Tuesday, June 14, 2016

International Medical School Bangalore, India

Assalamualaikum w.b.t

Macam kita mula mula dulu, kita mesti akan search gila gila pasal college tempat kita akan sambung belajar, paling penting sekali hostel dia sebab ye la nak duk 5 tahun mestilah nak make sure tempat yang okay kan. So today, kita akan cerita serba sedikit mengenai medical school kita.

Firstly, IMS ni campus MSU yg dibina kat Bangalore India, main campus kat Shah Alam. Basically jadual IMS Bangalore memang sama dengan IMS Shah Alam. Cuti n exam semua sama. Yang bezanya soalan exam lain lain lah, and doctor yang mengajar memang doctor sini. Campus ni terletak di Bangalore, kawasan mcm kawasan bandar lah jugak, shopping mall melambak, tempat makan pun banyak n best n paling penting, makanan halal senang nak dapat. Kat sini ada pasar terletak di Yeshwantpur,kalau naik auto 50 rupees je (around RM3). And kat pasar tu ada mcm mcm la ikan, udang sotong ketam. Daging halal pun ada, memang orang Islam punya kedai.

Mengenai tranaport kat sini, transport biasanya naik auto, ala yang macam motor beca tu. Best naik ni sebab berangin and senang nak cilok masa jalan jem. Then, harga pun murah, kalau guna meter memang tersangatlah okay. Lagi satu pengangkutan yg biasa kitorang amek adalah taxy. Memang ada apps khas untuk taxy ni. Satu apps Ola, lagi satu apps Uber. Kalau guna apps ni kita boleh send location, and boleh pilih nak taxy mini ke, sedan ke, MPV ke. Ikut keperluan. Biasanya kalau guna mini tu murah je, kadang kadang rasa lagi berbaloi daripada naik auto.

Kalau pagi pagi nak gi kelas, biasanya akan ada 2 bus. 1 bus untuk student first n second year. Lagi satu untuk student clinical. Boleh jimat banyak la kat situ kalau hari hari naik bus. Hehe..

InshaAllah sampai sini dulu. Nanti akan ada sambungan sebab sekarang dah ngantuukk. Kbye assalamualaikum.

5 comments:

  1. Salam, ada intake baru tak? dan betul ke Bashir Day Fresh dah tutup?
    - Sincerely your senior (2nd Batch)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Taun lepas ade je intake baru 1st year tp diorang from RCMP. And taun ni x sure ade ke x intake baru.

      N yup bashir dah tutup, ganti dgn kedai Bergaya, nasi lemak dia sebijik mcm bashir. Huhu

      Delete
  2. Boleh apply lg tak? Mcm mana nak apply ye? Btw boleh mintak email tak senang sikit nak tny hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu apply melalui MARA, and MARA yg decide hantar sy kat sini. Semua MARA uruskan. Tapi memandangkan ni uni swasta, boleh je cuba apply kat msu terus, cumanya kena carik pinjamann je la. Awak skg study kat mana?

      Delete
    2. Btw ni email sy:
      chocolurvians@gmail.com

      Nama fb : Afifah Sidek

      Boleh PM terus

      Delete

Komeng jangan tak komeng. :)