Monday, August 27, 2012

Nak berubah itu payah.

Bismillah. Assalamualaikum .


Ya Allah, sesungguhnya nak berubah itu sangat payah. Apatah lagi  ingin istiqamah. Aku takut aku akan terus lalai. terus leka. dengan arus duniawi. aku takut aku terus hanyut. dunia ini kelihatannya sungguh indah. sungguh indah. tapi at the same time aku sedar, syurga itu lagi indah..dan kekal abadi. dunia ini tiada apa-apa berbanding akhirat. bantu aku ya Allah. bimbing aku ya Allah. sesungguhnya aku tak  kuat. kenapa setiap kali aku ingin berubah ada sahaja badai datang melanda. ada sahaja halangan yang datang dari pelbagai arah. aku mohon kekuatan ya Allah, untuk terus berubah. untuk terus istiqamah. aku tak sanggup memikirkan azab kubur, apatah lagi menanggung azab nerakaMu. Hanya kau sebaik-baik penolong. Bantulah aku ya Allah. :'(

Sabda Nabi SAW: "Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya". (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Aku ingin berubah. Berubah menjadi seorang yang hamba yang Engkau redhai. Ya Allah, susahnya ya Allah. Susahnya nak berubah. Bila jejak je kaki di rumah, aku rasa aku mudah tewas. Tewas dengan nafsu sendiri. Tewas dengan hasutan syaitan durjana. Aku betul-betul lemah bila berada di rumah.


Al-quran kurang dibaca. Al-mathurat apatah lagi. Solat sunat rawatib entah ke mana. Solat pun akhir waktu. Bukan ke masa di kolej dulu aku selalu jaga benda-benda ni. Tapi bila habis je kolej entah ke mana pergi semua ni. Memang di kolej dulu aku ada banyak dorongan untuk berubah. Tapi di rumah? Mungkin disebabkan itu lah, aku sering mengharapkan agar Allah membuatkan aku sibuk sehingga aku tiada masa untuk berbuat dosa. Aku mengharapkan agar aku dapat menuntut ilmu sepenuh masa sepanjang hidup. Memang baguslah aku ambil medic, biar aku terus busy sampai dah bekerja nanti. Biar aku busy mencari pahala dan redha Allah sehingga aku lupa untuk melakukan dosa dan maksiat. T.T

Aku sedar. Aku mudah lalai. Mudah sangat-sangat. Diberi nikmat sikit, aku terus lalai. Hamba jenis apa aku ni? Ya Rahmaan Ya Rahiim. Engkau masih mengizinkan aku terus hidup, Engkau terus memberikan aku nikmat ini, kerana Engkau masih berikan aku kesempatan untuk bertaubat. Aku berazam ya Allah, aku nekad. Aku akan teruskan perjuangan aku untuk terus berubah dan istiqamah, perjuangan yg aku telah nekadkan dalam hati sejak kali pertama menjejakkan kaki di MSU. Kuatkan hati ni untuk terus istiqamah ya Allah :'(


Sekian, wassalam.

Yang Ingin Berubah,
Dr. 'Afifah

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)