah almost there teruskan berjuang! *lap air mata kegembiraan* Tujuan asal tulis kat belog ni sebenarnya nak tulis pasal hari bahagia yg bakal menjelma bulan september nanti, insyaAllah. Countdown lagi 4 bulan je ni. Berdebar lah *lubb dubb*

So lets start !

DATE
Nikah and resepsi : 12 September 2015
Bertandang : 13 September 2015

VENUE 
Nikah : Rumah je
Resepsi : Dewan Sikamat, Seremban
Bertandang : Crystall Ballhouse, Bukit Jelutong

COLOUR THEME
Nikah : Off white or cream
Resepsi : Emerald green
Bertandang : Light brown / champagne
Family : Olive green
Girlfriends : Baby pink/pink pastel/soft peach
Deco bilik : Gold/beige/cream
Deco dewan belah perempuan : Mint green, white

Balik 2 weeks masa hujung bulan puasa nanti, banyak benda nak kena setelkan. Sebab last last minit la jugak parents setuju nak nikahkan kitorang this year. Cuti pulak terhad. Masa cuti puasa nanti la kena setelkan semua benda seperti : 
1. Tempah cincin
2. Fitting baju pengantin. Tangkap muat jela mana2 kat butik tu asalkan tak meleret n tutup aurat.
3. Catering n kompang ibu dah setelkan.
4. Doorgift 1000pax (tengah mencarik lagi ni.)
5. HIV test (ehh rasa awkward tetibe.hmm)
6. Borang nikah. (paling penting!)

Rasanya ni je lah kut yang penting. Hopefully takde benda yg ter miss la. Oh mak andam kita tak amik kot. Takut mak andam cat muka kita jadi hantu jepun. Tidak!!! k bai. Doakan kita! assalamualaikum. 

Thursday, October 16, 2014

Medicine Posting.

Bismillah.

Alhamdulillah hari ni hari ke empat dah start posting. Everything's getting better day after day alhamdulillah. Pagi ada lecture regarding neurology. Esok topic abdomen pulak.

Macam macam ragam patient dah jumpa. This week banyak kes dengue fever. And ada jugak rare cases mcm ascariasis, glioblastoma multiforme n lain lain. Menariknya pesakit ascariasis ni, mental mcm tak stabil sikit so rasa mcm kat psychiatry department pulak. Masa tu doctor Indira ajar cara nak present case depan patient ni sebab lepas ni semua kena buat sorang sorang. Patient tu macam kacau kacau orang yg duk dekat ngn dia. Dia dah tua. Then dia letak tangan kat atas kepala kitorang. Doctor tu kata dia nak bagi blessing. Alolo.. Tapi kesian la tengok dia masa tu. Kitorang senyum senyum je lau dia usik usik. Tapi kesian la tgk dia masa tu T_T

Lagi satu penyakit common kat Baptist Hospital ni, diabetes. Bila ramai kena diabetes, senang jugak la nak jumpa patient with urinary tract infection sebab diabetes lagi senang dapat infection.

Kat OPD , aku pernah jumpa patient yg datang sebab weakness je. Nak tergelak pun ada tapi takpe lah. Hihi. Dia kata dia ada history of fever beberapa hari lepas n then dah subside dah pun. Tak lama lepas dia kata dia demam balik, sakit kepala n feeling weak. Doctor tu tanya "what make u come here?" Patient jawab "Cuz i feel weak. i wanna be active!" Doctor just kata dia kurang minum air. Best la cara doctor tu explain kat patient tu. Dia kata "You need to drink a lots of water. When you get fever, the heat inside makes you feel more dehydrated" Dia suruh minum 2 glasses of water in the morning, afternoon, evening, night. Minum juice will be okay jugak. So cukup la 8 glasses tapi kalau lebih lagi bagus.

Okay lah. Nak sambung study. Esok ada lecture pagi. Bersedia lah untuk berdiri lama lagi esok. Macamana la kalau pregnant masa clinical year nanti kan. Eh. Haha. Kbai. Wassalam.

Miss F

Saturday, October 11, 2014

Orientation Week 3rd Year IMS Bangalore

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam bersamaan hari Sabtu 11 October 2014, tamatlah sudah minggu orientasi untuk clinical year students (3rd year). Agak stressful lah this week. Balik rumah je rasa nak tidur sebab penat sangat. Masa orientation week ni, kitorang dah dibahagi kepada 4 small batches (batch A,B,C,D and aku batch A which consists of 9 students) sebab ada 4 posting department ; medicine, surgery, obstetric and gynaecology, paediatric. Sepanjang minggu ni, kitorang diperkenalkan dengan sejarah hospital kitorang, and briefing berkenaan department masing-masing. 

Masa second day orientation tu kan, batch A kena masuk department medicine. And kitorang dibahagikan kepada 3 lagi group kecik. Ada yg pergi female ward, OPD, and ICU. I prefer pergi ward sebab ramai patient. Kalau OPD, kalau takde patient sangat, dapat sikit je la nanti. Masa orientation week ni, kitorang diberi pendedahan sedikit suasana masa start posting nanti. Seronok sebab dah dapat gambaran sikit. Cuma, hospital ni doctor selalu busy. Kita kena pandai pandai cari doctor. And kalau doctor takde, kita kena study sendiri. 

