Thursday, May 20, 2010

anything could be happen.

For the first time in hist0ry,aku di'belai' dengan bermacam2 ujian time musim exam. Wah, sounds interesting. Haha. Bad things happened at d same day, yakni Friday. Last friday, 3days b4 exam, demam lak. Actually,I has been having this fever-like symptoms since last thursday,2 ari before demam. and it progresses, and i finally loss my voice,suara 'merdu' gile dah ngalah kan ratu r0ck ella,hidung tesumbat da takleh nafas gi dah naseb bek hidup gi sampai skang,then batuk je memanjang. kenapa ianya berlaku 3days b4 exam? kenapa x b4 tu tuka kepada after?

olraitt. kifarah dosa. Ada orang cakap, kalau dapat sakit tu, jangan sesekali mengeluh, cuz time tu doa-doa dimakbulkan,means det,mustajab la doa time sakit tu. So, aku pun amek kesempatan la untuk berdoa agar dipermudahkan jawab exam. N know whutt, sepanjang exam nih, even aq bace skali lalu je, n even ade chapter2 yang aq missed, tapi aku dapat jawab . Based on my instinct la. Cuz, nak study, tapi keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan . So xdapat study hard sangat berbanding exam b4 ni.


D most important thing is, aq xpernah dapat tido nyenyak time exam week nih. Det's y i gonna cry if my result tak segempak yg di target. :( Oww, back to our main topic tadi. Tadi, dis mornin la senang cite, ade la 1 incident ni berlaku. My first thought bile mengalami incident ni ialah, "matilah aku.." n i kept saying ,"pelik,macamana boleh pecah?"..
NOthing happen, just a small injury. Sakit. Sakit kaki n sakit ati betul. Macamana cermin bule pecah. Bukan nye pape sangat pun. Aneh bin ajaib la. Tadi amek exam sej n PSI sambil tahan sakit. Seronok~ Haha. :D

Bukan calang-calang orang bule rasa ceni.I'm very fortunate to be given a chance to stay alive till n0w even though kena sit for examination yang menyeksa jiwa dan raga student yang have-not-finished-revision-yet.Dangg. Aku la tuh.Cuz yeah, it is quite IMPOSSIBLE to be able to say "I have finished study",y'know. Studying,revising..::___never ending circle__ ::(^_^)

Setakat ni, ujian datang bertubitubi, since khamis ari tu, sampai la ari ni. Non stop. So, time time cemni la masa yang sesuai untuk doa ape yg aku nak! Hee~
This statement more to make myself feel good , sebab bukan sume orang yg berjaya menempuh 'hari ujian' yang specially datangnya dari ALLAH.If 'hari ujian' yg manusia wat tu, semua orang boleh pass thru. N, ujian dari ALLAH tu tandanya Dia sayang kat hambaNya. Kita selalu dengarkan?

Okeyh. 2morrow burfday my class teacher yg sungguh cantik bergaya sporting caring memahami cun lawa . (Bukan nak bodex okey.) Happy Birthday ,tcer AZLIN! But so sorry, I can't join korang la sok. sabtu ada tusyen. senanya malam ni pun ada tusyen physics, tp aq lebih suke datang klas physic cigu Azlin. :)

Sampai di sinii k. Doakan aku agar pass this test dengan cemerlangnya. Huhu. Due2 test r, test dr manusia n test dr ALLAH.

okie, enough merepek. I need to go back study now. in case kalau ade ujian lain lak yang datang..xpat study. So, better studying rite n0w. gune la mase sihat anda sebaiknya. (mslh ny aku tgh sakit skg nih) tp xpe. study ta melibatkan kaki kan? tapi kaki tu part of my body, kalau kaki sakit memang la terase sakit sumenye..ok dah. last words, thanks to zra n yanie cuz memahami. ececeh. n syukur ya ALLAH, cuz you let me to breathing the breath that You gave me to breathe.till now..

Sekian..


p/s : takziah kpd my classmates yg diserang demam time musim pekse ni.
Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman. Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya. :) wassalam.

