Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Marriage?

Alhamdulillah.

Satu step da selesai.

Mindset kita marriage is something yg sweet romantic all the time. Hakikatnya,hanya orang yg dah berkahwin je tahu. Aku belum lagi..hehehe..tp tengah on the way ke arah tu. InsyaAllah. Bagi aku, jalan ke arah baitul muslim tu pun bukanlah mudah. Ada sesuatu yg kita kena korbankan.

And paling penting..persediaan kita sebelum masuk alam baru. Aku pernah dengar satu kata kata ni, org yg tak buat persediaan sebelum memasuki alam perkahwinan, sama lah mcm kita masuk dewan peperiksaan tanpa sebarang preparation. Itu tandanya bersedia untuk gagal! Nauzubillah min zalik. 

Dan masa masa mcmni lah, akan menguji tahap kebergantungan kita pada Allah. Yakinlah Allah akan tetapkan yg terbaik utk kita bila tiba masa yg terbaik. InshaAllah.

Jadi, perbaiki diri kita dulu, jaga hubungan dgn Allah supaya Allah temukan kita dgn seseorang yg jaga hubungan dgn Allah juga. Jangan terlalu risau memikirkan siapa jodoh kita. Selesaikan tanggungjawab kita yg sekarang dahulu, jaga hak kita dgn Allah. Dgn manusia sekeliling. Semoga Allah berikan insan yg mulia dan baik2 sebagai jodoh kita nnt. InsyaAllah.

Semoga dipermudahkan ;)

Mrs-to-be,
Miss F

Sunday, June 19, 2011

Last entry. ;p

Salam..
HEY THERE! ;)
Ini last entry kot sebelum masuk MSU. Cewah. Macam la selama-lamanya kat MSU.
Ini bukan farewell speech ke hape ke ok. 


Cuma...........


Ini sekadar entry terakhir sebelum aku bergelar pelajar msu.
Sebelum aku jadi pelajar foundation medic.
Sebelum aku bersara daripada jadi penganggur sepenuh masa.
Lepas ni jarang la kot aku update belog tercinta ni. 

Tapi aku nak update jugak next week! haha. I really hope orientation week nanti best,tak boring and tak ngantuk.
oh please msu...be kind to us during orientation week. =P

Huuuuuhhh. *sigh*
Lepas ni tak dapat lah aku pantau adik-adik aku lagi.
Well, selama ni aku lah warden dorang yang paling garang. HAHA.
Bukan garang,tegas je.Abang aku lagi garang kot. ka3. 
Mana taknya, adiK-adikku ada 7 orang. 7 ORANG okayy. 2bro,5sis.
Kiranya aku ni kakak sulung la tapi anak kedua.
Lepas ni tak dapat laah aku nak tanya dorang :
"Dah siap homework belum?"
"Dah basuh kasut ke belum?"
"Dah iron baju sekolah?"
"Skaf,stokin dah carik?"
"Buku-buku semua dah masuk dalam beg?"
"Kau ada tusyen tak?"
"Exam bila?"
"Exam canang bila?"
"Kau dah ulangkaji lum?"
"Lampu kipas bilik apsal tak tutup?"
"Esok pekse ape?"
"Hari ni hari ape?"


(soalan last sekali tu memang kedengaran agak sengal. tapi memang aku suka tanya soalan tu pun kat adik ku. Sejak jadi penganggur ni aku jarang tengok kalendar. hehh -_-' )

Tak dapat la aku nak tegur dorang macamni kalau tak dengar cakap ibu..

"kau dengar tak apa ibu cakap tadi?"
"ibu suruh apa tadi? dah buat ke belum?"

