Wednesday, June 20, 2012

: Jangan sedih, Allah kan ada :


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

There were so many things happened lately.

I feel like, ‘Ya Allah kenapa bertubi-tubi bad news yang aku dapat ni ya Allah’ 

Since last week lagi, aku asyik dapat berita yang kurang sedap didengar.

Eh tak, langsung tak sedap didengar sebenarnya.

Ada yang aku dapat terima dengan tabah,

dan ada yang aku terus nangis bila dapat tahu.

Kadang-kadang aku pelik,

how can my friends become so strong bila dapat berita buruk.

How can they feel sooo calm as if nothing happened. 

Seriously teringin nak jadi macam diaorang. 

I want to be like them.

Tak nangis bila dapat tau something yang tak baik.

Tak gelabah.

Tak panic.

Tabah. 

I can't be that tough! I just can't. :’(

Just now, aku baru je dapat tahu barang aku hilang. Barang tu bukan harga 2-3 ringgit. Tapi ratusan ringgit. Dan barang itu dibeli menggunakan hasil titik peluh ibu ayah. How can i just tak rasa apa-apa kan? Kenapa lah aku boleh careless tadi!

Ya Allah, aku taknak jadi orang yang menyalahkan takdir. Aku cuba untuk sabar dengan segala ujian-ujianMu ini, tapi aku rasa aku tak cukup kuat. 

Aku ni troublesome kan?

Dah lah asyik menyusahkan kawan, menyusahkan ibu ayah pulak. How I wishhhhhh I can putar balik masa. I want to fix everything back to normal. But I know itu semua merepek belaka. T_T

Apa-apa pun, aku yakin, berkat kesabaran, akan ada sesuatu yang lebih baik berlaku nanti. Allah takkan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang aku rasa sekarang ni, maka kuatkan lah hati ini untuk redha dan sabar. Hanya Engkau tempat aku bergantung dan berharap. 

Ampunilah segala dosaku ya Allah, sekiranya apa yang berlaku ini merupakan balasan di atas dosa-dosaku yang dulu. Astaghfirullahal’azim. Kuatkan hati ini ya Allah. Aamiiin ya Rabbal ‘Alamin.

La Tahzan,
Dr ‘Afifah

Sunday, June 17, 2012

Pre-Departure India 2012 -Jai Hind-

Assamualaikum w.b.t.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah menyertai pre-departure programme di Putrajaya dengan seronoknya! It is actually for those who will be studying at India, Indonesia and Czech. But mostly kakak-kakak from Melaka-Manipal College yang datang. Aku rasa bersyukur sangat kerana telah digerakkan hati dan dikuatkan hati oleh Allah untuk menyertai program ini kerana program ini bukan kita nak tahu pengalaman senior di India semata-mata, tapi hakikatnya, aku datang ke program ini insyaAllah kerana ukhuwwah. Allah yang menyebabkan kita semua bertemu dan berpisah, dan juga insyaAllah tujuan lainnya aku ingin mendapat sesuatu yang baru, something different from this programme. Alhamdulillah, this programme wasn't disappointing at all. In fact, it gave me such a BIG effect in my life, I feel totally different after I joined this programme. Yeah, totally different. *thumbs up*

First impression when I met the seniors from Intec, I feel so very tiny because all of them are taking A-Level! And I'm just a 1-year foundation student. -.- Then, I am one of the youngest because those who joined this programme are going to fly off this September, same like me. A-level kan 2 years, paling sekejap pun 1 and 1/2 year. But age is not an obstacle to berukhuwwah kan?

Mula-mula aku dan Yana bertolak ke Intec Seksyen 17 by taxy. Awal-awal lagi kitorang bertolak dari hostel Seksyen 15 and at the end kitorang duk tercongok dekat depan pintu gate Intec. There's no one there!! Then ada seorang kakak call aku, dia cakap dia datang lambat sikit dalam pukul 8. Oh okay fine kenapa tak bagitahu awal-awal  kan. Kitorang keluar rumah pukul 7.30 kot! Takpe takpe, bersangka baik. Kakak ada hal yang tak dapat dielakkan, perhaps. Kitorang pun bercadang untuk  berjalan-jalan kat pasar pagi dekat Seksyen 17. Wah, it's my first time tau pergi pasar pagi macamtu. Kami beli air soya, beli kuih muih. Amboi shopping pulak.

Kami kembali ke pintu gate Intec, then I received a call from Kak Ida(kalau tak silap). 