Saturday, May 15, 2010

Just nak wish..



::Just nak wish::

♥♥....::HAPPY TEACHER'S DAY!::....♥♥
To all my beloved teachers in SHAMS!
Esp;
My class teacher, Teacher Azlin~

♥♥ JASAMU SEMUA AMATLAH DIKENANG DAN DIHARGAI♥♥

Guru yang pernah mengajar taun 2010;
Pn Azlin : Cantik bergaya..
Pn Fatimah Md Noor: Kelakar orangnya , walaupun garang. :D
Pn Jamilah Yaa: Sensitif, tapi baik sangat..n klakar..
Miss Punitha: Strict, sporting..
Miss Ong: Klaka, comel..hehe
Pn Asmah Nordin: Lemah lembut,caring, baik sangat..
Pn Asmah Rahim: Strict, mengambil berat..
Pn Fatin: Strict, understanding, banyak ilmu,bijak menafsir orang,.
Ust Khairul Hidayat: Banyak ilmu, strict, sporting,baek2 sje..
Ust Zaini: Sporting,best,pandai speaking arab(mmg la, dy ngaja arab..)
Pn Zabedah: Comel, caring, baik, lembut..
Pn Noormah Ja'afar: Tegas, lawa, rajin wat class..
Tn Hj Norazam: Baik, tegas, sporting, suka mengajar, n hensemm. hohho.:D (xcaye,tgok gamba tym dy mude2)

THE END




Sunday, May 9, 2010

Good luck uolls!


I'll do my very best for diz upcomin' exam.
So..
I must study hard. But not TOO HARD. Yea, means det, study smart larr.


SPM is very important for every spm candidates.
Nak harapkan pmr result? Tak ke mane derr..

Mereka dah berjaya menggembirakan hati parents mereka.

They did it!
Dah bole senyum lebar2 dah cuz berjaya pass spm dgn jayanye~
Susah payah mereka telah terbayar..


Kita? Bila lagi?
InsyaALLAH, this year , SPM result sekolah kite will be more excellent n brilliant.
Ameeeeeen~
I wish dapat kalahkan my cousin at TKC diz year,insyaALLAH..
Good luck eberybody!

p/s: my bro dpt UIA. hebat gk die nih. xbleh jd nih. I hv to beat him.,to get the top U in d wurld nx year.insyaALLAH. :)

Friday, April 30, 2010

It's truly terribly horrible week i'd ever experienced.

Salam. Being so busy lately. Homework banyak, and yang tragisnya, ada homework yg tak terusik. Serba salah dibuatnya. Huhh. I'm so sorry cigucigu SHAMS, bukan sengaja tak siapkan. Tapi bebanan kerjarumah yang banyak dan pada masa yang sama kena study Form 4 punya subjek dan diikuti dengan kelas tusyen yang padat menyebabkan sukar untuk menyiapkan h/work. Adakah itu hanya lah alasan semata-mata? Oh yea, cigu SHAMS ta kan accept det kind of reason. So lame. Wutever it is, I'm olwez try my best to complete it all.


Last Thursday, 22 April 2010. Aku dikejutkan dengan berita kematian arwah datukku yang amatlah disayangi dan dirindui tepat jam 5.00 pagi.Time tu,adikku kejutkan aku yang sedang nyenyak dibuai mimpi indah,terus dia cakap, " Kak, atuk dah meninggal. Pagi ni kena balik kampung." Huhh. Only ALLAH knows how I feel at det tyme. It was unbelievable. Aku jadi speechless. Terkejut dan terkesima. Things det keeps playing in ma mind is, 'aku tak sempat jumpa atuk untuk kali terakhir. ' Then, macam2 soalan aku tanya kat adekku, "ayah mana?ayah dah balik?Ayah tau tak?" " irshad dah balik lum?Dia ikut balik tak?" Time tu ayah aku ada kursus ape mende tah kat PD. Before subuh ayah dah bertolak dari PD. Abang aku plak of course la dah balek, takde keje sampai 5,6 pagi der. Ape jenis soalan tuh. Aduhh. Suara aku dah sebak dah time tu. Just, luckily aku tak burst kat situ. Then terus amik wudhu' and then solat sunat. I could not hold my tears from trickling down my cheeks. Lepas solat, aku rasa sangat menyesal . Kesal yang tak berkesudahan. Aku tak sempat jumpa arwah atuk kat hospital haritu. Aku menangis penuh sesal. Tambahan lagi pagi tu hujan lebat. Terasa sakit sangat cam ditusuk duri yg tajam. Bila keadaan mula stabil, aku check handphone. Ingat nak sms azra, tapi time tu baru 5 lebih, takkan lah dia dah bangun kot.


