Tuesday, July 31, 2012

1st August

Assalamualaikum w.b.t.



Happy Birthday! Eh birthday sape ni? hehe. Sape lagi, tuan punye belog lah. 1st August. Tarikh keramat kot. haha. Okay enough merepek. Yang penting, now I'm sweeeeeet 9teen dah. Nombor 19 yang tak berapa nak cantik. Sounds old. Kan kan? But it's okay, it's just a number. Saje nak sedapkan hati le tu. Well, usia dah makin meningkat, dah nak menginjak ke zaman dewasa. Oh no, I wanna be a teenager forever. -.-

Apa pun,tarikh ini mengingatkan aku something. What is it? Mati. Yeah, of course, bila dah tibanya birthday anniversary, takde apa yang nak kita gembirakan, sebab usia makin meningkat, kematian makin dekat, dan tanggungjawab juga makin banyak. InsyaAllah, tarikh ini juga mengingatkan aku untuk jadi lebih matang dalam hidup ni. I'm no longer 8teen. 

I wish I could be a strong girl..in whatever situation. I wish I could be a lovely daughter to my parents. I wish for Allah's blessing in everything I do. And I wish all my dreams will come true. It's not just a wish. It's not just a dream. InsyaAllah I will try my very best to make sure all my wishes come true! :)

So, wake up Dr. 'Afifah. Remember you're no longer a kid! Kau dah nak masuk degree this October. MBBS lagi tu. Jangan main-main lagi okay? Cukuplah zaman foundation yang penuh dengan   kefoya-foyaan. Okay aku memang pencemar bahasa. -.-

Good luck and gambatte ne! (sama je pun maksudnya)

Never ever give up, cuz once you've walked into this path, kau takkan boleh berpatah balik.

Bak kata Dr. Faez masa interview Medical Entrance Test aritu :
"Study hard! MBBS is like you go into a pipe. The pipe will become narrow and narrow but you can never turn back."

I know anything might happen in my future, but all I can do is just to pray and hope for the best! I will do my very best..That's it. :)

Sekian, wassalam.

I'm craving. Haha. =.=



Birthday Girl,
Dr. 'Afifah

Tuesday, July 3, 2012

Penawar Kesedihan. Allah!

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang-kadang aku rasa hidup ini sangat memenatkan. Kadang-kadang aku rasa aku dah tak larat nak hidup lagi. Kadang-kadang aku rasa hidup ini asyik buat aku menangis. Kadang-kadang aku rasa hidup ini sangat susah. 

Belakangan ini aku sering diuji. Bertubi-tubi. Dengan sesuatu yang tidak pernah aku sangka. Dan semua itu sungguh menyakitkan. Tapi aku sedar, nak jadi orang yang sabar tu bukan senang. Taraf orang sabar itu ada pada para nabi dan rasul terdahulu. So you think it's that easy untuk sampai tahap sabar? Dan aku juga sedar, reward untuk orang yang sabar ialah syurga. Moga Allah redha, insyaAllah.

Hari Isnin haritu, aku dapat berita yang sangat menyedihkan. Sangat sangat yang teramat sangat. Aku rasa kaki aku lemah untuk berdiri lagi. Aku rasa aku dah jatuh menjunam ke bawah, dan aku rasa sangat susah untuk bangun semula. Masa tu jugak, aku terjumpa ayat ni.
 
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)

Ayat-ayat ini sungguh menyentuh hati aku. Aku juga teringat ayat yang pernah kami tadabbur bersama semasa Bulatan Gembira dulu.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (At-Taghabun : 11)

Masa Kak Muna (kak naqibah) ajak tadabbur ayat ni, aku rasa sangat sebak. Betapa aku ini hamba yang sangat lemah. Tak berdaya untuk berbuat apa-apa melainkan dengan kuasa dan kehendak Allah. 

Baru-baru ini, aku surf internet dan aku terjumpa lagi satu ayat yang sangat beri kesan dalam hati aku.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Al Hadid: 22-23)


"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."

Betapa aku rasa sangat terasa dengan ayat ini. Allah benar-benar ingin menegur aku. Aku betul-betul terasa. Sentap. Aku lalai. Aku tak sedar yang selama ini aku benar-benar hidup dalam kelalaian. Aku sangat sedih dan menyesal. Aku sangat menyesali masa-masa aku yang terbuang dengan benda yang sia-sia dulu. Aku dilalaikan dengan hal-hal duniawi. Aku kecewa dengan diri aku. Sangat kecewa.

Ayat-ayat ini juga menyedarkan aku, segala bencana dan musibah dalam hidup ini dah sedia tertulis di Luh Mahfudz. Ia dah ditetapkan. Nak tak nak kita kena hadapi. Dan macamana kita hadapi, itu lah caranya Allah nak uji kita. 

'JANGAN KATA KAMU BERIMAN SELAGI KAMU TIDAK DIUJI!'

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2) 

Dan ujian itu ada pelbagai bentuk.

Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155) 

Jadi sabarlah dalam bersabar! Sebab............

”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al Baqarah : 286)

Sebab Allah tahu yang kita mampu lah Allah turunkan ujian/musibah tu. Kalau tak mampu, Allah takkan biarkan ia berlaku. Allah tak pernah zalim kepada hamba-hamba Nya.

Didiklah hati agar sentiasa redha dan sabar. Kerana Allah sangat mencintai orang yang sabar.

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."(Ali Imran : 146) 

Ingatlah, bukan senang nak jadi orang yang sabar. Allah pernah puji orang-orang yang sabar dalam al-Quran.

"…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah :177)

Dan yang bestnya, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.”  

