Wednesday, June 17, 2009

PeNgaJaRan BuAt kiTa sEmuA..

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.''

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu ."

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

SamE jugE dEngan rEsult Exam sayE.kEkadang kat atas,n kEkadang kt bwah.rEdha jE laa..^_^

Monday, June 8, 2009

wedding ceremony of my couz.

Assalamualaikum wbt.hari tuh,fmily n i pegi wedding ceremony kt dewan serbaguna di putrajaya.nseb baek ade air-cond.huhh~
dis is my parents n yg sblh tu my aunt n uncle blah ayh.yg ujung2 tu my grandpa n grandma.in other words,my beloved grandparents.even though dorg salu gk la mleter..tp ttp dsayangi.ngee~
ni behind the hall.actlly,boring jgk lme mnunggu couple yg nk khwin 2 smpai,so gi la jenjalan skliling,tgk2 pmandangan yg cntik..angin plak btiup sepoi2 bhase..sdap jerr..4got plak,sblh tu yg bju biru tu my youngest sis,amirah husna.dh pndai blagak jd model dh..xtw pe nk jd..

3ekor bdk nih,ooppss~ 3budak nih yg cute la cket especially yg tgh2 tuh,apik a.ka. AFIQ!geram gle tgk die.dh la suare die cute mcm suare cartoon,then blakang kpala die ade ekor rmbut.dh besa die skg..hrmm..dlu kecik ciconet jer.from left:halim,apik,zubir.

peace no war.tht's my principle.ho3.jgn jd mcm israel..bperang jer.bkn bg manfaat pon.terok3..

my bro yg captured pic nih.die tu sengal lar..geram3..org xready lg.dh tu,ble dh ready bkn nk tgkp gmbr,die g tngkap gmbr jam kt ats tu.saba je la..pe2 pn,pintu gerbang ni cntik..sy suke sgt3..^_^
waa..abeh 3jag air.??ello..not me yg mengabeh kn 3jag air tuh.1jag pn xsampai tw.anyway,mmg haus pn time tu..hee~
sempat lg posing dgn henfon di tgn..ape la dier nih.ek ala,ina curik2 amek gmbr la.not ready yet senarnye..ho3.alasan..
subhanallah.cntik btol Rumah Allah nih..ari tu nmpak nonmuslim msuk msjid.just pelik la jgk..xpernah tgk..klu sorg 2 org xpe,tp ramai..@_@

uncle n aunties..wif along n istrinye yg bru kawen..sweet couple~
ahha.smpai sini jer.laen kali kite brtemu lg.take care.assalamualaikum wbt.








Saturday, June 6, 2009

hadkan subjek spm.agree or not?

PUTRAJAYA 21 Mei - Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir.
Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan awam itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, amalan membenarkan seseorang calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk membabitkan pemilihan bagi mendapatkan biasiswa kerajaan.
''Saya bukannya tidak bersetuju dengan mereka yang mengambil banyak subjek termasuk ada yang sampai 20 subjek tetapi ia menyebabkan timbulnya soal tidak konsisten mendapat keputusan A1.
''Jadi, kita hendak selaraskan sama ada pelajar sekolah berasrama penuh atau sekolah lain akan ditentukan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan barisan kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 14 Mei lalu bahawa kerajaan akan mengkaji kriteria pemilihan bagi mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tee Keat dipetik sebagai berkata, pada masa ini kriteria pemilihan berasaskan kepada merit (20 peratus), kaum (60 peratus ), penduduk Sabah dan Sarawak (10 peratus) dan pelajar dari kumpulan kurang berkemampuan (10 peratus).
Muhyiddin berkata, setakat ini isu biasiswa JPA telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam mesyuarat Kabinet.
Katanya bagi membincangkan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 25 Mei ini bagi meneliti perkara itu.
''Saya tidak pasti sama ada ia membabitkan senarai pelajar yang ditawarkan biasiswa JPA pada masa ini atau senarai pada masa akan datang," katanya.
Kata beliau, kebiasaannya kriteria mendapatkan biasiswa berasaskan kepada jumlah A1 yang diperoleh dalam SPM.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu menyebabkan terdapat pelajar termasuk dari sekolah asrama penuh tidak dapat bersaing kerana mereka tidak dibenarkan mengambil lebih banyak mata pelajaran.
Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan tetap mengambil kira soal kedudukan pelajar yang datang dari sekolah di kawasan pedalaman atau golongan kurang berkemampuan dalam menentukan kelayakan mendapatkan biasiswa JPA.
''Mereka tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar yang datang dari sekolah di kawasan bandar dan kalau kita tidak beri pertimbangan, mereka tidak akan mendapat peluang," katanya.