Rabu malam tu, ada klas physics. Sampai rumah kul 11. I'm so-very-too tired. Stress dengan keadaan yang aq tenga hadapi ni. Baju tak iron lagi, homwork ta sentuh lagi, I'm so tired to think of those things. Suddenly tah camane aku kata, "Kan best esok tak sekolah. Bila aku boleh rehat.." And it was the most regretful words I've said. Never thought it would be like this.Tak sangka esoknya aku betulbetul tak dtg skola..


Aku siapkan baju-baju nak bawak balik kampung. Ayah sampai rumah kul 6.30 a.m. Time tu jugak aku call Azra gitau yang takpat datang sekola.And I told her," aku dah takde atuk lagi dah.." then aku terus letak fon, B4 aku burst kat tepon.Huhh. Ta sangke aku tak kuat hadapi sume ni. Sampai kat kampung, baca yasin depan jenazah. Betul-betul depan jenazah arwah atukku. Tiba masanya untuk jenazah dimandikan dan dikafankan. Aku rasa sebak+gembira bila tengok jenazah arwah atuk senyum selepas dikafankan . Atuk orang baik, everyday pegi masjid. Selalu menyenagkan hati orang lain. :) Aku diberi peluang utk mencium arwah atuk buat kali pertama dan terakhir. Ciuman selamat tinggal. Yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku sebelum ni untuk melakukannyer.

Dulu aku pernah cakap kat someone, "aku tak pernah pergi kubur. Teringin nak pegi."Tak sangka apa yang aku cakap tu berlaku secepat ini. :( Hampir 17 tahun aku hidup dilimpahkan dengan kasih sayang dan perhatian seorang atuk. Yea, I'm a lucky granddaughter. Can't deny that. Arwah suka bergurau dengan cucu-cucu die, pandai ambik ati cucu dia yang masih kecil, masih baby la senang cite. He's lovable.My cousin cerite, arwah meninggal 4.45 a.m. Pagi tu arwah mengadu sakit dada, then arwah muntah darah. Mak Long n wan aku suruh arwah mengucap. Arwah susah nak mengucap sebab sakit yang teramat sangat. Tapi arwah sempat mengucap .Sebaknya dengar cerita cousin aq neh. Macamane la suasana time tu. It must be so sad n tragic. But I believe, wan memang seorang yang kuat n taabah.

Hari Jumaat malam sabtu, kitorang wif cousins sume, lepak kat bilik atukwan. Ada airc0nd, tu yang sedap tu lepak2. Eyy, ape punye cucu la. Ingat bilik hotel ape. AMbOi3..haha. Kitorang belek-belek gambar arwah atuk masa muda-muda.Handsome. Padanlah wan terpikat. Atuk dulu polis. Dia lahir b4 merdeka,means that, dia dah b'khidmat utk negara b4 merdeka. Ntah-ntah arwah kenal tak Othman dalam cite Bukit Kepong tu. Eh jap, nama arwah atuk Othman jugak. Hee~ Same plak ek.Huhu. Ayah ada cite, malam before arwah atuk meninggal, ayah ada mimpi. Mimpi ade jenazah yang nak dikafankan, tapi tak jelas tu jenazah siape. Mimpi tu dah jadi kenyataan. Time kat kubur, ayah, Paksu n PakNgah tolong masukkan jenazah dalam kubur. Susah aku nak lupakan saatsaat tu. Time nak timbus dengan tanah, aku ternampak, mata ayah merah bengkak. Ayah tahan sebak. I knew it. Tak pernah tengok ayah macam tu. Dis iz d first time I saw him like that.