InsyaAllah, semoga dengan redha dan sabarnya hati ini menerima segala ujian dan musibah yang melanda, Allah akan hapuskan segala dosa-dosa kita.

Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya ya Allah. Alhamdulillah. Aku cuba untuk jadi kuat. Cuba untuk jadi tabah. Aku taknak jadi orang yang lemah. Aku mohon ya Allah, seandainya aku jatuh lagi selepas ini, berilah aku kekuatan untuk bangkit kembali. Aaamiin :')

 "IT'S OKAY TO CRY. MENGADULAH KEPADA ALLAH KERANA DIA PASTI DENGAR."
La Tahzan,
Dr 'Afifah

Wednesday, June 20, 2012

: Jangan sedih, Allah kan ada :


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

There were so many things happened lately.

I feel like, ‘Ya Allah kenapa bertubi-tubi bad news yang aku dapat ni ya Allah’ 

Since last week lagi, aku asyik dapat berita yang kurang sedap didengar.

Eh tak, langsung tak sedap didengar sebenarnya.

Ada yang aku dapat terima dengan tabah,

dan ada yang aku terus nangis bila dapat tahu.

Kadang-kadang aku pelik,

how can my friends become so strong bila dapat berita buruk.

How can they feel sooo calm as if nothing happened. 

Seriously teringin nak jadi macam diaorang. 

I want to be like them.

Tak nangis bila dapat tau something yang tak baik.

Tak gelabah.

Tak panic.

Tabah. 

I can't be that tough! I just can't. :’(

Just now, aku baru je dapat tahu barang aku hilang. Barang tu bukan harga 2-3 ringgit. Tapi ratusan ringgit. Dan barang itu dibeli menggunakan hasil titik peluh ibu ayah. How can i just tak rasa apa-apa kan? Kenapa lah aku boleh careless tadi!

Ya Allah, aku taknak jadi orang yang menyalahkan takdir. Aku cuba untuk sabar dengan segala ujian-ujianMu ini, tapi aku rasa aku tak cukup kuat. 

Aku ni troublesome kan?

Dah lah asyik menyusahkan kawan, menyusahkan ibu ayah pulak. How I wishhhhhh I can putar balik masa. I want to fix everything back to normal. But I know itu semua merepek belaka. T_T

Apa-apa pun, aku yakin, berkat kesabaran, akan ada sesuatu yang lebih baik berlaku nanti. Allah takkan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang aku rasa sekarang ni, maka kuatkan lah hati ini untuk redha dan sabar. Hanya Engkau tempat aku bergantung dan berharap. 

Ampunilah segala dosaku ya Allah, sekiranya apa yang berlaku ini merupakan balasan di atas dosa-dosaku yang dulu. Astaghfirullahal’azim. Kuatkan hati ini ya Allah. Aamiiin ya Rabbal ‘Alamin.

La Tahzan,
Dr ‘Afifah

Sunday, June 17, 2012

Pre-Departure India 2012 -Jai Hind-

Assamualaikum w.b.t.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah menyertai pre-departure programme di Putrajaya dengan seronoknya! It is actually for those who will be studying at India, Indonesia and Czech. But mostly kakak-kakak from Melaka-Manipal College yang datang. Aku rasa bersyukur sangat kerana telah digerakkan hati dan dikuatkan hati oleh Allah untuk menyertai program ini kerana program ini bukan kita nak tahu pengalaman senior di India semata-mata, tapi hakikatnya, aku datang ke program ini insyaAllah kerana ukhuwwah. Allah yang menyebabkan kita semua bertemu dan berpisah, dan juga insyaAllah tujuan lainnya aku ingin mendapat sesuatu yang baru, something different from this programme. Alhamdulillah, this programme wasn't disappointing at all. In fact, it gave me such a BIG effect in my life, I feel totally different after I joined this programme. Yeah, totally different. *thumbs up*

First impression when I met the seniors from Intec, I feel so very tiny because all of them are taking A-Level! And I'm just a 1-year foundation student. -.- Then, I am one of the youngest because those who joined this programme are going to fly off this September, same like me. A-level kan 2 years, paling sekejap pun 1 and 1/2 year. But age is not an obstacle to berukhuwwah kan?

Mula-mula aku dan Yana bertolak ke Intec Seksyen 17 by taxy. Awal-awal lagi kitorang bertolak dari hostel Seksyen 15 and at the end kitorang duk tercongok dekat depan pintu gate Intec. There's no one there!! Then ada seorang kakak call aku, dia cakap dia datang lambat sikit dalam pukul 8. Oh okay fine kenapa tak bagitahu awal-awal  kan. Kitorang keluar rumah pukul 7.30 kot! Takpe takpe, bersangka baik. Kakak ada hal yang tak dapat dielakkan, perhaps. Kitorang pun bercadang untuk  berjalan-jalan kat pasar pagi dekat Seksyen 17. Wah, it's my first time tau pergi pasar pagi macamtu. Kami beli air soya, beli kuih muih. Amboi shopping pulak.

Kami kembali ke pintu gate Intec, then I received a call from Kak Ida(kalau tak silap). 

Kak Ida: Assalamualaikum..korang kat mana ni?
Me : Kat Intec..
Kak Ida : Tadi tengok takde sesape pun.
Me : Oh yeke..tadi kitorang jalan-jalan kejap.
Kak Ida : Oh.. habis tu sekarang kat mana?
Me :Kat depan pintu gate Intec.
Kak Ida : Yeke? Korang tunggu kat Intec mana ni? Intec main campus ke Cemara ke Akasia?
Me : Err..main campus
Kak Ida:  Laaa..kitorang bukan kat situ. Kitorang kat Cemara.
Me: Kat mana tu?
Kak Ida : Kat Seksyen 18. Korang datang la sini ea

Oh okay. Kami berdua pun pergi Intec Cemara kat Seksyen 18 by taxy. Dah melayang RM4. We're being told that we have to go to Intec, tak cakap specific pun Intec mana. Kecik ati! Takpe lah, salah kitorang jugak tak tanya Intec mana kan.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah apa yang aku dapat through this pre-departure programme. Honestly, I feel so happy, grateful. Aku tak rasa kekok untuk mingle dengan akak-akak ni. Sometimes they treat us like a kid! But I don't mind at all..Best kan bila kadang-kadang orang layan kita like a kid? Semua benda yang kita nak kita dapat. cewah!

