Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Progress Test 1 dah habis!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kitorang baru je habis hekzem. I'M FREE! Tapi sekejap je lah, next week start module baru dah. Anyway, exam ni nama dia Progress Test 1. Carry marks tak banyak pun utk ni, but still, boleh jadi booster untuk total markah carry marks nanti. Overall, alhamdulillah, boleh jawab la utk hekzem kali ni. Tapi macam biasa la, ade je yg dah hafal tapi tak ingat. Ada yg mmg tak study pun pasal bende tu. And the funny part is, banyak jugak soalan daripada subjek Forensic Medicine. Padahal forensic ni subjek yg paling sikit portion nye lau tak silap. Tak sebanyak microbiology, pharmacology, pathology.

Aku suka subjek Pharmacology. Tak tahu nape, memorizing drug's name ni memang sangat fun. Plus, lecturer Pharmacology mostly best-best. Lecture note aku utk Pharmaco lah yg aku rasa paling lengkap and boleh refer utk hekzem. Tapi unfortunately, utk Progress Test 1 ni tak banyak pun masuk soalan berkaitan nama drug, drug interaction. Sedih jugak. Tapi takpe lah, maybe masuk utk Pro Exam ke kan. InsyaAllah!

Exam kali ni hari Khamis and Jumaat. And hari Rabu, a day before exam, kitorang masih ada kelas sampai petang. OMG. Memang cuak la, tapi aku datang je kelas. Ada seminar presentation forensic petang tu. Memang sangat helpful utk exam :'D Malam rabu tu aku tido lewat sikit, dlm kul 1 pagi kot. Plan nak tido kul 12, tp sebab banyak sgt nak kena revise, ter extend pulak. Lepas tu, bila dah habis theory exam, malam khamis tu aku tido awal! Terjaga kul 5 lebih pagi. Tapi tak stress sangat pun sebab rasa macam dah banyak dah study utk OSPE. OSPE ni exam utk practical. Selalunya hafal logbook je, and refer slide histology, specimen semua tu.

OSPE tadi masuk pasal wet gangrene. Nasib baik lah malam tu study pasal tu dgn roommate. Sebijik-bijik masuk. Specimen pun sama. And aku siap wat note sikit-sikit untuk gangrene tu. Alhamdulillah! Cuma pharmacology agak hancus, cuz i didn't read part dosage form tu. Sebab tak expect pun akan masuk. And graph pulak pasal antagonism. Baru je hafal pasal inverse agonist, tapi bila tengok soalan tu tadi, macam blank pulak -.- tapi takpe lah,aku jawab je agak-agak boleh diterima. Kot-kot dapat markah kesian ke kan T.T

Yang penting aku dah usaha sebaik mungkin. Usaha tu bukan takat usaha malam before exam, tapi usaha datang kelas, seminar, tutorial, practical. Tu dikira usaha jugak. Semoga usaha kita sentiasa dipandang oleh Allah and kena ingat, setiap kejayaan yg kita dapat..bukan sebab usaha kita pun, tapi sebab rahmat dan kehendak Allah. Cuma fitrahnya, siapa yg usaha, dia akan dapat apa yg dia nak, TAPI, atas izin Allah. Jadi , nak kejayaan tu, usaha.. dan doa lah supaya usaha kita tu Allah pandang, and supaya Allah redha dgn usaha n kesungguhan kita tu. Okkeyy? 

Itu je lah kot. Oh ye petang tadi aku pergi makan makanan korea kat Hae Kum Gang (HKG) restaurant. Tak tau lah betul ke tak spelling. Tapi best la kedai tu. Masa tengah tunggu makanan tu, dia akan serve side dish, kira macam appetizer la kot, tp sedap! Aku order jjambong. Sebab aku teringat cite Running Man, Jihyo suka makan jjambong. Nampak macam sedap je. Aku pun try la tadi. Harga dia 380rs. Dalam RM20 lebih la jugak. Jjambong ni macam noodles, kuah dia spicy. Rasa mcm mee kari malaysia pun ada. Sedap. Kenyang sangat sebab mangkuk besar. Next time nak try yg lain pulak. hehe. And ade jugak order ramai2, order crab roll lau tak silap, dgn kimbap tuna. Ok la rasa dia. Lepas tu dah habis makan, dia serve dessert. Buah tembikai dgn papaya, sekali air mcm air nata de coco tu. So mmg sedap la. Next time nak pegi lagi! :D

Ok lah. that's all for today. Aku nak sambung tengok Running Man. Esok nak pegi library siapkan segala kerja. Next week dah masuk module baru! 

Sekian, wassalam.

Bahagia dah habis hekzem,
Miss F.


Wednesday, March 21, 2012

Congrats! You did it!




Congrats !:)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, hari ni saya dapat tahu ramai junior saya dapat straight As dalam SPM 2011. Tahniah! Mabruuk! Semuanya ketentuan Allah. Ada hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik result yang kita dapat tu. By the way adik-adik semua, result tak menjamin apa-apa. Saya cakap ni based on experience, this is what exactly happened masa musim dapat result and musim apply scholarship dulu. And bukan pengalaman saya sorang je, housemate saya pun sama. Ada antara kawan saya dan kawan kepada housemate saya yang dapat straight As, banyak A+ kot (lagi banyak daripada saya) , performance dalam co-curriculum pun not bad,tapi tak dapat apa-apa scholarship.  Don’t worry lah, scholarship je pun. Kalau tak dapat tawaran university tu lagi susah la kot. But if you got straight A’s, inshaAllah la, confirm dapat tawaran university. Cuma yang scholarship tu je, jangan nak depends on result SPM sangat.

Result SPM ni hanyalah permulaan. Yes, it’s just a beginning. Nanti bila dah apply scholarship, dah dapat result scholarship, dah dapat result UPU, dah masuk alam campus, then you’ll know what I’m talking about, it was all very true. Apa-apa pun, semoga Allah berkati kejayaan kalian semua. Bagi yang tak berjaya dapat result seperti yang diidamkan, janganlah sedih sangat, jangan dok frust sangat. Just forget the past, and move on. Hidup mesti diteruskan. :D


Bila masuk alam campus ni, tak kisah lah betapa tiptop nya result SPM kita, once kita leka , malas nak study, memang teruklah result. Kat tempat saya belajar,orang yang study gila-gila pun belum tentu lagi dapat result gempak. Foundation kat MSU memang tough lah. Kat sini, classmate saya mostly semua straight As kot.(scholarship MARA at least kena dapat A- untuk semua subject. ) Tapi ada je yang fail time dapat result.  Even kalau dah study pun boleh dapat fail, apatah lagi yang malas study. Ini baru foundation, kalau A-level, IB, American degree, AUSMAT? Super-duper tough I guess. So perjuangan anda semua baru je nak bermula. There are so many things yang perlu dirisaukan instead of your SPM result. 