Kalau ibu suruh memang dorang liat sangat nak buat. Bila aku dah naik suara baru lintang pukang nak buat. Haduih. Lepas ni aku kene turunkan 'kuasa' aku kepada adik perempuan ku yang form 3 tu. (huh,kuasa?) Dia je la boleh diharap (hopefully!). Aku harap dia mewarisi kegarangan dan ketegasan akak and abang sulung dia tu. Hopefully. Aku tengok dia ada talent jadi akak yang garang wooo. Siyesly. HAHA. Okay. Harapnya adik-adikku dapat teruskan hidup macam biasa even without me dalam rumah tu!
Study Hard Pictures, Images and Photos
Study lah betul-betul wahai adik-adikku. ^_^

Aku cuma risau jugak lah. This year 3 orang adik aku ada exam besar, UPSR,PMR,SPM. Aduih. Berat kot nak control dorang. Yang SPM tu lelaki. Sekolah vokasional. Dia tere math gak aku tengok. Syukurlah dia mewarisi ayah. Yang form 3 tu pun tere math and mewarisi ayah jugak. Cuma yang UPSR tu..perempuan but dia malas sikit. Perangai macam tomboy sikit tapi dia girly jugak sometimes. Aku risau sebab dorang bertiga kurang study la..I mean,dorang tak struggle sebagaimana aku wat dulu. 

Well, bukan aku nak kata aku ni belajar 24 hours dulu,tapi at least aku utamakan study more than anything else. Bukannya aku tak layan internet dulu. Bukannya aku tak hang out ngan kawan2 dulu. Bukannya aku tak keluar umah langsung . Bukannya aku ngadap buku dari pagi sampai tengah malam. NO. I lived my life macam manusia biasa. Nak enjoy2 tu biasalah, tapi pandai-pandai control la kan. 

study hard Pictures, Images and Photos
Study hard study smart .
Aku tengok adik-adik ku yang 3 orang ni.. macam enjoy tiap masa je. Aku tak nampak dorang study bila. Ada la jugak study kadang-kadang.Ada 1 malam tu,aku tengok adik aku yang form 3 tu layan fb je. Padahal dia baru dapat result pekse mid year exam and ade 1 subjek dia dapat C.Kalau da ade 1 subjek kantoi tu pandai-pandai la cover study balik. Ni tak, lagi enjoy ade lah. 


Yang form 1 tu pulak tengah pegang wayar USB nak masukkan lagu. Lepastu aku nampak kat bilik adik aku yang form 1 tu, ada 1 lukisan nama dia yang tak bersiap lagi. Maksudnya dia bukan buat homework or study kat bilik tu, tapi dia melukis bende yang ntahapeape. I know dia minat melukis. Aku rasa dia nak ikut jejak abang dia nak amik bidang architecture. Tapi janganlah abaikan study tu. Bila aku tanya homework dah siap ke, dia jawab ada satu je homework.Lepas tu aku pun tegur la kalau dah siap or xde homework,study la. Kalau result pekse bagus takpe la jugak. Time tu mood memang tengah geram tengok sikap adik aku yang 2 orang tu. Bukan pe, dorang dah sek menengah da pun. Takkan nak kena bebel lagi. Pandai-pandai sendiri la. 


Then, yang UPSR tu, dia nak belajar punya la susah sangat. Bila tanya kerjarumah dah siap ke belum dia cakap takde, tak pun dia jawab dah siap dah. Bila suruh study ke wat revision ke, dia cakap dah baca buku dah tadi. Mana aku tak geram. Semua dah. Kalau betul semua tu dia dah buat,takde la result pekse dia corot-corot gitu. Ibu aku pun bising tengok result dia yang tak menentu tu.

Success Quotes Pictures, Images and Photos
Never give up. :)
Yang aku perasan dia (yang darjah 6) satu-satunya adik perempuan aku yang degil,malas belajar and kureng sikit dari segi akademik. Puas la aku suh dia wat revision,tegur dah banyak-banyak kali..Tapi macamtu jugak la dia..Adik perempuan aku yang lain semua okay la, stabil. Yang paling genius si budak kecik tu kot. Adik aku yang last sekali tu, umur 5 tahun. Semua bende dia tau,cepat hafal,suka bercakap,cepat faham and suka buat homework. How cute! Kecik-kecik dah rajin buat homework. Aku dulu takde homework pun time tadika. hahaha. Tak payah suruh dia belajar, belum sempat aku suruh dia belajar, dia dah pegang dah buku dia. adeih. my beloved adik yang super comel. i'm going to miss you la adik. haha. :')

