Assalamualaikum w.b.t.
Kadang-kadang
aku rasa hidup ini sangat memenatkan. Kadang-kadang aku rasa aku dah
tak larat nak hidup lagi. Kadang-kadang aku rasa hidup ini asyik buat
aku menangis. Kadang-kadang aku rasa hidup ini sangat susah.
Belakangan
ini aku sering diuji. Bertubi-tubi. Dengan sesuatu yang tidak pernah aku sangka. Dan
semua itu sungguh menyakitkan. Tapi aku sedar, nak jadi orang yang sabar
tu bukan senang. Taraf orang sabar itu ada pada para nabi dan rasul
terdahulu. So you think it's that easy untuk sampai tahap sabar? Dan aku
juga sedar, reward untuk orang yang sabar ialah syurga. Moga Allah
redha, insyaAllah.
Hari Isnin haritu,
aku dapat berita yang sangat menyedihkan. Sangat sangat yang teramat
sangat. Aku rasa kaki aku lemah untuk berdiri lagi. Aku rasa aku dah
jatuh menjunam ke bawah, dan aku rasa sangat susah untuk bangun semula.
Masa tu jugak, aku terjumpa ayat ni.
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal belum
datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu
sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan
Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)
Ayat-ayat ini sungguh menyentuh hati aku. Aku juga teringat ayat yang pernah kami tadabbur bersama semasa Bulatan Gembira dulu.
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin
Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan
memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu." (At-Taghabun : 11)
Masa Kak Muna (kak naqibah) ajak tadabbur ayat ni, aku rasa sangat sebak. Betapa aku ini hamba yang sangat lemah. Tak berdaya untuk berbuat apa-apa melainkan dengan kuasa dan kehendak Allah.
Baru-baru ini, aku surf internet dan aku terjumpa lagi satu ayat yang sangat beri kesan dalam hati aku.
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada
dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh)
sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan
berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan
terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Al Hadid: 22-23)
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
"....kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu...."
Betapa aku rasa sangat terasa dengan ayat ini. Allah benar-benar ingin menegur aku. Aku betul-betul terasa. Sentap. Aku lalai. Aku tak sedar yang selama ini aku benar-benar hidup dalam kelalaian. Aku sangat sedih dan menyesal. Aku sangat menyesali masa-masa aku yang terbuang dengan benda yang sia-sia dulu. Aku dilalaikan dengan hal-hal duniawi. Aku kecewa dengan diri aku. Sangat kecewa.
Ayat-ayat ini juga menyedarkan aku, segala bencana dan musibah dalam hidup ini dah sedia tertulis di Luh Mahfudz. Ia dah ditetapkan. Nak tak nak kita kena hadapi. Dan macamana kita hadapi, itu lah caranya Allah nak uji kita.
'JANGAN KATA KAMU BERIMAN SELAGI KAMU TIDAK DIUJI!'
'JANGAN KATA KAMU BERIMAN SELAGI KAMU TIDAK DIUJI!'
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedangkan mereka belum lagi diuji ?”
(Al-Ankabut : 2)
Dan ujian itu ada pelbagai bentuk.
Dan ujian itu ada pelbagai bentuk.
“Dan sungguh akan Kami memberikan
ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah : 155)
Jadi sabarlah dalam bersabar! Sebab............
Jadi sabarlah dalam bersabar! Sebab............
”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al Baqarah : 286)
Sebab Allah tahu yang kita mampu lah Allah turunkan ujian/musibah tu. Kalau tak mampu, Allah takkan biarkan ia berlaku. Allah tak pernah zalim kepada hamba-hamba Nya.
Didiklah hati agar sentiasa redha dan sabar. Kerana Allah sangat mencintai orang yang sabar.
"Dan Allah mencintai orang-orang
yang sabar."(Ali Imran : 146)
Ingatlah, bukan senang nak jadi orang yang sabar. Allah pernah puji orang-orang yang sabar dalam al-Quran.
Ingatlah, bukan senang nak jadi orang yang sabar. Allah pernah puji orang-orang yang sabar dalam al-Quran.
"…dan orang-orang yang bersabar dalam
kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang
yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah :177)
Dan yang bestnya, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan,
kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan
dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.”
InsyaAllah, semoga dengan redha dan sabarnya hati ini menerima segala ujian dan musibah yang melanda, Allah akan hapuskan segala dosa-dosa kita.
Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya ya Allah. Alhamdulillah. Aku cuba untuk jadi kuat. Cuba untuk jadi tabah. Aku taknak jadi orang yang lemah. Aku mohon ya Allah, seandainya aku jatuh lagi selepas ini, berilah aku kekuatan untuk bangkit kembali. Aaamiin :')
InsyaAllah, semoga dengan redha dan sabarnya hati ini menerima segala ujian dan musibah yang melanda, Allah akan hapuskan segala dosa-dosa kita.
Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya ya Allah. Alhamdulillah. Aku cuba untuk jadi kuat. Cuba untuk jadi tabah. Aku taknak jadi orang yang lemah. Aku mohon ya Allah, seandainya aku jatuh lagi selepas ini, berilah aku kekuatan untuk bangkit kembali. Aaamiin :')
"IT'S OKAY TO CRY. MENGADULAH KEPADA ALLAH KERANA DIA PASTI DENGAR."
La Tahzan,
Dr 'Afifah
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
ReplyDeleteamalkan selalu :)
terima kasih! :)
ReplyDelete