Oh lupa nak bagitau, aku dapat Baptist Hospital. Ada lagi dua hospital ; Jain Hospital, Sindhi Hospital. Ramai yg dapat Baptist Hospital sebab final year student yg dah balik for good tu ramai dari Baptist Hospital. And sedih la jugak sebab my 2 housemates semua lain lain hospital. Sorang dapat Jain Hospital, sorang lagi Sindhi Hospital. And fyi, Baptist paling dekat dengan rumah which is around 15 minutes je kalau naik scooter g sana. Sindhi paling jauh 45 minutes if naik bus. Semoga kawan kawan tabah la ye dapat hospital jauh. T.T

Isnin ni baru start posting. And nanti akan ada night duty (on call) so ada sorang or dua orang yang kena stay hospital sampai malam. Omg, aku rasa tak sabar nak kuruskan badan masa clinical year ni. Haha.

Okay lah, sampai sini je lah. Minggu ni dapat berehat hari Ahad je, Sabtu tu nasib baik half day tau. Okay, see you again. Bye!

Wassalam.
Miss F

Friday, December 6, 2013

Progress Test 1 dah habis!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kitorang baru je habis hekzem. I'M FREE! Tapi sekejap je lah, next week start module baru dah. Anyway, exam ni nama dia Progress Test 1. Carry marks tak banyak pun utk ni, but still, boleh jadi booster untuk total markah carry marks nanti. Overall, alhamdulillah, boleh jawab la utk hekzem kali ni. Tapi macam biasa la, ade je yg dah hafal tapi tak ingat. Ada yg mmg tak study pun pasal bende tu. And the funny part is, banyak jugak soalan daripada subjek Forensic Medicine. Padahal forensic ni subjek yg paling sikit portion nye lau tak silap. Tak sebanyak microbiology, pharmacology, pathology.

Aku suka subjek Pharmacology. Tak tahu nape, memorizing drug's name ni memang sangat fun. Plus, lecturer Pharmacology mostly best-best. Lecture note aku utk Pharmaco lah yg aku rasa paling lengkap and boleh refer utk hekzem. Tapi unfortunately, utk Progress Test 1 ni tak banyak pun masuk soalan berkaitan nama drug, drug interaction. Sedih jugak. Tapi takpe lah, maybe masuk utk Pro Exam ke kan. InsyaAllah!

Exam kali ni hari Khamis and Jumaat. And hari Rabu, a day before exam, kitorang masih ada kelas sampai petang. OMG. Memang cuak la, tapi aku datang je kelas. Ada seminar presentation forensic petang tu. Memang sangat helpful utk exam :'D Malam rabu tu aku tido lewat sikit, dlm kul 1 pagi kot. Plan nak tido kul 12, tp sebab banyak sgt nak kena revise, ter extend pulak. Lepas tu, bila dah habis theory exam, malam khamis tu aku tido awal! Terjaga kul 5 lebih pagi. Tapi tak stress sangat pun sebab rasa macam dah banyak dah study utk OSPE. OSPE ni exam utk practical. Selalunya hafal logbook je, and refer slide histology, specimen semua tu.

OSPE tadi masuk pasal wet gangrene. Nasib baik lah malam tu study pasal tu dgn roommate. Sebijik-bijik masuk. Specimen pun sama. And aku siap wat note sikit-sikit untuk gangrene tu. Alhamdulillah! Cuma pharmacology agak hancus, cuz i didn't read part dosage form tu. Sebab tak expect pun akan masuk. And graph pulak pasal antagonism. Baru je hafal pasal inverse agonist, tapi bila tengok soalan tu tadi, macam blank pulak -.- tapi takpe lah,aku jawab je agak-agak boleh diterima. Kot-kot dapat markah kesian ke kan T.T

Yang penting aku dah usaha sebaik mungkin. Usaha tu bukan takat usaha malam before exam, tapi usaha datang kelas, seminar, tutorial, practical. Tu dikira usaha jugak. Semoga usaha kita sentiasa dipandang oleh Allah and kena ingat, setiap kejayaan yg kita dapat..bukan sebab usaha kita pun, tapi sebab rahmat dan kehendak Allah. Cuma fitrahnya, siapa yg usaha, dia akan dapat apa yg dia nak, TAPI, atas izin Allah. Jadi , nak kejayaan tu, usaha.. dan doa lah supaya usaha kita tu Allah pandang, and supaya Allah redha dgn usaha n kesungguhan kita tu. Okkeyy? 

Itu je lah kot. Oh ye petang tadi aku pergi makan makanan korea kat Hae Kum Gang (HKG) restaurant. Tak tau lah betul ke tak spelling. Tapi best la kedai tu. Masa tengah tunggu makanan tu, dia akan serve side dish, kira macam appetizer la kot, tp sedap! Aku order jjambong. Sebab aku teringat cite Running Man, Jihyo suka makan jjambong. Nampak macam sedap je. Aku pun try la tadi. Harga dia 380rs. Dalam RM20 lebih la jugak. Jjambong ni macam noodles, kuah dia spicy. Rasa mcm mee kari malaysia pun ada. Sedap. Kenyang sangat sebab mangkuk besar. Next time nak try yg lain pulak. hehe. And ade jugak order ramai2, order crab roll lau tak silap, dgn kimbap tuna. Ok la rasa dia. Lepas tu dah habis makan, dia serve dessert. Buah tembikai dgn papaya, sekali air mcm air nata de coco tu. So mmg sedap la. Next time nak pegi lagi! :D

Ok lah. that's all for today. Aku nak sambung tengok Running Man. Esok nak pegi library siapkan segala kerja. Next week dah masuk module baru! 

