Sunday, March 13, 2016

Are you pregnant?

Alhamdulillah dah 6 bulan jadi isteri orang. Soalan paling banyaaak orang tanya ; "pregnant ke?" "Bila nak dapat baby twin niii". Haha. Buat pengetahuan korang, kita nak sangat ada baby, tapi kita tak tau siapa yang boleh jaga kalau ada baby masa belajar. Kat india tak boleh hantar nursery kalau baby kecik sangat. Lagipun suami kita ni tak percaya sangat kalau orang luar jaga, lagi2 kalau orang tempatan sini.

Ape ape pun. InshaAllah doa doakan lah kami ni. Kalau itu yang terbaik..moga Allah permudahkan. 

Btw. Postingmate selalu sakat sakat. Sejak nausea muntah muntah haritu, ramai ingat kita ada morning sickness. Padahal perut masuk angin je. Bukan sebab perut ada baby. Sejak tu kalau ada xray procedure dalam ward, dorang akan protect kita sebab dorang kata kita pregnant takleh kene radiation. K....

Thats all for today. Actually tengah bosan baru habis exam. I keep updating my blog sementara masih ada masa sebelum masuk OBG. Tak sabar rasanya nak jumpa HOD ObG yang digembar gemburkan itu. Hihi. Sekian. Wassalam. 

Mrs Faris




Kahwin affect study ke?

Kahwin affect study ke???

Ni antara persoalan yang timbul bila mula mula fikir nak kahwin dulu. Sebenarnya dulu risau jugak sebab kita ni takde la rajin sangat study. Kang lepas kawin asyik duk bercinta je lagi malas nak study.

Hey. Ingat kahwin ni pikir nak bercinta 24 jam ke hahh.

K sebenarnya memang susah sikit la part study tu. Kita jadi lagi cepat penat and masa study pun kurang. Tapi....yang bestnya bila kita terleka or malas ke apa,suami akan paksa kita study. Kata lainnya suami bagi support lah. Memang kena ada orang push baru nak study. Haha.

Lagi 1 point penting. Kita yakin dgn keberkatan masa tu. Bila kita penat buat kerja rumah, masak, kemas rumah, layan suami, hidang makanan, kemas dapur..then sebab penat tu masa untuk study jadi kurang..kita yakin yang bila berkat, yang sikit itu pun dah cukup. Maksudnya dlm masa yg singkat dapat study banyak benda, ataupun benda yg kita baca tu masuk exam. Yang penting niat kita ikhlas untuk menyenangkan hati suami. InshaAllah berkat segala urusan.

Kita rasa result exam pun makin baik sejak lepas kawin. Study pun hati tenang. Masa study sama sama boleh pegang tangan suami sebelah sebelah. Mengada kan. Haha. #muntahhijau

Okay lah. Apa apa pun..kahwin masa belajar memang ada pros and cons. Walau apa jua cons nya, kita akan hadapi bersama sama dengan suami kita so, no worries! Be happy ! 😘

Puan 'Afifah ❤💋

Tuesday, March 8, 2016

Alah sayang..

Salam and hello readers!

Semenjak dah beberapa bulan kahwin ni, macam macam la yang kita cuba belajar. Belajar faham lelaki. Belajar tolak ansur. Belajar jadi isteri mithali. Gitu.. tapi sebab kita ni berjiwa muda sangat, kadang kadang perangai gila gila jugak lah. Suami pun pening melayan (maafkan sayang abang :p )

Pernah sekali kita nak masuk toilet, kita terkejut ada charger terpasang dalam toilet. OMG. Abang bawak masuk henfon and charger dlm toilet sebab battery low!! Kalau suami tengok fon tu..antara tengok media social atau game. But most of the time tengok game, lagi2 kalau ada tournament. Abang and handphone berpisah tiada. --,--

Pantang kita kat rumah, ada dua pintu yang kita make sure akan sentiasa tertutup. First pintu toilet. Second pintu almari. Memang pantang kalau dibiar terbukak. Tadi pun abang terlupa nak tutup pintu almari, kita pun panggil lah suami kita banyak banyak kali. Dia menyahut tapi takmau datang. Kita panggil lagi sampai dia datang drpd ruang tamu. Then i told him yg dia lupaa tutup pintu almari. Dia pun, "what??" Sambil tutup pintu lemari. Haha. Suami kata, "Tolonglah tutupkan.." i just kata "ayang taknak abang biasakan jerr". Lepastu dia bengang. Terkekek kekek kita gelak. Hihihi

Ok lah. Jangan lah berperangai mcm kita ni. Sebab bukan semua lelaki penyabar mcm suami kita..hahah

Sekian sahaja. Salam sayang daripada puan 'afifah.

Assalamualaikum ❤