Thursday, December 27, 2012

My life story in India - Alkisah Pengemis

Bismillah.

Assalamualaikum.

Subhanallah. Walhamdulillah. Walaa ilaaha illallah. Allahhuakbar. 

Bersyukur kita semua masih hidup, masih sempurna anggota badan, and most importantly masih hidup dalam nikmat islam. Sekarang ni, dah masuk bulan ketiga aku duk kat Bangalore ni. Well, alhamdulillah, aku masih survive. Yeah survivor! :)


Nak tahu tak, kat Bangalore ni , ramai sangat pengemis. Yang tidur merata-rata tepi jalan pun ramai sangat. Sedih. Ye,sedih. Simpati. Tak semua antara kita ni yang sentiasa bernasib baik kan? Semalam aku nampak sesuatu, yang membuatkan aku tersentuh hati, sampai rasa nak tumpah air mata melimpah-limpah. 

Apa dia tu?

Semalam, lepas turun dari bas, baru balik dari college, aku nampak ada dua orang perempuan yang berkeliaran dekat area apartment aku. Dan dorang berdua ni tengah kendong anak. Percubaan kali pertama salah sorang tu ada ngendeng-ngendeng kat aku mintak duit. Tapi aku tak pandang pun muka dia. (Bongkaknya aku T.T) Aku percepatkan langkah masuk CS (City Supermarket), sebelah je dengan apartment tempat aku tinggal. 


Dah habis shopping barang, aku singgah kedai yang jual bahan-bahan masak, memandangkan aku nak masak untuk lunchner(lunch+dinner). Masa otw balik rumah,dorang ada lagi kat situ and masih tak berputus asa untuk mintak duit untuk kali kedua. Aku pun bagi 10 rupee sorang satu. Lepastu, aku nampak dorang senyum. I don't know why, aku rasa senyuman tu senyuman yang sangat-sangat membahagiakan. Semestinya dia rasa bahagia, tapi senyuman dia juga membahagiakan hati aku jugak. Aku rasa sangat puas dan seronok lepas beberapa lama tu. Hati rasa lapang dan tenang. Sebelum ni aku takut nak bagi duit kat orang-orang yang minta sedekah ni, sebab scary la muka dorang ni. Lepastu sometimes ada yang suka tarik-tarik baju masa mintak duit. Takutlah.

Senior cakap, bagi 10 rupee sebenarnya dah cukup banyak bagi pengemis tu. But yeah, if kita mampu bagi lebih, why not kan? 10 rupee tu enam posen je tahu. Kalau kat Malaysia pengemis selalu dapat at least RM1 sorang. Aku rasa kesian, India ni ramai sangat penduduk, sampai tempat tinggal pun tak cukup, makan tak cukup, hygiene tak berapa jaga sangat. Tengoklah kat tengah-tengah jalan raya tu pun ada ramai yang ketuk-ketuk tingkap kereta minta sedekah. Kat mana-mana ade peminta sedekah lah senang cite. Sometimes I wondered jugak la, apa pemimpin India ni dah buat untuk majukan India ni. 0.o

So, the conclusion is, ada hikmahnya kenapa aku dicampak kat negara miskin macam India ni. Maybe Allah nak pupuk amalan suka bersedekah dalam diri aku. Kan? Cuma bezanya dengan Malaysia, kat sini muka-muka pengemis ni kesian sangat, memang boleh dipercayai la senang cite. Lau kat Malaysia ada je kan kes-kes tipu menyamar jadi peminta sedekah. Anggota badan sihat walafiat, muka berseri-seri mintak sedekah, tu yang ramai orang rasa berat je nak keluarkan duit dari wallet dorang tu. Betul tak?
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu.” (Al Mumtahanah : 8)
Ayat ni dah jelas-jelas cakap, Allah tak larang kita nak buat baik kat sesiapa pun, even terhadap orang bukan Islam. Manalah tahu, with just a little kindness tu menyebabkan mereka tertarik dengan Islam. Tak gitu? :) Jadi bagi saya, senior-senior tak patutlah cakap kat junior, takut-takutkan junior pasal pengemis-pengemis ni. Masa awal-awal dulu ada senior cakap, kalau nak bagi pengemis duit kena hati-hati, takut nanti bagi duit kat sorang pengemis, pengemis-pengemis lain akan kejar kita jugak. Bukan ke lagi ramai yang minta sedekah kat kita, lagi untung. Tak gitu? Yang penting niat. Dan..setahu aku, kalau kita bersedekah, kita dapat menghindari diri dari bala bencana. Hati pun rasa tenang, jiwa jadi lapang. Seronok kan! :D

And aku rasa itu sahaja kot. Sebenarnya banyak je cerita dan pengalaman menarik kat Bangalore yang aku nak cerita kat blog ni, tapi tak berkesempatan pulak. (Tengok mood jugak sebenarnya.hehe) Okay, itu sahaja. 

Assalamualaikum. 

Wish I can give more next time ;)

Miss F


1 comment:

  1. so, best india? i have to say, umm mesir okay kot than india.
    take care fah kat sana! (:

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)