Showing posts with label mbbs. Show all posts
Showing posts with label mbbs. Show all posts

Sunday, October 15, 2017

Final Year MBBS

Assalamualaikum and hai!
Alhamdulillah kita dah berjaya menamatkan 4th year MBBS and bermulalah kehidupan as a final year student di IMS-MSU Shah Alam, I just got transferred from IMS Bangalore sebab nak ikut suami balik Malaysia (dia baru habis final year MBBS kat Bangalore jugak) and sebab plan nak bersalin kat sini. Alhamdulillah now I'm 36weeks pregnant.. So hari ni kita nak story mory pasal 4th year MBBS di IMS Bangalore. Yang special nya 4th year kita ni., kita disahkan pregnant masa tengah posting ketiga, which is Primary Care posting. And alhamdulillah sepanjang 4th year ni semua urusan dipermudahkan :,)

4th year ni ada 9 posting. 3 long posting (7weeks), and the remaining 6 semua short posting. 

LONG POSTING
1. Psychiatry
2. Community Medicine (at Ramaiah College)
3. Primary Care

SHORT POSTING (ada 2 rotation, after each rotation akan ada end of posting exam)
(ROTA 1)
1.Ophthalmology (2wks)
2. Ear Nose Throat (2wks)
3. Forensic Medicine (3wks kat Ramaiah College)

(ROTA 2)
1. Anaesthesiology (2 wks)
2. Radiology (2wks)
3. Orthopaedics (3wks)

Masa 4th year ni kitorang kene rotate hospital setiap posting. Untuk Psychiatry, Primary Care, Ophthal, ENT kita dapat Jain Hospital. Yang lain kat Baptist Hospital. And yang bestnya Psychiatry Jain, kitorang punya clinical ward work kitorang kene pergi kat hospital psychiatry, ada dua Spandana Hospital and Rehab Centre, ada transport disediakan utk angkut kitorang pegi dua hospital ni setiap hari.

Psychiatry posting memang best, setiap penyakit mental tu ada cerita di sebaliknya, benda tu yg kita kene korek and fahamkan, kesian jugak tengok orang muda muda, educated kene masuk psychiatry hospital. Lain orang lain lain ujiannya kan. Alhamdulillah i passed my psychiatry exam with Honours (B)

Next posting, community medicine. Sumpah bosan! Hahaha. I kenot lah kene kurung dalam kelas everyday until 4.30, kalau dia baik sikit dapat la keluar 4.15 tu pun masa dah hari hari last. Grr.Actually ada pengalaman pahit masa community medicine ni tapi malas lah nak cerita. Kita cerita benda best je okay. So, Commed ni sebenarnya subjek yg senang, dia macam takyah fikir sangat lah, baca je buku K Park, and study lecture note, inshaAllah boleh jawab. Lagipun exam 30% je, lagi 70% semua carry marks daripada report. So, senang nak score. Alhamdulillah dapat Distinction (A-) untuk Commed :)

Primary Care posting pulak sangatlah rilex. Baca buku Murtagh tu memang best. Lepastu nak baca lagi detail boleh la baca buku Paeds or Medicine. Doctor kitorang masa tu ada sorang je, lecture hari hari kul 10 pagi so memang datang kul 10 lah hari hari lepastu da habis lecture tengahari boleh balik dah unless kalau nak amik case. I got Honours (B+) for this posting! :D

Untuk result short posting pulak, kita list je lah eh malas nak tulis panjang2 haha
Ophthalmology -  B+
ENT -                  B+
Forensic -            A-
Anaesthesiology - B+
Radiology -          A
Orthopaedics -     B

Result takde lah gempak mana pun, tapi bersyukur sangat takde subjek yang fail. Sebabnya 4th year ni mesti ada yg fail berjemaah. Scary T_____T Kadang kadang rasa macam nasib baik je dapat doctor baik/ mood doctor tengah baik masa exam. Masa pregnant first trimester memang tak study sangat lagi lagi time tengah morning sickness teruk sampai malam muntah-muntah, malam malam memang tak study sangat, study kejap je lepastu tidur awal. Kadang2 study kat hospital tu je sementara tunggu doctor. Lepastu notes utk exam semua buat last minit. Haha. Paling siksa sekali masa rotation ophthal, ent and forensic. Exam 4 hari berturut turut takde gap. Hari khamis tu ent, malam before exam tu blackout kul 9PM, time tu baru je bangun tidur sebab tak larat baru habis exam ophthal siang tu. Malam tu mmg stress sangat, menangis nangis lah baca buku ENT, nak kene study osce lagi ya Allah bersyukur sangat kita terkejut entah macamana boleh dapat B+ padahal kita rasa ENT lah kita study paling sikit. Terima kasih ya Allah banyak sgt turunkan pertolongan yg tak disangka sangka.

