Hari yang best la semalam. (Best la sangat). First, salah masuk password kad ATM. Nombor dia betul, tapi position nya terbalik. (Sakit hati je.) Then, balik naik skuter. Dengan my bff. Dah sampai kat traffic light kat depan The Store Pacific tu baru perasan yang tayar uda pancit. Actually aku dah perasan dah tayar kurang angin sebelum tu, tapi aku biar je , ingatkan sempat laa nak gi pam time cuti nanti. Rupa-rupanya memang tak sempat.
Kitorang plan nak pegi umah my bff lagi satu, Yanie namanya. Rumah dia dekat ngan sekolah kitorang, SMKA SHAMS TERCINTA. (kwang kwang kwang..;p ) Before tu kitorang plan nak gi workshop dulu yang dekat dengan rumah Yanie. Tapi dah tutup. Terpaksa la pegi rumah Yanie dulu. Borak-borak, gossip-gossip, gelak-gelak, gedik-gedik( eh tak kot. huhu. ), dan cite pasal isu semasa.
Adik Yanie iaitu Yatie dah terbahak-bahak gelakkan tayar skuter yang dah pancit habiss. Ceh, sengal betul. Nak gelak, gelak belakang-belakang ar. Ni gelak depan owner skuter. Tak ke sengal tu.
Dah kul 7 lebeh, kitorang berangkat pulang. Pegi bengkel kat Sri Pulai. Dulu penah sekali pam tayar kat situ. Dah sampai situ, aku cakap nak pam tayar. Orang cina muda hensem kat situ cakap "Tayar dah rosak woo. Ta bole pam. Kena tukar tayar baru woo." (Saje je tambah perkataan 'woo' tu. hakhak.) My bff tanye harga brape. Dia bilang ini macam, " Nak tukar tayar besar sikit RM58 woo. " (Saja tambah perkataan 'woo' tu lagi.hekhek.)
Aku and my bff pusing belakang and discuss. Lepas beberapa saat, kitorang bersepakat untuk tinggalkan skuter kat situ untuk tuka tayar and balik rumah my bff, Azra. Memandangkan rumah Azra yang paling dekat dengan workshop tu, mak Azra lah yang jadi mangsa untuk jemput kami berdua.
Kitorang terpaksa berjalan sejauh 0.5 km untuk sampai ke kawasan jogging kat Sri Pulai tu supaya mak Azra senang nak cari kitorang. Maghrib-maghrib jalan kaki memang seram. Tengah jalan-jalan tu, Azra bukak 1 cirita. Ciritanya begini :
" Pada suatu hari, ada sorang budak ni. Umur dia baya kita je. Tapi time kejadian tu umur dia 7 tahun.Dia suka naik basikal time Maghrib nak balik rumah. Tibe-tibe, ada sekali tu dia lepas balik rumah, dia demam. And then......dia meninggal dunia terus."
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Itu lah kisahnya. Memang aku hanya mampu baca-baca je la apa yang aku tau. Beberapa meter je lagi nak sampai kawasan jogging tu, tibe-tibe ade bunyi anjing menyalak. At first dia menyalak dua kali je. (Nasib baik dalam pagar anjing tu.) Lepas nampak aku macam nak lari, dia menyalak banyak kali. And dia ajak kawan dia yang tengah duduk relax-relax menyalak sekali. Aku takut anjing tu terlepas je. Aku mula la angkat kaki and lari. Tapi Azra dah lari dulu. Dia lari tanpa memakai sandal .Senang la dia nak pecut. Nasib baik time tu aku tak pakai wedges ke high heel ke. Aduss.
Tercungap-cungap berlari macam orang gila pun ada. Maghrib-maghrib lari depan umah orang. Yang lagi sorang tu lari tak pakai sandal. Selamat takde pape. Dari jauh dah nampak kereta mak Azra. Then lepak lah umah Azra kejap. Solat. And tinjau-tinjau hamster Azra. Ada banyak. Belas-belas hamster kat umah dia. Comel-comel lak tu.
Tapi malam tadi rasa nak nangis la sebab tengok sekor anak hamster baru lahir kena makan dengan hamster-hamster lain. Sadis sangat. Sebak. Azra pun macam nak nangis tengok. Anak hamster baru lahir ada banyak, tp yang tinggal hanya sekor. Yang lain dah kena makan dengan mak kandung dorang. Sampai hati sungguh. Mak kandung dorang ni muda lagi,belum matured. Aku rasa dia kena rogol dengan hamster yang paling senior kat situ. Menggatal punye hamster. Ishh. Menganggu emosi betul! Ini cirita betul tau, bukan rekaan. Kalau mak dia da matang, dia akan jaga anak dia betul-betul and takkan makan. Geram geram geram.
Sampai sini sahaja. Harini cuti. So boleh lepak kat bilik puas-puas. Yuhhuu~~
Wassalam.
lurvians
xpaya la cite sgt..huhu
ReplyDelete