Tuesday, May 3, 2011

Ini bukan ceramah tau!


Kenapa aku dah macam addicted je dengan blog ni? Dulu takde lah addict sangat kot. Dulu malas je nak log in. Malas je nak type email and password. Hee. Actually aku ada cerita nak di share kat sini. It's about 'life'. Sepanjang aku bekerja almost 4 bulan ni, macam-macam benda aku dah alami. And sepanjang bekerja ni aku belajar berdikari. Belajar buat keputusan sendiri. Aku belajar untuk adapt dengan kehidupan luar.

Okay. Talk about independence. Aku dah ada keberanian kot nak hidup berdikari lepas ni. Aku rasa aku dah bersedia untuk masuk IPT nanti. I think so. Aku rasa pengalaman kerja ni macam satu Kem Motivasi yang memotivasikan hidup aku. Macam-macam karenah orang aku jumpa, pelbagai ragam. Aku tersedar, tak semua orang kat dunia ni baik-baik. Don't judge orang by their muka. *I like ayat nihh!* Kat luar sana, ramai yang aku jumpa muka baik, lawa, hensem, bertudung, kelakar, baik sangat-sangat lah. Tapi hakikatnya tak semua orang tau yang muka-muka macamtu sangat teruk sikap dan perlakuannya.

Sepanjang bekerja ni, aku dah biasa dah tengok orang yang tak sembahyang, tak sembahyang jumaat tu pun dah biasa la tengok, tapi yang tak solat lima waktu ni memang agak susah la aku nak terima at first. Tapi lama-lama dah biasa dah. Perangai baik, tapi tak solat. Lagi satu, peminum arak. Aku tak sangka aku pernah bergaul dengan peminum arak. Tak tau lah minum banyak ke sikit ke. Tapi HARAM tetap HARAM. Ada je orang cakap, 'Tak semua orang yang minum arak tu jahat-jahat.' Yeah, exactly! Tak jahat. Tapi dorang jahat pada ALLAH, Tuhan dorang. Buat apa hidup ni nampak baik di mata manusia je. Tapi nampak zalim pada pandangan Allah. Sia-sia. *nauzubillahiminzalik*

Aku bersyukur, hidup aku, kawan-kawan aku semuanya okay. Takde spesies as stated above ni. Bila aku dah jumpa orang-orang macamni, membuatkan aku lebih berhati-hati dan waspada dalam kehidupan. Aku tak benci orang-orang macamni, maybe dorang tak dapat didikan agama secukupnya , or they did have,tapi taknak hayati. Beri didikan agama kat orang memang senang, tapi nak buat orang amalkan dan hayati didikan agama is really hard.

Ada 1 prinsip yang aku pegang sepanjang bekerja ni, "tak sentuh lelaki bukan muhrim dengan sengaja." Sepanjang kerja ni, aku tak pernah salam lelaki, sep tangan laki. Oh, tidak sama sekali. Benda ni yang paling aku jaga. Kalau tak pandai jaga dari sekarang, so bila lagi? Dah tua kerepot baru nak jaga? Sepanjang aku keje ni, sentuh-sentuh tangan, tepuk tampar laki perempuan ni memang biasa dah aku tengok. Tepuk tampar depan mata aku. Tak kira bertudung ke tak bertudung. Sama je. Maybe dorang fikir 'Alah, sentuh sikit-sikit je, apa lah sangat.' Sikit-sikit??? Sikit-sikit pon dosa jugak. Dah tau dosa, pegi kumpul dosa tu banyak-banyak buat apa. Dorang fikir Islam ni sekadar solat,puasa,haji,pakai tudung je ke?

Aku tak boleh comment n ulas panjang-panjang, sebab mereka-mereka semua tu mostly budak degree. And aku? Budak lepasan SPM je pon. Ilmu agama pun sipi-sipi je. Tapi they should have think about this sebab dorang tu beragama ISLAM dan boleh fikir sendiri mana baik mana buruk. Mana dosa mana pahala. Hidup di dunia bukan saje-saje suke-suke, tapi untuk akhirat. Macamana kalau esok kau mati eksiden? Kau nak mintak kat Allah kau dihidupkan semula and baru nak taubat?

Culture shock. Itu lah yang aku alami sepanjang keje ni. Macam-macam jenis orang aku jumpa. Macam-macam budaya pelik. Budaya aku 'tak sentuh tangan lelaki' pun dorang anggap pelik. Why huh?

Kat tempat keje ni jugak aku belajar macam-macam ilmu baru. Hah, how to turn around negative, 5 steps, impulse factors. Best! And aku akan aplikasikan ilmu ni kat mana-mana jua aku berada nanti.Aku nak share sikit untuk sesiapa yang otak bisnes ,eloklah guna impulse factor ni.