Rasanya mostly my junior yang dapat straight As mesti dah tahu hala tuju lepas SPM kan? Hopefully yes. :) For those yang dapat straight As boleh la terus apply scholarship MARA or JPA or MAINS. Tiga-tiga scholarship ni ada interview. Oh, teringat interview MAINS and MARA dulu. MAINS nye interview memang sempoi and lawak. Tak yah nak nervous sangat lah. MARA nye interview pulak, memang beyond our expectations. Tak sangka kena buat spaghetti bridge. Saya memang tak perform sangat la time interview MARA ni. Spaghetti bridge pun takde rupa bridge langsung. Sadis. Tapi alhamdulillah, dapat jugak. Rezeki dari Allah. ^.^

Kakak-kakak senior yang genius, 13A1. :)
BNM pun ada scholarship. Untuk yang banyak A+ boleh lah apply. Dulu ada senior dapat scholarship Bank Negara Malaysia. Memang mewah lah hidup kalau Bank Negara taja. Sekarang ni akak tu dah kat UK dah. Amek course Biochemistry which is also the most killing subject untuk budak medic. Genius la akak tu! (: 

And untuk UPU, most preferable university, of course UIA and USIM. Itukan university angkat sekolah SHAMS. Haha. Well, bagi saya, sape dapat UIA memang dia pandai. Tak tau la, mindset memang dah macamni. (sukati je). Maybe sebab susah kot nak dapat UIA. And UM pun okay. UiTM Puncak Alam pun not bad, UiTM tu cantik kot. Bangunan macam baru-baru je. HEHE. Untuk yang nak amik medic, tapi result tak okay sangat, boleh apply MedicMesir. Kalau tak silap kena bayar sendiri untuk first year. Lepas tu untuk taun seterusnya boleh apply scholarship kalau result okay. Sory kalau tersalah maklumat. Hihi. Ada sahabat saya yang apply medic mesir ni, and dia dah fly pegi Mesir last year. Result dia 6A time SPM. Alhamdulillah, dia masih survive kat sana. ^_^

Last but not least, saya sentiasa mendoakan kalian semua berjaya mencapai cita-cita kalian. Never ever give up. Kalau jatuh bangun sendiri. Buat pilihan yang terbaik. Jangan menyesal pulak nanti. Okay. Tahniah sekali lagi! Barakallahufiikum. 

"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not." [2:216]


"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2:216]



With love,
Dr. 'Afifah Sidek

Sunday, February 19, 2012

Allah will never let you down. Be strong.




Assalamualaikum w.b.t

Exam exam exam.. You know what apa yang bagusnya exam ni? Well, selalunya exam ni mendekatkan diri kita kpd Allah. Betul tak betul tak? Yelah, kalau takde exam, mesti susah kita nak buat solat hajat, nak baca doa panjang-panjang mintak dipermudahkan jawab exam and whatsoever. And exam juga membuatkan kita busy. Busy menuntut ilmu, busy ingat Allah. Kalau tak dapat jawab exam, mesti nak kena muhasabah diri balik kenapa kita tak dapat jawab perfectly. And of course it's related to hubungan kita dengan Allah. 

Aku teringat time midsem exam first sem dulu. Result teruk, macam hape je. Nangis macam nak gila.But since then aku tersedar something. Hubungan aku dengan Allah tak berapa okay rupa-rupanya sebelum ni. Maklumlah, almost 7 bulan tinggalkan SMKA tercinta tu. Takde sape nak ingatkan aku, nak tegur aku. So, aku rasa makin lalai and makin jauh...jauh sangat dari Allah. Since peristiwa ngeri dapat result midsem exam tu, aku improve diri aku, polish habis-habisan. Perbanyakkan solat dhuha, baca al mathurat, al-quran, refresh hafalan surah2, solat rawatib and solat sunat lain. Aku amalkan dan aku biasakan diri. Rasa lebih tenang. Rasa hidup ni terisi. Takde lah asyik resah gelisah fikir pasal exam dan result yang teruk. Alhamdulillah, result final last sem okay la, lepas jugak 3.70 and takde subjek yang dapat B. Syukur. Allah itu maha Adil. :)
Allah will never let you down :)

Oh yea, untuk midsem exam sem 2 ni, alhamdulillah okay. Cuma Test 1 Maths sangat teruk,dapat B- ! Soalan susah sangat. Sabo jela. Tadi baru dapat result Test 2.Sorang-sorang kena pegi ke depan untuk berjumpa lecturer nak tau result masing-masing.

Lect : Hmm 'Afifah...(sambil tengok listname) TEST 2 awak dapat A. Overall........pun dapat A.
Aku : Hah?? A? Bukan Test 1 saya dulu dapat B- ke? *unbelieveable*
Lect : Awak...Nurul 'Afifah Sidek kan? (check markah balik) Hmm betullah, dapat A overall. Awak .punya test 2 okay jgk lah
Aku : *grin* ooo......
Lect : Tapi final nanti kena buat betul-betul jugak k, nak maintain gred A..
Aku : Ooo. okay okay.. hehe :D

ALHAMDULILLAH syukur syukur. Aku tak expect langsung markah gabungan test 1 and 2 dapat A. Aku expect paling tiptop pun A-, sebab dah kantoi kat test 1 dapat B-, so rasa macam takde harapan nak dapat A. Rasa nak give up pun ada. Haihh. Tapi lepas test 1 dulu, aku buat banyak latihan. Memang tak tenang lah hidup bila maths yang patutnya senang nak score tetibe dapat B- kan. Dah lah 3 cred hour. Alhamdulillah. Apa pun result aku, ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Tak perlu kesal, tak perlu nak kecewa sangat. Allah gagalkan kita pun ada sebabnya. Kita hanya perlu usaha usaha dan usaha. Tingkatkan usaha. Jangan jadi seorang muslim yang lembik, yang cepat mengalah, yang cepat menyerah, yang cepat give up. Allah sentiasa bagi kita peluang. Yakin2. :)



RESULT MIDSEM for 2nd SEM:
Basic Anatomy & Physiology - A
Maths - A (gabungan test 1 and test 2)
Physics - A
Chemistry - B+

Chemistry, insyaAllah boleh cover balik untuk final exam nanti. Carry marks Chemistry overall dapat A-. Cukup-cukup makan je kot. Right now, focus untuk final, 50%. Kalau boleh dapat full marks pun okay. Yakin2 ! :)

Lastly, never give up okay. Hidup ni biasa lah ada jatuh bangun. Bangun sendiri kalau jatuh, jangan asyik nak harapkan orang lain nak tolong kita. Even dapat fail pun, masih ada peluang nak berjaya, kalau ada usaha. Your effort tu yang penting, not your result. Kalau dah usaha,tapi still tak dapat jugak, muhasabah diri balik. Tengok apa yang slack kat diri kita. Jangan lah nak dok salahkan takdir je. Kalau orang lain boleh, kita pun boleh laa.


Perbaiki hubungan dengan Allah. Jangan jadi seorang pelajar tajaan yang kufur nikmat. Niatkan belajar kerana Allah, insyaALLAH takkan bosan. Takkan jemu. Belajar sebab nak tambah ilmu, belajar sebab nak dekatkan diri pada Allah, belajar sebab nak naikkan imej Islam. Jangan jadi pelajar yang hanya tujukan niat dan matlamat semata-mata untuk kepentingan duniawi. Sama-sama lah jadi pelajar yang hidup ikut syariat Islam dan pelajar yang beridentitikan Islam, luaran dan dalaman. InsyaAllah. 