Sekian, wassalam.

Bahagia dah habis hekzem,
Miss F.


Sunday, April 28, 2013

Aku Masih di Sini.

Assalamualaikum.

Macam biasa, before aku mula membebel kat sini, aku nak cakap yang dah hampir 7 bulan aku duk India. Dah 3 exam habis. Ada lagi 2 exam nak kena tempuh lepas ni,which are final exam and pro exam. Pro exam ni penentu sama ada aku berjaya masuk 2nd year atau tak. Hopefully lepas la nanti. Malu lah kalau kantoi first year medic. So kalau pass, insyaAllah dlm bulan 9 or 10 tahun 2013 ini, bermulalah perjuangan hidup sebagai pelajar perubatan tahun 2!

Sekarang ni tengah cuti seminggu. Lepas exam je cuti. So sebenarnya banyak jugak cuti masa first year and 2nd year ni. Dah masuk 3rd year nanti tak sure lah cuti dia macamana sebab 3rd year tu tahun clinical, which means dah tak payah pergi college, belajar kat hospital je. Setiap pagi ada bas khas untuk senior2 pergi hospital. Tak sabarnya nak masuk clinical year!

Aku nak cerita pasal exam yang aku baru habis haritu. Exam ni sebenarnya Progress Test 2. Module yg masuk dlm exam ni module yg baru belajar masa sem 2 je. So total module yg dah belajar masa sem 2 ada 4, GIT, renal, endocrine and yang paling best, reproductive module. Haha. GIT belajar 3 weeks, renal 2 weeks, endocrine 2 weeks and reproductive module 1 week. Kitorang habis je reproductive module ni, ada gap sehari, lepas tu terus exam. Haa amek kaw. Revision week xde, ada revision day je 1 hari. Nasib bek la aku dah tak study last minute skang ni. Takde la stress sangat. Alhamdulillah.

Hari selasa habis belajar. Hari khamis exam. Ada 3 paper, MCQ, SEQ, MEQ. 1 paper ni include 3 subject, anatomy, physio and biochems. So malam tu memang kene pulun baca 3 subjek lah sebab paper exam bukan ikut subjek macam masa spm and foundation dulu. Alhamdulillah aku boleh jawab semua. Cuma soalan kali ni tak direct. Dia kene fikir dalam dalam. I mean basic concept kena faham betul betul, then baru boleh jawab. Kalau tak sebelum ni soalan direct je, tu pun jawab merapu rapu. Hahaha :D

Hari jumaat pulak OSPE. OSPE ni test untuk practical. Untuk anatomy, kali ni dapat specimen female reproductive organ. Specimen ni sebenarnya part of cadaver punya organ badan. Kat sini kitorang panggil specimen. Dia suruh determine pinned structure, dia ada letak pin kat 1 structure, so kene detect tu apa. Kali ni, dapat uterus. Dia tanya development of uterus ni from which duct. And dia tanya pasal congenital anomalies pasal uterus ni. Ape bende tah aku hentam haritu. Haha. Lepas tu ada 1 session ni kene tengok xray film..lepastu kene jawab based on xray tu. Puas jugak main teka2 dengan doctor flossy, sebab aku tak ingat, padahal selalu je lecturer sebut dalam kelas. Teka2 asyik salah je. Out of 4 aku dapat jawab 2 je..pasal trigone of bladder and ureter. Yg lagi 2 tu, aku memang blur la, tak dapat jawab. :(

Lagi 1 specimen, dapat stomach. Dia tanya blood supply of stomach and lymph node. Haa yg lymph node tu aku hentam. Blood supply alhamdulillah memang dah target itu masuk exam. Lymph drainage ini ada banyak tau, macam each organ ada lymph drainage masing masing. Lepas ni masuk central nervous system punya module. Lagi lah..kene hafal innervation pulak. Blood supply puntak khatam lagi T.T

Okay lah,sampai sini je lah pasal exam. Kita lupakan je pasal exam. Kita enjoy holiday okay? Choww.

Assalamualaikum.

Miss F






Saturday, March 16, 2013

Randomness.

Bismillah.

Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak hapdet belog. Seriously masa terasa macam tak cukup lak nak hapdet belog. Haha. Bajet busy je kan.


Sedar tak sedar dah almost 6 months dah aku berada kat India ni. Tengok gambar kat atas ni, aku nampak sihat dan gembira kan? Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Ada lagi another half sem untuk habis first year medic. Tak sabar rasanya. 1st year ni sangat-sangat horror. 

