Tuesday, May 5, 2015

Tips murah rezeki : Bersedekah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bismillah.

Hari ni penat sangat belajar pasal thalassemia and ECG. Kelas ECG tu lama sangat! It's a torture tahu tak. Dr Hyder ni kannn T.T Nak dekat 2 jam dia bercerita pasal ECG. Awal awal tu dia suruh kita lukis electrical conduction of heart ke amende tah ala yang ada SA node AV node lepas tu kena lukis arrow flow of electrical charge tu. Then kita hentam je la lukis apa yg kita tahu lepastu dia suruh lukis ECG wave and terangkan sekali. Nasib baik kita dah study pasal ECG malam tu. Fuh. Yg part suruh lukis axis tu susah tapi nasib baik kawan kat sebelah yg kena lukiskan. Aaa berdebar laa tak sukaa :(

Ok lah enough cerita pasal hospital. Sekarang ni nak cerita kisah pasal luar hospital. Rasanya ramai dah sedia maklum kan india ni ramai peminta sedekah dari pelbagai golongan seperti lelaki perempuan kanak kanak orang tua serta mak nyah pun ada. Okay india pun ada mak nyah tau jangan pandang sebelah mata tau tapi tak secantik malaysia punya la. Senang je nak jumpa peminta sedekah ni. Kat traffic light la especially. Awal awal dulu takut aa jugak tapi lama lama rasa best pulak sebab ye laa..bila orang dapat duit mesti ekspresi muka dorang bertukar jadi muka bahagia n gembira ye dok. So kita pun tumpang gembira sekali.

Kita selalu bagi sedekah sebab kesian kan. Nak tahu tak, keutamaan  sedekah sebenarnya kepada keluarga n kaum kerabat kita. Kalau tengok dalam al quran, kalau cerita bab sedekah mesti dia akan sebut keluarga dulu. Lepastu baru lah yg lain lain seperti orang miskin, orang yang meminta minta, orang yg bermusafir, hamba sahaya. Jadi utamakan lah keluarga kita kalau kita rasa nak sedekah tu. Bila ada lebih, barulah kita sedekah kat orang yg memerlukan. Kalau kita memberi dgn niat nak dapat redha Allah, kita takkan rugi apa apa pun sebab rezeki yg Allah bagi tu bukanlah sepenuhnya milik kita tapi ada je hak hak orang lain dalam tu. Jangan terlalu sayang sangat dengan duit yang kita ada. Dari perspective dunia, mmg kita akan nampak duit akan berkurang, tapi kita tak tahu Allah akan balas berlipat kali ganda mungkin bukan pada masa tu tapi bila bila yang tak disangka. N kita juga tak tahu Allah balas kebaikan kita dari segi apa. Mungkin dari segi pelajaran, kemudahan jawab exam, dimurahkan lagi rezeki.

Jadi jangan terlalu kedekut dengan rezeki yg Allah bagi kepada kita. Ada hak orang lain kat situ. Ingat tu! Ok lah dah cramp jari dan tanganku ini menaip. Nanti kita sambung lagi. Assalamualaikum :)

Lots of love from india,
Miss F

4 comments:

  1. akak nk tnye sbelum ambk mbbs nie mmg kene interview dlu ke..klo xlps interview tu xdptla ambk mbbs ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai :)

      Tak sure la tapi time akak dulu memang ada interview before masuk mbbs. N kena amik medical entrance test sekali. Akak memang under MARA drpd foundation sampai MBBS. So akk rasa test dgn interview tu just nak cukup syarat je sbb smua kawan2 akk yg under MARA semua lepas je sambung MBBS

      Delete
  2. Salam, intake for ims ni bulan berapa ya?
    And mostly students th study kat sana from May ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya dulu masuk bulan june. mostly lebih kurang je may or june punya intake

      Delete

Komeng jangan tak komeng. :)