Okay, back to our topic tadi. First thing first, aku rasa sangat seronok sebab aku dapat beri kesedaran dan penjelasan kepada beberapa orang awam mengenai hal yang berlaku di Syria. This is one of the tasks that has to be done during Explorace di Taman Botanikal Putrajaya. Rupanya ada yang tak berapa tahu mengenai bagaimana terjadinya Revolusi di Syria. Apa yang mereka tahu hanyalah ada masalah politik di Syria, gaduh-gaduh etc etc. So kita sebagai yang dah tahu ni, memang patut sangat menyebarkan pasal apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Bukan itu sahaja, kita juga kena beri kesedaran, why we have to concern pasal umat Islam di sana, and what we should do in order to help muslims over there. Bukan setakat a matter of kemanusiaan semata-mata, ia melibatkan umat Islam. Saudara kita. Setiap muslim itukan bersaudara. Umat Islam dibunuh kejam di sana. Kita buat apa kat Malaysia ni? Tengok je? Kalau nak lebih detail, you can search kat Youtube. Memang confirm menangis! My housemate  tengok pun menangis. Sangat kejam Bashar al-Assad!!

Next, kakak-kakak senior India ni banyak kali remind us untuk betulkan niat. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Kalau kita  niatkan pergi ke pre-dep ni untuk just nak tahu pengalaman kakak-kakak kat sana, memang tu je lah yang kita dapat. Kalau kita niatkan kerana ukhuwwah, insyaAllah  itu lah yang kita dapat. So malam sabtu tu aku betulkan niat. Alhamdulillah, apa yang aku niatkan itu aku dapat, dan lebih berbaloi. Alhamdulillah.

Few things yang aku dapat ade lah sikit, tak banyak but worth it la..Alhamdulillah sangat memberi kesan dalam hati.
  • Kalau nak pergi daurah (program Islamik), janganlah berdalih sangat. Contohnya kalau kita ada exam, kita guna alasan exam untuk  taknak pergi daurah. Rugi kan? Berapa jam je lah kita gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang bukan duniawi semata-mata. Insya-Allah, kalau kita korbankan masa kita untuk membuat persediaan ke akhirat, Allah akan gantikan masa itu dengan sesuatu yang lebih baik dan tak disangka-sangka.
  • Semasa dalam proses kita menuntut ilmu, janganlah buat perkara yang lagha, melalaikan. Even kita nak mencari hiburan untuk menghilangkan stress pun, jangan gunakan medium yang melalaikan. Let say kalau tengah kita belajar ni, kita tengok cerita korea, layan youtube sampai berjam-jam, takut ilmu Allah tu tak berkat. Takut Allah tak redha.
  • Allah suka orang yang istiqamah walaupun amalan itu hanyalah sedikit dan kecil.
  • Jangan banyak ketawa.
  • Istiqamah solat dhuha dan baca mathurat pagi dan petang. Jangan tinggalkan.
Itulah antaranya yang ingin aku kongsikan. Alhamdulillah, setakat ini aku rasa kehidupan aku lebih tenang, kerana aku mula membuat perubahan sedikit demi sedikit, cuma masih belum istiqamah. Aku cuba sebaik mungkin untuk istiqamah solat dhuha, baca mathurat pagi dan petang serta tak tinggalkan solat sunat rawatib. Alhamdulillah alhamdulillah, semangat ingin istiqamah masih ada dalam diri. Syukur. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk berubah ke arah redha Mu. Jangan sesekali kau lepaskan aku dari pegangan Mu. Tetapkan hati ini dan kuatkanlah iman ku ini. Aaamiiin!

Kerana-Mu Aku Berubah,
Dr. 'Afifah

Wednesday, May 30, 2012

Aku Nak Berubah (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang keep wondering kenapa orang lain berubah, sedangkan sepatutnya perubahan tersebut dicontohi dan diikuti sekiranya baik untuk diri kita dan agama kita.

"You look so different"

"You have completely changed!"

"Dulu kau tak macamni."

Bila kita berubah, orang sekeliling kita mesti pandang pelik. Tak kurang juga yang tumpang gembira atas perubahan tersebut. We can never please everyone around us. Kalau kita buat segala-galanya kerana manusia, semua itu takkan kekal! Ustaz aku pernah cakap, "Kalau kita nak sesuatu tu kekal sampai ke akhirat, sandarkan ia pada Allah S.W.T. Insha-Allah akan kekal sampai bila-bila." Same goes to our relationship with our parents, siblings, friends and also that special someone. hihi. Sandarkan rasa cinta dan sayang itu pada Allah S.W.T, ia akan kekal, insya-Allah.

Dulu aku jahat. What I meant by jahat is, aku 'jahat' dengan Allah. Aku dah buat satu kesalahan / dosa yang sangat besar, dan aku rasa itu adalah kesalahan ku yang paling besar sepanjang aku hidup di dunia ini. Aku menyesal. Penyesalan yang tak pernah berakhir. Rasa berdosa masih bersisa sehingga sekarang. Bila teringat aku akan menangis kerana sesal. Menangis kerana takut. Bercampur baur. Only Allah knows. Ampunilah aku ya Allah ya Ghaffaar.