Aku teringat yang aku pernah masuk rumah hantu. hehe. Takde keje betul. Saja nak tengok hantu kat India ni rupa dia camane. So, aku dengan roommate dengan beraninya masuk rumah hantu, kat Mantri Mall kalau tak silap. Mula-mula masuk rumah hantu tu, ya Allah gelap sangat. Kitorang takut sangat and tak nak masuk dalam-dalam tu. Tapi unfortunately kitorang dah masuk dalam tu and orang yang jaga pintu tu dah kunci kitorang dari luar. So memang tak boleh keluar balik!! Aku siap ketuk-ketuk pintu tu sebab nak keluar. Siyes takut! Haha. Pastu dalam tu takde orang lain, ada kitorang je, sebab rumah hantu tak besar sangat, so dia kena masuk sorang-sorang. Tak boleh sekali ramai. Gelap sangat, tak nampak jalan. Roommate aku yg lead. Lepas tu aku jerit "I WANNA GO OUT,NOW!!" Tak lama lepas tu ada sorang mamat ni muncul. Tolong bawak kitorang keluar, tapi jalan keluar dia tu ada je hantu-hantu. Seram tau tak. Dah nampak je pintu keluar, kitorang lari sekuat hati sambil jerit. -.- Lega bila dah keluar. HUHH.

And aku rasa masuk je 1st year medic ni macam aku masuk dalam rumah hantu tu la, lepastu aku rasa macam ditolak tolak ke depan, orang sekeliling sangat menakutkan, pengalaman yang boleh buatkan aku mengalirkan air mata..dan yang sadisnya,aku tak boleh nak patah balik.. I don't have any other choices melainkan untuk teruskan perjalanan hidup as a medical student. 

Haritu aku baru je lepas midsem exam, masa hujung bulan february. Midsem exam okay la. Not bad. Subject untuk first year ada 3 je, so tak berat sangat. Yang beratnya cuma..module banyak la kena belajar. Setakat ni module yang dah belajar:

i) Musculoskeletal
ii)Hematopoietic
iii)Cardiovascular
iv)Respiratory
v)Gastrointestinal tract

Makin lama makin banyak benda yang kena belajar. Bukan setakat basic-basic lagi dah. Kali ni kena tahu why and how it happened, where the process occurs, what is the organ involved, anatomical position, nerve and blood supply, chemically and physiologically why and how. Berbeza masa foundation dulu. Hanya tau sikit-sikit je dah cukup untuk dapat A dalam exam, or maybe A- dah cukup ok la kot. Aku bukan genius sangat pun. Midsem punya result belum keluar lagi. Maybe tak lama lagi. Harap-harap aku dikuatkan hati untuk terima apa pun result aku nanti.

Okay lah.

Nak sambung buat logbook. Next week dah kena hantar.

Wassalam.

With love,
Miss Ribbon ;)




Friday, January 11, 2013

My Favourite Subject - Anatomy

Assalamualaikum.

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya.

Tapi nak hapdet belog jugak, tak kira.

-.-

-
-
-
-
-
-
-
*thinking*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*thinking*
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Okay. Lets talk about..my favourite subjects. hehehe. Anatomy and Physiology. Paling sayang anatomy sebab sangat fun plus ada dissection which means kita boleh tengok mayat and nak pegang-pegang mayat pun boleh. Lagi satu, lecturer Anatomy semua baik-baik, sporting  and tak suka 'kurung' kitorang dalam kelas. As compare to Physiology and Biochemistry, dorang agak strict and suka 'kurung' kitorang dalam kelas selama 1 jam (usually), then bagi tajuk suruh baca, then after you have signed your attendance, you can go. yeay! 

Oh ye. For your information. Masa first year kat sini, kitorang belajar 3 subjects, by system. It means ada banyak system kena belajar untuk 3-3 subjects tu. So far,kitorang dah habis module Musculoskeletal(its a KILLER module!!) and Hematopoietic module. Why Musculoskeletal module ni aku cakap killer module, this is because kitorang belajar and kena hafal, saya ulangi, KENA HAFAL all the muscles and innervations of that muscles within less than 2 weeks! Lepas tu terus masuk minggu exam. I didn't know why I was still survive sampai harini. Hehe. Alhamdulillah. Sekarang da masuk minggu kedua untuk Cardiovascular system punya module. Sangat best, teringin jugak nak sambung pakar jadi cardiologist, tapi..tengoklah dulu nanti camane, cuz masih simpan hasrat nak jadi oncologist. :)

So, sekarang dah habis 3 module which are :
Fundamental module
Musculoskeletal module
Hematopoietic module

And tinggal lagi seminggu untuk cardiovascular module. Next week aku kena present 2 seminar, satu Physiology, satu lagi Biochemistry. Dah lama tak present sebenarnya ni, tapi insyaAllah boleh. Kena confident! :D

So far, alhamdulillah.. Aku cuba untuk consistent belajar setiap malam, walaupun banyak halangan sebenarnya, antaranya adalah game, facebook, twitter, feeling sleepy, pengaruh rakan sebaya yang suka cakap "ala rajinnya study". Haha.

Berbalik kepada tajuk yang ingin aku bincangkan tadi iaitu mengenai my favourite subject. Most febret is anatomy. Walaupun module Musculoskeletal agak membunuh, plus kena siapkan logbook masa holiday one week haritu memang siang malam siapkan logbook..tapi ada something yang aku dapat sebenarnya. Something is better than nothing kan. Okay. Untuk logbook tu sebenarnya ada contribute carry marks untuk final assessment nanti. Logbook tu mainly kena tulis lab report, lukis gambar muscles and blood vessels yang berpuluh-puluh page kena siapkan within one week. Serious rasa nak nangis tengok gambar yang kena lukis tu!