Kepada yg bakal masuk 4th year, all the best! Usaha and doa banyak3, 4th year ni mmg tough sebab banyak short posting, tendency utk fail sangat tinggi. Apa pun jgn give up sebelum mencuba!

Okaaaaaaaaaay sampai sini sahaja, sekian.

Mommy-to-be,
'Afifah


Tuesday, June 14, 2016

International Medical School Bangalore, India

Assalamualaikum w.b.t

Macam kita mula mula dulu, kita mesti akan search gila gila pasal college tempat kita akan sambung belajar, paling penting sekali hostel dia sebab ye la nak duk 5 tahun mestilah nak make sure tempat yang okay kan. So today, kita akan cerita serba sedikit mengenai medical school kita.

Firstly, IMS ni campus MSU yg dibina kat Bangalore India, main campus kat Shah Alam. Basically jadual IMS Bangalore memang sama dengan IMS Shah Alam. Cuti n exam semua sama. Yang bezanya soalan exam lain lain lah, and doctor yang mengajar memang doctor sini. Campus ni terletak di Bangalore, kawasan mcm kawasan bandar lah jugak, shopping mall melambak, tempat makan pun banyak n best n paling penting, makanan halal senang nak dapat. Kat sini ada pasar terletak di Yeshwantpur,kalau naik auto 50 rupees je (around RM3). And kat pasar tu ada mcm mcm la ikan, udang sotong ketam. Daging halal pun ada, memang orang Islam punya kedai.

Mengenai tranaport kat sini, transport biasanya naik auto, ala yang macam motor beca tu. Best naik ni sebab berangin and senang nak cilok masa jalan jem. Then, harga pun murah, kalau guna meter memang tersangatlah okay. Lagi satu pengangkutan yg biasa kitorang amek adalah taxy. Memang ada apps khas untuk taxy ni. Satu apps Ola, lagi satu apps Uber. Kalau guna apps ni kita boleh send location, and boleh pilih nak taxy mini ke, sedan ke, MPV ke. Ikut keperluan. Biasanya kalau guna mini tu murah je, kadang kadang rasa lagi berbaloi daripada naik auto.

Kalau pagi pagi nak gi kelas, biasanya akan ada 2 bus. 1 bus untuk student first n second year. Lagi satu untuk student clinical. Boleh jimat banyak la kat situ kalau hari hari naik bus. Hehe..

InshaAllah sampai sini dulu. Nanti akan ada sambungan sebab sekarang dah ngantuukk. Kbye assalamualaikum.

Friday, May 1, 2015

Wedding countdown :)

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu ummah. 

Alhamdulillah syukur. Masuk je bulan 5 ni, maksudnya dah lebih dari 2 tahun setengah aku berada di bumi india ni. Bila blackout kat india ni dah tak rasa apa dah. K tipu. Merungut tu ada la sikit sebab panas cuma tak seteruk dulu la tiap kali blackout rasa nak nangis. Haha. N skg musim hujan kat india ni so selalu sangat blackout. Sekarang ni aku dah nak habis 3rd year MBBS. Almost there afifah almost there teruskan berjuang! *lap air mata kegembiraan* Tujuan asal tulis kat belog ni sebenarnya nak tulis pasal hari bahagia yg bakal menjelma bulan september nanti, insyaAllah. Countdown lagi 4 bulan je ni. Berdebar lah *lubb dubb*

So lets start !

DATE
Nikah and resepsi : 12 September 2015
Bertandang : 13 September 2015

VENUE 
Nikah : Rumah je
Resepsi : Dewan Sikamat, Seremban
Bertandang : Crystall Ballhouse, Bukit Jelutong

COLOUR THEME
Nikah : Off white or cream
Resepsi : Emerald green
Bertandang : Light brown / champagne
Family : Olive green
Girlfriends : Baby pink/pink pastel/soft peach
Deco bilik : Gold/beige/cream
Deco dewan belah perempuan : Mint green, white

Balik 2 weeks masa hujung bulan puasa nanti, banyak benda nak kena setelkan. Sebab last last minit la jugak parents setuju nak nikahkan kitorang this year. Cuti pulak terhad. Masa cuti puasa nanti la kena setelkan semua benda seperti : 
1. Tempah cincin
2. Fitting baju pengantin. Tangkap muat jela mana2 kat butik tu asalkan tak meleret n tutup aurat.
3. Catering n kompang ibu dah setelkan.
4. Doorgift 1000pax (tengah mencarik lagi ni.)
5. HIV test (ehh rasa awkward tetibe.hmm)
6. Borang nikah. (paling penting!)