Jahatnya aku dulu, aku pakai baju jarang, tudung jarang, pakai shawl pendek. Dulu aku suka bersosial dengan lelaki ajnabi. Dulu aku suka lawan cakap ibu ayah. Dulu aku rasa aku sangat teruk. Dulu aku sekolah agama sejak darjah 1 sampailah Form 5, tapi aku rasa aku tak dapat apa-apa. Aku rasa title 'pelajar sekolah agama' tu tak membawa makna apa-apa. Sekolah agama, sekolah je lah. Kat luar sekolah, it's my choice. Sukahati aku lah nak buat apa, nak pakai apa pun. Tapi itu dulu. Sekarang segalanya dah lain.



Aku mula berubah sejak kali pertama aku menjejak kaki ke Management & Science University pertengahan tahun lepas. Aku mula bertekad untuk berubah sedikit demi sedikit. So, aku mulakan dengan pakai tudung bidang. Tapi pakai stokin on off lagi lah masa tu. Lepas tu kalau kat hostel, kalau nak turun pergi kedai, aku just pakai shawl dan tak pakai stokin. 

Semester ke-2, aku buat satu keputusan yang sangat tak disangka-sangka. Aku mula berjinak-jinak untuk pakai tudung labuh bulat. Ibu sangat sokong tindakan aku. Alhamdulillah. Masa zaman sekolah dulu, memang pernah terlintas dalam hati..."Suatu hari nanti aku nak pakai tudung labuhlah." Cuma, tak sangka secepat ini! Umur baru 19 tahun. Perangai macam  hape je. Amal ibadah pun suam-suam suku. Kalau nak ikutkan aku memang tak layak berimejkan tudung labuh. Apa-apa pun, aku kuatkan hati. Bagi aku, selagi tak mulakan langkah pertama, selama-lamanya lah kita takkan pernah berubah.Dan aku juga bertekad, setiap kali keluar je dari rumah, kena pakai stokin tak kiralah nak keluar lama ke sekejap ke jauh ke dekat ke. Alhamdulillah masih istiqamah sampai sekarang. 

Awal-awal pakai tudung labuh dulu, yang banyak beri reaksi pelik nye pelajar muslimin kelas aku. Hahaha. Ada juga yang salah panggil nama. Sebab dalam kelas aku pun ada seorang pelajar muslimat yang memang pakai tudung labuh since awal-awal masuk MSU dulu. Nama dia Farahiyah. Even sampai sekarang ada lagi yang panggil aku dengan nama Farahiyah. Haha. Seriously aku tak kisah pun, tapi aku rasa serba salah lah macam aku ni duplicated Farahiyah pulak. ;p Oh ye, aku  ingat lagi orang first yang salah panggil nama aku ialah classmate aku, Hizri. Yunie (my housemate) pulak terdengar masa tu. Ahh sudah. Memang kena gelaklah. haha. Sorryyy Hiz. Macam main game 'GOTCHA' pun ada. =p


Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan yang asing, dan kembali menjadi asing pada akhir zaman. Beruntunglah orang-orang yang nampak asing itu.


Ada jugak yang tanya, "Kenapa nak pakai tudung labuh?" Selalunya aku akan jawab, "Saje je." Actually the reason why I choose to wear that kind of tudung is because of Allah. I believed that Allah is the one yang gerakkan hati aku untuk pakai tudung labuh. Masa tu kat rumah. Aku tengah 'selongkar' bakul baju untuk pack baju-baju yang nak kena bawak balik hostel. Tiba-tiba aku ternampak ada tudung labuh warna pink dalam bakul  tu. Memandangkan aku dah lama tak pakai, aku pun rasa teringin sangat dan rindu sangat nak pakai. Aku pun try-try la pakai tudung pink tu. Aku tekad balik hostel nanti nak pakailah tudung pink tu. Masa awal-awal dulu, mostly my housemate sangat eager nak try-try pakai tudung labuh tu memandangkan mereka tak pernah pakai tudung selabuh itu! Glad to see that! ;D



Tujuan lainnya, aku ingin menjaga kelakuanku dan jaga batas pergaulan memandangkan dulu aku tak jaga sangat benda-benda ni especially ikhtilat (pergaulan lelaki perempuan). Memanglah selalu orang cakap, "Ala, kawan je. Bukan ada perasaan lain pun." Yeah, dulu aku pun fikir macamtu. Cuma bila fikir balik, hubungan lelaki perempuan boleh menimbulkan fitnah, walaupun hanya berkawan baik. Walaupun masing-masing hanya menganggap "Oh we're just friends, nothing more." In fact, kita tak sedar yang orang lain boleh fikir macam-macam bila tengok kita rapat 'semacam' dengan seseorang yang bukan muhrim. Itu dah timbulkan fitnah namanya! 

Bila bercakap dengan lelaki pun, macam-macam kena jaga. Kena jaga pandangan, kena jaga suara. Make sure tak lunak / menggoda even though lelaki tu tak tergoda langsung pun kan.. But still benda-benda ni kena jaga. Jadi aku rasa, kalau boleh elak berinteraksi dengan lelaki including my own classmate, aku akan cuba elak. It's not like aku nak mengasingkan diri dan jadi pasif. Cuma aku nak menjaga diri dan maruah aku sebagai seorang muslimah. Muslimah yang dicemburui bidadari-bidadari syurga. Insya-Allah. ;)

Lastly, aku terus bertahan untuk pakai tudung labuh ni, ( even though masih lagi on off ) antaranya adalah disebabkan kakak naqibah pernah cakap, "kalau ada yang lebih baik, kenapa nak yang biasa-biasa je?" Ye lah, kalau kita diberi pilihan untuk masuk mana-mana syurga, surely we'll choose jannatul firdaus! If we're given an option to choose antara RM1, RM100, RM1000, RM100000000. Mesti kita nak yang paling tinggi nilainya tu kan? Sama jugak lah kenapa pilih pakai tudung pendek sedangkan ada yang lebih baik? Now I can see that pakai tudung labuh ni, masha-Allah..banyak sangat advantage nya. Subhanallah! It's an amazing feeling. It's totally different when you wear tudung labuh sebab peraturan sekolah, and wearing tudung labuh because you're willing to do so. Sangat-sangat berbeza, masya-Allah.
 