So, apa 'something' yang aku dapat tu? Ce cite sikit. 'Something' tu ialah...aku dapat tengok dan menyedari bahawa betapa teliti dan halusnya ciptaan Allah. Sekecil-kecil cell tu pun ada banyaaaaaaak function dalam badan ni, apatah lagi yang lain-lain. Bila aku lukis muscles and segala nerve + blood vessels, aku terfikir, ya Allah betapa complicatednya badan manusia ni. Ada macam-macam. Setiap muscles ada function tersendiri. Setiap muscle ada nerve yang supply to it. Sangat banyak. Sangat complicated. Tapi bagi Allah, tu semua mudah. Simple. Subhanallah.. Kalau kita perhalusi setiap ciptaan Allah satu persatu, kita mesti akan rasa susahnya complicatednya. Setiap yang Allah cipta tu ada function tersendiri. Kalau belajar pasal embryology, kan ada belajar pasal fetal development, segala stage of development tu kalau kita tengok, subhanallah..stage tu ikut flow daripada ovum and sperm, sampailah jadi organ badan yang sempurna. Comel je ikut flow dia. Subhanallah. Kuasa Allah tiada tandingannya.
"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah." [Al-Ankabut : 19]
Ayat kat atas ni, buat aku betul-betul sedar. Medic bukan sekadar ilmu dunia. Kalau kita tengok subjek Anatomy ni, kita belajar pasal sistem dalam badan kita, Physiology pulak pasal process apa yang berlaku dalam badan. Kalau kita betul-betul teliti dan hayato apa yang terkandung dalam ilmu anatomy and physiology ni, kita akan sentiasa rasa sangat amaze dengan ciptaan Allah, dan rasa curious untuk tahu lebih banyak dan lebih mendalam. Bukan sekadar exam semata-mata.

"Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah."

Allahuakbar. Betapa kerdilnya diri ini. Penciptaan kita, kematian kita, hidup semula selepas mati, semua tu mudah bagi Allah. Subhanallah. Makin banyak aku belajar medic ni, makin terasa kerdil diri ini. :')

InsyaAllah sampai sini je. Hopefully,kita dapat betulkan niat, pilih medic sebab apa. Kalau just untuk kehidupan dunia, then that's what you will get. Tapi kalau kita niatkan untuk dunia dan akhirat, inshaAllah, Allah akan permudahkan jalan kita untuk kedua-duanya sekali. Journey as a medical student is not easy. Never easy. My physiology lecturer always remind me, medical course is not an easy course. I have to read a lot, and it requires hard work. Semoga Allah permudahkan jalan ini. Moga Allah redha. Aamiin. :)

Sekian, wassalam.


Oncologist-to-be,
Miss F



PS : Tadi lecturer anatomy lepaskan kitorang balik awal. So dapat balik pukul 3! Sayang anatomy!

PSS : Lagi sebulan nak balik Malaysia! Yahoooo! :D

Saturday, November 3, 2012

Sonata Tak Bersalju :')


Assalamualaikum. It has been awhile kan tak hapdet belog. Now it's 6.24 am. Tak sangka dah sebulan aku duduk kat India ni. Dah cukup sebulan aku menjadi seorang medical student di International Medical School Bangalore. Dah macam survivor rasanya. Bila 2nd intake student datang rasa macam seronok pulak, sebab still dapat survive kat sini and dapat cite macam-macam dugaan yang dah kitorang lalui selama sebulan kat sini.

Hanya Allah je yang tahu betapa aku datang ke India ni penuh dengan linangan air mata, drama emosi dan air mata everywhere everytime. The only happiness yang aku rasa kat sini is when Shameera and Liyana ada,tempuh segala susah senang bersama. And now, aku dah mula rapat dengan Mas, kak Dila dan Patricia. InsyaAllah ada hikmahnya kenapa Allah pertemukan kita semua. :)

Masa mula-mula sampai di Bengaluru International Airport, aku agak terkejut sebab sejuk, sejuk ala-ala aircond gitu. Sampaikan aku kena korek beg hand luggage aku tu untuk keluarkan sweater, the only sweater yang aku bawak from Malaysia cuz I thought India ni macam takde lah sejuk sangat kan. Tapi sekarang aku menyesal, and menderita kesejukan sebab sweater ada satu je, sekarang suhu around 20 degree and sometimes turun sampai 18 degree!

Sejujurnya aku masih menyimpan hasrat untuk mohon tukar ke MSU Shah Alam, aku memang tak sanggup nak teruskan hidup di sini, dan bila teringat yang aku akan tinggal di sini lagi 5 tahun, aku rasa down yang teramat sangat. Aku mengalami penyakit 'menangis hari-hari' sejak minggu ke dua aku berada di India. Masa first week aku rasa okay lagi, happy je shopping sampai habis 10 000 rupees. *evil laugh* Apa pun bila fikir ibu ayah, aku tak sanggup nak mintak tukar.. Tak sanggup nak hancurkan harapan ibu ayah. InsyaAllah aku akan cuba bertahan, aku suka course medic ni, cuma aku still tak dapat sesuaikan diri dengan environment kat sini.

Masa mula-mula datang, aku dicampakkan ke sebuah rumah apartment in which nama apartment tu cresent enclave. Sedapkan nama apartment tu? Bajet macam mewah je apartment tu tapi memang cun pun apartment tu. Cuma it is not fully furnished and takde washing machine and study table. Kalau nak buat homework or study aku kena buat atas katil. Study sampai sakit pinggang sebab posture duduk tu sungguh membahayakan. Ok ayat melampau di situ. Haha. Then kena basuh baju sendiri hari-hari sebab takde washing machine. Kitorang kena tunggu senior lama keluar untuk dapat rumah yang fully furnished. So kena survive sebulan je kat cresent enclave tu and alhamdulillah last wednesday kitorang selamat pindah ke Shriram Apartment.

