Bismillah.
Here's part II coming!
Ini adalah sambungan untuk Langkawi Aku Datang ! Part I tau :)
Petang Jumaat tu, da lepas solat aku n Azra gi Pantai Cenang. Saje jejalan amik angin sambil survey harga untuk aktiviti keesokan hari. Alhamdulillah rezeki datang dari jauh ni, dapat la harga murah untuk jetski dengan parasailing. Asalnya nak main banana boat tapi kena ada cukup orang lah baru le main, lau tak rugi kena bayar lebih. So terpaksa la cancel. Nanti boleh main kat Port Dickson kot. Hehe.
Keesokan harinya, pagi tu kitorang pergi ke Langkawi Cable Car. Sebelum tu, singgah Pearl Harbour Park (lau xsilap la, sbb xsure ada pearl ke tak nama tempat tu haha) Kat situ banyak kapal kapal mewah. Teringin nak intai kat dalam tu *berangan lettuw*Disebabkan tak tahan panas, kitorang bergegas menuju ke tempat cable car, tak jauh pun dari situ.
Selfie kat Harbour Park :) |
Bawah ni gambaq masa kat puncak gunung sana. Gayat la jugak naik cable car ni. Alhamdulillah selamat naik n turun. Harga murah je, ala tak ingat la tapi tak sampai RM40 pun. Murah je. Masa nak naik je ramai orang, masa turun tu, satu cable car ade kita dua orang je. Takut ! Haha.
Kat atas atas gunung ni sejukk. Matahari je memancar terik tapi sejuk. Best best! |
Bawah ni gambar mee udang. Sedap! RM6 satu mangkuk. Uiyai udang gedabak besaq! Mee ni beli kat Pantai Cenang. Makan sambil nengok sunset <3 p="">3>
Petang tu kami pi main air kat laut. Naik jetski and parasailing yang naik belon kat udara tu. Pengalaman yang best tak terkata. First time naik benda benda tu semua. Excited la. Haha. Jetski harga RM100 untuk setengah jam, parasailing RM100 sekali naik. Berbaloi baloi~ Balik tu memang penat and lapar. Haha. Malam tu keluar pi shopping cekelat kat Haji Ismail Group punye kedai. Sedap la shopping tak sedar duit habis banyak kat situ. Haha. Then dekat area situ ada banyak kedai2 pasar malam, pi tengok tengok apa yg patut sambil cari makanan. Masa nak balik tu singgah makan char kuey teow. Biasa biasa je tapi kenyang alhamdulillah.
Hari Ahad, hari terakhir kat Langkawi *nangis*
Pagi tu bangun lewat sebab penaat sangat. Ingat pagi tu nak gi Go Kart tapi Azra cancel last last minit. Aku tak kisah pun asalkan aku sempat pegi shopping kat Idaman Suri sebelum balik. Haha. Pagi tu kitorang siap siap pack barang sebab nak check out terus. Boleh terus balik lepas shopping. Sempat la g Idaman Suri beli pemanggang ajaib yg ibu nak tu. Then singgah Kompleks HIG. Ada banyak rupanya kedai pakcik Ismail ni. Hmm. Last sekali singgah Cenang Mall untuk lunch and shopping sikit.
Kitorang tak pegi pun island hopping semua tu sebab da pernah pegi, so gi Langkawi kali ni nak try benda yg tak pernah buat lagi la kan. N shopping tu wajib la sbb duty free kan. Macam2 barang murah. Rasa nak bawak 4-5 luggage untuk barang barang shopping ! *mata bersinar*
Pada jam 3 petang mcmtu, aku dah ada kat airport. Azra balik ke jetty Kuah. Berpisah lah dua sahabat baik ni kat situ. T.T *over* Aku punya flight lambat lagi, dalam kul 7.30 pm mcmtu. So aku lepak lah kat surau dengan dua luggage n satu plastik idaman suri dalam dia ada satu kotak pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib tu aku bawak naik flight kengkonon jadi hand luggage. Sebelum tu aku dah tanya orang kt kaunter tu "size ni muat tak bawak naik atas?" Dia kata muat je. Ok lah gitu. Around 8.30 pm aku tiba di KLIA. Penat tapi sedih terpaksa tinggalkan bumi langkawi. Hehe.
Ok lah..sampai sini je coretan pasal trip kita. Semoga berjumpa lagi untuk coretan yang akan datang. Mungkin lepas ni pergi UK pulak insyaAllah. Atau mungkinkan Maldives? Ooopss. Hanya Allah je yg tahu. *wink* Okay, nak tido dah. Goodnight!
Salam rindu,
Miss F
No comments:
Post a Comment
Komeng jangan tak komeng. :)