rindu Pictures, Images and Photos
Akan merindui kamuuu! :)
Aku pun tak tau nak buat macamana lagi dah. Aku tak mampu nak ubah apape. Itu semua bergantung kepada usaha dorang. AKu cuma tolong sikit-sikit je. The rest, dorang tentukan sendiri. Nak berjaya, takkan nak tidur je memanjang,on9 je memanjang kan..Adik aku yang nak SPM tu, aku dah nampak dia macam ada kesedaran sikit la. Maybe sebab ayah selalu cakap, "result macamtu,dah besar nanti jadi ape.." Kalau ada kesedaran tu,syukurlah. Aku ada nampak dia study pagi-pagi baru-baru ni. Lega la sikit..Yang form 3 tu tak tau lah. Kalau takde homework tengok tv, tak pun on9. Alasan dia,'takde homework' . tak pun 'homework tu bukan kena hantar esok'..Ahha, aku pun selalu macamtu dulu. Tapi kalau aku malas buat homework yang tak kena submit esoknya, aku akan wat revision. Tapi dia enjoy pulak. Adeih. -_-"


Memang masing-masing ada cara belajar masing-masing, tapi agak-agak la. Cara belajar orang berjaya dgn orang gagal tu definitely tak sama. Harapan aku semoga dorang dibukakan hati untuk belajar bersungguh-sungguh,bukan kerana exam je, tapi demi masa depan dan demi memajukan umat islam itu sendiri. 


management & science university Pictures, Images and Photos

Ok lah. enuff membebel. Sape yang berjaya baca bebelan ni sampai habis memang salute habis lah. haha. Esok gi MSU! Segala barang dah siap packing. Banyaaaaak sangat barang. Tak cukup tangan nak bawak. So, i'm going to pinjam tangan ibu ayah and 2 adik ku. ngeh ngeh ngeh. It's already 12.40 a.m. Aku nak tido. Mimpi MSU. hahaha. Sudah sudah. Pen off!

Good luck untuk 3 adik-adikku ni. Semoga result gempak! amiiin~ :)


Sekian wassalam.


Budak MSU,
Dr. Lurvians.


Never Say Goodbye Pictures, Images and Photos

p/s : i don't wanna say goodbye. :p

Monday, May 23, 2011

Ceritera Tentang Kita.

Assalamualaikum w.b.t. Tadi my bff baru je call. Dorang dah sampai matrix Pilah! Mesti dorang ngah nervous macam time first-first jejak kaki kat smka shams form1 dulu. Lebih kurang macam tu lah kot. Aku dah mula rindu korang la weh!


My bff, Azra Syakirah binti Zulfakar and Noor Haryani binti Harun (wah,full name gitu!) , dah berkawan baik since Form 1. Dulu-dulu kitorang pernah plan nak gi UIA sama-sama, tapi course lain-lain lah kan. Tapi malangnya, none of us dapat UIA. Cuma dapat UiTM je and lain-lain tempat. Parents Yanie and Azra pun pelik apsal kitorang asyik dapat sama je. Kitorang bertiga dapat tawaran Kolej matrix n9 (padahal Yanie tak apply pun n9) and dapat UiTM jugak(tapi lain-lain tempat). Wahaha. Terkejut jugak mula-mula. Tapi sebenarnya bese la tu. Haha.

Inii lah Haryani. Cute+gila-gila+mischievous=Yanie!

Azra Syakirah. Berani+gila-gila+perfectionist=Azra!

Aku kalau boleh nak je join matrix sama-sama dengan dorang. Mesti gempak! Tapi aku dah dapat tawaran PILN MARA, takkan nak tolak mentah-mentah. Rezeki jangan ditolak. Best la Azra and Yanie, dapat sambung belajar tempat yang sama. And aku ni, tercampak kat MSU sorang-sorang. Aku pasti aku takkan dapat jumpa bff sehebat n se'best' korang. *apa ayat macam sampah ni!haha* Lepas Azra call tadi, aku rasa sebak and then crying-crying la depan pc sorang-sorang. Tak tau lah ,tiba-tiba je. Mungkin ini disebabkan ini kali pertama aku akan berpisah dengan dorang. Dulu time Form 3 kene pisah kelas pun aku sedih tahap cipan. Padahal kelas sebelah-sebelah je. Haduihh.

During sport's day last year.


Hi-tea di Royal Bintang,a day after tamatnya SPM.

Amboihh,mak datin!

Azra jugak ratu bowling!


Jom Masuk U carnival. Yanie suka kumpul beg free.