Before that, time usung jenazah pas keluarkan dari van jenazah, cuaca tibatiba je redup. Redup ,sejuk n nyaman. Everything seemed so peaceful. Balik dari tanah perkuburan, mostly semua cousins aku tidur. Tengahari sampai petang. Petang tu , nenek belah ibu datang dengan my uncle, cikjam and my MakNgah. Tak sangka dorang sanggup datang dari Johor. Mesti penat. CikJam cube tuk menceriakan keadaan, and makNgah did d same thing too. And Im glad dorang datang jumpa kami disini. Aku asyik gelak je bile dorang ade. Sedikit sebanyak dapat lupakan rasa sedih buat sementara. Petang Sabtu, aku n cousins plan nak jalan kaki pegi kedai. Jauh sikit la, but it doesn't matter la. Merentas desa lagi jauh la. Huhu. Ondaway gi kedai, terserempak lak dengan sejenis makhluk nih. Aduhh. Kitorang dah cuak. Amende tuh? Ade 5 ekor! Ruparupanya kambing.Aku jadi leader rombongan pegi kedai tu pon cakap r dengan bangganya n poyonya," rilek r. kambing je. bukan anjing. watpe nak takut" . Suddenly aku perasan yang kaambing2 sengal tu jalan makin laju n macam nak kejar kitorang je. Pehh, lom pape gi, aku yang jadi leader tadi, teros cakap ,"lari!!!!!" tekontangkanting kitorang lari. Aku yang lari dulu ,thus, aku la leader acara larian tersebut. Hampeh betul. Aku toleh belakang, "eyy lambatnya dorang ni lari.Kambing tu cam dah makin laju jalan eh." ceh, bajet aku ni lari kuat sangat je. Haha. Penat uh lari, kena naik bukit tau tak. Dah sampai depan umah, toleh belakang, kambing dah belok tempat lain. Alhamdulillah. Semput aku dibuatnya. Setakat ni ta pernah lak dengar ada kambing kejar manusia. Ape laa..

Olraitt. sampai sini je la kisah nya. Tapi aku still rasa menyesal sampai sekarang sebab aku tak melawat arwah atuk kat hospital beberapa hari b4 arwah meninggal. Aku cuba cari masa utk lawat, tapi kebanyakan masa melawat clash dengan tusyen. I've to sacrifice. Tapi ari Ahad,18 April, ibu ada ajak pegi melawat atuk . Ibu paksa aku, tapi aku bertegas nak pegi latihan oral,petang ahad. Habis dalam kul 4 stgh or 5. Ibu cam marah la gak, tapi ayah co0l je. Ayah kate "takpela tak dapat pegi.Pegi ari lain je." Apa yang aku regret sangat2 sekarang, aku rasa cam kalau aku tak datang latihan petang tu pon takpe. Sebab aku rasa aku tak dihargai LANGSUNG aku datang petang tu. I'm d first person yg sampai. No one ade kat kelas. Kul 4 baru lah dorang datang. Ok fine, i understand. Dorang dak hostel . Umah jauh. Then, latihan pon start. Without d main actor, FATIMAH. Dia balik kampong. Aku rasa menyesal aku datang petang tu. Aku tak rasa cam berlatih oral pn petang tu. I'm so tired..rasa bersalah sangat. sebab aku utamakan oral lebih daripada arwah atuk. Aku utamakan oral, padahal group member aku mostly amek tak kesah je tentang oral. Kadang2 terfikir gak, "apsal aku sorang je over sangat ttg oral ni.." Hari Isnin, Ana bagitau, "kita takkan wat oral lagi kan pasni?" aku terkesima jap. Penat je edit slide. Tuka lagu. Tambah ending. Datang practice 3 malam, and tragisnye, petang ahad tu. Petang ahad tu la last practice, and petang tu if takde latihan oral, aku dah ada kat hospital jumpa arwah atuk untuk kali terakhir. Tapi penat lelah tu sume SIA-SIA. Petang Ahad tu practice utk re-do oral,tibe-tibe ari isnin tu, cakap dorang taknak re-do. Ya ALLAH, sia-sia nya datang petang tu. Aku patut dengar cakap ibu, lawat atuk petang tu. Tapi aku pergi latihan oral utk oral yang dorang dah sepakat taknak RE-DO. Ape agaknya perasaan aku time tu ek? Has anyone ever think?n feel?

