Congrats !:) |
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, hari ni saya dapat tahu ramai junior saya dapat straight As dalam SPM 2011. Tahniah! Mabruuk! Semuanya ketentuan Allah. Ada hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik result yang kita dapat tu. By the way adik-adik semua, result tak menjamin apa-apa. Saya cakap ni based on experience, this is what exactly happened masa musim dapat result and musim apply scholarship dulu. And bukan pengalaman saya sorang je, housemate saya pun sama. Ada antara kawan saya dan kawan kepada housemate saya yang dapat straight As, banyak A+ kot (lagi banyak daripada saya) , performance dalam co-curriculum pun not bad,tapi tak dapat apa-apa scholarship. Don’t worry lah, scholarship je pun. Kalau tak dapat tawaran university tu lagi susah la kot. But if you got straight A’s, inshaAllah la, confirm dapat tawaran university. Cuma yang scholarship tu je, jangan nak depends on result SPM sangat.
Result SPM ni hanyalah permulaan. Yes, it’s just a beginning. Nanti bila dah apply scholarship, dah dapat result scholarship, dah dapat result UPU, dah masuk alam campus, then you’ll know what I’m talking about, it was all very true. Apa-apa pun, semoga Allah berkati kejayaan kalian semua. Bagi yang tak berjaya dapat result seperti yang diidamkan, janganlah sedih sangat, jangan dok frust sangat. Just forget the past, and move on. Hidup mesti diteruskan. :D
Bila masuk alam campus ni, tak kisah lah betapa tiptop nya result SPM kita, once kita leka , malas nak study, memang teruklah result. Kat tempat saya belajar,orang yang study gila-gila pun belum tentu lagi dapat result gempak. Foundation kat MSU memang tough lah. Kat sini, classmate saya mostly semua straight As kot.(scholarship MARA at least kena dapat A- untuk semua subject. ) Tapi ada je yang fail time dapat result. Even kalau dah study pun boleh dapat fail, apatah lagi yang malas study. Ini baru foundation, kalau A-level, IB, American degree, AUSMAT? Super-duper tough I guess. So perjuangan anda semua baru je nak bermula. There are so many things yang perlu dirisaukan instead of your SPM result.
Rasanya mostly my junior yang dapat straight As mesti dah tahu hala tuju lepas SPM kan? Hopefully yes. :) For those yang dapat straight As boleh la terus apply scholarship MARA or JPA or MAINS. Tiga-tiga scholarship ni ada interview. Oh, teringat interview MAINS and MARA dulu. MAINS nye interview memang sempoi and lawak. Tak yah nak nervous sangat lah. MARA nye interview pulak, memang beyond our expectations. Tak sangka kena buat spaghetti bridge. Saya memang tak perform sangat la time interview MARA ni. Spaghetti bridge pun takde rupa bridge langsung. Sadis. Tapi alhamdulillah, dapat jugak. Rezeki dari Allah. ^.^
Kakak-kakak senior yang genius, 13A1. :) |
BNM pun ada scholarship. Untuk yang banyak A+ boleh lah apply. Dulu ada senior dapat scholarship Bank Negara Malaysia. Memang mewah lah hidup kalau Bank Negara taja. Sekarang ni akak tu dah kat UK dah. Amek course Biochemistry which is also the most killing subject untuk budak medic. Genius la akak tu! (:
And untuk UPU, most preferable university, of course UIA and USIM. Itukan university angkat sekolah SHAMS. Haha. Well, bagi saya, sape dapat UIA memang dia pandai. Tak tau la, mindset memang dah macamni. (sukati je). Maybe sebab susah kot nak dapat UIA. And UM pun okay. UiTM Puncak Alam pun not bad, UiTM tu cantik kot. Bangunan macam baru-baru je. HEHE. Untuk yang nak amik medic, tapi result tak okay sangat, boleh apply MedicMesir. Kalau tak silap kena bayar sendiri untuk first year. Lepas tu untuk taun seterusnya boleh apply scholarship kalau result okay. Sory kalau tersalah maklumat. Hihi. Ada sahabat saya yang apply medic mesir ni, and dia dah fly pegi Mesir last year. Result dia 6A time SPM. Alhamdulillah, dia masih survive kat sana. ^_^
Last but not least, saya sentiasa mendoakan kalian semua berjaya mencapai cita-cita kalian. Never ever give up. Kalau jatuh bangun sendiri. Buat pilihan yang terbaik. Jangan menyesal pulak nanti. Okay. Tahniah sekali lagi! Barakallahufiikum.
"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not." [2:216]
"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2:216]
With love,
Dr. 'Afifah Sidek
betul la masa kt skola ngn u lain. ade kwn sy masa skola bese2 je..tp bila kt u, tiap sem dekan. kalo byk usaha kita, byk la kita dpt kn
ReplyDeletekan kan? hehe. betul, semuanya depends on usaha, bukan result. :D
ReplyDelete