Itu je lah kot. hehe. Sekian, wassalam.




Aim for 4.00 flat,
Dr. 'Afifah
 



Friday, January 13, 2012

physics A+ :)

Assalamualaikum w.b.t


Result midsem untuk subjek Physics dah dapat. I got A, alhamdulillah, terima kasih ya Allah! Ramai classmates aku dapat A. 90 above pun ramai. Syukur. :) Harap dapat maintain grade sampai final exam nanti, insyaALLAH. 

Sekian, wassalam.



Aim for 4flat,
Dr. 'Afifah

Friday, January 6, 2012

Tamatnya midsem exam!

Assalamualaikum w.b.t. Midsem exam telah berakhir! Aku tak rasa stress sangat this whole week sebab..ermm maybe sebab aku dah study awal-awal kot. Perhaps. Ahah. Chemistry je..aku study last-last minit, aku ingatkan chemistry paling senang. sekali dalam exam tak dapat jawab. padan muka. haha. Chemistry best and senang sebenarnya, cuma soalan exam dia tak berapa nak senang. And tak berapa nak best. haha. Tak cukup masa untuk paper chems ni, nak balance equation pun makan masa berapa minit ntah. Then, aku terpaksa cipta strategi last-last minit bagi mengelakkan aku fail chemistry. Iaitu dengan ignore soalan-soalan yang markah sikit, and habiskan buat yang markah banyak-banyak tu. I really did it. Tak tau ape hasilnya. Well memang time tu memang dah nazak dah. Aku tengok markah je time nak habis masa tu. Kalau aku fokus kat yang markah sikit tapi susah, nanti rugi kat soalan yang markah banyak n senang macam lewis structure tu.Just lukis2 explain2 pastu dah, dapat full marks .haha yela tu. harap-harap lah kan. :D

Physics paling senang! I like it. Cuma aku takut aku terpedaya dengan kesenangan soalan-soalan tersebut. Cuz lecturer cakap soalan dia a bit tricky, so kena careful sikit n aku rasa aku dah jadi se'careful' yang mungkin time tu. Hope for the best la kan. And for Basic Anatomy and Physiology. Seriously banyak nak kena hafal, tapi aku dah start hafal awal-awal dulu so tak rasa berat sangat. Cuma aku rasa depress la for certain benda yang aku hafal aku tak ingat langsung time nak jawab exam. Sangat terkilan. Maybe sebab faktor aku selsema dan batuk time minggu exam or maybe sebab banyak dosa sampai ilmu tu tak melekat dalam memori otak. Astaghfirullah. -.-'

Semoga keputusan midsem exam ni tak membuatkan aku kecewa dan menangis lagi sepertimana apa yang aku rasa time dapat result midsem untuk sem lepas. Sooooooooo painful bila kita target tinggi-tinggi tapi kita dapat yang rendah. Yeah, I realized, tak semua yang kita inginkan baik untuk kita. Allah knows best. Aku hanya mengharapkan kejayaan yang terbaik buat diriku untuk midsem exam ni. Berserah segala-galanya pada Allah. InsyaAllah Dia ada perancangan yang terbaikkkk punya untuk kita. Semoga kita tabah dan redha dengan setiap ketentuan dan ketetapan Allah. :)

Sekian sahaja bebelan sempena hari ini iaitu hari Sabtu. hahaha wassalaaam. ^^,

MerapuMeraban,
Dr 'Afifah Sidek

Saturday, December 3, 2011

Midsem exam.

Assalamualaikum w.b.t. Minggu ni minggu kedua aku tak balik rumah. Sebab nak study punya pasal. Yela,kalau balik,memang tido je la keje aku. Takdok keje lain dah. Nak bukak buku pun rasa berat je. Adoiyai. Lagi-lagi ada astro and wifi kat rumah. Macam-macam nak download. And macam-macam drama nak kena qadha'. Cuma bezanya, aku dapat jumpa family aku. Beborak,makan sama-sama,solat berjemaah,bergurau senda,shopping sama-sama. Kalau tak balik, memang belajar je la, tak pun tengok movie. Tapi movie just untuk hilangkan bosan je. Sekarang ni tengah nak habiskan korean drama Secret Garden. Jenuh jugak la nak habiskan episode by episode.

Oh ye,awal bulan January will be our midsem examination. Anatomy dah cover chapter awal-awal tu, Physics pulak ontheway untuk memahirkan diri dengan latihan-latihan application, and Chemistry...huh.guess what,chapt 1 pun tak habis-habis lagi sebab aritu cuti hari isnin dah rugi 2 jam.Kalau tak dah start chapter 2 dah kot.Anyway,aku dah study sikit-sikit chapt 2.SUSAH! But I think I can do it. Yakin 'afifah yakin! hehe. And maths II,alhamdulillah okay lagi. So far, semua nya under control lagi. :) Harap lebih bersedia untuk hadapi midsem nanti,insyaAllah.

But seriously, the toughest subject aku rasa ialah Physics.Physics,you're KILLING me!Oh fortunately I'm still alive sekarang ni.hahaha.Memang agak susah aku rasa, maybe sebab melibatkan soalan application kot. I'm trying my best to get A for this midsem. No matter what happens. Wish me luck! 

Sekian wassalam. :)


Four-flatter-to-be,
Dr. 'Afifah

Thursday, November 17, 2011

Aku dapat 4flat!!



 Assalamualaikum w.b.t

Aku dapat 4.0 flat!!!!!! HAHA mane ada lah.
4.0 flat tunggu semester 2 dan 3 ni okay. ;D

Alhamdulillah,tadi baru dapat result sem 1.Overall okay okay la,lepas 3.50 and lepas 3.75.Alhamdulillah.Syukur.Tapi,time first-first aku tengok result aku,aku rasa agak kecewa sikit la sebab tak dapat 4flat.Tapi takde la kecewa frust menonggeng sampai nangis-nangis.Chill la.Aku dah ready fizikal dan mental sebelum dapat result ni.Aku sentiasa berdoa so that Allah beri aku kekuatan secukupnya time dapat result nanti.Alhamdulillah,aku rasa aku dah cukup kuat untuk menerima yang aku tak berjaya dapat 4flat and at the same time aku rasa lega sebab result aku above 3.75. Terima kasih ya Allah,syukur alhamdulillah. :')

My result is:

4.00-0.21=??????

