Thursday, February 17, 2011

Moga perompak-perompak tu selamat masuk penjara.

6 sekeluarga cemas disamun dua lelaki

SEREMBAN 15 Feb. - Enam sekeluarga terpaksa menempuh detik-detik menakutkan apabila menjadi mangsa samun dua lelaki bersenjatakan pisau di rumah mereka di Bandar Warisan Puteri, Sikamat, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek turut mengacukan pisau ke arah empat anak mangsa yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lapan tahun.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat bawah bersama dua anaknya manakala isterinya pula tidur dengan dua lagi anak mereka di tingkat atas.

"Saya terjaga dari tidur apabila terdengar anak saya di tingkat atas menangis sebelum muncul dua penjenayah yang terus bertindak mengacukan pisau ke arah saya.

"Suspek kemudian mengikat tangan saya dengan menggunakan tali sebelum menggeledah rumah saya dan melarikan wang tunai RM1,500, dua komputer riba termasuk barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Menurut kakitangan kerajaan itu, selepas yakin semua suspek sudah melarikan diri, dia kemudian bergegas ke tingkat atas dan membuka ikatan isterinya yang berusia 32 tahun.

"Isteri saya memberitahu kedua-dua suspek turut mengacukan pisau ke dadanya termasuk ke leher anak bongsu kami sebelum turun ke tingkat bawah," ujarnya.

Ahmad menambah, suspek-suspek terbabit memecah masuk ke rumahnya dengan memotong pagar rumah sebelum mengumpil cermin tingkap berhampiran ruang tamu.

"Walaupun kami semua masih trauma dengan kejadian ini tetapi saya bersyukur kerana tiada anggota keluarga yang tercedera," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa.

"Pihak polis kini sedang mengenal pasti kedua-dua suspek kes itu yang akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.



Ulasan :


  • Bukan saje-saje je nak publish kan berita semalam kat sini, tapi nak bangga sikit ah becuz ada nama taman perumahan aku masuk newspaper. Hehe. Bandar Warisan Puteri. Actually , dah banyak kali dengar kes rompak ,samun kat sini. Tapi alhamdulillah setakat ni rumahku, and jiran-jiran terdekatku tak pernah kena lagi. (Nauzubillahiminzalik.) Aku cuma cuak dengan statement tuan rumah tu :


"suspek-suspek terbabit memecah masuk ke rumahnya dengan memotong pagar rumah sebelum mengumpil cermin tingkap berhampiran ruang tamu."


  • Jadi aku rasa sangat takut lah duduk rumah sesorang sementara menunggu masa pegi keje. Pagi-pagi memang semua pegi sekolah and aku sorang je tak sekolah. (Lepasan spm la kata kan.) Malam tadi my adik perempuan yang told me about kes samun tu. Then ibu ada cakap, kat belakang ni pun boleh orang panjat naik tangga untuk ceroboh bilik-bilik kat belakang. Sebab aritu renovate rumah ada tambah bilik belakang tingkat bawah. Atap dia rata je and takde zink ke hape ke. Kosong. So, orang boleh naik atap tu dengan senang. Uhh. Cuak jea. Ibu cakap kat adik aku kena la selalu baca AQ and al-mathurat.(Saja je nak galakkan adik-adik aku tu bace AQ and mathurat. Hik2.)


  • Aku ingatkan kes samun tu ibu yang cerita. Ibu kan suke borak-borak dengan jiran tiap petang pas balik sekolah. Rupa-rupanya ada masuk newspaper. Aku baca Kosmo surat khabar semalam pagi tadi. Terkejut betul tengok ada nama BANDAR WARISAN PUTERI, SIKAMAT kat paper tu. Menakutkan orang je.


Seriously memang takut ah. Camane kalau one day ade orang ceroboh masuk ikut tingkap belakang masuk bilik. Ishh. Takut nye nak imagine. Pape pun, aku berdoa sangat agar semua ahli keluargaku and jiran-jiran aku selamat dari perkara yang tak diingini. Amiin.


lurvians

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)