Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.
Setelah sekian lama menyepi. Akhirnya tergerak hati nak hapdet belog. Aku baru habis foundation and masih menunggu result dan offer letter from MARA sedangkan rakan-rakan lain yang dapat tawaran UPU dah bershopping sakan beli barang-barang nak masuk U, yang dapat scholarship ada yang dah fly, ada yang tengah busy isi borang, ada yang dah tak sabar menunggu hari nak fly. Aku pulak masih ternanti-nanti abang posmen bagi surat tawaran daripada MARA. Perasaan ni sama macam aku tunggu offer letter from MARA masa lepas SPM dulu. Tapi yang ni lagi neves la, sebab offer letter ni yang menentukan hidup dan mati seorang bakal medical student. hah. hiperbola.
Offer letter tu insyaAllah akan state tempat aku sambung degree which is International Medical School (IMS) Bangalore,India dengan tarikh fly sekali. Borang-borang yang perlu diisi , pegawai MARA dah bagi before habis foundation dulu. Borang memang banyaak sangat, tak tau nak start dari mana. So, aku just tunggu arahan dari lecturer yang handle student MARA ni je. Memandangkan result exam last semester aku alhamdulillah sangat okay, jadi aku tak risau sangat tapi takde lah over-confident sangat sebab ada je benda-benda lain yang diambil kira macam Medical Entrance Test(MET) dan juga MUET. Apape pun, aku serahkan segala-galanya kpd Allah, yg penting aku dah usaha yang terbaik. Keep on praying and good luck! :)
Oh ye, lupa. Selamat hari raya aidilfitri everyone! maaf zahir batin. Duit raya aku tahun ni banyak sikit berbanding tahun-tahun lepas. Adik-adikku semua jealous. haha. Bukan apa, ni sebab aku nak fly pergi India tahun ni, tu yang orang duk bagi duit raya banyak-banyak, konon nanti 5 tahun tak jumpa. Padahal boleh je balik tiap tahun. kui3. Semoga berjaya ye dr. Afifah ^.^
PS : sikit je update. haha.
Sekian, wassalam.
Dr. 'Afifah
No comments:
Post a Comment
Komeng jangan tak komeng. :)