Okay. Semuanya dah berlalu . Lets bygone b bygone. But Farah cakap, we're goin' to re-do. When, I'm not sure. Tapi I almost give up to think bout oral. Yea, susah gile nak cooperate dengan pelajar yang berpangkat tinggi ni. Busy busy belaka. I'm no one, but I know what's my responsible towards my future. Dorang tak sedar, markah dorang, markah ku juga..That proved their selfishness.Sape 'mereka'? hurm,sape makan cili, dia terasa pedasnya.Bukan nak tujukan benda ni kepada sesape, tapi I'm just telling d truth. Wallahua'lam.

Saturday, April 10, 2010

Hey, budak kecik pun tau laa.

gambar hiasan.

alhamdulillah, dah kuar skola pon still kekalkan identiti sebagai seorang muslimah sejati. Bukan hanya sekadar muslimah pada nama.


which one d u prefer?yg kat atas ni?atau yg kat bawah ni..

or this one?

or gambar hiasan yg kat atas sekali tu?

Salam. Wah , lama daa tak update blog! Nak dengar cite? It's about aurat. Haha. As for me, it's funny. Ada 1 hari tu, adikku yg paling kecik, MIRA, tengok tv samasama dengan aku. Then, time tu terbukak la 1 siaran video klip sorang artis ni nasyid selawat. Tibatiba, Mira laughed. Ketawa besaq la. Pelik. Then aku tanya la,
"kenapa mira?"
dia jawab, "nampak rambut."

Haha. Aku pun ikut gelak sekali. Penyanyi tu pakai selendang,nampak jambul kat depan. Fesyenn sekarang. Bukan fesyen islam, tapii fesyen kafir. Dah lah nasyid selawat, pakai tudung macam tu. Budak kecik yg umur 4 tahun tu pun tau pakai tudung dgn betul. Then, adik aku yg 2nd last, Halim , darjah 1,pun ternampak la jugak artis tu kat tb, dia pon gelak sekali sambil cakap,
"tah pape tah! pakai tudung tak reti! hahahak."

terbahakbahak dia gelak. Adoiyai dakdak nih. See, dorang yang belum baligh pun taw. Ni yang dah baligh pon still xreti reti gak.

p/s : gambar diatas hanyalah gambar hiasan. Xde kene mengene dgn yg hidup or yg dah matiy.

SEBAGAI RENUNGAN..

Saturday, April 3, 2010

H1N1 coming back!

Tanda awal gelombang kedua H1N1

Bilangan kes dilapor sepanjang minggu meningkat, babit kejadian kluster, kata menteri

KUALA LUMPUR: Tanda awal wujudnya gelombang kedua Influenza A (H1N1) di negara ini sudah bermula, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, tanda awal itu dapat dilihat dengan jelas apabila bilangan kes yang dilaporkan sepanjang minggu semakin meningkat serta membabitkan kejadian kluster termasuk membabitkan pelajar dan institusi.Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan mempertingkatkan langkah pencegahan. Belum masuk gelombang kedua tapi sudah ada tanda peningkatan H1N1, menunjukkan wujudnya permulaan gelombang kedua H1N1. Ini berdasarkan bilangan kes yang meningkat dan membabitkan kumpulan ramai.