Rasanya ni je lah kut yang penting. Hopefully takde benda yg ter miss la. Oh mak andam kita tak amik kot. Takut mak andam cat muka kita jadi hantu jepun. Tidak!!! k bai. Doakan kita! assalamualaikum. 

Saturday, October 11, 2014

Orientation Week 3rd Year IMS Bangalore

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam bersamaan hari Sabtu 11 October 2014, tamatlah sudah minggu orientasi untuk clinical year students (3rd year). Agak stressful lah this week. Balik rumah je rasa nak tidur sebab penat sangat. Masa orientation week ni, kitorang dah dibahagi kepada 4 small batches (batch A,B,C,D and aku batch A which consists of 9 students) sebab ada 4 posting department ; medicine, surgery, obstetric and gynaecology, paediatric. Sepanjang minggu ni, kitorang diperkenalkan dengan sejarah hospital kitorang, and briefing berkenaan department masing-masing. 

Masa second day orientation tu kan, batch A kena masuk department medicine. And kitorang dibahagikan kepada 3 lagi group kecik. Ada yg pergi female ward, OPD, and ICU. I prefer pergi ward sebab ramai patient. Kalau OPD, kalau takde patient sangat, dapat sikit je la nanti. Masa orientation week ni, kitorang diberi pendedahan sedikit suasana masa start posting nanti. Seronok sebab dah dapat gambaran sikit. Cuma, hospital ni doctor selalu busy. Kita kena pandai pandai cari doctor. And kalau doctor takde, kita kena study sendiri. 

Oh lupa nak bagitau, aku dapat Baptist Hospital. Ada lagi dua hospital ; Jain Hospital, Sindhi Hospital. Ramai yg dapat Baptist Hospital sebab final year student yg dah balik for good tu ramai dari Baptist Hospital. And sedih la jugak sebab my 2 housemates semua lain lain hospital. Sorang dapat Jain Hospital, sorang lagi Sindhi Hospital. And fyi, Baptist paling dekat dengan rumah which is around 15 minutes je kalau naik scooter g sana. Sindhi paling jauh 45 minutes if naik bus. Semoga kawan kawan tabah la ye dapat hospital jauh. T.T

Isnin ni baru start posting. And nanti akan ada night duty (on call) so ada sorang or dua orang yang kena stay hospital sampai malam. Omg, aku rasa tak sabar nak kuruskan badan masa clinical year ni. Haha.

Okay lah, sampai sini je lah. Minggu ni dapat berehat hari Ahad je, Sabtu tu nasib baik half day tau. Okay, see you again. Bye!

Wassalam.
Miss F

Friday, December 6, 2013

Progress Test 1 dah habis!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kitorang baru je habis hekzem. I'M FREE! Tapi sekejap je lah, next week start module baru dah. Anyway, exam ni nama dia Progress Test 1. Carry marks tak banyak pun utk ni, but still, boleh jadi booster untuk total markah carry marks nanti. Overall, alhamdulillah, boleh jawab la utk hekzem kali ni. Tapi macam biasa la, ade je yg dah hafal tapi tak ingat. Ada yg mmg tak study pun pasal bende tu. And the funny part is, banyak jugak soalan daripada subjek Forensic Medicine. Padahal forensic ni subjek yg paling sikit portion nye lau tak silap. Tak sebanyak microbiology, pharmacology, pathology.

Aku suka subjek Pharmacology. Tak tahu nape, memorizing drug's name ni memang sangat fun. Plus, lecturer Pharmacology mostly best-best. Lecture note aku utk Pharmaco lah yg aku rasa paling lengkap and boleh refer utk hekzem. Tapi unfortunately, utk Progress Test 1 ni tak banyak pun masuk soalan berkaitan nama drug, drug interaction. Sedih jugak. Tapi takpe lah, maybe masuk utk Pro Exam ke kan. InsyaAllah!