Tibalah saat yang dinantikan. Aku tengok keadaan rumah kat Shriram Apartment, aku rasa nak nangis tapi tak nangis la. Aku sentiasa nampak anak lipas kat dalam rumah tu. Hanya Allah je yang tahu betapa aku benci takut and geli kat lipas. Then tengok keadaan ruang tamu yang macam dah kena tinggal lama sangat.Dapur pulak berbau, lipas merata-rata. Washing machine rosak tak boleh spin.Tandas bilik, ya Allah...aku rasa nak jerit YA ALLAH RUMAH MANUSIA KE APA NI! Sedihnya! 

Malam tu tidur pukul 2 am. Tak selesa tidur. Sekejap kejap terjaga. Roommate aku pun feel the same too, tak selesa. Aku hanya mampu berharap agar masa berlalu dengan pantas supaya aku dapat cepat cepat balik Malaysia. Betullah aku diuji dengan berbagai dugaan sepanjang aku ada kat sini. Masa nak pegi Mantri Mall haritu, hujan lebat masa balik. Aku and roommate naik auto(macam motor beca, i don't know how to describe..hehe) , bayangkan masa tu hujan lebat, masa nak dekat sampai rumah, terkena splash air lecak. Habis basah! Dah la air tu ntah ntah bercampur dengan substance yang menjijikkan ke kan (cth nya taik lembu).  Geli bila fikir balik. Lagi satu uncle auto tu, ya Allah gatal sangat, pantang nampak perempuan comel. Da la macam beruang. Charge lebih pulak tu, mula-mula kata 150 rupees, dah sampai Shriram kata 200 rupees pulak. -.-

Aku mula rasa penat duduk sini. Baru sebulan aku dah rasa penat, rasa sedih, menyesal. Mixed emotions. Aku terfikir betul ke keputusan yang aku buat ni. Tapi akak senior pernah cakap, kita ni the chosen one. Allah dah pilih kita semua untuk hidup di India ni and here we are, dah ada kat India and insyaAllah, Allah has perfectly planned something yang terbaik untuk kita semua. Cuma satu je, aku perlukan masa, perlukan masa yang maybe sangat sangat lama untuk adapt dengan susah payah nya life kat India ni. 

Yes kitorang memang banyak duit, elaun bertimbun, berlebih-lebih. First year lagi dah boleh melancong. Nampak dalam gambar semua muka ceria muka bahagia tapi hakikatnya aku tak bahagia langsung. Setakat ni la. Aku terfikir, mungkin selama ni aku dah terbiasa dengan hidup senang, tidur dalam air cond, ruang tamu besar, dapur yang selesa, menyebabkan aku asyik compare kehidupan aku di Malaysia dengan kat sini. Of course sangat sangat beza. Of course hidup di sini tak seindah yang di sangka. I already know that, cuma bila dah tahu, dan alami sendiri, baru terasa betapa mewahnya hidupku di Malaysia. Betapa bersyukurnya aku dapat hidup di Malaysia dengan selesa. Super  duper selesa berbanding sini. 

Oh ye, baru-baru ni raya haji kan. That was my first time celebrating aidiladha di perantauan. Mesti la sedih, sebab apa tau, malam raya tu nak tau aku buat apa.. Online.. Tapi bukan dengan family,sebab family balik kampung and kat kampung takde internet. Sedih sangat malam tu, aku nangis, tapi senyap-senyap la. hehe. Aku terfikir kalau kat Malaysia malam raya tu aku mesti tengah spend time dengan sedara mara kat kampung. Lain sangat rasanya masa tu.

Esoknya baru terasa macam raya, pegi surau muhajirin sambut dengan senior senior tercinta. Pakai baju raya. Makan nasi tomato. Sedap! Lepas tu balik rumah semua tido. Tak tau la tidur sebab penat, atau sebab sedih tak dapat raya dengan family. Ini lah pengorbanan. This is just a beginning kot. Nanti dah jadi doctor, lagi teruk rasanya. Kena banyak-banyak bersabar ye Dr 'Afifah. 

Sekarang ni dah masuk winter. Sejuk, tapi takde salji. Asyik rasa lapar je kat sini. Tapi sini best, sebab makanan boleh delivery tak kira la betapa cikainya restoran tu. Kat sini makanan macam Malaysia tapi tak sesedap Malaysia. Yang sedap western food je kot. Harga pun not bad. Alhamdulillah boleh je telan apa apa makanan kat sini, yang penting halal.