Walaupun belum sampai ke tahap membimbangkan, amaran sudah dikeluarkan dan saya nasihatkan orang ramai mengutamakan penjagaan kebersihan diri, mendapat rawatan segera sekiranya ada simptom batuk, demam dan selesema serta mendapat suntikan antiviral di klinik dengan segera, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peningkatan kes H1N1 sepanjang minggu ini sehingga kelmarin, yang membabitkan 380 kes yang mempunyai simptom jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Daripada jumlah itu, sebanyak 210 kes masih dirawat di hospital dan seramai 32 orang disahkan positif H1N1. Sebanyak 10 kejadian kluster dikesan dalam tempoh itu sehingga kelmarin membabitkan 194 pelajar dan institusi dari Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka.
Kejadian itu membabitkan 48 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah; 43 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Langkawi, Kedah; 31 kakitangan Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor; 30 pelajar SMK Pulau Tuba, Langkawi; 12 pelajar Institut Belia Negara, Tangok, Bachok, Kelantan; 15 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Kubu Bharu, Selangor; enam penghuni asrama SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan; empat penghuni Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar, Jasin, Melaka; tiga murid SK Sri Nobel, Petaling Jaya, Selangor dan dua penghuni rumah teres Kilometer 141/2, Jalan Jasin-Merlimau, Melaka.

Liow berkata, memandangkan kejadian kluster banyak membabitkan pelajar sekolah dan institusi, pelajar dan ibu bapa diminta mengambil langkah pencegahan termasuk mendapat rawatan segera, tinggal di rumah serta tidak ke sekolah sehingga sembuh.

Beliau berkata, masyarakat juga diingatkan bahawa H1N1 masih aktif, walaupun situasinya masih dalam keadaan terkawal, mereka harus mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan diri dari dijangkiti

Thursday, April 1, 2010

Thanks Cigu Azam!

Good news.

Terima kasih cigu Azam~

even though bahasa arab jadi subjek tambahan SPM,tapi ianya dikira dalam pengiktirafan pelajar straight A.

Maksudnye, BAT kene dapat A jugak la supaya dikira dapat straight A's.

Semoga kejayaan will be ours, spm candids of SMKA SHAMS 2010. Ameeen.

Unbelievable.

Salam. Eh, terasa nak update blog pulak hari ni. Takde la, before ni memang rasa malas nak bukak blogger ni. Takde point kot. Yang lainnya hari ni , right now, ada 1 benda that keeps playing in my mind. Till now. Actually, baru tau tadi from my adeq. Rasa macam tak percaya and tak nak percaye. It's just like a nightmare u know what, i thought he's not as bad as his friend. I thought he'll not be influenced by his bad ,naughty and sengal friends. I just FEEL sooo sad. It's too hard to believe. Disappointed of him. Veryvery much. Kenapa dia jadi camtu ek? Just because of he got the freedom to do whatever he wants? It's just so unfair for me. Please. Dulu , dapat tau from my friends, he has lots of friends and mostly perangai hampeh2 belake. Ada yang smoking. Rempit. First impression, lega he's not smoking. And die jugak tak rempit. Means that die tak terpengaruh la dengan kawan2. Tapi still rasa raguragu. Well.,everyone knows that pengaruh kawan main peranan yang besar dalam MEMBENTUK dan MEMBANTUT peribadi kita. At last, everything's revealed. Almost every night dia pergi join kawan2 rempit. But I don't know if dia merempit atau tak. Seriously, I really hate MAMAT REMPIT sedunia. They're just wasting their time and their life. Mereka tak berhak hidup kat dunia cuz hanya menyebabkan semua orang kecewa dengan mereka. For what teruskan hidup kalau semua orang asyik sedih n kecewa dengan diri kita kan? Dah tu, kalau mati tu mati syahid takpe jugak, tapi mati katak. Kan ngeri tu..

Back to my story, dia pergi kat dataran yg khusus untuk 'rempit'er nih hampir everynight la. So,tadi bile bace kat inbox henfon adeqku, semua nya dah terbongkar. Allah itu maha Kuasa. Allah nak tunjuk kat kitorang apa yang dia buat selama ni. Cuma 1 je, kalau dia betullah join rempit tu, and something happen to him, I'll never ever forgive him. Dia mungkin akan lukakan hati semua orang. I don't want him to hurt anyone and also himself. It'll be so unfair for everyone who knows him. Arggh!!!!