They're going to leave me ALONE. :'(

Weih. Kenapa korang tinggalkan aku sorang-sorang! Sedih tau tak. Sampai hati korang kan. Lepas ni sape gi yang nak ajak gi pasar malam same-same, sape gi yang nak ajak gi karok same-same, sape gi yang nak ajak tengok wayang same-same, sape gi yang nak ajak pegi shopping wedges and handbag same-same, sape gi yang nak ajak aq studygroup kat lake garden, rumah sape lagi yang aku nak lepak petang-petang?? *emo jap* :')

Kanak-kanak ribena. Form 2 Islah 2007.

Buang tebiat. haha.

Form 4 2009.







Aku mesti akan rindu korang selaloooo. Cuz both of you will be my bestfriends forever and ever. No one can ever replace both of you in my heart. No and never! huaa. Tak kiralah kat mana-mana pun korang sambung belajar, aku redha. *i'll try my best!!* Aku cuba untuk menerima hakikat ni. Walaupun cukup pahit untuk ditelan. Tapi segala kenangan-kenangan persahabatan kita dah cukup manis untuk cover yang pahit tu. :')



Perjuangan kita masih jauuuuuuuuuh lagi. Cuz we're still young! Kan kan kan? haha. Jangan risau lah Azra Yanie, aku akan sentiasa doakan kejayaan korang kat sana! Nanti jangan berani-berani nak lupakan aku kat MSU ni tauu! Kalau tak aku bunuh korang. :p *bajet macam berani je* Nanti kite ym-ing or skype-ing lah ek. Kalau kene regging, korang call lah BUDIMAS. Tak pun talian NUR. Okayhh? Don't be afraid. Life memang super challenging. Just redah je. Azra, jaga Yanie baik-baik k! Jangan biar dia lupa diri. ahaxxx!Take care eh korang. Ingat kata-kata mak Kak Mo, "JANGAN BERCINTAN CINTUN kat sana. Belum masanya." ;)


Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi ,biar ku sendiri..

p/s: This song is specially dedicated to Azra and Yanie. Percayalah weh, aku terima perpisahan ni. And I love both of u very-very much! T_T

Sekian,wassalam.

Gonna miss uolls,
miss lurvians

Thursday, March 3, 2011

Bukan Kisah Cinta Saya.

Salam. Sebenarnya tak tau nak tulis apa tapi redah je la. Teringin sangat nak blogging. Hurm, ada kisah cinta ni. Kisah betul sangat. And tengah berlaku sekarang nih. But not my story. I'm not in love lagi. ;)

Kisah mengenai seorang muslimah. Nama dia Riz(bukan nama sebenar). Dia ni baik dan cute. Kisah dia yang pertama. Pernah suatu hari ada seorang lelaki non muslim tersalah send sms. Sejak tu, lelaki tu cuba la try Riz ni, kot-kot boleh wat wife. Kui3. Then, dorang pun berkawan la. Lamaaa sangat. Nak dekat 7 tahun. Tapi jumpa pernah dalam sekali dua kali je. Nama laki ni Ryan(bukan nama sebenar). Ryan ni Serani. Abang dia dah masuk islam. Tapi dia tak terbuka hati lagi nak peluk Islam.

Ryan memang ada impian nak kahwin dengan Riz, tapi Ryan terfikir pasal mak dia. Sape nak jaga mak dia lepas kahwin. Abang dia dulu lepas masuk islam terus duduk rumah keluarga angkat. Tu yang Ryan susah nak masuk Islam tu. Lepas tu, mak Ryan ada cakap, 'kalau korang nak kahwin, tunggu lah saya mati.'

See? Macamtu sekali. Ryan pun macam setuju je dengan kata-kata mak dia. Tapi Riz ada cakap, "Kalau aku yang mati dulu macamana?" and "Tak pun, kalau mak dia tak mati mati jugak, bila nya nak kawin?"

Ish3. Susah bangat ya. Okie, ada lagi 1. Jiran Riz ni. Dia suka sangat dengan Riz. Riz ni suka pergi surau, pernah belajar tajwid sama-sama, lemah lembut, sopan santun. Dia pun plan nak jodohkan Riz dengan anak dia. Tapi anak dia ni macam western-western lah. Ade one day tu, dia keluar rumah pakai seluar pendek sangat-sangat. Uihh, kalau aku, memang dah reject awal-awal nak jadikan dia calon husband macamtu. Nauzubillah!