Inilah sedikit sebanyak coretan mengenai kisah hidupku. I know it's quite boring and macam dah biasa sangat dengar. Tapi aku harap, para muslimah di luar sana yang pernah terlintas dalam hati nak tutup aurat dengan sempurna, nak berubah jadi seindah-indah perhiasan dunia..do it RIGHT AWAY. Mujahadah is not easy, because we have to endure all the hardships, all the obstacles along the path, but at the end, we'll gain something that really worth it! It is mardhatillah (keredaan Allah), insha-Allah.

Wow, mardhatillah
tuuu!


"I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER."




Sekian, barakallahufiik.




Changing for good ain't a crime,
Dr 'Afifah

Thursday, May 24, 2012

I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER

Assalamualaikum w.b.t :)

Betullah orang dok cakap, umat Islam kini semakin tenat. Makin lama makin kritikal. Ramai orang yang hanya hidup pada jasad, tetapi hati mereka sudah mati. Kalau tak percaya, perhatikan dengan mata kepala anda sendiri, tengok rakan-rakan anda. Tengok lah orang sekeliling anda. Berapa ramai yang jadikan Islam sebagai addin which is the way of life? And of course,don't forget to look at yourself too.

Few days ago, aku ada attend a program which is Program Mahasiswa Cemerlang, organised by MSU and it is compulsory for those who are taking Islamic Studies for this semester. Apa yang aku perasan, ustaz banyak kali sebut "Kalau ada yang lebih baik, kenapa nak yang biasa-biasa." This concept can be applied to our way of life. Cara kita beribadah, cara bertudung, berpakaian, cara kita belajar and so on.

Kalau dalam ibadah, kenapa kita nak buat yang basic-basic je kan? Kata nak syurga Firdaus. Kena setimpal lah kan. So, kalau rasa dengan solat cukup 5 waktu dah cukup baik, no you're wrong. Ada yang lebih baik dari itu, contohnya, dengan solat 5 waktu, pada awal waktu, berjemaah, disertai dengan solat sunat rawatib dan solat sunat yang lain. Sama juga dengan tudung, kalau kita rasa dengan hanya bertudung segi tiga yang biasa itu sudah cukup baik, dah cukup sempurna..bagaimana pula dengan tudung bidang atau tudung labuh? Bukankah ada yang lebih baik? Jadi kenapa pilih yang biasa-biasa sedangkan ada yang lebih baik? kan kan? :)

Ada beberapa perkara yang aku tak berapa berkenan dalam program ni, which is soal aurat. Abang dan kakak fasilitator asyik tekankan soal tudung. Siap paksa pakai pin, tak kasi pakai selempang-selempang macam tu je, kalau tak, memang nak kena lempang lah kan. haha. Okay, serius serius. Bila fasilitator asyik suruh pelajar yang free hair pakai tudung, ini menyebabkan mereka merasakan yang kita wajib pakai tudung, sedangkan yang wajibnya ialah TUTUP AURAT. The problem is, kakak fasilitator sendiri tak tutup aurat dengan sempurna and yes, mereka semua bertudung, pakai baju kurung, tapi ada segelintir yang pakai tudung tidak melabuhkan di bahagian dada, ada yang pakai tudung bonggol tinggi setinggi gunung everest. Dan ada juga yang berpakaian sopan semasa PMC sahaja, tapi kat luar program, nauzubillah. 

Next time, I really hope that
abang dan kakak fasilitator lebih concern mengenai hal ini kerana konsep aurat yang betul itu amat penting untuk didedahkan, bukan sahaja kepada peserta PMC, tapi juga kakak-kakak fasi yer. hehe. Sepatutnya lah kan, abang dan kakak fasi ni syaratkan supaya para peserta menutup aurat dengan sempurna, bukan setakat wajibkan pakai tudung dan haramkan seluar jeans je. Bukan nak ajar participant supaya jadi hipokrit, tak tak.. it's just nak latih mereka supaya mula berjinak-jinak dengan pakaian yang betul-betul ikut syariat. Mana tahu, masa program PMC ni lah,titik-titik permulaan untuk berubah tu mula ada dan mula bercambah dari hari ke hari. :)

Overall, I could say that PMC was really awesome! Masa dah habis program hari tu, aku rasa kan bagus kalau PMC extend sampai seminggu. It will be super duper awesome I guess. haha. Harapan aku agar program ini dapat diteruskan dan diperbaiki lagi. Pengurusan masa juga perlu diperbaiki kerana aku nampak lah beberapa kelemahan dalam aspek masa tu. And one more thing, pengalaman bermalam dalam kelas merupakan an unforgettable moment ever. Rindu pulak suasana tu. Best sangat! Mula-mula bila dapat tahu muslimat kena bermalam dalam kelas, aku rasa agak risau dan tak puas hati. Cuma beberapa lama lepas tu aku tersedar, tersentak, lagi-lagi dapat teguran dan nasihat daripada pelajar muslimin sendiri mengenai tempat tidur muslimat ni.

