Saturday, July 25, 2009

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.


Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.


Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.


Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM. Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.


"Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya. Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).


Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus. Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).


Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. "Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.


Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan. "Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.

Thursday, July 16, 2009

hadith palsu

Muttafaqun alaih ialah hadis-hadis yang telah disepakati oleh imam al-bukhari dan imam muslim. Mereka berdua merupakan muhadithin yang paling masyur di antara perawi-perawi hadis Rasulullah saw.


Kebanyakan hadis yang diriwayatkan oleh mereka adalah hadis sohih daripada Rasulullah saw. utk pengetahuan semua, imam Al-bukhari dan imam Muslim adalah pakar hadis yang mengkaji sanad iaitu perawi hadis dan matan iaitu isi kandungan setiap hadis.
Pada abad ke-3 H merupakan zaman menghimpunkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw. Pada abad tersebutlah terdapat beberapa org ulama hadis yang masyhur iaitu Imam Al-bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, imam Nasai dan imam Ibnu Majah yang dikenali sebagai Sunan Sittah.
Tingkat atau kualiti kesohihan hadis itu bergantung pada setiap perawi dan juga isi kandungan setiap hadis. hadis yang disusuli dgn muttafaqun alaih merupakan hadis-hadis yang mempunyai tingkat yang paling tinggi di mana ia telah diperakui atau disepakati oleh imam al-bukhari dan imam muslim.


Di sini terdapat sejarah ringkas mengenai kedua-dua tokoh ulama ini:
IMAM Al-BUKHARINama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M)
IMAM MUSLIMNama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Ia juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Shahih Muslim). Ia salah seorang ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Ia dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 H.
Keterangan tentang hadis palsu..
Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara nak memastikan sesuatu hadith itu palsu atau tidak. Kita berkenal dengan apa itu hadith palsu dulu.
Hadith palsu atau dikenali dengan nama hadith Maudu’ didefinisikan oleh ulama hadith sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya.(Abdul Fatah Abu Ghudah).

Untuk mengenali hadith2 ini,ada dua cara utama untuk mengenali hadith maudhu’ (Ijaj al-Khatib). Iaitu melalui sanad (perawi) dan melalui matan (isi hadith).
Hadith palsu (hadith maudhu’ adalah hadith yang bukan dari RasuluLlah. Ia direka-reka oleh orang tertentu yang mempunyai kepentingan atau terlalu taksub pada golongan tertentu. Dilakukan juga oleh orang yang jahil serta tidak mendalam agamanya khasnya dalam bidang hadith.
Erti hadith maudhu’ : Hadith yang dicipta sendiri tetapi ia telah berbohong dengan menisbahkan (mengaitkan) kepada Nabi samada dilakukan pendustaan itu dengan sengaja atau tersalah.

Sejarah hadith Maudhu’ :
Mereka yang mula-mula terlibat dengan hadith maudhuk ialah golongan syiah. Terbukti dengan pengakuan sendiri oleh Ibn Abi al-Hadid yang merupakan seorang ahli syiah yang terkenal dengan katanya : Bermulanya pendustaan hadith-hadith Nabi ialah oleh golongan syiah…
Antara yang terlibat secara langsung dengan pemalsuan hadith nabi ialah al Rafidah sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Hajar : Tentang hadith dalam bab fada’il banyak hadith tentang kelebihan ahli al bait, mereka juga mencipta hadith tentang kejahilan Ahl Al Sunnah.


Faktor kelahiran Hadith Palsu :

1. Masalah Politik. Contohnya : kemunculan golongan rafidhah - iaitu golongan yang menentang para sahabat yang memberi bai’ah kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah. Mereka berpecah kepada 300 golongan. Dan mereka banyak mencipta hadith palsu untuk kepentingan mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Malik mengenai Rafidhah, jawabnya : Jangan kamu meminta pendapat daripada mereka, kerena mereka itu adalah golongan pendusta.
Antara hadith yang direka oleh golongan Rafidhah ialah mencela dan mencaci Muawiyah :
Contohnya : Apabila kamu melihat muawiyah berada di atas mimbarku hendaklah kamu membunuh dia.
Kemudian golongan fanatik pada Muawiyah pula akan mencipta hadith :
Orang-prang yang amanah itu ada tiga, iaitu Aku, Jibril dan Muawiyah.

2. Golongan zindiq. Iaitu golongan yang membenci ajaran Islam. Mereka mencipta hadith yang memburukkan agama Islam dan kesuciannya. Dan ada juga yang cuba memesongkan aqidah uat Islam dan menisbahkan kepada nabi. Contohnya :
Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya.
[adehh...lawak jgk hadis palsu yang ini]

3. Kerana ta’asub kepada kabilah, puak, bangsa, negeri, bahasa, imam dan jemaah tertentu. Maka mereka mencipta hadith palsu untuk memenuhi nafsu dan kehendak mereka. Contohnya hadith yang dicipta oleh golongan yang taksub kepada bahasa arab :
Sesungguhnya ALLah apabila ia marah, Ia akan menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia redha Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.
Golongan yang taksub dalam bahasa Parsi pula membalas :
Sesunguhhnya apabila ALlah marah, Ia turunkan wahyu dalam bahasa Arab dan apabila Ia reda Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi.
Manakala golongan yang taksub pada Imam pula mencipta hadith :
Akan lahir seorang lelaki dari kalangan umat Ku yang dikenali dengannya sebagai Abu Hanifah al Nu’man, ia adalah penyuluh umat-Ku
[ni lagi la.. siap bergaduh-gaduh lagi..]

4. Penciptaan kidah dan riwayat dibuat oleh Tukang Cerita, yang mana mereka tidak rasa segan menyandarkan kepada yang mereka bawa. Contoh sebagaimana yang berlaku pada suatu ketika Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya Ibn Ma’in menunaikan solat di Masjid al Rasafah, tiba-tiba bangun dari kalangan ahli masjid itu dengan membuat cerita, katanya. “Ahmad ibn Hanbal dan Yahya Ibn Ma’in telah menceritakan Abd Al Razazk meriwayatkan hadith dari Qatadah dari Anas katanya, RasuluLlah s.a.w bersabda :
Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa ALlah, ALlah akan menjadikan daripadanya setiap kalimah tersebut seekor burung paruhnya daripada emas dan bulunya daripada marjan. (palsu)

5. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Iaitu pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah fekah juga Ulum Kalam. Justeru itu pengikut-pengikut mazhab tersebut mencipta hadith yang menyokong mazhab mereka contohnya :
Sesiapa yang mengangkat dua tangannya ketika solat batal solatnya (palsu)

6. Kejahilan dan tidak mendalam ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya : Ahli Sufi dan Tasawwuf. Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta Hadith Palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al Quran dan sebagainya.

7. Tindakan mengampu untuk mencari nama dan pangkat di sisi raja dan sesetengah golongan tertentu.