Riz ni walaupun berjiran dengan anak makcik tu, dorang tak pernah plak bercakap. Just pandang-pandang je. Masalahnya sekarang, Riz ni tak suka sangat dengan makcik tu, because..ada la 1 kes yang berlaku. Tak perlu lah nak cite kat sini. So dia terfikir, kalau nak kahwin nanti,mesti lah kena selalu-selalu jumpa,borak2 dengan mak mertua kan.Lepas kahwin nanti, ada kemungkinan Riz kena duduk 1 rumah dengan makcik tu. Jadi Riz macam tak mampu nak hadapi semua tu.

Haduih. Susah betul la macamni. Riz ni takde lah cantik sangat macam Angelina Jolie ataupun Kilafairy. Tapi dia ada sweetness di sebalik tingkah lakunya, dia ni pun banyak ilmu(agama especially) and many experiences she'd go through. Dengan lemah lembut dan kesopanan yang dia miliki, ramai yang berebutkan dia. She's perfectto in term of attitude and 'sweetness' ! ;)


Tuesday, December 28, 2010

who's fallin' in love

Quote untuk hari ini.

''Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita.''

Thursday, December 23, 2010

Cuti sekejap boring, cuti lama pun boring jugak ke..

Assalamualaikum w.b.t
Belakangan ni saya rasa amat bosan tinggal di rumah tanpa kerja, tanpa tujuan dan hala tuju hidup.
Lain lah, taun lepas. Ada jugak lah buku akademik yang nak di 'study'..
Tapi aku ann dah abeh SPM , ta taw la nak hidup macamne skang.
Aku na cari keje . Ok, cuba tengok senarai kerja yang dicadangkan oleh orang sekeliling saya.

  • Pembantu sekolah tadika yang sederet dengan umah aku.
  • Pembekal kuih-muih kepada makcik yang jual nasi lemak.
  • Distributor. Tak tau nak distribute ape..
  • Promoter. (segan la jadi promoter. hauhua..)
  • Cashier.( gaji oke, tapi kena balik malam. adeihhh.)
  • Guru tusyen sementara
  • Salesgirl. (dah reject awal-awal.)
Rasanya ada banyak lagi. Tapi tak ter'list' plak.
Betul ke aku ni nak keje ni? Adoiiyai.
Ta taw laaa.

Hah. aKU baru je dapat tau pasal kisah silamku . Yg aku sangkakan 1 penipuan ,tapi senanya it really happened.
Susah nak percaya, tapi dah orang terdekat dia cakap camtu, so aku yakin betol punyee.
Cuma aku kecewa. Sebab dia telah menghancur remukkan hati seorang perempuan.
Grr. Hate him.
So very much.
K, I'm done.
Lepas ni nak gi jog.
Huhh? Jogging kul 3 pm. Sounds weird, tapi baru ar adventure kan.
Ahaha. Okie, dAa. wassalaam.

"BIARKAN AKU JATUH CINTA"

Lurvians.

Tuesday, August 24, 2010

i knoe can do!

Best lagu nih! I like I like ~ ^_^


Part of d lyrics.

I no can do, i no can do
I cannot open up my heart
Along that side to the night
and send my tears to the stars
I tell the moon how i feel but never knew
I no, i no can do

I no can do, i no can do
But i am sure how i feel
You are the one that i love
The moon, the stars no doubt it's real
but never you, cause i no more heart to steal
I no can do, i no can do

I'm going back inside
and pretend that i'm alright
But you knew, knew must spinning around

It's hard for me to say
Saying everythings okay.