Kira la sendiri ea. :P

Aku dapat A dua subjek je.
Yang lain semua A-.
Sedih and terkilan sebab subjek-subjek yang aku target A and senang dapat A(rasanya la) tapi aku tak dapat A. :(


Bermula dengan Biology.Sejujurnya ku akui subject ni memang tough bagi aku cuz ada 13 chapter kesemuanya dan kena cover all chapt for less than 4 months.Lecturer sibuk mengejar syllibus and sape yang slow tu memang ketinggalan la.Aku pun slow gak kekadang tapi wat discussion dengan housemate,ok sikit.Time midsem,result Biology aku memang sangatsangat HORRIBLE sebab aku dapat B.Bukan B+ k,tapi B!Aku rasa sangat sedih dan frust tahap infinity sebaik sahaja mendapat tau Bio dapat B.Madam Intan,our lecturer dah tolong-tolong bagi tips exam,tapi still dapat B.Alhamdulillah,final exam balas dendam,and untuk sem 1,Biology aku dapat A-.Terimakasih sangat-sangat Mdm Intan.Thank you so much Miss Mary! :D

Next subject,English for general proficiency.Aku tak tau la apa silap aku,aku dapat A- untuk result keseluruhan sem 1. Time mid sem aku dapat A,and untuk quiz and assignment aku rasa dah cube untuk score tinggi-tinggi.Tapi last-last dapat A-..Memang terkilan sikit la,housemate aku yang dulu time midsem dapat A pun dapat A-.So,we can conclude that cara marking english untuk final exam sangat strict.MAYBE.Apape pun,aku bersyukur.Better A- than B+. :) Thank you Miss Nadhrah yang cun! heee

Untuk Co-curriculum I,aku dapat A-.Maybe markah projek tak okay sangat kot.I've no idea bout this and I don't know what I've done sampai subject co-curriculum aku GAGAL dapat A.=______=' Untuk final exam aku rasa aku dapat jawab dengan baik cuz soalan dia sebijik soalan past year.Aku redha je lah,ada hikmahnya.And semester 2 ni ada subjek co-curriculum II,harap dapat perform dengan cemerlang untuk this sem,taknak kantoi lagi dah.BTW,thank you Mdm Mimie! :)

Subjek Malaysian Studies,which is my favourite subject.haha.Midsem aku tak dapat A,malah dapat B+!Hanya Allah yang tahu perasaan aku bila aku dapat result Malaysian Studies time tu.Sangat-sangat sakit rasa hati ni sebab terpaksa menerima hakikat yang aku gagal dapat A for this subject.Subject ni macam SEJARAH sikit,tapi cerita pasal Malaysia jela.Banyak nak kena hafal and aku suka study last-last minit,tu yang aku dapat A- je untuk keseluruhan semester 1.hehe.Apape pun,terima kasih Miss Rosnah!

Next subject is Mathematics I.Aku rasa susah gila maths ni time belajar.Maths ni macam add maths cuma kita belajar lagi detail la.Time belajar rasa susah,tapi time exam rasa senang pulak.Untungla kan.HAHA sebenarnya senang nak score maths ni,don't worry.Time first quiz aku dulu,aku dapat markah yang super teruk gila,which is 20.5 over 30.Haihh.Sejak tu aku non-stop buat latihan maths.Sejak tu markah quiz improved and selalunya lack 2-3 markah je daripada full marks.Alhamdulillah.Test I aku dapat A and untuk keseluruhannya,mathematics I aku dapat A.Terimakasih Miss Akma! Miss Akma dah tak ajar MSU dah,beliau sambung master. Good luck miss!Oh yea,today's her birthday anniversary.Happy Birthday Miss Akma, moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. :D

Lastly,subject Health Science! Sangat suka subjek ni,cuma final exam dia sangat-sangat lah susah.Soalan tahap budak phD.haha.Seriously susah,aku tak dapat jawab dengan baik.Madam Simran taknak bagi clue langsung apa yang masuk exam.Tapi ok jugak kan,rasa puas sebab kita dapat jawab atas usaha sendiri.Health Science banyak menghafal je,cuma final exam skop nya bukan setakat dalam notes,tapi kena rajin-rajin tengok internet.fyi,Health Science tak guna apa-apa buku langsung,100% depends on notes given by our lecturer.Alhamdulillah,aku dapat A. Terimakasih Mr Deen yang banyak sangat tolong budak-budak MARA, and also Mdm Simran yang sangat pandai mengajar dan mengexplain kepada kami-kami yang macam-macam ragam ni. ;D

  
 Congrats to all my housemates yang dapat pointer yang sangat excellent and bombastic! Semua housemates ku lepas 3.75 and the highest 3.96. Hebat-hebat! ^_^

Untuk batch aku,tak ramai dapat 4 flat untuk first sem.Ada 3 orang je,dua lelaki dan seorang perempuan.Dua lelaki tu memang budak straight A+ SPM and yang perempuan tu,bekas pelajar SESERI. Tahniah korang! :)

Aku telah bertekad,apa pun keputusan yang aku dapat,aku akan redha.Alhamdulillah,aku dapat menerima result sem 1 ni dengan hati terbuka.Walaupun kita semua nakkan 4flat,tapi kalau tetap tak dapat walaupun dah usaha sungguh-sungguh,ada hikmahnya.Allah taknak kita dapat 4flat,mungkin ada sebab kenapa Allah tak izinkan kita dapat 4flat tu.

Ustaz aku pernah cakap,kalau kita nak doa,jangan doa terus cakap nak 4flat atau pun straight As.Tapi mohonlah kejayaan yang terbaik untuk diri kita,sebab hanya ALLAH je yang tahu apa yang terbaik untuk kita.Kalau dapat result 3.79,itulah yang terbaik untuk aku,insyaAllah.Kalau Allah gagalkan kita even dah berusaha,maka ada hikmahnya kenapa Allah gagalkan kita.Jangan terus menyalahkan takdir,tapi lihatlah sebuah kegagalan tu sebagai satu pendorong untuk kita jadi lebih baik lagi pada masa akan datang.Kita tak sentiasa berada di atas.Kadangkala kita kena berada di bawah supaya kita sedar diri sikit.And it's not how many times we fall,it's how many times kita bangun balik setelah jatuh. ;)


SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIREDHAI ALLAH. :)


Redha dan bersyukur,
Dr. 'Afifah Sidek

Sunday, May 15, 2011

Talk About Success.

success Pictures, Images and Photos

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Aku nak ucapkan tahniah to all my friends yang berjaya dapat tawaran ke universiti idaman atau kolej idaman atau dapat course idaman dan semua macam idaman lah. Aku jugak ucap takziah kepada sesiapa yang tak berjaya dapat UPU atau pun tak berjaya dapat course idaman atau tak dapat uni idaman. Segala ketetapan ini ada hikmah yang tersirat insyaALLAH. Ada juga beberapa kawan-kawan aku nak amik medic tapi tak jadi sebab result SPM yang kurang memberangsangkan. Don't worry, peluang ada di mana-mana, cuma kita je yang kena cari and grab the opportunity.

