Friday, December 26, 2014

The End of Medicine Posting

Alhamdulillah.

Finally. Tak tahu nak gembira ke nak sedih bila dah habis posting medicine ni. Macam macam pengalaman pahit manis masam masin, rasa berat tu ada tapi biasalah. Semua benda kat dunia ni will not last forever kan. Aku baru je habis exam rabu lepas. Minggu yg sangat stressful and menakutkan dah berakhir. Dah berusaha sehabis baik dan selebihnya aku serahkan pada yang maha Kuasa. Semoga endingnya baik baik sahaja sebab aku yakin dengan al Wakeel nya Allah, Dia yg wakilkan kita dlm setiap urusan, jadi semestinya apa pun keputusan, itu adalah yg terbaik utk kita sama ada kita suka atau tidak.

Teringat masa last day of exam, aku ada long case exam. Something happened yg membuatkan aku menangis tak berhenti tapi sekejap je sebab aku tahu itu ketentuan dari Allah yg aku kene terima. Takde siapa yg tahu kecuali 2 orang. Aku rahsiakan atas sebab tertentu. And benda tu terjadi buat kali pertamanya dalam hidupku setelah 21 tahun hidup kat dunia ni. Thats why la aku menangis tak henti masa tu. Tapi..aku cuba kuatkan hati. Sebab..orang lain punya ujian jauh lebih hebat kalau nak dibandingkan dengan ujian aku ni. And someone told me, Allah takkan berikan aku something yg aku tak mampu nak tanggung. Jadi aku terus kuatkan hati.. sampai sekarang kadang kadang teringat, tapi aku cuba busy kan diri dengan benda lain.

Aku jugak teringat masa posting medicine dulu, ada ramai antara patient and keluarga patient yg selalu tanya soalan yg sangat lah common..and pelik..bagi aku la..hehe. Dorang selalu tegur aku and tanya "are you a muslim?" And akan diikuti dgn soalan "why are you wearing scarves?" okay ni pelik sebab yg tanya ni orang muslim jugak. Then aku baru sedar..kenapa Maududi buat buku Dasar Dasar Islam tu. Sebab orang orang dia pun tak faham Islam sebenar. Then aku pernah la explain kat orang yg bertanya pasal hal ni,dalam AQ dah sebut pasal cover aurah and labuh tutup dada semua. kalau ada quran terjemahan bahasa Inggeris memang aku rasa nak tunjuk. Takde pun dalam al Quran yg beri kelonggaran pasal aurat. Tiada siapa yg terkecuali. So aku rasa tak patut timbul persoalan kenapa kena pakai tudung..Mungkin tiada siapa yg mengajar dorang pasal basic basic dalam Islam..

Jadi betullah apa yg selalu dikatakan oleh Maududi, Islam bukan lah agama warisan turun temurun. Kalau mak ayah beragama islam, anak anak nya tak semestinya muslim jugak. Tak semestinya bila kita dah mengucap dua kalimah syahadah tu cukup untuk membuktikan kita ni muslim. Kita jadi muslim, bila kita ikut al quran dan sunnah tu sendiri. Tak cukup sekadar 2 kalimah syahadah sebab non muslim pun boleh je mengucap jugak tapi cukup ke utk membuktikan dia dah betul betul jadi muslim sebenar. Refleksi utk diri sendiri jugak T.T

Banyak lah ibrah hidup yg aku dapat sepanjang beberapa bulan kat hospital ni. Alhamdulillah. Semoga Allah membuka mata dan hati kata utk memahami Islam dan terus beramal dgn kefahaman itu. 

Mohon doakan for my next posting ; surgery posting. Tak sabar tapi berdebar jugak. Nanti nak cerita pasal pengalaman kena marah dengan patient. Haha. Sangat best! 


See ya again, assalamualaikum.

Miss F

2 comments:

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya aku melanjutkan pelajaran ke Msu utk foundation in tesl self-sponsored. Lpas tamat foundation. Adakah saya berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke luar negara utk degree dan memohon utk biasiswa/pinjaman skiranya result sya layak?
    Saya harap akak dpt bri respond ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. rasanya boleh apply uttk ke luar negara kalau lepas syarat yang ditetapkan

      Delete

Komeng jangan tak komeng. :)