IMPULSE FACTOR:
1.Greed. Buatkan orang rasa tamak. Pay less,get more.
2.Indifference. Bagi chance customer buat pilihan.
3.Fear of loss. Buatkan orang rasa rugi kalau tak beli.
4.Jone's theory. Guna perkataan 'ramai orang/semua orang'.Cth: Ramai orang yg dah pakai.
5.Sense of urgency. Ramai customer lain yang nak dilayan. Konon busy la. Hahaha.

Itu lah sebahagian yang aku pelajari. Aku happy je keje ni. Enjoy. Hari-hari rasa happy nak pegi keje. Kawan-kawan semua sporting. Haa, aku teringat dengan seorang rakan sekerja ni. Dia dah berhenti da. Dia ni baik, sporting and kelakar. Tapi miang sangat. Dah kahwin da pun. Tapi miang menjadi-jadi. Pernah melamar seorang gadis lepasan SPM lagi tu. (not me okaiiii!!). Ini membuatkan aku takut nak kahwin and rasa susah nak percaya insan bergelar lelaki. Memanglah orang cakap lelaki tak semua sama, tak semua jahat, masalahnya yang 'tak sama' and 'tak jahat' tu berapa percent ? *Aku ni pun bukannya baik pun. kakaka*

Hah. Lupe plak. Kat tempat keje ni jugak aku berkawan dengan seorang lelaki ni. Dia lepasan degree. Sekarang ni dah berhenti da, jadi Pegawai Penyelidik Kesihatan. Tak sangka boleh berbaik-baik ngan dia, first-first nampak dia macam nerd, poyo siket. Tapi dah rapat sikit, baru tau dia ni baik, and berpandangan jauh, charismatic. Yang penting rambut dia memang..fuhh..stylo betul. Wah, puji melambung ni apehal. Haha.

--Ee geram betullah sape yang kol tepon umah aku ni! Banyak kali plak tu.Bile aku angkat die terus letak phone. Bengang betul. Nak kacau orang agak-agak ar. Tepon uma tuu. Hee yaii. Geram betullah! Kalau aku tau sape, aku rasa macam nak campak je orang tu kat dalam laut.--

*Iklan jap.*

Okay, sambung cirita. Aku pun ada berkawan dengan seorang non-muslim ni. Dia ni hensem la jugak. Kikiki. *gedik betul* And then, dia ni dah faham sangat dengan budaya Melayu, islam. Dia ni macam cikgu Fatin Azirah Chong la, suka amek tau. Terkejut aku bila dia bercakap seolah-olah macam dia ni islam. Terkejut jugak bila dapat tau dia ni ada simpan sejadah kat rumah, and dia pernah simpan al-Quran dan tafsir member dia hadiahkan.

Tengok situasi ni, aku terfikir. Kalau ada orang islam ni kat rumah dia ada sejadah, al-Quran, tafsir, tapi tak solat, tak baca, so keadaannya sama je lah dengan non-muslim ni kan kan kan? Apa yang membezakan muslim and non muslim is amal ibadah. Semua orang boleh simpan sejadah, AQ, tapi solat? Baca AQ? Tak semua.

Yang penting,aku tahu apa agama aku, siapa Tuhan aku dan apa pegangan aku. Selagi kita berpegang dengan syariat ISLAM, kita takkan sesat. Takkan kecewa. Hidup jadi lebih bermakna. Hidup di akhirat lagi lama daripada hidup kat dunia. Jadi, hidup kat dunia ni takde apape melainkan cari bekalan untuk kehidupan akhirat. Bekalan apa? Bekalan amalan kita lah. Semua orang sedia tau, tapi buat-buat tak tauu.

Itu sahaja perkongsian pada petang ni. Harap maaf atas kesilapan fakta atau tersalah bagi pendapat atau terkasar bahasa. Moga diperbetulkan. Segala kata-kata berunsur nasihat dan peringatan adalah untuk diri tuan blog jugak. TQ.

Wassalam.

"DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT."

miss lurvians

2 comments:

  1. header kau lawo wehh.. tapi sekali bukak, lain2 header. haha. rajin ek tukar?

    *aku still xyakin tentang hidup di IPT. basuh baju sendiri, nak belanja makan pakai semua guna duit sendiri.. fuhh.. dahlaa aku ni boros

    -_-"
    pengakuan
    berani
    mati

    ReplyDelete
  2. haha. hari tu punye header testing-testing jer. yang ni yg betul2 nye. kakaka..

    at least ko ngaku la gak ann. haha..ko da la nak pegi luar negara, ko patot belajar berdikari from now on. *macam pakar motivasi tak? hahaha..*

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)