Aku ada seorang kawan baik ni, rapat dengan dia sejak form 4. Dia nak jadi doktor yang specialise dalam bidang sakit puan. Dia ni memang bersungguh-sungguh dan rajin. Cuma result subjek sains dia agak teruk. Samalah macam aku. Subjek Sains aku semua teruk-teruk belaka, tu pun aku masih berangan nak jadi doktor. Tengoklah,time final exam, BIOLOGY aku C, markah 50 lebih. Terukkan? Haha. Pertengahan tahun nye exam, chemistry je A-. Bio and Physics dapat B. *chemistry pun sipi-sipi je nak B*


dont give up Pictures, Images and Photos

Bila masuk je form 5, scie subjects aku improve sikit demi sikit. Sebab aku dah bertambah bersemangat nak masuk alam form 5 yang penuh cabaran dan dugaan. Aku amek tuisyen subjek sains and sejarah. Sejarah ni aku amek sebab aku suke gile dengan cikgu tu, sangat kelakar and tak pernah boring. Kelas dia sentiasa fun and exciting. Tak rugi,siyesly. Time first exam time form 5, aku dapat 8A. Kantoi kat Arabic, Physics, Bio. Midyear exam memang teruk,dapat 6A je. Physics dapat C and tcer Azlin dah mula risau sebab markah Physics aku makin menurun. *wuu. sebak sebak* Sejak tu aku mula push untuk study physics gile-gile. Ingat senang ke nak naikkan daripada C kepada A? huhh.

motivation quotes Pictures, Images and Photos

Kegagalan merupakan permulaan kepada kejayaan. That's true.


Formatif 2 pulak dapat 8A, kaantoi kat Arabic, Bio, BM. Haha, BM dapat B!! 60 LEBIH. Soalan susah gile. Tah mana-mana tah cikgu dapat soalan tu. kui3. Pasal Arab ni, sepanjang form 4 aku tak pernah dapat A. Memanjang C jeeee! Geram betul. Time form 5 dah okay sikit tapi still susah dapat A. Alhamdulillah, time trial aku dapat A- and SPM sebenar dapat A+. Betullah cakap ustazah zaharah, *syukur* "Sape yang dapat A- trial spm, insyaALLAH dapat A+ time spm sebenar sebab pemarkahan paper arab di SMKA SHAMS sangat strict." Yang markah trial tu aku tak sangka sangat, sebab essay target TAK MASUK langsung. Wat esei sendiri. Vocab tak banyak. Grammar tunggang langgang. Aduish. Memang berpeluh wat esei arab tu. *sigh*

Trial exam punye overall result yang paling okay. 9A2B. Kawan-kawan aku ramai la dengan yakinnya cakap,"kau confirm dapat straight A's punye la. Tengok la result trial kau." I was like, " huhh. cakap senanglah. Ni SPM, bukan PMR." Siyesly aku memang tak yakin sangat nak dapat 11A walaupun result trial hampir kepada 11A tu tapi aku taknak mengharap sebab aku yakin sangat SPM tak sama macam UPSR n PMR yang mana kite boleh target-target suke hati. Ini melibatkan usaha+nasibkalaudapatsoalanbocor. haha.

never Pictures, Images and Photos

Okaylah. Sampai sini je lah bebelan aku. Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Time form 4 aku selalu gagal dapat A, tapi aku masih diberi peluang untuk ubah diri aku and result aku. And I really did it!

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: ".... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka ...."
(Ar-Ra'du: 11)


success Pictures, Images and Photos


Semua orang masih ada masa dan peluang untuk berubah. Time asasi/diploma/Form6 ni lah masa nya yang kita ada to prove that we can really do it! To prove that kita pun BERHAK untuk berjaya jugak. Kalau time sekolah menengah kita selalu terbelakang, so time asasi/diploma/form 6 kita kena tunjukkan yang kita akan ke depan, sebaris dan setanding dengan orang-orang yang berjaya. Kita sendiri yang akan menentukan kejayaan kita sendiri. So, never ever give up and all the best! (:

p/s : To anyone yang dapat UPU tapi tak hargai , tolonglah bersyukur. Ramai kat luar sana yang tak dapat UPU mahupun matrikulasi, menangis dan merayu nak sambung belajar kat IPTA. Tapi yang dah diberi tawaran dan peluang, tak hargai. *appreciate tu means that janganlah mengeluh atau kutuk tawaran UPU sebab takdapat uni idaman atau course idaman*

Wassalam.

miss lurvians

Friday, March 25, 2011

Kongsi Kebahagiaan.


TERIMA KASIH SEMUA!

Terima kasih, ibu ayah a.K.a ESSO(Embon Selamat Sidek Othman)!

Terima kasih tcer Azlin,tcer Noormah,tcer Asmah,ustazah Asmah Rahim,ustaz Zaini,tcer Jamilah,Miss Ong,Tcer Ayu, Ustaz Khairul Hidayat,ustazah Hasnah,BONDA(ustazah ruhayah),tcer Punitha,tcer Mala,ustazah Zaharah,ustazah Zahariah,tcer Zabedah,cigku Fatin,tcer Aniza,cikgu Fatimah,cikgu Mazlan.

Terima kasih untuk segala-galanya.

Tak lupa jugak, kawan-kawan yang banyak bagi sokongan dan dorongan, Hamizah Ismail, Iffah, Azra, Yanie, Ain, Shazwana, Syerockz dan semua pelakar ex-5ikram 2010. TYSM!

Eh,jap. Ada lagi satu, a speacial thanks to pegawai-pegawai JPJ kerana bagi saya tersenyum gembira sebelum pegi ambil result. Terima kasih 'amy search'! (pegawai jpj on the road muka dia sebijik cam amy search. seriously!) Tak pasal-pasal dapat double victory. (:

"Jangan terlalu merendah diri dengan keputusan spm kita, kerana ada yang lebih rendah daripada kita. Jangan terlalu meninggi diri dengan keputusan spm kita, kerana ada yang lebih tinggi daripada kita."

Kepada kawan-kawan yang tak dapat keputusan seperti yang diimpikan, jangan bersedih. La tahzan. Sebenarnya,my spm result ni pun bukan seperti yang saya impikan. And saya agak kecewa dengan beberapa subjek yang tak dapat A+. Tapi, saya rasa bersyukur sangat sebab cukuplah kalau saya dapat gembirakan hati ibu ayah saya. Memang ni lah saat yang mereka tunggu. Alhamdulillah. ALLAH knows best. Ada hikmah yang tersirat di sebalik perancangan yang ditetapkan olehNYA. Doa,tawakkal,redha.

Perancangan lepas ni? InsyaALLAH,im going to apply biasiswa jpa untuk further study dalam medic. My dad galakkan pergi middle east. Tengoklah nanti macamana. Wish me luck ok! :D

Salam Bahagia,
Dr. 'Afifah

Friday, March 18, 2011

Straight A's SPM 2010

Assalamualaikum.

Hari ni rasa cuak sangat cuz time practice kete tadi terdengar radio HOT FM announce tentang tarikh result SPM keluar. Yea, at last kua jugak berita. Lagi pun dah kuar kat suratkaba NST da pon. So ,bile nya keluar result ni?

Jeng.. jeng.. jeng..!

23rd March 2011.
Wednesday.

