4 december 2012 9:23 a.m.
Suatu masa dulu,aku pernah simpan hasrat nak masuk sekolah tahfiz. Nak hafal al-Quran, at the same time nak amik medic jugak. Tadi aku tengok cerita Warkah Cinta,tapi baru je 1 episode. Tak best sangat sebab biasalah cerita melayu macam slow sikit. Konflik pun tak berapa sangat. Tapi kan,dalam cite tu ada tunjuk suasana sekolah tahfiz. Kat sana hafal Quran je, best sangat sampai terasa nak pause video tu kejap and capai Quran masa tu jugak. Hihi. Aku saja-saja je tengok cite Warkah Cinta tu,sebab nak tengok Heliza n imam muda Nazrul berlakon. Lawak la heliza berlakon, dia macam brutal sikit dalam cite tu. hehe.
Oh ye,aku teringat dulu aku pernah je apply Darul Quran masa hujung taun form 5. Alhamdulillah,dapat peluang pergi interview kat Darul Quran KKB. Siyes nervous sangat. Aku diberitahu masa interview nanti ada 2 panel yang akan interview. First, panel from Darul Quran. Second,panel from UIA. Sebab aku apply yang hafal quran setahun, and then sambung UIA dalam bidang medic. Ayah punya lah happy bila dapat tahu aku dapat tawaran interview ni. Masa interview ni, aku kena hafal 1 page al-Quran dalam masa satu jam. Before interview tu memang asyik training je hari-hari. Hafal Quran dalam masa 1 jam. Deskmate pun dapat jugak tawaran interview Darul Quran. So, masa kat sekolah, kitorang tasmi' sesama sendiri bila dah hafal tu.
Masa interview, mashaAllah suasana tenang sangat. Ada tasik. Orang-orang kat sana asyik hafal Quran. Suasana tu sangat menenangkan hati. Seronok! Tapi aku tak lepas interview tu :( takpe lah,ada hikmahnya. Tengok where i am now. Kat bangalore India, amik medic. InsyaAllah, Allah letak aku kat sini, pasti dengan sebab-sebab yang baik. Mesti ada hikmahnya yang mungkin aku tak nampak sekarang, tapi dapat aku rasai pada masa akan datang, insyaAllah! Apa pun, walaupun aku tak dapat nak penuhi impian aku nak masuk DQ, tapi impian aku untuk hafal quran tak pernah padam. Walaupun aku belajar medic, masa tak banyak nak hafal non-medic books, insyaAllah aku nekad nak teruskan hafal Quran, tapi sikit-sikit la. :D
Walaupun India ni negara yang di mana Islamnya tak terlalu kuat,tapi aku tetap menganggap India ni sebagai bumi tarbiyyah. Banyak benda yang dah merubah aku sedikit demi sedikit. Dulu aku tak boleh terima langsung keadaan kat India ni. Tapi sekarang alhamdulillah..hari demi hari,aku merasakan fikiran aku makin matang. Aku memandang segala-galanya di sini dengan mata hati. Aku fikir betapa aku ni telah Allah cukupkan segala benda,tapi masih tidak tahu nak bersyukur,masih merungut 24jam. Alhamdulillah,Allah telah membuka hati dan minda aku,untuk melihat apa yang ada kat sini dengan pandangan dan perspektif yang berbeza. Melihat rumah-rumah penduduk India,aku rasa tersentuh. Aku fikir macam ee susahnya hidup dorang. Bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang. :)
Segala masalah yang aku hadapi kat India ni pun, banyak mengajar aku untuk jadi sabar. Sabar bukannya 1 benda yang senang nak buat. Orang lain keep on cakap 'sabarlah'..tapi hanya Allah yang tahu betapa susahnya untuk pupuk rasa sabar dalam hati. Dulu hari-hari meratap nasib, kenapa aku kena campak kat India, orang lain semua tempat best-best je. Sometimes we didn't realize, ada yang nasib lagi teruk dari kita. Kita ingat kita yg paling teruk kena uji. Tapi ingatlah,makin hebat ujian yg Allah beri, semakin tinggi darjat kita di sisi Allah kalau kita bersabar. Allahuakbar..:')
Sekian sahaja. Akhirnya blog terhapdet jugak setelah sekian lama.
Ok, assalamualaikum.
LOVE,
Miss F.
No comments:
Post a Comment
Komeng jangan tak komeng. :)