Exam kali ni hari Khamis and Jumaat. And hari Rabu, a day before exam, kitorang masih ada kelas sampai petang. OMG. Memang cuak la, tapi aku datang je kelas. Ada seminar presentation forensic petang tu. Memang sangat helpful utk exam :'D Malam rabu tu aku tido lewat sikit, dlm kul 1 pagi kot. Plan nak tido kul 12, tp sebab banyak sgt nak kena revise, ter extend pulak. Lepas tu, bila dah habis theory exam, malam khamis tu aku tido awal! Terjaga kul 5 lebih pagi. Tapi tak stress sangat pun sebab rasa macam dah banyak dah study utk OSPE. OSPE ni exam utk practical. Selalunya hafal logbook je, and refer slide histology, specimen semua tu.

OSPE tadi masuk pasal wet gangrene. Nasib baik lah malam tu study pasal tu dgn roommate. Sebijik-bijik masuk. Specimen pun sama. And aku siap wat note sikit-sikit untuk gangrene tu. Alhamdulillah! Cuma pharmacology agak hancus, cuz i didn't read part dosage form tu. Sebab tak expect pun akan masuk. And graph pulak pasal antagonism. Baru je hafal pasal inverse agonist, tapi bila tengok soalan tu tadi, macam blank pulak -.- tapi takpe lah,aku jawab je agak-agak boleh diterima. Kot-kot dapat markah kesian ke kan T.T

Yang penting aku dah usaha sebaik mungkin. Usaha tu bukan takat usaha malam before exam, tapi usaha datang kelas, seminar, tutorial, practical. Tu dikira usaha jugak. Semoga usaha kita sentiasa dipandang oleh Allah and kena ingat, setiap kejayaan yg kita dapat..bukan sebab usaha kita pun, tapi sebab rahmat dan kehendak Allah. Cuma fitrahnya, siapa yg usaha, dia akan dapat apa yg dia nak, TAPI, atas izin Allah. Jadi , nak kejayaan tu, usaha.. dan doa lah supaya usaha kita tu Allah pandang, and supaya Allah redha dgn usaha n kesungguhan kita tu. Okkeyy? 

Itu je lah kot. Oh ye petang tadi aku pergi makan makanan korea kat Hae Kum Gang (HKG) restaurant. Tak tau lah betul ke tak spelling. Tapi best la kedai tu. Masa tengah tunggu makanan tu, dia akan serve side dish, kira macam appetizer la kot, tp sedap! Aku order jjambong. Sebab aku teringat cite Running Man, Jihyo suka makan jjambong. Nampak macam sedap je. Aku pun try la tadi. Harga dia 380rs. Dalam RM20 lebih la jugak. Jjambong ni macam noodles, kuah dia spicy. Rasa mcm mee kari malaysia pun ada. Sedap. Kenyang sangat sebab mangkuk besar. Next time nak try yg lain pulak. hehe. And ade jugak order ramai2, order crab roll lau tak silap, dgn kimbap tuna. Ok la rasa dia. Lepas tu dah habis makan, dia serve dessert. Buah tembikai dgn papaya, sekali air mcm air nata de coco tu. So mmg sedap la. Next time nak pegi lagi! :D

Ok lah. that's all for today. Aku nak sambung tengok Running Man. Esok nak pegi library siapkan segala kerja. Next week dah masuk module baru! 

Sekian, wassalam.

Bahagia dah habis hekzem,
Miss F.


Friday, October 4, 2013

Welcome back to India!


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah aku selamat sampai Bangalore 29hb September aritu. Sepatutnya start kelas 30hb, tapi entah kenapa tangguh lagi seminggu, so dijangka start kelas 7hb October. So, 2 Oct tu kitorang setelkan renew RP kat FRRO, which is tempat yang takde sape suka pegi. RP stands for Residential Permit, kena renew every year. And RP ni holds for 3 permit keluar masuk India. So dalam setahun boleh balik Malaysia 3 kali sahaja which is more than enough la kan. 

Tapi malangnya, document aku ade masalah, so aku masih tak dapat RP sampai sekarang. Maybe by next week kot boleh dapat. Hari tu total tambang auto pegi FRRO nak dekat 1000 rupee jugak lah ulang alik. Hadoih. Sabo je la dengan india ni.

This week aku banyak berehat di rumah. Keluar pun hanya untuk food hunting. Haha. Lately aku selalu makan tomyam je. Kalau tak kat Lanthai Restaurant, kat Beijing Bites pun boleh lah. Tukar tukar selera. Nak masak , takde mood. Tengok dapur yang sebulan lebih kena tinggal tu membuatkan aku tak selera nak guna dapur. Sorry ya, haha.