Bersamaan dengan hari amek test JPJ kereta. Fulamak. Memang hari yang mendebarkan betullah. Dahlah aku pernah ada history fail JPJ moto lebih daripada SEKALI. Kali ni aku taknak lah fail lagi. Menangis tak berlagu aku nanti. Bergelodak hati dan jiwaku nanti tak tertahan untuk menanggungnya seorang diri. (Apahal jiwang semacam je nih?)

Boleh bayangkan tak camane perasaan bila dapat tau result SPM and result JPJ pada hari yang sama. Fortunately, aku nye JPJ sesi 1. So pagi tu insyaALLAH lah boleh selesai. Then, terus balik umah tuka baju sekolah and rush pegi dewan ibnu abbas,smka shams. (Inilah plan aku.)
Kalau boleh, nak tau result JPJ dulu before result SPM. Takut lah bila dapat result SPM nanti, JPJ terganggu. I need to focus+concentrate and calm down masa test JPJ. Taknak ada apa-apa gangguan emosi. Cukuplah time test JPJ moto aitu aku dah cukup-cukup tertekan,nasib baik tak kacau SPM aku.

Target SPM? Hurm, entah lah. SPM is not like PMR ataupun UPSR. UPSR boleh lah target 5A sebab trial dah 5A. PMR pun lagi senang daripada trial PMR,so suka-suka je lah nak target 9A walaupun ibu aku time tu rasa tak yakin(hahaha) And now, SPM. Lagilah tersangat susah daripada trial. I thought trial lagi susah,rupanya tak. SPM lagi susah. Soalan batch 2010 memang susah-susah. Ade yang tak pernah tengok pun format soalan macamtu. Rasa nak tumbuk-tumbuk je kertas soklan tu lepas tu tumis dalam kuali and then telan hidup-hidup cicah dengan sos cili jenama Aminah Hassan.

Nasib baik bukan aku je komplen, budak-budak paling top pun komplen. So, takde lah risau sangat. Ade student SBP pun merungut, soalan susah sangat,berbanding trial. Agak-agak lah kan,dengan result trial aku hanya 9A 2B,layak ke aku target straight As untuk SPM 2010??Layak ke ha? Boleh ke? Mampu ke aku menyandang gelaran 'budak straight As'? Boleh ke aku berangan jadi pelajar straight A's? Boleh ke aku simpan target yang sangat-sangat tinggi tu? Aku selalu ingatkan diri aku, SPM is not like PMR ataupun UPSR. PMR boleh berangan naik pentas sebab dapat 9A. UPSR pun same. Tapi,SPM ni lain sangat. Tak boleh suka-suka je mengharapkan result straight A's even though trial SPM punye result gempak camane pun. SPM and trial SPM are very-very different. Bagi aku, susah sangat nak imagine result SPM berbanding time imagine result PMR&UPSR dolu-dolu. Adess. +_+

Cuak+takut+risau+excited+geram+gelabah+naknanges+taksaba+bimbang dengan tarikh keramat yakni 23 MAC 2011. Tak tau lah,perasaan bercampur baur. Susah nak digambarkan. It's gettin' so complicated. 4days left. Pejam celik pejam celik, sampai lah ke tarikh tersebut. Aku hanya mampu menanti dan berdoa untuk keputusan yang cemerlang untuk SPM dan test JPJ!

"PENANTIAN SATU PENYIKSAAN"

Yang cuak menanti,
lurvians

Sunday, February 13, 2011

Result SPM 2010 menjadi tanda tanya.

~:HANYA DI MERCU:~

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Tarikh announcement result SPM. Macam-macam prediction yang keluar. Adeihh. +_+
  • Cikgu Zainoriah cakap 28 Feb.
  • Cikgu Azmah cakap hujung bulan dua.
  • Mak Azra dengar-dengar kat ofis sekolah STAD cakap kuar result lepas raya cina bulan 2.
  • Tengok kat fesbuk ade yang cakap confirm 14 Mac, ada juga yang cakap 23 Mac.
  • Malah, ada yang sedap-sedap mengaku result kuar 27 Jan. Pape tah.
  • Tapi antara tarikh yang paling ramai uar-uarkan ialah 28 Feb dan 14 Mac.
Apa-apa pun, my bff cakap result kuar bulan 3, cuti panjang bulan 3 tu. Dia tengok kat newspaper. Takkan newspaper nak tipu kot. Wallahua'lam. Tapi memandangkan kat sokkaba pun da cakap kuar result time cuti panjang bulan 3, so maybe tarikh 14 Mac tu ada benarnya. Tak tau lah. And tak kisahlah bila pun, doa-doa lah target sekolah untuk gred purata keseluruhan 2.45 SPM 2010 tercapai dan doalah agar keputusan SPM 2010 kita sangat cemerlang dan paling terbaik sekali. Amiiiin!

Saturday, December 18, 2010

exam oh exam

SPM dah lepas. Trial SPM dah berlalu. Sumatif 1 dah xkan kuhadapi lagi. Sepanjang aku bergelar pelajar Form 5, aku rasa cam takde lah study gila-gila sangat. Sempoi je tapi still have to focus. Perkembangan result pekse sepanjang tahun ni nampak cam ok. Nampak jea. Tapi hakikatnya ,walau sebaik mana result aku, aku masih risau dengan result pekse sebenar yang lagi penting iaitu SPM.

Formatif 1 - 8A
Sumatif 1 - 6A
Formatif 2- 8A

Yang paling best,result trial yang aku anggap susah , tapi result aku sungguh mengejutkan. What a big surprise.

BM. Selalunya BM aku takde problem sangat. Cuma time formatif 2, itulah kali pertama dapat B. Bukan B+ tapi B. Aduh. Memang susah gile soalan tu. Cikgu Fatimah, my lovely cikgu yang sentiasa berusaha mengajar apa yang betul2 penting in spm nanti. Beliau selalu bagi peringatan ,jangan buat tu jangan buat ni. And she's really funny, especially bile die jerit nama KT(Ketua tingkatan kami) dengan penuh semangat iaitu "MAEELLLLLLLLL!!!!". Mael ni genius woo. Physically je macam tu. :) Alhamdulillah, time trial i got A. Lepas tu cigu tambah 3 markah free, dapat la A+. Terima kasih cikgu Fatimah~

BI. Last year, memang jarang dapat A. I mean,susah la dapat A. Alhamdulillah, this year, I'd improved a lots. Zillion of thanks to my sporting and kind teacher, tcer Pu. Beliau sangat gigih. Lebih gigih daripada saya. Heheh. Trial aritu I got A- ,lagi 1 markah je nak A. bUT it's okay what. Tak raamai dapat A. The highest pun 83. Aku yakin, SPM sebenar nanti, ramai yang akan dapat A+ sebab kami dah dibalun dengan latihan-latihan yang sungguh amat banyak. Really, tak tipu. Memang tak larat. Tapi still boleh survive. Huh.

MT and +MT. Pun no prob since last year lagi. Guess what, last year pernah dapat C+ math mode. Yang kelakanya time tu jugak +math aku A+. Mane tak peliknye tu. Jauh bezanya tu. Tapi that was just a careless mistake. Trial SPM punye result tak pelik, cuz i got A+ for MT and A- for +math. Add math paper 1 really2 freaked me out. Rasa-rasanya question n9 memang susah ,i think it was second paling susah after SBP. Bile aku wat Kelantan trial, dapat lak A+. Memang geram~ Tapi alhamdulillah, dapat jugak A-. Berbaloi laa jugak.