Oh haritu aku pernah kena diarrhea tapi sehari je and tak teruk sangat. Siksa jugak la. Sakit perut 2 malam. Perut rasa cramp. Kua masuk toilet banyak kali. Abdominal pain, kaki rasa cramp. Nasib baik masa tu cuti sebab ada perayaan apa entah, yang pecahkan buah macam tembikai kat jalan raya. Best lak tengok tapi kotor la nampak kesan buah pecah. Punca diarrhea ni ialah burger mcD. Pedas sangat kot. -.-

Kawan-kawan kat UK n Poland nampak happy dan bahagia kat sana. Gambar dorang kat fb comel comel je berlatarbelakangkan salji. Tak dinafikan aku agak cemburu tengok dorang semua kat sana. Dorang tak payah fikir pasal rumah or kenderaan or keadaan college kat sana. Kitorang kat sini kena pindah rumah lepas sebulan duk cresent enclave, kena beli barang rumah sebab serba tak cukup, sebulan kena basuh baju sendiri, kalau tak kena jalan kaki pegi rumah senior. Basuh baju bukan sekejap, makan masa 1 jam or 2. Kadang tidur kul 1 pagi sebab nak basuh baju guna tangan. Pastu naik bas kalau lambat kena berdiri. 

Then, toilet kat rumah ni kotor, geli sangat, nak kena bersihkan, nasib baik roommate aku ada, dia tolong sental. Thanks a lots Yana! Macam macam benda kena buat nak uruskan rumah ni. Patutnya sampai sini dah tak payah fikir dah  pasal rumah ke pasal washing machine ke. Banyak masa terbuang sebab nak fikir and nak uruskan pasal rumah dan lain-lain. Banyak sangat masa terbuang untuk selesaikan benda-benda yang tak sepatutnya. Sakit hati. Janji manis semua tu kata rumah apartment fully furnished. Jangan la tabur janji manis and bagi harapan palsu kat kitorang semua, dah cukup tragik hidup kat sini, janganlah tambah lagi rasa sedih ni..keadaan college pun sedih, of course tak semewah MSU tapi selesa je untuk belajar. Surau kecik, and aku pernah nampak sesuatu yang sangat menjijikkan kat tempat ambil wudhuk kat situ. :( Benda yang aku sangat-sangat tak boleh terima kat college ialah toilet. Siyes tak boleh terima langsung. T.T

Korang yang bahagia kat Poland or UK sana, aku tumpang bahagia tengok senyuman korang kat sana, tapi 1 benda nak pesan, jangan lah terlalu obvious menunjuk or compare keadaan sini dengan sana. Mestilah korang punya tempat lagi best, ada salji, rumah and college yang selesa. Ada classmate pernah tanya 'kat sini ada salji, India ada?' Hancur berkecai hati ni dengar soalan annoying macamtu. Memang, takde apa yang best kat sini. Takde tempat yang cantik cantik macam negara korang belajar tu, nak amik gambar pun tak tau nak berlatarbelakangkan apa. Nak cite dengan korang pasal india ni pun rasa malu, kadang-kadang every single word yang korang cakap, rasa hurtful sangat-sangat. Deep down rasa sedih and terasa. Janganlah siksa jiwa kitorang lagi dengan kata-kata macamtu. Please.. Kalau dah best tu best lah, jangan la rendah-rendahkan kitorang yang belajar kat India ni. Bukannya orang yang pergi India ni orang yang tak lepas pointer. Best student foundation pun belajar kat sini ape. Tak perlu nak menghina sangat, India ni bumi Allah jugak. Bukannya kitorang duduk forever kat India ni. Nanti jumpa balik kat Malaysia kan kan. :)

Apa pun kita kena ingat, kita semua belajar luar negara ni sebab nak belajar ilmu Allah, nak timba pengalaman, nak pupuk rasa syukur dalam hati, nak belajar hidup berdikari. Bukan nak compare compare negara tempat kita sambung belajar dengan kawan kawan lain. Bukan nak show off oh tempat aku belajar lagi best. No. It is not suppose to be like that. Nanti kita semua dah balik Malaysia, kita semua akan jadi doktor jugak kan, insyaAllah. Mungkin kita akan ditempatkan di hospital yang sama, mungkin department yang sama. So tak kisahlah kat mana pun belajar, kita semua akan jadi doctor jugak, akan rawat pesakit jugak. Takde bezanya. Betul tak?

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Ye, susah or senang, itu bermakna Allah nak uji kita. Sama ada kita ingat Dia atau tidak. Sama ada kita bersyukur atau tidak. Jangan sombong. Jangan dengki. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah dan hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kita hanya perlu yakin dan bersangka baik dengan Allah. InsyaALLAH ada sesuatu yang baik untuk kita at the end nanti.

Ok lah. Rasanya sampai sini je kot. Luahan hati sepanjang sebulan duduk Bangalore. Its a nice experience sebenarnya. Membuatkan aku jadi lebih berdikari and belajar buat keputusan sendiri. Belajar hidup susah. Aku harap dapat terus bertahan kat sini. Dan suatu hari nanti aku berharap dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada umat Islam yang lain. InsyaAllah. 

Ingat, nobody said life was easy. Every single thing you do should have effort in it. Jangan malas jangan leka. Tak kisah tempat belajar bersalji atau tak, yang penting make sure exam tak fail, tak kena repeat year and dengan ilmu yang kita belajar ni dapat beri manfaat kepada orang lain. When you are already in this path, there's no way to turn back. Be strong, 'Afifah. :')


''Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.'' 
[Al-Baqarah: 286]


PS : Gambar will be upload later. Malas nak upload sekarang.

Sekian wassalam.

