Few days left. Kehangatan syawal mula terasa. Sedar tak sedar, Ramadan semakin jauh meninggalkan kita. Syaitan dan iblis akan dilepaskan dari belenggu kemuliaan Ramadan. Hari-hari akhir Ramadan ni tidak banyak dimanfaatkan berbanding awal-awal Ramadan dulu.
Syawal kali ni, aku akan beraya tanpa kehadiran atuk di sisi.Aku tak pernah sangka or even terfikir yang raya tahun lepas gonna be the last one untuk arwah atukku. Alhamdulillah, aku sempat minta maaf bagai. Tapi aku masih kecewa dan rasa bersalah cuz tak sempat jumpa arwah kali terakhir.I will never forget the moment aku beraya ngan atukwan last year. Sejak pemergian arwah atuk, aku mula rajin untuk menimba ilmu, belajar menghargai seseorang and the most important, rajin pulang ke kampung berbanding dulu.Heheh. It has been almost 17 years. And this year, aku takkan jumpa atuk lagi. Either atuk belah ayah or belah mak. Never. Apapun, I'll always pray for them. For their happiness and kerahmatan dari ALLAH s.w.t. always and forever. Atuk, walaupun atuk dah takde lagi,walaupun raya ni tanpa kehadiran atuk, tapi kasih sayang,senda gurau dan senyuman atuk takkan pernah kita lupakan. :)
Semoga dengan kedatangan Syawal, rahmat dan berkat masih menyinari jiwa dan hidup kita. Life's meaningless without any bless from Him. Wishing you a blessed eid ul-fitr. Maaf kan segala salah silap, salah cakap, salah tengking, salah marah, salah pukul, salah cubit, dan segala salah silap. Sesungguhnya sesorang mukmin itu terhalang masuk ke syurga kerana lisannya tidak terjaga. Ampun dan maaf sekali lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Komeng jangan tak komeng. :)