-fabrizio-

Monday, June 14, 2010

Hilangnya cinta.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan


  • Suke lagu ni! walaupun takde kena mengena pun wif my life. Tapi it's about seorang perempuan malang punya life. So tragix. Yanie! jangan sedeh sedeh lagik. Sampai kua wayang pun still nanges lagi. huhu.
  • Watev it is, memang benci gile watak Azmi tu. Aku rase die should be the budak setan, bukan Kasyah. (Even tho Kasyah masukkan cicak dalam cola-cola Ayu.Eee, rasa nak muntah plak bile ingat balik.)Tapi Azmi lagi setan. Siyesly, ta pernah tengok seorang lelaki or lebih-lebih lagi suami, layan perempuan sekejam itu. It's so unfair. Die manusia gak.
  • If memang wujud lagi la orang macam tu, bak kata cigu Azam, "dayus, laki yang pukul perempuan.", memang aku bakar dia hidup-hidup. Eheh. bajet power sangat jek. :D
  • Susah nak terima ending die, Ayu baru jea nak mulakan hidup baru, tapi .. huhh. yang tak tahan time Kasyah letak baby yang baru lahir sebelah jenazah Ayu. Aduhh. Teresak-esak Azra nanges time tu. Huhu. Sebok je tengok orang nangis-nangis. Hehe. :')

Saturday, December 12, 2009

shopping-batu-faizah-test

Salam.

Penat larrh.6 hrs shopping?cukop tk?rase cm x kn?tp penat uhh.balek teros solat,lepak2 kat bilik.
eyy,time shopping2 tadi,bole lak lupe nak solat!Astaghfirullah.Seb bek sempat..tu pun my mum yg t'ingat.aq?really,xingat lansong.huhh.td my mum cakap,"eh,xsolat lg.dah pukul brape ni?".aku pon dengan muke yg kaget,ckp,"ya ALLAH,lupe la!" tengok jam.baru kul 3.huhh,selamat..kalau pukul 4,puas nak mengeja.aduihh.arap la ni m'jd iktibar kpd ktorg.hu3..tu la,nk shopping tu,jangan la suke2 lupe kat Pemberi Rezeqi..klu tak,xdapek de nak menyopping.okie. nak tau tak sepanjang shopping2 nih,mcm2 jenis air yg dibalun.


1.pepsi



2.milo



3.mirinda



4.100+



5.ice-blended choco



6.jus jambu(pak cu 916)



haus taw.n pnat lg.huhhu..

time nga lepak-ing kat bilik,ternampak la adikku yg kecik skali,amirah.die gulung2 seluar dia sampai singkat paras lutut.then,aq pon suro la die turunkan balek.suruh dia turunkan sampai paras knee.then,aq tny die,knee kat mane?die cakap tak tau..last2 adeq ku yg form1 tu tnjuk kat die mane knee die.dah tunjuk tu,die rase la knee die keras je kan.smua lutut keras kan?amirah cakap,"oo.ni..ade batu.." sambil pgg lutut dia.hahaha..=)
ade ke die ckp dlm lutut die ade BATU.adoiyai..macam2..

faizah @ alanis humaira

aiz!





tengok x cite FAIZ FAIZAH?tv9,kelakar tengok gelagat Aiz.Cute!Ade ke patot Aiz cakap kat parents die nak adik.
AIZ: ma,pa,aiz nak adik.seperti kula dan dewa.
MAMAPAPA: *terkejut*
AIZ: ma,pa, beli lah adik.kita banyak duit.
MAMAPAPA: err.aiz,nanti kami fikirkan..
AIZ: jangan lama2..belilah adik cepat..Aiz mau adik.
MAMAPAPA: aiz,kami perlukan masa..
AIZ: Emang nya harga adik tu mahal?berapa harganya?
MAMAPAPA: *saling memandang kehairanan*

Hahaha.tu la part yg lawak tu.lebeh kurang la ayat dia.ta ingat 100%.memang t'gelak habis laa.kuikuikui.
dah la.penat larr.next week amek exam kot,insyaALLAH.aa?exm?i mean,TEST.test pe ek?nanti la cite.mao study for the TEST.n yg hepi nye,BIO lg 3 chapter je nak kne bace!xsaba nak habeh kan~ ta larat daa nak pegang buku tebal tu lame2.
okie..gotta go.wassalam.

Wednesday, December 9, 2009

reversal of fate

handsome tak?^_^ (takde keje la nih..hua3)

Park Jin Woo is too adorable!!gagaga~=p

Sweet Couple~
kORunk2..dun 4get t o watch Reversal of Fate kat KBS.U'll find gorgeous man there!kiu3.=p
and also cute actress such as b0-yeong!Actually,i just watch this drama this early morning.start at 9 am till 10 am..sedih cter nih.sumtimes klaka.bese la,korean drama..