Kak Ida: Assalamualaikum..korang kat mana ni?
Me : Kat Intec..
Kak Ida : Tadi tengok takde sesape pun.
Me : Oh yeke..tadi kitorang jalan-jalan kejap.
Kak Ida : Oh.. habis tu sekarang kat mana?
Me :Kat depan pintu gate Intec.
Kak Ida : Yeke? Korang tunggu kat Intec mana ni? Intec main campus ke Cemara ke Akasia?
Me : Err..main campus
Kak Ida:  Laaa..kitorang bukan kat situ. Kitorang kat Cemara.
Me: Kat mana tu?
Kak Ida : Kat Seksyen 18. Korang datang la sini ea

Oh okay. Kami berdua pun pergi Intec Cemara kat Seksyen 18 by taxy. Dah melayang RM4. We're being told that we have to go to Intec, tak cakap specific pun Intec mana. Kecik ati! Takpe lah, salah kitorang jugak tak tanya Intec mana kan.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah apa yang aku dapat through this pre-departure programme. Honestly, I feel so happy, grateful. Aku tak rasa kekok untuk mingle dengan akak-akak ni. Sometimes they treat us like a kid! But I don't mind at all..Best kan bila kadang-kadang orang layan kita like a kid? Semua benda yang kita nak kita dapat. cewah!

Okay, back to our topic tadi. First thing first, aku rasa sangat seronok sebab aku dapat beri kesedaran dan penjelasan kepada beberapa orang awam mengenai hal yang berlaku di Syria. This is one of the tasks that has to be done during Explorace di Taman Botanikal Putrajaya. Rupanya ada yang tak berapa tahu mengenai bagaimana terjadinya Revolusi di Syria. Apa yang mereka tahu hanyalah ada masalah politik di Syria, gaduh-gaduh etc etc. So kita sebagai yang dah tahu ni, memang patut sangat menyebarkan pasal apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Bukan itu sahaja, kita juga kena beri kesedaran, why we have to concern pasal umat Islam di sana, and what we should do in order to help muslims over there. Bukan setakat a matter of kemanusiaan semata-mata, ia melibatkan umat Islam. Saudara kita. Setiap muslim itukan bersaudara. Umat Islam dibunuh kejam di sana. Kita buat apa kat Malaysia ni? Tengok je? Kalau nak lebih detail, you can search kat Youtube. Memang confirm menangis! My housemate  tengok pun menangis. Sangat kejam Bashar al-Assad!!

Next, kakak-kakak senior India ni banyak kali remind us untuk betulkan niat. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Kalau kita  niatkan pergi ke pre-dep ni untuk just nak tahu pengalaman kakak-kakak kat sana, memang tu je lah yang kita dapat. Kalau kita niatkan kerana ukhuwwah, insyaAllah  itu lah yang kita dapat. So malam sabtu tu aku betulkan niat. Alhamdulillah, apa yang aku niatkan itu aku dapat, dan lebih berbaloi. Alhamdulillah.

Few things yang aku dapat ade lah sikit, tak banyak but worth it la..Alhamdulillah sangat memberi kesan dalam hati.
  • Kalau nak pergi daurah (program Islamik), janganlah berdalih sangat. Contohnya kalau kita ada exam, kita guna alasan exam untuk  taknak pergi daurah. Rugi kan? Berapa jam je lah kita gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang bukan duniawi semata-mata. Insya-Allah, kalau kita korbankan masa kita untuk membuat persediaan ke akhirat, Allah akan gantikan masa itu dengan sesuatu yang lebih baik dan tak disangka-sangka.
  • Semasa dalam proses kita menuntut ilmu, janganlah buat perkara yang lagha, melalaikan. Even kita nak mencari hiburan untuk menghilangkan stress pun, jangan gunakan medium yang melalaikan. Let say kalau tengah kita belajar ni, kita tengok cerita korea, layan youtube sampai berjam-jam, takut ilmu Allah tu tak berkat. Takut Allah tak redha.
  • Allah suka orang yang istiqamah walaupun amalan itu hanyalah sedikit dan kecil.
  • Jangan banyak ketawa.
  • Istiqamah solat dhuha dan baca mathurat pagi dan petang. Jangan tinggalkan.
Itulah antaranya yang ingin aku kongsikan. Alhamdulillah, setakat ini aku rasa kehidupan aku lebih tenang, kerana aku mula membuat perubahan sedikit demi sedikit, cuma masih belum istiqamah. Aku cuba sebaik mungkin untuk istiqamah solat dhuha, baca mathurat pagi dan petang serta tak tinggalkan solat sunat rawatib. Alhamdulillah alhamdulillah, semangat ingin istiqamah masih ada dalam diri. Syukur. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk berubah ke arah redha Mu. Jangan sesekali kau lepaskan aku dari pegangan Mu. Tetapkan hati ini dan kuatkanlah iman ku ini. Aaamiiin!

Kerana-Mu Aku Berubah,
Dr. 'Afifah