Wednesday, January 12, 2011

Selipar Tandas

Ada sesuatu yang memalukan berlaku berkenaan dengan selipar tandas. Fobia aku dibuatnya. Adeih. Malu sungguh. Memang malu lah. Malu nye! Tak tau mana nak sorok muka time tu. ishhh.

Ceritanya begini. Di tempat kerja aku tu yakni Giant. Ada sebuah surau yang tersergam indah. Aku solat kat situ bersama bff ku. Nak solat zuhur. Namun begitu, tempat amek wudhuk terletak agak jauh beberapa langkah dari surau tersebut. Jadi ,kena lah pakai selipar tandas untuk pergi amek wudhu. Takkan aku sanggup nak basahkan sandal aku yang cantik tuh.kui3.

Mula-mula aku pakai selipar warne purple. Selipar tu memang selipar khas utk amek wudhu. Tapi aku meragui selipar tersebut kerana selipar tu tak macam selipar tandas. Lawo semacam. Maklumlah, aku suka warne purple. sukasangatsangat! Okeh,sambung cirita. Aku pun berjalan dengan memakai selipar purple tersebut dan tiba-tiba aku nampak banyak pulak selipar tandas kat depan surau lelaki. Aku punn merancang untuk menukar selipar purple tu dengan selipar tandas depan surau lelaki tu.

Then. aku pilih selipar warna hitam. Haa. Baru lah nampak cam selipar tandas siket. Dengan penuh yakin aku pergi ke tempat amek wudhu menggunakan selipar hitam tersebut. Balik je amek wudhu, aku nampak ada seorang lelaki yang lebih kurang umurnya 30 tahun plusminus bertenggek kat tepi surau.Berdiri sambil sebelah tangan cekak pinggang,sebelah tangan lagi sandar kat dinding dan kakinya disilang. Aku pun pelik. "Ala, ape die buat kat situ. takde tempat laen ke." aku mengomel dalam hati.

Lepas tu aku teringat yang aku pakai selipar depan surau lelaki. Jadi . ada kemungkinan ....yang.......huhu. maleh nak cito panjang-panjang. adeih. malunya time tu tak tertahan. My bff dah terkekek-kekek gelakkan aku. Aku pun say 'sorry sorry' dengan suara yang perlahan tapi rasanya dia dengar kot, itupun kalau tahap pendengaran dia normal. Aku pun letak selipar tu kat depan surau lelaki balik and zuppppP! terus melarikan diri ke surau wanita tanpa menoleh ke belakang lagi.

malunya! sangat-sangat. Nasib baik orang tu tak cakap apa-apa. Aku rasa muka dia macam nak marah time tu, mungkin tak sampai hati kot melihat aku yang comel ni kena marah. hahah. Tapi i guess, kalau lelaki yang pakai memang nak kena tengking betullah. Seriously, muka laki tu macam nak makan orang. Senyum pun tak. Aku ingat dia nak marah ke. At least merungut-rungut ke. Membebel ke. Tapi tak pulak. Adusss. Pelik jugak. Aku rasa muka dia memang lahir-lahir je garang macamtu KOT. Tak pe lah. Bukan urusan aku. Yang penting aku dah cakap sory. And aku harap tak jumpa dia lagi lepas ni !!Amiiiiiiiiiiiiiin!!!!!!!

Alhamdulillah sangat, dia tak marah or bebel apa-apa. *relieved* ^_^

Itu lah alkisahnya selipar tandas. Moral lesson kat sini, jangan lah memilih sangat time nak pakai selipar tandas. And hati-hati lah, kadang-kadang selipar yang cantik tu selipar tandas, selipar yang berkurap tu laaaaa selipar orang. watch out k! huhu. k daa~

Wassalam.

lurvians.

2 comments:

  1. haa, dah boleh komen. selalunye tmpat komen kat bawah, ni kat atas cam pelik sket la. haha. haish, kalau sy la jadi laki tu, sy dah report kat bos awak. haha.

    ReplyDelete
  2. haa, kan dah cakap. ni misti sala tekan ni. haha.
    blog sy pelek tapi sweet. hee. ^^,

    haish. lelaki tu berhati mulie. die ta de report kat sapesape. lege~

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)