InsyaAllah next week start kelas untuk second year MBBS. Ahamdulillah. Dah lepas 1 year kat sini rasa happy sangat sebab yeah, banyak jugak la pahit manis sepanjang setahun kat India ni. And mostly pahit la :( Malam tadi blackout. Tak tahu lah ade fius or suis rosak, tak reti lah bende elektrik ni tapi lama jugak la blackout semalam. Lepas panggil electrician datang, baru lah okay. Lega sangat. Kalau tak, memang rasa nak nangis sebab tak boleeh tido dalam keadaan blackout tu, rasa macam tido dalam hutan. -.-

Ahad ni aku akan beli buku, memandangkan elaun buku sangat banyak and dah masuk dah pun, so boleh lah shopping buku bebanyak. Yeay! Subjek utk 2nd year adalah seperti berikut (amboih) :

*Pathology
*Microbiology
*Pharmacology
*Forensic Medicine

Harap2 berjaya lepas 2nd year with flying colors! InsyaAllah :)

And sempena masuk 2nd year, i would like to reward myself with a scooter! Dah book dah pun from my senior, dapat harga rs 25k. Warna febret, purple! Nasib baik la dapat yg warna purple. Usually senior jual scooter warna tak cantek sangat. Hehe. Memilih kemain lagi.

Okay. Enough for today. Kalau rajin esok i bebel lagi. Babai assalamualaikum!




With love,
Miss F <3

Saturday, March 16, 2013

Randomness.

Bismillah.

Assalamualaikum. Ya Allah lamanya tak hapdet belog. Seriously masa terasa macam tak cukup lak nak hapdet belog. Haha. Bajet busy je kan.


Sedar tak sedar dah almost 6 months dah aku berada kat India ni. Tengok gambar kat atas ni, aku nampak sihat dan gembira kan? Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Ada lagi another half sem untuk habis first year medic. Tak sabar rasanya. 1st year ni sangat-sangat horror. 

Aku teringat yang aku pernah masuk rumah hantu. hehe. Takde keje betul. Saja nak tengok hantu kat India ni rupa dia camane. So, aku dengan roommate dengan beraninya masuk rumah hantu, kat Mantri Mall kalau tak silap. Mula-mula masuk rumah hantu tu, ya Allah gelap sangat. Kitorang takut sangat and tak nak masuk dalam-dalam tu. Tapi unfortunately kitorang dah masuk dalam tu and orang yang jaga pintu tu dah kunci kitorang dari luar. So memang tak boleh keluar balik!! Aku siap ketuk-ketuk pintu tu sebab nak keluar. Siyes takut! Haha. Pastu dalam tu takde orang lain, ada kitorang je, sebab rumah hantu tak besar sangat, so dia kena masuk sorang-sorang. Tak boleh sekali ramai. Gelap sangat, tak nampak jalan. Roommate aku yg lead. Lepas tu aku jerit "I WANNA GO OUT,NOW!!" Tak lama lepas tu ada sorang mamat ni muncul. Tolong bawak kitorang keluar, tapi jalan keluar dia tu ada je hantu-hantu. Seram tau tak. Dah nampak je pintu keluar, kitorang lari sekuat hati sambil jerit. -.- Lega bila dah keluar. HUHH.

And aku rasa masuk je 1st year medic ni macam aku masuk dalam rumah hantu tu la, lepastu aku rasa macam ditolak tolak ke depan, orang sekeliling sangat menakutkan, pengalaman yang boleh buatkan aku mengalirkan air mata..dan yang sadisnya,aku tak boleh nak patah balik.. I don't have any other choices melainkan untuk teruskan perjalanan hidup as a medical student. 

Haritu aku baru je lepas midsem exam, masa hujung bulan february. Midsem exam okay la. Not bad. Subject untuk first year ada 3 je, so tak berat sangat. Yang beratnya cuma..module banyak la kena belajar. Setakat ni module yang dah belajar:

i) Musculoskeletal
ii)Hematopoietic
iii)Cardiovascular
iv)Respiratory
v)Gastrointestinal tract

Makin lama makin banyak benda yang kena belajar. Bukan setakat basic-basic lagi dah. Kali ni kena tahu why and how it happened, where the process occurs, what is the organ involved, anatomical position, nerve and blood supply, chemically and physiologically why and how. Berbeza masa foundation dulu. Hanya tau sikit-sikit je dah cukup untuk dapat A dalam exam, or maybe A- dah cukup ok la kot. Aku bukan genius sangat pun. Midsem punya result belum keluar lagi. Maybe tak lama lagi. Harap-harap aku dikuatkan hati untuk terima apa pun result aku nanti.

Okay lah.

Nak sambung buat logbook. Next week dah kena hantar.

Wassalam.

With love,
Miss Ribbon ;)