PQS and PSI. Know what, during trial exam ,PSI and PQS diletakkan dalam hari yang sama! Mana tak tension. Dah la banyak kena hafal. Soalan spot pun takde. Memang terkontang-kanting. Nasib baik sehari sebelumm tu ade gap 1 day. Bole la study walaupun tak holistik. Alhamdulillah PQS dapat A,PSI dapat A+.

Sejarah. Haha,sejarah ni bagi aku kemuncak bagi segala subjek cuz ta ramai minat sejarah and banyak facts to be memorized. Paper 1 sej memang susah and aku menangis bila habes paper 1. Bukan pe, aku n BFFs ku pegi check kat buku text jawapan2 nye. N lebih daripada 10 SALAH. Memang rasa kecewa and down sangat time tu. Paper 2 aku berazam nak wat betul2. Akhirnya dapat jugak A sebab paper 2 aku 95% ! Could u imagine that? Tak penah dapat 95% paper 2 before nih. Ini berita baik! heheeh.

BAT. First time dalam hidupku BAHASA ARAB TINGGI dapat A-. Arab is a tough subject cuz u've to karang essay arab, study nahu, balaghah, sorof, mufradat,etc. Last year ,memanjang dapat C+, tak C+ pun dapat C.Aduhh. Pening2. Tapi makin lama makin okay la. Mungkin sebab tusyen dengan ustazah Zaharah kut. Syukran ustaazah! dan tak lupa jugak ustaz zaini yang suka menerangkan kepada pelajarnya if ade yg xfaham even though tanye beribu2 kali. (Tipu la tu. tak sampai seratus pun.)

Lagi ape yee..Hah, subjek scie. Bio, Chem and phys. Thank GOD sebab Bio ku dapat A- atas pertolongan paper 1 and 3. And atas pertolongan ALLAH juga! heheh. Chem dapat B+ ,Phys dapat B. Phys improved la dari C+ kepada B. TQ tcer Azlin banyak bagi semangat. Love u selaloo. :D Tcer Zabedah and tcer Normah jugak! ^_^

Itu saja. k g2g. daA~ WSALAM.

lurvians.

Thursday, December 16, 2010

freedom!

salam.

hey.

saya dah merdeka.

all in ma mind is only FREEDOM.

i like!

('',)

Wednesday, October 13, 2010

SPM 2010

Assalamualaikum w.b.t

hey, i just got my trial result . I mean, sijil trial sPm. Yeah ,overall looked like okay-okay je la kann, but something that I shouldn't forget is, to focus on the 2 subjects that i didnt get A and 6 subjects det i didnt get A+. Kalau ta silap , kelas Ikram ade 1 orang je 10A. Tapi A die sumenye 80 above. AND 1 je kantoi, 2 pon sebab essay. Knoe what, sumativ aitu she got d highest mark for det subject, tibe2 je kantoii. Aduhh, xpe, ade hikmahnya tu. :)

back 2 my results, my dad pon agak satisfy tapi die suh work harder for physics. Physics aku meningkat la dari C kpd B. Chem dari B kpd B+ and biO dari B kpd A-. Memang i'd olready target utk improve kan gred 4 scie subject. Alhamdulillah, i did it! Memang aq kurang kan tumpuan utk subjek biasa-biasa such as sejarah, bM and bI, PqS and PsI. Sebab pe, dulu-dulu aku sangat bagi tumpuan kat subjek biasa-biasa ni, sampai kan subjek penting yakni 3 subjek scie tu terabai. So, trial ni aku dah nekad laa nak ubah strategy. And strategy nii berkesan la sikit-sikit.

anyway, memang kagum la ngan Riza. She got str8 A's. Mane-mane subj yg die lemah, die work hard 4 it, and then dia bejaya! Congrats Riza.

Ok lah. Hingga di sini sahaja ulasan mengenai my trial spm results. Hope aku pat capai 11A+ . Amiiin!

Aku pelajar cemerlang spm 2010 11A+ SHAMS,
nurul 'afifah sidek

Monday, September 27, 2010

BIO OH BIO


Dulu sy benci BIOLOGY sebab susah nak dapat A and sukee BIOLOGY sebab best gile. I got some tips. Tips ape yea? Bace nih.
''hurm.you and i faced the same conflict here :)
minat will come later. don't worry :)

nak faham bio?
1. read up. at that time, jangan ade fikir nak kena ingat or stuff. just bace macam kita baca magazines. baca cause kita nak tahu.

2. relate it with our surroundings. (biology=the study of life. so, the study is about us, the animals,plants) everytime dah bace, try utk apply the concept.

3. organize your reading.
eg: cardivascular system : structure, functions, pathology, epidemiology, pharmacology (i'm taking medicine now -.-' phew)

4. memorize the medical terms. (start memorizing once you've done all the steps above)

5. at the end of the day, when you find it easy to explain the concepts correctly, you'll love biology :) trust me ''

P/S : Done. Simple kann? I'm gonna apply all diz tips tym study nnti. :D

Saturday, September 25, 2010

TRIAL SPM.

AT LAST BIO AKU DAPAT A JUGAK !

and the other 2 scie subject dapat B.

No 'C' in my life lagi.

SA
Y NO to gred C! ^_^

Hal ini telah rebuild my self-confidence untuk further study dalam bidang medic.

ALHAMDULILLAH.


Salam Penuh Bahagia,

BintuSiddiq




Wednesday, August 18, 2010

Budak Exam.

Hari ni baru jea habis paper math mode. Setakat ni 4 paper dah pass. So far, I've done my very best. Cuma 1 subjek j yang aq ta c0nfident- SejaRaH. Takut sangat ape jadi tah kat result sej nanti.

Know what, yesterday orang buke pose kul brape? 8.15 ! Huhh. Sebab tetido punye pasal. Naseb bek ta ter'miss' solat maghrib. Huhu. Actually orang na balas dendam balun tido habes-habesan cuz malam tu orang stay up dari kul 2 sampai la sahur. Start study kul 8 lebeh, tapi ngantok tahap cipan punye pasal, lepak-lepak la jap. Dah tu tetido. Kul 11 bangun balik. Bukak buku sejarah. Then kul 12 dah ngantok balek n at last, tido semule. Kul 1.30 bangun, solat bagai, sambung study. Memang ase na nangeh jea cuz time study sejarah je ngantuk tahap gaban, bile study subjek len takde lak cemtu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku malam tu, start 1.30 a.m. tu aku dah tak ngantuk sampai la waktu sahur. :D But still, tak habes bace sej agi. Normal la, aq mane penah abeh khatam buku teks sejarah uh.. Pandai-pandai goreng la time wat esei. Kalau hangus ,nasib la yer.