Aku tetibe terfikir, dulu-dulu Nabi Muhammad S.A.W. mana pernah tidur dengan selesa. Ya Allah, sungguh tak bersyukur diriku ini. Kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kita dengan Baginda S.A.W, kita jauh jauh jauh lebih mewah. Lebih selesa. Ada aircond pun merungut lagi! Astaghfirullah. Baginda S.A.W tidur tak selesa pun dia tak kisah, tak merungut, sebab Baginda S.A.W tahu, hidup kat dunia ni tak kekal dan sekejap sahaja, tapi kehidupan di akhirat TIADA PENGHUJUNG, kekal abadi sampai bila-bila.

Itu je lah pasal PMC. Oh ye, kat PMC ni pun aku belajar cara solat dan cara bacaan dalam solat dengan betul. Kadang-kadang benda-benda macamni kita terlepas pandang padahal benda ni sangat penting. Terima kasih kepada kakak-kakak fasilitator yang tegur cara solat semasa praktikal solat dijalankan. May Allah bless. I wish kat Bangalore nanti pun ada this kind of program jugak. I would love to join it! ;)

Sekian, assalamualaikum.
''I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER.''

Insan Terpilih,
Dr. 'Afifah Sidek.


Friday, May 18, 2012

Inspiration.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah sekarang aku dah masuk semester 3. I would like to share my happiness walaupun aku tahu macam dah terlambat sikit. Result semester 2 aku alhamdulillah..aku dapat apa yang aku harapkan. Terima kasih ya Allah. Janganlah Kau biarkan aku menjadi hamba yang kufur nikmat. Aaamiin.

Overall ada 5 subjects untuk semester 2. Chemistry I, Basic Anatomy and Physiology, Physics, Co-curriculum II and Maths II. For Chemistry I subject, agak susah, sebab masa dia cukup-cukup je untuk habiskan silibus. Habis syllibus betul-betul before exam. Ape pun, alhamdulillah aku dapat A! Terima kasih Mdm Hana and Mdm Fisya! :)

Untuk subjek Basic Anatomy and Physiology, memang banyak sangat kena hafal. Dah lah time midsem exam aku diserang sakit tekak dan selsema. Memang tak boleh nak hafal dengan baik, aku just baca je apa yang termampu. Aku rasa untung jugak sakit masa tu, sebab doa orang sakit kan insyaAllah makbul. Ambik kesempatan lah kan. hehe. Alhamdulillah dapat A jugak for this subject. Terima kasih Mdm Aisyah dan Mr Addie.

Next, Physics. Final exam sangat susah. Memang horror. Seriously tak expect tinggi sangat untuk Physics. Banyak yang aku hentam je masa final exam dulu, even though Mdm Fiza dah bagi soalan spot. But still, I can't do it! Entah macamana, aku dapat A. Mungkin sebab carry marks aku dah cukup stabil kot. Alhamdulillah, terima kasih Mdm Fiza!

For Maths II subjet, masa Test 1, dapat B- ! Tak pernah dapat gred teruk macamtu untuk test. Ramai jugak yang kantoi Test 1, even ada yang fail! Bersyukur jugak lah tak fail. Then, Test 2 dapat A and aku berjaya cover gred Test 1. Alhamdulillah, overall dapat A untuk Maths II. Terima kasih Miss Nurul and Mdm Khairunnisa. :)

Overall result for semester 2 is 4.0 flat and CGPA pulak 3.89. CGPA ni total pointer semester 1 and 2. Alhamdulillah syukur. Harap dapat jadi sumber inspirasi kepada adik-adik ku yang 7 orang tu untuk terus berjaya dan berjaya serta menggembirakan hati kedua ibu dan ayah. ;) This semester ramai jugak yang dapat 4.0 flat. Ada 11 orang berbanding semester lepas, 3 orang sahaja. Glad that I'm one of them. Umat Islam sentiasa boleh! :D

GOOD LUCK for midsem exam next week! Fighting fighting, BASHYYYYA!! ^.^

Sekian wassalam.

Dr. 'Afifah

Sunday, April 29, 2012

Be strong, 'Afifah.

30 April 2012
8:38 A.M

Assalamualaikum w.b.t.

Malam semalam aku dapat mimpi ngeri. Hmm, I think everyone here sangat tak suka mimpi ngeri. Ke ada yang suka? Haha. Well, mimpi apa malam tadi memang tak perlu lah nak heboh kan, lagi pun kalau kita dapat mimpi yang tak baik, lebih baik simpan diam-diam. The thing is, lepas mimpi tu, aku rasa tak berapa tenang. Macam-macam aku fikir. Instead of that awful nightmare, there are actually many other things that bother me.. And trying to distract me. I’m trying to forget all that, but everything keeps playing in my mind. Everything that makes me worry. Mid-sem examination, BTN, rindukan kawan-kawan, risaukan keadaan wan (my grandmother belah ayah) yang sakit-sakit sampai sekarang, risau result. I wish I could just go back to my bed, sleep and forget everything. If by doing so can helps me get over all of this, dah lama dah aku buat. -.-“

Benda yang paling buat aku tak tenang ialah mid-sem examination. Tinggal lagi seminggu lebih je, preparation 10% pun tak sampai lagi. Rasa nak nangis je ni. Ni semua gara-gara BTN! Kenapa lah BTN buat betul-betul before mid-sem. This is unfair! Senior-senior dulu kena pergi BTN takde lah betul-betul before exam.  Sepanjang bulan April ni aku tak study pun. Tak study langsung kot. Sebab sepanjang bulan April ni memanjang je tak sihat. Seksanya. Memang takde mood langsung nak study. Kalau study pun tak masuk sangat. Rugi dah 1 bulan! Depress sangat. Okay I should learn how to stop complaining. Berhenti merungut. Because it’s not going to change anything! :’(