Friday, November 13, 2009

Astaghfirullah..







semoga kita mendapat manfaat dari video ni.
it makes me nearly flooded wif tears.
wallahua'lam.=)

Sunday, September 13, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Salaam.ini dia pelakon2 KETIKA CINTA BERTASBIH karya habiburrahman.
best laa cite ni.
let's explore...
MEYDA SEFIRA sbg. HUSNA.
adik KHAIRUL AZZAM dalam cite nih.
sweet gak meyda nih.huhu.



OKI SETIANA DEWI sbg. ANNA
anna althafunnisa'.
lawa,n memang pakai tudung.
not like aisha dlm ayat2 cinta tu.
dlm cite ni,die m'jadi rebutan 2jejaka kacak and alim.
oh my GOD..

ANDI ARSYIL RAHMAN PUTRA sbg. FURQAN
mamat ni la one of them.alim,kaya gile,smart,p'didikan tggi.
memang daa suke kan anna tu.
tapi something happen yg menyebabkan dia terpaksa divorce anna afta b'kahwin.
sayangnya..
M. CHOLIDI ASADIL ALAM sbg. AZZAM
ni pon same.
'alim,warak,zuhud.elliana suke kat dia tapi dia reject.
dia suke kat anna tapi dia malu nak approach anna.sebab die
tak setaraf dgn anna.
last2,dapat jgk kahwen ngn anna.


ALICE SOFIE NORIN sbg. ELIANA
ni la eliana yg suke azzam.


time ni dorang nak gi mesir wat p'gambaran.lawa nya anna althafunnisa'!=D
bertudung litup.look sweet.

Interesting stowry


"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz),

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan SYABAS kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Friday, September 11, 2009

"UkhuWWah ItU inDaH KanN?"

Assalamualaikum.
kalau nak cerita pasal 'ukhuwah'..memang indah.
org cakap,ukhuwwah tu indah..
agree sangat3.
tapi,ade je org yg x de hati perut yg m'benci n m'khianati 'ukhwah' tu.sape?
i hope,neither me nor you.


kat kelas 3ikram.kelas yg slalu kene "BANGG" ngan cecigu.just bcuz of beberapa pelajar yg b'masalah,biadap ngan cikgu.nasib bek budak tu dah pindah dr skola ni.smoga ALLAH m'beri mereka hidayah n petunjuk..pic ni d'captured time hari2 t'akhir 2008 kt skul.^_^


ah,best ny.so funny ble t'ingat an pristiwe ni.xsedar la tu pkai tdung labo..anyway,ta ramai pown org kat situ.sukati laa nak watpe pon.huhu.ni kat DINO TREK.jom la g sane rmai2.actlly,kat situ sume boring2,yg paling best kat atas stage ni ar.=D





oho.3islah in memory.3islah 2008 laa yg paling aku BENCI sekali~fullstop~
tp,kawankawan aku tetap di hati.........dorg mmg best.(",) and tabah.




my friend from 4ikram.cantik flower2 kat ateh meje tuh.nak bagi sape?dak SASER tu ke?haha.ta der r.ni la project dorang.seron0k!


time form2.2islah..I LOVED 2ISLAH 2007 so-very-too much!rindu sgt.sume sporting2,lawak,n bahagia.(d most important thing in friendship)


widya and my friends.they're my gorgeous friends even we're not in a same class.


so sweet.from left:fatin,widya,syera.


ah.mishievous girls.believe tht?haha.sory miza,yuni.i had to say this.kui3.=P
time ni,tenga tunggu yb.kalau xsilap ar.penat duhh!


ni lagi sorang.my besfren.mischievous,childish,happy-go-lucky,humour,amusing,n so many more.kalau die ta de,nti mesti senyap jer.kalau aq tade lagi la sunyi.keh3.



my besfren since form1.same like yanie laa.she's smart,sweet,clever,matured,understanding n many others.kisah hidup ktorang lebih kurang same.tat's y bes je nak borak ngn dier.heh3.

Kan betul?ukhwah itu mmpu bagi happiness kat kite.right?

so.jage la relationship kite ngn others baek2.it's wonderful to have sum1 to confide with.n to share our love.to share our funny n happy moment.

LUV YA,

AfiYaZra