2 la cite nye. Petang tu, memang balun tido. Sampai buke pun 8 lebih. Btw, orang ta rase lapar or haus pon time tu. Yea, maybe sebab kepuashatian ,kelegaan dan kegembiraan dah pass subj sejarah mengatasi rasa lapar dahaga tuh. Owh. Camtu ke? Err. Yela kot.

Then, malam tadi, study maths . Da abeh study uh tutup la buku, tapi ta ngantok agi. Jam dah kul 1 lebih dah. Orang pun gi tengok tv, my adeq yang form2 tu pon ta reti-reti na tido agi. Kitowang nengok cite.. err,.cite pe ntah. Tapi tak best la cite tu, cite melayu. Plot cite same je, anak rebut arta, anak durhaka, cinta orang kaya vs miskin. Huhh, same story all d tym. Dah kul 2, orang pakse diri untuk tido, kalau tak , nanti tym jawab paper math nanti ngantok tahap dewadewi padan muke. Around 2 thirty baru la nantok.. Best gile dapat tido dengan penuh kelegaan dan kegembiraan. :D

Tadi ade Kelas Chem. Bes ar plak tcer SASER tu ajar. Memang massyhukk punye. ! Petang tu terus rushing balik. Nak lepak depan tv. Dah lama ku mengimpikan saat-saat itu. Tengok cite qalesya, cinta kirana, pabila larut malam, masam manis ramadan (yeke? lebeh kurang r tajuk cte dy.) and macam-macam lagi. Hambek ko. Sekali arung. Senang. (:

okeh. sok lak ade uli-uli add maths. uli-uli? tu yang aku dengar la cigu cakap tadi. tataw la if sala denga ke. kul 10 till 2 pm. atoiyai. add maths 4 hrs straight. life is hard. betul sangat. tapi kepayahan akan berakhir dgn kemanisan kejayaan, inshaALLAH. Okie, next week lak paper chem, phys and add maths. Tough subjects ! Anyway, i gonna do my best,of course. Demi masa depan kita bersama. (Huhh. kenapa 'kita bersama'? heheh.tataw laa.) . Olraik then, see ya. DaA~



p/s : sebagai selingan.Isyarat tangan illuminati.

Friday, August 6, 2010

ucapan ramadan

Salam Ihya' Ramadan.




SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

dan

ALL THE BEST

to all trial SPM candidates esp. my bFf, my classmates( 5 Ikram's ), semua batch f5 SHAMS.



Ther's no time to play-play anymore.

PERINGATAN : DON'T PLAY PLAY HUHH ! ^^,

Till here then.

nota kaki : i don't think i can attend tuisyen gemilang tomorrow 'cuz i got a cold n fever.Just rite afta the amali
haji
! And my voice became TERsangatLAH merdu disebabkan blockage nose.syafakallah ! :D

*b4 midyear exam pon macani gak.huhu.(@_@)*

Thursday, May 27, 2010

Counting days.. :D

TINGGAL LAGI 3 PAPER , THEN MERDEKA LAA.

Err, merdeka?

Trial spm caner?

SPM ??

Ughh. Stop talking bout it.

mlm ni , kite eNjoyy~ yuhuu. :D

Thursday, May 20, 2010

anything could be happen.

For the first time in hist0ry,aku di'belai' dengan bermacam2 ujian time musim exam. Wah, sounds interesting. Haha. Bad things happened at d same day, yakni Friday. Last friday, 3days b4 exam, demam lak. Actually,I has been having this fever-like symptoms since last thursday,2 ari before demam. and it progresses, and i finally loss my voice,suara 'merdu' gile dah ngalah kan ratu r0ck ella,hidung tesumbat da takleh nafas gi dah naseb bek hidup gi sampai skang,then batuk je memanjang. kenapa ianya berlaku 3days b4 exam? kenapa x b4 tu tuka kepada after?

olraitt. kifarah dosa. Ada orang cakap, kalau dapat sakit tu, jangan sesekali mengeluh, cuz time tu doa-doa dimakbulkan,means det,mustajab la doa time sakit tu. So, aku pun amek kesempatan la untuk berdoa agar dipermudahkan jawab exam. N know whutt, sepanjang exam nih, even aq bace skali lalu je, n even ade chapter2 yang aq missed, tapi aku dapat jawab . Based on my instinct la. Cuz, nak study, tapi keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan . So xdapat study hard sangat berbanding exam b4 ni.


D most important thing is, aq xpernah dapat tido nyenyak time exam week nih. Det's y i gonna cry if my result tak segempak yg di target. :( Oww, back to our main topic tadi. Tadi, dis mornin la senang cite, ade la 1 incident ni berlaku. My first thought bile mengalami incident ni ialah, "matilah aku.." n i kept saying ,"pelik,macamana boleh pecah?"..
NOthing happen, just a small injury. Sakit. Sakit kaki n sakit ati betul. Macamana cermin bule pecah. Bukan nye pape sangat pun. Aneh bin ajaib la. Tadi amek exam sej n PSI sambil tahan sakit. Seronok~ Haha. :D

Bukan calang-calang orang bule rasa ceni.I'm very fortunate to be given a chance to stay alive till n0w even though kena sit for examination yang menyeksa jiwa dan raga student yang have-not-finished-revision-yet.Dangg. Aku la tuh.Cuz yeah, it is quite IMPOSSIBLE to be able to say "I have finished study",y'know. Studying,revising..::___never ending circle__ ::(^_^)

Setakat ni, ujian datang bertubitubi, since khamis ari tu, sampai la ari ni. Non stop. So, time time cemni la masa yang sesuai untuk doa ape yg aku nak! Hee~
This statement more to make myself feel good , sebab bukan sume orang yg berjaya menempuh 'hari ujian' yang specially datangnya dari ALLAH.If 'hari ujian' yg manusia wat tu, semua orang boleh pass thru. N, ujian dari ALLAH tu tandanya Dia sayang kat hambaNya. Kita selalu dengarkan?

Okeyh. 2morrow burfday my class teacher yg sungguh cantik bergaya sporting caring memahami cun lawa . (Bukan nak bodex okey.) Happy Birthday ,tcer AZLIN! But so sorry, I can't join korang la sok. sabtu ada tusyen. senanya malam ni pun ada tusyen physics, tp aq lebih suke datang klas physic cigu Azlin. :)

Sampai di sinii k. Doakan aku agar pass this test dengan cemerlangnya. Huhu. Due2 test r, test dr manusia n test dr ALLAH.

okie, enough merepek. I need to go back study now. in case kalau ade ujian lain lak yang datang..xpat study. So, better studying rite n0w. gune la mase sihat anda sebaiknya. (mslh ny aku tgh sakit skg nih) tp xpe. study ta melibatkan kaki kan? tapi kaki tu part of my body, kalau kaki sakit memang la terase sakit sumenye..ok dah. last words, thanks to zra n yanie cuz memahami. ececeh. n syukur ya ALLAH, cuz you let me to breathing the breath that You gave me to breathe.till now..

Sekian..


p/s : takziah kpd my classmates yg diserang demam time musim pekse ni.
Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman. Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya. :) wassalam.