Yeah, nothing’s going to change if you keep worrying and just do NOTHING. You have to do something. Kejayaan takkan datang bergolek. Tapi aku dapat rasa, mid-sem exam punya result nanti..mesti tak gempak macam 2nd sem punya result. I should think positively, but yeah, of course la I know tahap kemampuan aku ni sampai had mana. But I promise myself, habis je cuti 5 hari ni, I’m going to study hard. Work harder. Pray harder. That’s all I can do. :)

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)."  [2:186]

Oh ye, semalam aku pergi ke sekolah lamaku a.K.a SMKA SHAMS. Rindunya cikgu-cikgu SHAMS! Ada event  Majlis Anugerah Cemerlang Permata SHAMS 2011. Aku saja-saja je menyibuk kat sana, tumpang glamour adik yang dapat 9A PMR last year. Sangat impress la dengan kemajuan sekolah tu. Sangat-sangat drastic. SHAMS terus maju! Hehe. It reminds me to the motto of this school, berjaya di dunia, sejahtera di akhirat. Err, yeke? Haha. Lebih kurang lah kot. Harapnya macam tu lah, because it’s not easy to be a student yang cemerlang dalam akademik, hebat juga dalam pengetahuan dan penghayatan agama, malah sentiasa jadikan Islam sebagai addin (cara hidup). Bukan senang nak jumpa pelajar muslimah yang dapat straight As, yang bertudung labuh, yang aktif dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan juga dalam aktiviti kerohanian seperti BADAR dan sebagainya. Sounds perfect! Best student  SPM 2011 sekolahku nama dia Afifah. Dan dia ada ciri-ciri kat atas ni. *promote* :D

That’s all. Wish you all the best. Especially my housemates, Liyana Gee, Shameera, Akmal Ainawani, Hanun, Hidayah, Ummi Zulaikha and Ayuni. Lets do our best for this final semester! Even though we don’t really have much time, but just remember, where there’s a will, there’s a way. Never give up! Ganbatte ne! :D Sekian sahaja bebelan saya. Assalamualaikum. :)

P/S : Oh result 2nd semester belum endorse lagi. Bila tu..tak tahu lah. So, just keep waiting dengan penuh sabar. Nama pun MANAGEMENT and Science University. Management dorang mestilah number one punya kan. :P

Be strong, doctor.
Dr 'Afifah

Monday, April 23, 2012

Everything will be okay, inshaAllah :)

Assalamualaikum w.b.t. It has been quite a long time saya tidak meng-update belog. Tetibe terasa nak update pulak kan hari ni. Well, today I suppose to get my 2nd semester punya result, but unfortunately, maklumlah MSU nama je management and science university tapi management dorang agak horror, sorry I've to say that. haha. So, maybe postpone sampai bila entah malas nak fikir. Kalau nak keluar tu keluar la jugak nanti, tak payah la duk risau. Dengar-dengar cite ada 11 orang dapat 4.0 flat and semestinya bukan saya lah sebab saya ni tak pandai mana pun. I've already aimed muka-muka 4.0 flat dalam batch saya tu. Apa pun, redha dan bersyukur je lah dapat apa pun result. As for me, dapat lepas above 3.75 pun dah kira okay lah, bersyukur sangat. Hopefully dapat maintain pointer above 3.75 every sem since my 1st semester I've already got 3.79, I wish I'll be awarded with President List with Dean List lepas graduate foundation ni. Hahah. how greedy I am!

Okay, sekarang ni saya dah masuk semester 3 which is my final semester. I can't wait to fly! Seriously. Really hope that everything will be fine so that I can fly without wings. haha. Okay enough merepek. What I mean is, harapnya segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak halangan. Actually sekarang ni banyak lagi nak kena tempuh before fly. Last week, dapat berita semua budak medic Poland and India wajib ambik test International English Language Testing System (IELTS) lepas MARA dah bincang-bincang dengan pihak MSU. Saya pun dah try la buat listening practice and a lil bit writing practice. Few weeks after that, dapat bad news from our mentor. Dorang cakap test IELTS and MUET kena bayar sendiri! IELTS RM580 and MUET RM101. That was nonsense. Totally nonsense. How come kitorang kena bayar sendiri sedangkan sepatutnya di sponsor oleh MARA. Then, mentor saya cakap, budak medic India tak wajib ambil IELTS. Alhamdulillah. Lega sangat.:)

Last week, classmate saya call pihak MARA, tanya direct kat orang yang uruskan student MSU-MARA, pasal peruntukan untuk test IELTS and MUET ni. Dorang (pihak MARA) sangat terkejut lah kenapa kitorang kena bayar sedangkan MARA memang sponsor bayaran untuk test tu. Pihak MARA cakap they've discussed with MSU, yang MSU akan bayar dulu and then nanti claim kat MARA. Kitorang terkejut+marah lah bila dapat tahu sebab kenapa MSU tak terus terang je, kenapa cakap kita kena bayar sendiri. Boleh ganggu emosi tau. Maybe there was some misunderstanding kat situ. So, just wait and see je lah. ^.^

Minggu ni dah minggu ke-3 untuk 3rd semester, and ada lagi tiga minggu lagi untuk buat preparation for midsem examination middle of may nanti. Dah lah before mid sem ni ada BTN ! Ohhhh tidak! Horrornya BTN. I can imagine that. -,- Harap-harap tak seteruk apa yang I've expected/imagined. Nanti nak kena shopping barang-barang yang sepatutnya untuk BTN. Even though just for one week, but I know from the first day I'm going to feel like "OH I WANNA GO HOME RIGHT NOW". I know it. 