Salam sayang dari Bangalore,
Dr. 'Afifah :')

Thursday, September 20, 2012

MARA OH MSU


18th September 2012 (Tuesday)

Hari ni hari yang sangat busy. Aku berkejar pegi jumpa makcik aku selaku penjamin 2 untuk agreement MARA. Sebab nak betulkan something dalam form tu, ada salah sikit. Nak kena initial 3 orang pulak tu. Melampau! Then berkejar ke pesuruhjaya sumpah kat town, dua-dua penjamin kena ada katanya. So memang agak menyusahkan la sebenarnya. Dah setel tu, pegi Lembaga Hasil Dalam Negeri nak matikan setem. 

Dalam pukul 1PM, gerak pergi MSU, nak ambik result sem 3 dan bayar  duit visa RM303. Pergi level 16, tengok-tengok pintu tak boleh bukak. Rupanya salah bangunan. Aku call kawan aku, dia cakap level 16 management tower. Ya Allah. Punya lah nak kejar masa time tu, banyak pulak masalahnya. Aku pun pegi management tower, nak tunggu lift satu hal. Dah nak pukul 3 dah masa tu, memang cuak sangat, sebab lepas tu nak pegi HQ MARA kat KL. Dah sampai level 16, international office takde orang! Aku pun macam, eh tak de orang. Takkan sorang pun takde. Aku siap boleh round 1 office tu, memang takde orang! Aku tunggu few mins, ada sorang staff sampai, dia baru nak solat rasanya, dia cakap “tunggu kejap boleh?” Apa? Dia suruh tunggu?? Takde makna nya nak tunggu. Aku dah lambat sangat dah ni. Aku pun cakap “Saya nak cepat ni, lepas ni nak pergi MARA. Kalau petang nanti takut tak sempat. Office tutup pukul berapa?” Dia cakap tutup pukul 6, tapi dia balik lambat sikit. Aku pun blah la dari situ.

4.40 petang baru sampai HQ MARA kat Jalan Raja Laut. Ayah main redah je jalan kat KL tu, tup tup jumpa pulak. Dekat je dengan Sogo. Dah sampai tu aku terus hantar borang agreement, ada sorang staff ni tolong check kan and bagitau apa yang tak lengkap lagi. Banyak jugak yang tak lengkap tapi boleh je setelkan masa tu. Memang agak kelam kabut, nasib baik ‘F’ ada, tolong fotostatkan medical checkup and result sem 3. Dalam kul 5 lebih baru siap, solat asar jap, lepas tu makan kat restoran kat bangunan MARA tu. Bertolak balik dalam pukul 7 PM, aku call miss A, nak inform dia aku tak sempat nak hantar borang visa and passport hari ni. Dia suruh hantar esok. So aku tak payah la nak patah balik MSU. Masa on my way balik to Seremban, aku teringat something. Ohhoooyy!<--tiru Jepa.

Aku : Ayah!*pandang kerusi belakang*
Ayah: kenapa? X-RAY?
Aku : *eh macamane ayah boleh tau ni* ha’ah, envelope medical checkup tadi tertinggal!
Ayah : Laa, takpe la, nanti kalau ‘F’ pegi hq mara nanti, suruh dia tolong ambikkan.
Aku : Oo. A’ah kan. Ok ok.

Dah setel 1 masalah. Thank you ‘F’. Jasamu dikenang! Boleh balik dengan hati yang tenang ;)

*To be continued..............*

Monday, August 27, 2012

My status : Menganggur

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.


Setelah sekian lama menyepi. Akhirnya tergerak hati nak hapdet belog. Aku baru habis foundation and masih menunggu result dan offer letter from MARA sedangkan rakan-rakan lain yang dapat tawaran UPU dah bershopping sakan beli barang-barang nak masuk U, yang dapat scholarship ada yang dah fly, ada yang tengah busy isi borang, ada yang dah tak sabar menunggu hari nak fly. Aku pulak masih ternanti-nanti abang posmen bagi surat tawaran daripada MARA. Perasaan ni sama macam aku tunggu offer letter from MARA masa lepas SPM dulu. Tapi yang ni lagi neves la, sebab offer letter ni yang menentukan hidup dan mati seorang bakal medical student. hah. hiperbola. 


Offer letter tu insyaAllah akan state tempat aku sambung degree which is International Medical School (IMS) Bangalore,India dengan tarikh fly sekali. Borang-borang yang perlu diisi , pegawai MARA dah bagi before habis foundation dulu. Borang memang banyaak sangat, tak tau nak start dari mana. So, aku just tunggu arahan dari lecturer yang handle student MARA ni je. Memandangkan result exam last semester aku alhamdulillah sangat okay, jadi aku tak risau sangat tapi takde lah over-confident sangat sebab ada je benda-benda lain yang diambil kira macam Medical Entrance Test(MET) dan juga MUET. Apape pun, aku serahkan segala-galanya kpd Allah, yg penting aku dah usaha yang terbaik. Keep on praying and good luck! :)


Oh ye, lupa. Selamat hari raya aidilfitri everyone! maaf zahir batin. Duit raya aku tahun ni banyak sikit berbanding tahun-tahun lepas. Adik-adikku semua jealous. haha. Bukan apa, ni sebab aku nak fly pergi India tahun ni, tu yang orang duk bagi duit raya banyak-banyak, konon nanti 5 tahun tak jumpa. Padahal boleh je balik tiap tahun. kui3. Semoga berjaya ye dr. Afifah ^.^

PS : sikit je update. haha.

Sekian, wassalam. 

Dr. 'Afifah