MUET inshaAllah lah dalam bulan 6 or 7, I'm not so sure about that. MET pun around bulan 6 or 7. MET ni tanya soalan-soalan SPM untuk subjek Biology, Chemistry, Physics and Add Maths. Sounds easy kan?  Tapi dengar cerita soalan dia ada lebih kurang 100 and we just have 1 hour to answer all those questions and kena lulus. Kalau tak lulus tak boleh fly. *itu yang tak bestnya* Tapi MET ni just sampingan je. MARA boleh consider lagi kot even kalau tak lepas. Yang penting overall result time foundation memang tak leh nak tolerate langsung, kena lepas 3.50. Kalau 3.49 memang takkan dapat fly. This is so scary. Harap-harap kita semua lepas 3.50. Aaaamiiin. :)


Enough membebel I think. Haha. Okay, wish me luck for everything. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. 

Sekian, wassalam.

Tak sabar nak graduate,
Dr. 'Afifah Sidek

Wednesday, March 21, 2012

Congrats! You did it!




Congrats !:)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, hari ni saya dapat tahu ramai junior saya dapat straight As dalam SPM 2011. Tahniah! Mabruuk! Semuanya ketentuan Allah. Ada hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik result yang kita dapat tu. By the way adik-adik semua, result tak menjamin apa-apa. Saya cakap ni based on experience, this is what exactly happened masa musim dapat result and musim apply scholarship dulu. And bukan pengalaman saya sorang je, housemate saya pun sama. Ada antara kawan saya dan kawan kepada housemate saya yang dapat straight As, banyak A+ kot (lagi banyak daripada saya) , performance dalam co-curriculum pun not bad,tapi tak dapat apa-apa scholarship.  Don’t worry lah, scholarship je pun. Kalau tak dapat tawaran university tu lagi susah la kot. But if you got straight A’s, inshaAllah la, confirm dapat tawaran university. Cuma yang scholarship tu je, jangan nak depends on result SPM sangat.

Result SPM ni hanyalah permulaan. Yes, it’s just a beginning. Nanti bila dah apply scholarship, dah dapat result scholarship, dah dapat result UPU, dah masuk alam campus, then you’ll know what I’m talking about, it was all very true. Apa-apa pun, semoga Allah berkati kejayaan kalian semua. Bagi yang tak berjaya dapat result seperti yang diidamkan, janganlah sedih sangat, jangan dok frust sangat. Just forget the past, and move on. Hidup mesti diteruskan. :D


Bila masuk alam campus ni, tak kisah lah betapa tiptop nya result SPM kita, once kita leka , malas nak study, memang teruklah result. Kat tempat saya belajar,orang yang study gila-gila pun belum tentu lagi dapat result gempak. Foundation kat MSU memang tough lah. Kat sini, classmate saya mostly semua straight As kot.(scholarship MARA at least kena dapat A- untuk semua subject. ) Tapi ada je yang fail time dapat result.  Even kalau dah study pun boleh dapat fail, apatah lagi yang malas study. Ini baru foundation, kalau A-level, IB, American degree, AUSMAT? Super-duper tough I guess. So perjuangan anda semua baru je nak bermula. There are so many things yang perlu dirisaukan instead of your SPM result. 

Rasanya mostly my junior yang dapat straight As mesti dah tahu hala tuju lepas SPM kan? Hopefully yes. :) For those yang dapat straight As boleh la terus apply scholarship MARA or JPA or MAINS. Tiga-tiga scholarship ni ada interview. Oh, teringat interview MAINS and MARA dulu. MAINS nye interview memang sempoi and lawak. Tak yah nak nervous sangat lah. MARA nye interview pulak, memang beyond our expectations. Tak sangka kena buat spaghetti bridge. Saya memang tak perform sangat la time interview MARA ni. Spaghetti bridge pun takde rupa bridge langsung. Sadis. Tapi alhamdulillah, dapat jugak. Rezeki dari Allah. ^.^

Kakak-kakak senior yang genius, 13A1. :)
BNM pun ada scholarship. Untuk yang banyak A+ boleh lah apply. Dulu ada senior dapat scholarship Bank Negara Malaysia. Memang mewah lah hidup kalau Bank Negara taja. Sekarang ni akak tu dah kat UK dah. Amek course Biochemistry which is also the most killing subject untuk budak medic. Genius la akak tu! (: 

And untuk UPU, most preferable university, of course UIA and USIM. Itukan university angkat sekolah SHAMS. Haha. Well, bagi saya, sape dapat UIA memang dia pandai. Tak tau la, mindset memang dah macamni. (sukati je). Maybe sebab susah kot nak dapat UIA. And UM pun okay. UiTM Puncak Alam pun not bad, UiTM tu cantik kot. Bangunan macam baru-baru je. HEHE. Untuk yang nak amik medic, tapi result tak okay sangat, boleh apply MedicMesir. Kalau tak silap kena bayar sendiri untuk first year. Lepas tu untuk taun seterusnya boleh apply scholarship kalau result okay. Sory kalau tersalah maklumat. Hihi. Ada sahabat saya yang apply medic mesir ni, and dia dah fly pegi Mesir last year. Result dia 6A time SPM. Alhamdulillah, dia masih survive kat sana. ^_^

Last but not least, saya sentiasa mendoakan kalian semua berjaya mencapai cita-cita kalian. Never ever give up. Kalau jatuh bangun sendiri. Buat pilihan yang terbaik. Jangan menyesal pulak nanti. Okay. Tahniah sekali lagi! Barakallahufiikum. 

"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not." [2:216]


"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2:216]



With love,
Dr. 'Afifah Sidek